Pages

9 Apr 2018

Manifesto BN Memukau Seluruh Rakyat Malaysia.


Pengumuman pemberian BR1M berganda jika Barisan Nasional menang pada PRU14 benar benar memukau rakyat. Melenyapkan terus apa yang pembangkang tuduh selama ini kononnya negara hendak banrup dan muflis.

Cerita tentang pemberian BR1M menjadi "trending" di media sosial. Menjadi topik utama perbualan di semua kedai kopi di kampung dan di semua kedai kedai "hipster" anak muda pada hari Ahad lepas. Menaikkan jumlah BR1M pada tahun ini dari RM1,200 kepada RM2,000 adalah sesuatu yang amat memukau sama sekali.

"Malam ini saya nak sebut satu perkara...falsafah yang saya pegang bahawa kalau hasil negara bertambah, kita mesti agih kekayaan kepada rakyat, bantu rakyat yang memerlukan" kata Datuk Seri Najib semalam di Tawau, Sabah.

Barisan Nasional telah mentadbir ekonomi negara ini dengan betul. Semua institusi kewangan antarabangsa memberikan "rating" yang baik kepada ekonomi negara. Ringgit pun makin kukuh. Jadi bila hasil negara bertambah, nikmatnya dikongsikan juga kepada seluruh rakyat menerusi BR1M.

Zaman Mahathir, nikmat kekayaan negara hanya dikongsikan kepada kroni dan anak anaknya sahaja. Tidak ada BR1M di zaman Mahathir. Tuduh BR1M dedak. Namun bila ramai orang marah, Mahathir dan pembangkang hendak tiru pula BR1M yang dibuat oleh Datuk Seri Najib.

Hari ini lihatlah, bagaimana manifesto mengenai BR1M menjadi suatu benda yang paling memukau dalam manifesto BN. Lebih memukau daripada Khai Bhar dan Neelofa yang menang Anugerah Top Top Meletop semalam.

Selain itu manifesto BN turut tawarkan peluang pekerjaan sebanyak 3 juta. Ramai anak muda suka tawaran ini. Manifesto Pakatan Harapan (PH) hanya menawarkan kira-kira 1 juta pekerjaan sahaja.

Selain pekerjaan, BN juga menitikberatkan hal ehwal ekonomi rakyat iaitu meringankan beban rakyat menangani kos sara hidup seharian khususnya melibatkan penggunaan pengangkutan awam.

Dalam buku manifesto BN yang bertajuk 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' BN akan memperkenalkan Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 dan RM150 yang memberikan akses perjalanan tanpa had selama sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Jauh berbeza dari manifesto PH yang tidak langsung memberikan fokus dalam soal berkenaan melibatkan beban kos seharian. Pengumuman mengenai Pas Pengangkutan ini disambut baik oleh semua rakyat.

Selain itu, penerima BR1M juga amat bersyukur bila manifesto BN bercadang mahu memberikan RM1,500 kepada anak anak penerima BR1M bila masuk ke universiti. Berita ini disambut baik oleh seluruh 7 juta rakyat yang menerima BR1M.

Selain itu, tekad BN untuk memberikan keutamaan yang lebih kepada negeri Sabah dan Sarawak dinyatakan dalam manifesto BN apabila Najib memberi jaminan akan mengembalikan semula apa yang sepatutnya menjadi hak milik rakyat Sabah dan Sarawak tetapi diambil secara tidak betul oleh pemimpin terdahulu.

Najib juga dalam pembentangan manifestonya malam ini, menyatakan janji BN untuk membangunkan negara bermula dari Perlis Indera Kayangan hingga ke Sabah Di Bawah Bayu dan Sarawak Bumi Kenyalang.

Sebelum pelancaran manifesto lagi, Najib sudah pun melakukan lawatan rasmi ke Sarawak sebanyak 60 kali dalam masa sembilan tahun dan itu membuktikan komitmen serius Najib untuk membangunkan kedua-dua negeri berkenaan.

Ia amat berbeza dengan bekas Perdana Menteri, yang kini Pengerusi PH Mahathir Mohamad. Boleh bilang dengan jari berapa kali Mahathir ke Sabah dan Sarawak selama 22 tahun jadi PM.

BN juga akan memperkenalkan kad diskaun khas pelajar-pelajar bagi mengurangkan kos pengangkutan, perkhidmatan kerajaan dan pembelian barangan keperluan pendidikan. Benda ini tidak ada di zaman Mahathir, tidak payah lah hendak rindu zaman Mahathir.

BN juga dalam manifestonya akan melahirkan 125,000 Hufaz iaitu mereka yang menghafaz Al-Quran bertaraf profesional dalam tempoh lima tahun akan datang dalam pelbagai bidang, seperti kedoktoran, undang-undang dan sebagainya.

Najib berkata Darul Quran di Kuala Kubu Bharu akan dinaiktaraf menjadi Universiti Al-Quran. Tidak ada dalam manifesto PH mengenai melahirkan Hufaz ini, agenda bumiputera pun diletak di nombor 30. Biasalah bila DAP yang buat manifesto, mana mereka mahu perkara ini.

Pembangkang terkedu terus dengan manifesto BN yang lebih memukau dan hebat. Dalam manifesto BN pada PRU13, sejumlah 99.4% janji itu sudah pun dilaksanakan. Sepanjang lima tahun, BN sudah agih sejumlah RM28.91 billion kepada semua penerima BR1M.

Nikmatnya dikongsi kepada 7 juta orang dalam masa lima tahun. BR1M ini tidak akan ada kalau pembangkang yang perintah. Tengok sahajalah duit RM31.5 billion yang hilang dulu, lesap ke mana?

Kalau tidak hilang rakyat Malaysia di tahun 1990an sudah lama dapat BR1M pada zaman itu. Tetapi hanya kroni dan anak anak dia sahaja yang dapat.

Jadi, kalau hendak BR1M, jangan bagi balik kuasa negara ini kepada orang yang dahulunya pernah jadi Mahafiraun dan diktator selama 22 tahun. Kena kekalkan kerajaan BN untuk jadikan negara ini lebih hebat di masa akan datang.

#HebatkanNegaraku #BersamaBN #ManifestoBN #DahulukanRakyat

Tulisan :
Beruang Biru
BB859, Isnin
9 April 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa