Tidak dapat dinafikan kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melupakan orang muda dan memastikan impian mereka diambil kira dalam pembangunan negara.
Menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50), lebih 80,000 aspirasi orang muda telah dikumpulkan dan ia akan ditapis untuk pelan tindakan. Dalam erti kata lain, kerajaan menggunakan dasar lebih terbuka untuk anak muda dan masa depan negara.
Ia berbeza dengan pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Mahathir yang kini pengerusi Pakatan Harapan (PH) kini mahu memerintah semula Malaysia.
Jika ketika menjadi Perdana Menteri dulu beliau digelar sebagai diktator oleh pembangkang, jadi tidak mustahil pendekatan itu akan dipraktikkan semula jika beliau menjadi Perdana Menteri pembangkang.
Apa jaminan Mahathir akan berbeza dari dulu? Dengan usianya 93 tahun, mampukah beliau menjadi Perdana Menteri lagi sedangkan pemimpin dunia yang lain sudah pencen apabila mencecah usia berkenaan?
Cuba imbau kembali sejarah pemerintahan beliau. Banyak langkah yang dilaksanakannya telah menyebabkan beliau mendapat gelaran diktator, mahafiraun dan maha zalim daripada pemimpin pembangkang dan anehnya kini mereka boleh duduk semeja pula bergabung dalam satu pasukan.
Betapa hipokritnya Mahathir dan pemimpin pembangkang PH yang cakap tak serupa bikin ini. Dulu pembangkang mengecam tindakan Mahathir kerana melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang menyaksikan ramai anak muda ditahan dalam Operasi Lalang. Tapi kini mereka sepentas pula.
Dalam Operasi Lalang itu, lebih 100 orang ditahan tanpa bicara di bawah ISA termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh dan penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong.
Mahathir bagaimanapun mendakwa Operasi Lalang adalah keputusan polis dan beliau membantah operasi tersebut sewaktu memegang jawatan sebagai menteri dalam negeri pada masa itu.
Namun Kua yang lantang bersuara membantah ISA, tetap menuntut Mahathir memohon maaf kerana menjadi dalang di sebalik Operasi Lalang, terutama selepas beliau kini bersama pembangkang.
Pada 15 September 2011, Najib kemudiannya telah memansuhkan akta tersebut untuk memberi lebih banyak ruang kepada golongan muda bersuara dan supaya mereka tidak dikongkong.
Mahathir sendiri pun bila forum bersama orang muda, teruk dia kena "troll". Orang muda menolak orang yang terlalu tua jadi PM semula. Berbeza dengan sambutan terhadap Datuk Seri Najib semalam di Selangor bersama dengan orang muda.
Dalam erti kata mudah, kerajaan Barisan Nasional untuk orang muda manakala kerajaan pembangkang untuk orang tua, yang mempunyai agenda tersendiri.
Agenda orang tua bernama Mahathir dan Kit Siang. Agenda untuk anak sendiri dan kroni sahaja.
Tulisan :
Beruang Biru
BB776, Isnin
12 Februari 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa