Cybertrooper Pakatan menularkan artikel Forbes yang telah diterbitkan hampir 1 tahun yang lalu. Mereka sengaja ‘screenshot’ tajuk utama dan perenggan yang memetik 1MDB. Dan dengan sengaja menyembunyikan artikel penuh, yang tidak ada pun menyenaraikan Malaysia dalam senarai 5 tangga teratas itu - apatah lagi dalam senarai "negara paling korup di Asia".
Pakatan masih lagi menggunakan berita utama yang mengelirukan untuk menipu rakyat.
Sekiranya anda membaca artikel itu sepenuhnya, anda akan nampak bahawa artikel itu menyenaraikan negara-negara berikut sebagai 5 negara yang paling korup di Asia.
1. India: kadar rasuah sebanyak 69%
2. Vietnam: kadar rasuah sebanyak 65%
3. Thailand: kadar rasuah sebanyak 41%
4. Pakistan: kadar rasuah sebanyak 40%
5. Myanmar: kadar rasuah sebanyak 40%
Malaysia tidak langsung berada di kedudukan 5 teratas. Kita berada di bahagian bawah senarai dengan 23% manakala negara-negara seperti Kemboja dengan 40%, Indonesia dengan 32%, China dengan 26%, Australia dengan 4% dan Taiwan dengan 6%.
Senarai ini dibuat berdasarkan kepada soalan dalam salah satu kaji selidik Transparency International sama ada seseorang telah memberikan sogokan dalam tahun lepas. (ya, anda membayar polis rasuah juga diambil kira).
Ini adalah satu lagi contoh penipuan pembangkang terhadap rakyat. Mereka telah kehabisan hujah terhadap dasar Kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Jadi mereka sebaliknya terpaksa menipu orang ramai dan mencipta berita palsu.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia menduduki tempat ke-55 daripada 176 negara paling tidak korup di seluruh dunia untuk tahun 2016 oleh indeks rasuah Transparency International.
Lima Negara Paling Korup di Asia (Asia's Five Most Corrupt Countries)
https://www.forbes.com/sites/tanvigupta/2017/03/13/asias-five-most-corrupt-countries/#79436216a985
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2074049249480525&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3
Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/
Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 19 November 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa