Wakil rakyat DAP hanya wakil rakyat hinggap sahaja. Datang dan ada masa kempen pilihanraya sahaja, kemudian selama sepenggal hilang entah ke mana. Bila dekat hendak waktu mengundi pula, dengar cerita lari ke kawasan lain pula.
Wakil rakyat DAP lari kawasan kerana tidak buat kerja. Mereka tahu kalau mereka bertanding lagi di kawasan itu, maka pengundi yang kenal mereka tidak akan lagi memilih mereka lagi. Oleh itu, baik lari sahaja ke kawasan baru.
Di kawasan baru boleh buat janji baru. Boleh tipu orang yang baru jumpa. Boleh bagi harapan yang macam macam kepada orang yang baru dikenali. Kemudian genap satu penggal, lari pula ke tempat lain. Inilah strategi tradisi DAP, lari kawasan.
Paling aktif lari kawasan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan ketika PRU12, dia bertanding di Ipoh Timur dan kemudian pada PRU13 lari jauh ke Johor iaitu di Gelang Patah. Penduduk di Gelang Patah pun merungut Kit Siang sering tidak ada di kawasan.
Siap kena “sound” lagi dengan penduduk kampung. Penduduk kampung siap halau lagi Kit Siang sebulan yang lalu di sebuah kampung di Johor. Tengok video ini :
https://www.facebook.com/tokadithejustice/videos/1667981816630101/
Sejak mula bertanding pada 1969, Kit Siang sudah lari di lima negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan termasuk Johor. Sama kisahnya dengan Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Ching Tong yang juga buat perkara yang sama iaitu menang dan lari.
Pada PRU12,Ching Tong bertanding dan menang di Parlimen Bukit Bendera dan kemudian berpindah ke Johor bertanding di Kluang. Pengundi Bukit Bendera dan Kluang kena “kencing’ dengan “kelentong” sahajalah dengan Ching Tong ini.
Pengundi Ayer Hitam pula bakal kena “kencing” dan “kelentong” selepas ini. Di Kluang, Ching Tong hanya terkenal buat provokasi sahaja bila edar kurma di bazar Ramadhan.
Ketika itu, Liew bersama dengan Penolong Setiausaha DAP Johor, Sheikh Umar Ali cuba masuk ke dalam kawasan bazar tanpa meminta kebenaran. Buat provokasi, gaduh dan cetus kontroversi kemudian lari ke kawasan lain pula. Inilah strategi turun temurun DAP.
Di Selangor pun sama, wakil rakyat DAP ini lari juga, ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin difahamkan akan bertanding di Johor pada PRU14 begitu juga dengan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah serta ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim masing-masing akan bertanding di DUN Kuala Kubu Bharu dan Sungai Pelek.
Sama seperti Ahli Parlimen DAP Serdang pada penggal 2008-2013, Teo Nie Ching yang selepas itu lari kawasan untuk bertanding di parlimen Kulai Johor pada 2013. Khabarnya, Teo Nie Ching hendak lari kawasan lari bertanding di negeri lain pula.
Guan Eng pun sama, lari melompat jauh dari parlimen Kota Melaka untuk bertanding di parlimen Bagan pada 2008. Teresa Kok juga ada rekod lari kawasan, melompat dari parlimen Ipoh Barat, Perak untuk tanding di parlimen Seputeh pada tahun 1999.
Anthony Loke lari kawasan dari parlimen Rasah pada 2008 untuk bertanding di parlimen Seremban pada 2013. M.Kulasegaran juga lari kawasan kali iaitu dari parlimen Telok Intan pada 1997 ke parlimen Ipoh Barat pada 1999.
Selain Kit Siang, yang menjadi naib johan lari kawasan dalam DAP adalah Ngeh Koo Ham iaitu lari kawasan sebanyak 4 kali. Pada tahun 1990 tanding di parlimen Beruas, kemudian lari ke parlimen Batu Gajah pada tahun 1995, kemudian lari lagi ke kawasan Ipoh Timor pada 1999 dan kali keempat bertanding balik di parlimen Beruas pada 2008.
Sepupu Ngeh, iaitu Nga Kor Ming juga melompat kawasan iaitu tanding di DUN Pantai Remis pada 2008 sebelum melompat ke DUN Kepayang pada 2013.Khabarnya Nga Kor Ming juga teringin hendak bertanding di parlimen Kulai, tempat yang ditinggalkan oleh Ching Tong.
Lari kawasan dan lompat dari tempat ke tempat lain adalah tradisi turun temurun DAP. Itulah yang disebut oleh Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor Tan Tuan Tat yang menyatakan lari kawasan adalah tradisi turun temurun DAP yang menjadi amalan mereka sejak dulu untuk memastikan hayat politik calon mereka terus bernyawa selama yang boleh.
Tuan Tat berkata, calon yang lari ini tidak berjaya berkhidmat dengan baik di kawasan masing-masing, jadi sebelum dihukum oleh pengundi, baik mereka beredar dan lari bertanding di tempat lain pula.
Kali ini DAP ada calon calon baru untuk bertanding atas logo roket pada PRU14. DAP ada Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin untuk diperkudakan bagi mendapatkan undi Melayu pada PRU14.
Sudah pastilah “kuda kuda” DAP yang baru ini akan melompat lebih kuat pada PRU14 ini. Setelah disuap dengan karot yang berkualiti dari luar negara sebagaimana yang pernah didedah oleh Dr Zuhdi dari PAS, sudah tentulah melompat laju “kuda kuda” DAP ini. Sekarang pun sudah lompat laju sampai mahu buang penjawat awam dan jayakan konsep Malaysian Malaysia yang DAP mahukan.
Pengundi jangan tertipu dengan “kuda kuda” baru DAP ini. Pengundi juga jangan tertipu dengan calon ‘kencing dan kelentong” DAP di kawasan kawasan baru nanti. Lari kawasan ini memang amalan turun temurun parti DAP. Lari setelah tidak buat kerja pada rakyat.
Tulisan :
Beruang Biru
BB831, Rabu
21 Mac 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa