Pages

25 Jan 2018

Hendak Selamatkan Siapa Jika Ambil Balik Pemimpin Lama Berkuasa Semula?


Masa tahun 2003, menangis menangis hendak berhenti dan letak jawatan. Kata saya "dah lama dah". Hendak jaga cucu pula.
Anwar pun pernah sindir Mahathir. "Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion. Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," kata Anwar dalam satu ceramah di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur pada 1 Februari 2012.
Sekarang ini Mahathir dan Anwar sudah cium mulut sekali. Kerana hendak rampas kuasa, mereka berpakat sekali. Biarpun duduk sekapal dalam pembangkang tetapi cita cita berlainan.
Di depan rakyat mereka kata hendak selamatkan Malaysia kononnya. Hendak buat perubahan kononnya. Namun dalam hati mereka, ada agenda peribadi yang lain. Bukan untuk rakyat, tetapi untuk anak sendiri dan kroni.
Ini yang rakyat perlu ketahui. Tahun 2015, pembangkang dan Mahathir buat kempen "Selamatkan Malaysia". Dakwa ada sampai 1.4 juta tandatangan. Akhirnya, tandatangan pun tipu. Sampai Yang Dipertuan Agong pun mereka hendak tipu.
Kemudian cakap ada 6 juta orang akan masuk parti bunga. Akhirnya bila sudah setahun lebih ditubuhkan, jumlah ahli pun malu hendak beritahu. Mesyuarat cawangan pun tidak boleh buat.
Hendak selamatkan negara bagaimana kalau parti sendiri pun gagal diurus dengan baik. Hendak selamat negara macam mana kalau anjur demo pun gagal. Hanya suku sahaja padang yang penuh.
Semalam, Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bercakap soal tempoh dua penggal untuk jawatan PM. Mahu hadkan jawatan PM kepada hanya dua penggal.
Teruk Mahathir kena kecam dengan netizen selepas itu di Facebook kerana cadangannya itu. Bermaksud, ramai rakyat yang sudah tahu apa agenda sebenar Mahathir mahu berkuasa sekali lagi.
Bukannya mahu selamatkan Malaysia atau rakyat, tetapi mahu selamatkan anak sendiri dan kroni sahaja. Mahathir jadi PM selama 22 tahun. Mahathir jadi PM pada tahun 1981.
Kemudian, PRU ke-6 pada tahun 1982 hingga PRU ke-10 pada tahun 1999, Mahathir lagi sebagai PM. Bermakna 5 penggal, Mahathir jadi PM. Orang kalau hendak buat sesuatu masa dia ada kuasa, bukan masa tidak ada kuasa baru berjanji hendak buat itu dan ini.
Kenapa masa berkuasa Mahathir tidak buat syarat jadi PM hanya dua penggal sahaja? Mengapa tidak berundur pada PRU ke-8 pada tahun 1990 ketika adanya Semangat 46 dan perpecahan teruk berlaku dalam UMNO?
Mahathir tidak berundur. Sekarang pada usia sudah 93 tahun, Mahathir mahu jadi PM sekali lagi. Kononnya untuk selamatkan Malaysia dan hanya untuk dua penggal sahaja.
Kalau dua penggal, sampai umur 103 tahun dan jumlah keseluruhan Mahathir menjadi PM akan jadi 32 tahun. Satu rekod dunia akan tercatat. Bush, Obama dan Margaret Thatcher pun tidak gila hendak berkuasa balik seperti Mahathir.
Dulu Mahathir pernah kata, Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi PM. Dulu kata kena berhenti sebelum kenyang. Sekarang ini apa jadi pada kata kata tersebut? Makan diri balik lah.
Ketika menyampaikan ucaptama semalam di Invest Malaysia 2018, Datuk Seri Najib sendiri merujuk beberapa projek zaman Mahathir yang membawa beban kepada rakyat. Antaranya ialah soal pengangkutan awam yang telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak sistematik, dengan pemilik dan sistem yang berbeza sehingga tiada integrasi antara satu sama lain.
Mengambil kira semua ini, siapa yang hendak diselamatkan jika pakatan mengambil semula pemimpin lama seperti Mahathir berkuasa semula? Bukan rakyat yang hendak diselamatkan, tetapi legasi lama yang akan diteruskan semula.
Datuk Seri Najib juga pernah berkata dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang lepas, jika ambil pemimpin lama, masalah lama akan berulang kembali.
Sudahnya, rakyat Malaysia tidak akan selamat kerana yang akan diselamatkan adalah anak Mahathir iaitu Mukhriz.
Sebab itu, Mahathir kata tempoh jadi Perdana Menteri paling ideal ialah dua penggal. Seandainya pakatan menang PRU14 kali ini, Mahathir akan jadi Perdana Menteri sementara, dan beliau sudah pasti akan pecat Wan Azizah yang jadi Timbalan Perdana Menteri.
Lantiklah Mukhriz sebagai ganti. Maka berakhirlah perjuangan yang belum selesai bagi Mahathir. Misi Mahathir adalah menyelamatkan anaknya, bukan menyelamatkan rakyat.
Oleh kerana itulah Mahathir mahu berkuasa kembali. Untuk selesaikan agenda peribadi dan menyelesaikan "sesuatu" untuk kroninya. Yang kena tanggung kesan adalah rakyat nanti.
Tulisan :
Beruang Biru
BB752, Rabu
24 Januari 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa