Pages

13 Mac 2018

Dulu Kata Anwar Tumbuk Sendiri, Sekarang Kata Polis Pula Salah

Dalam Keadilan Daily bertarikh 17 Disember 2012, N. Surendan yang bertindak sebagai peguam kepada Anwar Ibrahim telah menyatakan “pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu (mata lebam) dilakukan oleh Anwar Ibrahim sendiri”.

N. Surendran mengatakan bahawa dulu Mahathir telah kata Anwar Ibrahim tumbuk matanya sendiri sampai lebam. Namun kini Mahathir telah buat pusingan “U Turn” terhadap semua benda. Kerana mahu kuasa dan menjatuhkan Barisan Nasional di Putrajaya, Mahathir sudah buat banyak sekali pusingan “U Turn”.

Anwar Ibrahim dikatakan memukul matanya sendiri berdasarkan keterangan seorang saksi dalam kes tersebut yang bernama Dr Abdul Rahman Yusof. Dr Abdul Rahman mengesahkan bahawa mata lebam Anwar mungkin berpunca akibat dipukul diri sendiri.

Menurut Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara dalam satu wawancara pada Mei 2012,amat mustahil untuk Dr Abdul Rahman memalsukan bukti kerana terdapat ramai pegawai polis dalam lokap pada malam kejadian didakwa berlaku.

"Bukan Rahim Noor seorang. Ramli Yusuff (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) pun ada di situ di dalam lokap itu," kata Musa Hassan.

Kini, Mahathir sudah mula menyalahkan polis pula kerana insiden mata lebam itu. Dulu dalam kes Memali pun sama, Mahathir menyalahkan pasukan polis bila ditanya secara terbuka dalam satu forum “baling kerusi” di Shah Alam pada tahun lepas.

Semalam dalam satu temubual bersama Sin Chew Daily, Mahathir menyatakan :

"Saya sangat marah kepada polis, kerana saya tanya mereka: mengapa kamu tidak bicarakan dia (Anwar)? Mula-mula mereka tak mahu beritahu saya. Hanya kemudian mereka maklumkan bahawa mereka menyebabkan mata dia (Anwar) lebam,"

Sekali lagi polis menjadi sasaran untuk dipersalahkan oleh Mahathir. Sedangkan dulu N Surendran pernah tuduh Mahathir yang mengarahkan polis untuk serbu rumah Anwar dan tahan Anwar di lokap.

Mahathir kini tidak malu lagi untuk bersekongkol dengan orang yang dulunya dia panggil sebagai peliwat. Mahathir sekarang tidak malu lagi untuk buat pusingan “U Turn” terhadap semua kenyataan dia dahulu.

Malah jangan terkejut selepas ini Mahathir akan buat kenyataan ini pula

“Saya percaya Anwar Ibrahim tidak meliwat, semua tuduhan itu hanya konspirasi semata mata” kata Mahathir dalam satu ceramah ketika kempen pilihanraya PRU14.

Semua ini boleh terjadi, kerana Mahathir sudah terdesak. Mahathir terpaksa guna kenyataan kenyataan memuji Anwar dan menyalahkan polis ini semata mata untuk memujuk PKR sahaja. Kenapa hendak pujuk PKR?

Kerana parti PPBM bakal diharamkan tidak lama lagi. PPBM sudah tidak lagi diharapkan oleh Mahathir. PPBM akan diharamkan kerana ada beratus ratus aduan. Mahathir tidak mampu selamatkan PPBM lagi.

Terpaksalah guna logo DAP atau PKR untuk PRU14 nanti. Sebab itulah sekarang ini bukan main lagi Mahathir memuji dan mengampu Anwar Ibrahim. Teruk sungguh. Kerana hendak kuasa dan agenda peribadi, Mahathir jilat balik semua ludahnya dahulu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB819, Selasa
13 Mac 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa