Rasanya liang lahad dan kain kafan sudah boleh disediakan. Batu nisan pun sudah boleh ditempah. Nama pada batu nisan tersebut adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), 'anak kepada' DAP.
Ini kerana PPBM yang diasaskan oleh Mahathir pada 9 September 2016 itu sudah nazak dihujung nyawa. Sudah setahun, 10 hari usia PPBM. Ibarat rumah kata pergi, kubur kata mari. Lebih pendek nyawanya berbanding Semangat 46 dulu.
Jumlah ahli pun tidak berani diumumkan berapa ramai? Syed Saddiq kata hendak umum pada November 2016, sudah hendak sampai November 2017 sudah. Senarai ahli PPBM tidak berani pun Syed Saddiq umum. Macam mana hendak jadi menantu Azmin kalau takut begini.
Yang pasti, ramai sudah melompat keluar dari kapal PPBM ini. Memang ramai yang akan lompat bila tahu kapal hendak karam. Yang tidak tahu kapalnya hendak karam adalah Mahathir sahaja. Ini kerana, Mahathir sekarang ini sudah dilanda sindrom ‘tidak tahu” segala apa yang berlaku.
Bermula dengan drama pergaduhan sesama sendiri. Memang pada awalnya PPBM nampak seolah macam bersatu - sebab itu perkataan 'bersatu' dipilih oleh 3M iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.
Itu pun nama bersatu itu pun ciplak motto UMNO “Bersatu Bersetia Berkhidmat” dan skrip lagu UMNO. Warna merah pun ciplak dari UMNO. Logo bunga raya diciplak pula daripada logo sebuah klinik botox. Memang sudah ditakdirkan, parti yang menciplak ini tidak akan tahan lama.
Bukan bersatu yang menjadi amalan dalam PPBM. Mereka bergaduh dan berebut tempat dalam kapal PPBM. Pergaduhan yang terbuka dan diketahui oleh ramai orang.
Dimulakan dengan orang kuat Mahathir iaitu Khairuddin Abu Hassan sebulan selepas PPBM ditubuhkan. Dengar kata gaduh sebab jawatan dengan Muhyiddin.
Begitu juga Ezam Mohd Nor yang bertindak keluar PPBM tiga bulan selepas dia menyertai parti itu. Menurut sumber dia juga bergaduh kerana tidak dapat jawatan tinggi dalam parti itu.
Beruang Biru ada menulis sebelum ini tentang keadaan parti bunga yang rabak dan berselerak ini.
Satu demi satu kelopak parti bunga gugur layu. Di Baling, Kerteh, Pandan, Ipoh, Putrajaya Teluk Kemang, Rembau, Sik sudah ramai ahli PPBM sudah keluar parti. Baca pautan ini :
https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/06/parti-bunga-terkoyak-rabak-tangkainya.html
Terbaru, empat orang kuat PPBM sudah keluar parti dalam tempoh tidak sampai 3 bulan. Mereka adalah Kamarulzaman Habibur Rahman, Anina Saadudin, Hamidah Osman dan Mastura Othman (PPBM Terengganu).
Yang keluar ini berjawatan Setiausaha Kerja, Naib Presiden dan Ketua Srikandi. Bukan kecil kecil jawatannya. Semuanya sudah hilang kepercayaan dan mengakui kepimpinan PPBM amat mengecewakan.
Barah keretakan dalam PPBM amat serius. Lihat bagaimana Anina sebut bahawa dia keluar PPBM kerana dia bukan keldai, lembu dan anjing. Siapa keldai, lembu dan anjing yang dimaksudkan Ainina itu?
Keldai mana yang sebar cerita Ainina klimaks sampai empat kali itu? Atau keldai yang bergaduh besar dengan Hamidah?
Malah pemimpin PPBM begitu 'kuku besi' sehingga memecat Anina daripada jawatan parti seperti seorang lanun menghumban kelasinya ke dalam laut. Ini yang Ainina sebut. Ainina kata pemimpin PPBM sudah macam lanun.
Ini gara-gara Muhyiddin tidak mampu menjawab dan takut untuk berdebat dengan Anina apabila bekas Ketua Srikandi itu cabarnya untuk berdebat soal kepimpinan PPBM. Muhyiddin dianggap lanun oleh Ainina.
Lanun yang sekarang ini menjadi nakhoda kapal PPBM yang sedang karam. Apa kata, Anina dan Hamidah tubuh sahaja sebuah parti baharu.
Mungkin parti ini khusus untuk golongan yang telah tertindas atau ditindas dalam PPBM seperti mana jejak langkah Ezam dan Khairuddin menubuhkan Parti Anti Rasuah yang kurang menjadi itu.
Dengan populariti Anina sebagai '4 kali klimaks', tidak mustahil parti baharunya itu dapat mengumpul lebih ramai pihak yang sedang muak dengan PPBM, Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz. Sudah pasti boleh bertanding di Langkawi tanpa diganggu lagi oleh Mukhriz.
Anina harus bangun dari katilnya dan menjadi seorang tokoh politik agar dapat memberi cabaran buat Dyana Sofya dan Rara dari DAP. Mungkin inilah caranya untuk Anina dan Hamidah membalas dendam terhadap PPBM yang akan karam sedikit masa lagi.
Apa boleh buat, inilah nasib yang menimpa parti yang dibuat secara tidak ikhlas dan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Agenda Melayu sudah tidak lagi keutamaan Mahathir dalam PPBM, Mahathir sendiri cakap dalam Dewan Perhimpunan Cina bersama sama pemimpin DAP bahawa Ketuanan Melayu tidak lagi penting.
Dalam kalangan parti yang ada dalam Pakatan Harapan, PPBM adalah parti yang lemah sekali. Paling sedikit kerusi dan paling sedikit ahli. PAN yang diketuai Mat Sabu lagi kuat dan ramai ahlinya dari PPBM. Oleh itu, Mahathir tidak layak mengaku dia sebagai “top dog” lagi dalam Pakatan Harapan.
Semua orang tahu ‘top dog’ sebenar adalah DAP. Mahathir dan PPBM hanyalah alat DAP sahaja untuk memancing undi orang Melayu pada PRU14. Itu sahaja tujuan PPBM dikekalkan dalam Pakatan Harapan. Lepas itu, bergaduh besarlah nanti parti parti yang ada dalam Pakatan Harapan. Masing masing gila kuasa dan gila jawatan.
Mahathir pula hanya tahu suatu benda sahaja, mahu jadikan anaknya sebagai Perdana Menteri. Benda lain semua dia tidak tahu sekarang ini. Rugi sampai RM32 billion dia tidak tahu. Yang dia tahu adalah jadikan anaknya sebagai PM.
Parti PPBM yang baru berusia 59 kali Jumaat ini pun sudah hendak karam. Itu pun Mahathir tidak tahu. Padan muka, siapa suruh masuk parti yang hendak karam. Sekarang ini tenggelamlah bersama sama nakhoda yang tidak tahu itu sekali.
Tulisan:
Beruang Biru
BB583, Selasa
19 September 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa