Pages

17 Mac 2018

Parlimen Switzerland Sahkan Duit CHF104 Juta Bukan Duit 1MDB


Parlimen negara Switzerland semalam mengesahkan dana CHF104 juta Swiss Franc atau RM430 juta yang dikaitkan dengan Malaysia bukan milik 1MDB.

Usul itu ditolak semalam di parlimen Switzerland. Usul untuk mengembalikan dana itu ke Malaysia itu dimulakan oleh Ahli Parlimen dari Parti Sosial Demokrat (SDP), Carlo Sommaruga.

Usul tersebut ditolak dengan 138 wakil mengundi menentang manakala hanya 53 menyokong. Menurut Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Ignazio Casssis, usul berkenaan terlalu umum.

"Usul ini terlalu umum, kerana ia meminta Majlis Persekutuan masuk campur melangkaui apa yang mampu dilakukannya, ekoran pemisahan kuasa dan kebebasan kehakiman," katanya.

Dakwaan bahawa dana di Switzerland itu kononnya dana dari 1MDB dibuat oleh Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Pengarah Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme, Cynthia Gabriel dan bukannya pihak berkuasa Switzerland.

Sejak bila Kit Siang, Wan Azizah dan Cynthia Gabriel jadi FBI di Switzerland? Duit penalti bank swasta dituduh dan diputar belit kata duit 1MDB yang hilang. Memandai sungguh mereka buat cerita.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR dan Kit Siang iaitu pemimpin DAP sanggup menulis surat kepada kira-kira 154 orang Ahli Parlimen negara itu menuntut wang berkenaan dipulangkan kepada ke Malaysia.

Hendak pulang buat apa? Duit itu bukan duit 1MDB. Tiada duit 1MDB yang hilang. 1MDB dan MOF sudah pun buat kenyataan, yang memandai mandai reka cerita kata duit di Switzerland itu adalah duit 1MDB adalah pembangkang.

Duit RM430 juta di Switzerland itu adalah jumlah keseluruhan saman dan penalti yang dikenakan oleh Pengawal Selia Kewangan Switzerland (FINMA) kepada bank-bank swasta kerana melanggar peraturan kewangan dan perbankan Switzerland.

Untuk buat cerita karut di Switzerland,
pembangkang di Malaysia memilih Sommaruga bagi membawa usul di parlimen. Siapa Sommaruga ini?

Sommaruga ini sama "taste" dengan Anwar. Seorang yang menyokong hubungan songsang dan homoseksual di negara Eropah itu. Pada 13 Disember 2012, Parlimen Switzerland meluluskan usul membenarkan pasangan sejenis ( gay dan lesbian) yang berkahwin untuk mengambil anak angkat untuk dijadikan anak sendiri.

Ia diluluskan dan Sommaruga mengundi menyokong usul itu. Di Australia pun, pembangkang Malaysia cari puak LGBT, di Switzerland pun cari geng LGBT juga untuk memburuk burukan Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pun menyelar wakil pembangkang khususnya Chyntia Gabriel dan dan Pengarah Global Bersih, Bala Chelliah yang cuba menyebarkan berita palsu dengan mengaitkan usul Parlimen Switzerland itu dengan 1MDB.

“Mereka telah mengkhianati (negara) dengan menghantar surat kepada anggota Parlimen Switzerland dan wakil-wakil NGO Malaysia membuat perjalanan ke negara itu, untuk melobi anggota parlimen Switzerland supaya menyokong usul tersebut," kata Salleh.

Pada 16 Jun tahun lepas, Sommaruga turut mengemukakan usul bertajuk 'Penghantaran Balik Dana Rasuah Rakyat Yang Dirompak'. Dalam usul itu, dinyatakan secara umum serta banyak nama syarikat lain disebut berserta dengan negara mereka.

Usul yang dikemukakan Sommaruga pada 15 Mac 2018 adalah untuk kali kedua, ianya bukan ditujukan kepada 1MDB atau Malaysia. Pada 30 Ogos 2017, Majlis Persekutuan Switzerland (sama dengan Kabinet), mengeluarkan analisis terperinci mengenai usul itu dan Kabinet Switzerland dicadangkan untuk menolak usul itu.

Bermaksud Kabinet dan Parlimen Switzerland pun menyiasat kesahihan maklumat yang diberikan dan bukti bukti yang ada. Bila sudah dua kali ditolak pada Ogos 2017 dan Mac 2018, ini membuktikan bahawa cerita duit 1MDB kononnya ada di Switzerland hanyalah cerita tipu semata mata.

Cerita yang direka oleh talibarut pembangkang di luar negara iaitu Sarawak Report dan Wall Street Journal. Guna pula ahli parlimen sokong LGBT untuk bawa usul di parlimen. Itu pun Rais Yatim percaya bulat bulat cerita dari portal yang ditaja oleh talibarut Yahudi ini.

Hendak jadi penasihat bagaimana kalau percaya cerita cerita palsu sebegini? Mudah sungguh Rais Yatim kena tipu dengan Sarawak Report.

Duit di Switzerland bukan duit 1MDB.

"Oleh itu, CHF104 juta itu adalah hasil denda oleh FINMA terhadap bank-bank tertentu," menurut kenyataan dari syarikat 1MDB, Rabu lepas.

Samalah juga dengan cerita lukisan, kapal terbang dan kapal layar Jho Low yang kononnya dibeli dengan duit 1MDB. Sudah terbukti sekarang, dakwaan yang dibuat itu tidak benar.

Pembangkang berhempas pulas hendak guna Economist, Australian Post, ahli parlimen sokong Gay di Switzerland dan Sarawak Report. Semua campur tangan asing ini sedang diguna untuk sebar cerita propaganda dan persepsi menjelang pilihanraya kali ini.

Selepas ini, dari Australia pula. Nampak sangat pembangkang di Malaysia sudah desperate. Sanggup undang tangan asing untuk masuk campur hal di Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB824, Jumaat
16 Mac 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa