Ya itulah yang sedang berlaku antara Mahathir, sebagai bapa angkat dan Azmin Ali yang menjadi anak angkat kepada Mahathir. Seorang jadi Pengerusi Pakatan Harapan dan seorang lagi jadi Menteri Besar Selangor.
Masa insiden baling kerusi dalam satu program PPBM di Shah Alam, Mahathir dan Azmin bukan main lagi tuduh kata ada orang UMNO yang mula baling kerusi.
Boleh pula Mahathir “tahu” ada orang UMNO berniat hendak baling kerusi pada dia. Macam mana Mahathir tahu? Kerusi yang dibaling tidak sampai pun pada tempat Mahathir duduk. Beruang Biru ada mengulas sebelum ini tentang tuduhan ini, baca pautan ini :
https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/08/azmin-mahathir-everything-to-hide.html#.WcNEacZx3IU
Azmin Ali pun sama, boleh pula dia “tahu” orang UMNO terlibat, padahal Azmin tidak ada pun dalam dewan itu. Macam mana mereka berdua “tahu”? Sampai ke hari ini, mana bukti kata orang UMNO yang baling kerusi itu? Tidak ada pun.
Penyakit “tahu” semua benda ini bukan sahaja ada pada Mahathir tetapi juga berjangkit pada Azmin. Mereka akan cakap “tahu” bila ada perkara yang hendak dituduh dan tohmah kepada orang lain.
Namun penyakit yang lebih teruk adalah penyakit “tidak tahu”. Ia juga berjangkit pada kedua dua anak beranak ini, Mahathir dan Azmin Ali.
Mahathir kata dia “tidak tahu” macam mana Bank Negara boleh hilang RM32 billion. Sama juga macam Azmin, bila rakyat meminta Menteri Besar Selangor itu menjawab sesuatu isu, dia cuma buat “tak tahu” (membisu seribu bahasa). Diam buat tidak tahu.
Banyak isu isu di Selangor yang berstatus “tidak tahu” oleh Azmin Ali. Isu duit Yawas, tidak tahu. Isu tanah di Wetlands, tidak tahu. Isu kos pintu gerbang yang belanja sampai puluh juta, tidak tahu. Isu mana hasil kutipan plastik 20 sen pun tidak tahu juga.
Malah yang terbaru dalam isu pesta arak, Azmin yang mengaku boleh damaikan PAS dan DAP pun gagal beri reaksi dalam isu itu. PAS bantah isu pesta arak, DAP pula sokong. Namun Azmin Ali masih buat “tidak tahu” dalam isu ini. Cuba lari dari ditanya media dalam isu pesta arak ini.
Paling ketara, kita lihat bagaimana Azmin buat tak tahu saja apabila seluruh Malaysia mendesak Kerajaan Selangor menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Walaupun 90 organisasi negeri dan persekutuan di Selangor telah selesai IBR, namun Azmin masih buat tak tahu.
Oleh kerana penyakit “tidak tahu” lah, Azmin hanya jawab 36 soalan sahaja dari 297 soalan di sidang DUN Selangor baru baru ini. Hanya 12% sahaja soalan dijawab. Nampak sangatlah Azmin Ali takut hendak berdepan soalan. Mungkin Azmin sendiri “tidak tahu” hendak menjawab bagaimana soalan itu.
Itu tidak kira lagi isu 'ais krim' dalam tandas selama 45 minit. Muka macam Azmin, tetapi Azmin sampai ke hari ini masih buat ‘tidak tahu” mengenai ais krim itu. Teruk penyakit tidak tahu ini.
Samalah macam bapa angkatnya Mahathir. Kalau soalan soalan ini ditanya kepada Mahathir, dia akan jawab dengan satu jawapan sahaja iaitu “tidak tahu”.
Mengapa Maminco berhutang RM1.5billion? Mengapa CEO TNB, Ani Arope letak jawatan pada 1996? Katanya sebab perjanjian IPP berat sebelah, betul kah? Projek PKFZ katanya terlebih RM12.5 billion, kenapa jadi macam itu?
Perwaja dikatakan rugi sampai RM10 billion, apa puncanya? MAS ketika di zaman Mahathir dikatakan rugi sampai RM20 billion, kenapa rugi teruk sangat? Bank Bumiputera Malaysia Berhad rugi sampai RM10 billion? Mengapa Pernas rugi berbilion? MEC di Gambang rugi RM4 billion? Serta Bank Negara rugi sampai RM32 billon di zamannya.
Semua jumlah ini adalah RM90 billion, kalau ditanya Mahathir akan kata saya “tidak tahu”. Azmin pun sekarang tiru penyakit yang sama. Tidak tahu tandatangan ikrar basmi rasuah dan menyepi soal wang SPLASH dan DEIG yang jumlahnya sampai berbillion ringgit.
Apa guna berbangga ada rizab berbillion kalau skandal pun sampai berbillion nilainya. Dulu Mahathir, Azmin dan pembangkang kata macam macam pada Datuk Seri Najib hanya kerana hutang 1MDB. Mahathir tuduh hutang sampai 47 billion, kemudian tukar angka jadi RM27 billion, kemudian bila 1MDB selesaikan hutangnya, Mahathir buat “tidak tahu” sahaja.
Rakyat Malaysia kena tahu, bahawa asas tuduhan yang dibuat oleh Mahathir, Azmin dan pembangkang terhadap Datuk Seri Najib mengenai 1MDB adalah tidak benar. Hutang sudah selesai, PAC sudah selesai dan duit RM2.6 yang dituduh curi pun sudah disahkan dakwaan itu tipu. Raja Salman sendiri pun sudah datang ke Malaysia.
Trump sudah bersih nama Najib di Amerika Syarikat. Tuduhan DoJ tidak benar. Justo pun sudah masuk ke lokap. Claire Brown pun bersalah di Mahkamah London. Ini semua buktikan tuduhan Mahathir itu semua adalah tidak benar.
Bahaya penyakit “tidak tahu” yang ada pada Mahathir dan Azmin. Rakyat Malaysia kena ambil tahu, jangan buat buat tidak tahu pada penyakit yang berbahaya begini. Apalah hendak jadi kepada Mahathir ini? Tidak tahu ke nyanyuk sebenarnya?
Tulisan:
Beruang Biru
BB587, Khamis
21 September 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa