Pages

22 Mei 2018

Datuk Seri Najib Disarung Baju Oren Hari Ini ?


Kalau ikut skripnya begitulah....

Janji tidak dipenuhi, maka bermainlah kerajaan baru dengan persepsi setiap hari. Dalam peti besi yang dibuka apa yang dijumpai adalah sijil nikah dan mata wang lama sahaja.

Tiada pun dokumen yang dicari. Sampai kasut cucu pun disita, nampak sangatlah drama yang hendak direka. Malam Ramadhan pertama dipunggah hingga Datuk Seri Najib terduduk terlena.

Gambar beg yang kononnya dirampas sudah terbukti adalah gambar palsu. Sebuah laman membeli belah mengesahkan gambar itu adalah gambar dari laman web mereka.

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/05/birkin-handbags-singapore-gd-3.jpg

“Shopfirstluxury”, sebuah kedai menjual barangan mewah di Singapura membuat aduan mengenai penggunaan gambarnya dalam satu catatan di Instagram dan menggesa orang ramai untuk berhenti mengaitkan gambar itu dengan kes tersebut.

Blog The Sarawak Report juga turut menggunakan gambar tersebut, dan mengaitkannya dengan rampasan beg tangan Hermes Birkin dalam satu serbuan polis ke atas 3 pangsapuri mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Kisah punggah beg, ambil kasut cucu dan kira duit hanyalah fasa pertama. Esok ada lagi sandiwara yang hendak direka. Khabarnya fasa kedua esok Datuk Seri akan dipaksa menyarungkan baju oren.

Baju oren bertulis "Tahanan SPRM" itu akan diarak dan disembahkan di depan lensa kamera. Dimasuk dalam berita menampakkan kononnya Datuk Seri Najib bersalah. Itulah tujuan mereka, memalukan dan mencipta persepsi sahaja.

Padahal Datuk Seri Najib belum lagi bersalah hingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Betul apa yang Dato Seri Anwar Ibrahim sebut, janganlah membalas dendam dan adili lah Datuk Seri Najib dengan baik.

Tun Mahathir pun dilayan dengan baik ketika dia tidak menjadi PM. Naik jet ke sana sini, beraya di London lagi. Malah dalam kes Forex, dijemput lagi beri keterangan secara adil di hadapan panel siasatan RCI.

Mengapa dalam kes 1MDB ini, tidak diwujudkan seperti RCI untuk beri keadilan kepada semua pihak?

Shukri Abdull ini sah atau tidak perlantikkannya sebagai Ketua SPRM? Yang Dipertuan Agong belum setuju lagi pun dengarnya. Jadi bagaimana esok? Kalau peguam yang handal sudah pasti keadaan akan berpihak kepada orang yang benar.

Rakyat akan disajikan dengan baju oren esok. Dulu Anwar digari di hadapan Sultan Abdul Samad, 20 tahun selepas itu ada lagi orang yang kena pakai baju oren di hadapan kamera esok.

Rakyat sekarang sudah bijak dan baik. Tidak lagi berdemo dan bakar tayar macam 20 tahun dulu. Mereka menilai dengan fikiran dan hati mereka. Mereka sedang menilai harga undi mereka selepas 12 hari.

Apa yang mereka dapat hanya persepsi bukan janji. Banyak sandiwara dan drama daripada kerja. Dalam bulan Ramadhan ini kita doakan esok tidak terjadilah drama sarungkan baju oren ini.

Jika ada bukti yang kukuh, bawa sahajalah ke mahkamah, kenapa perlu memalukan dan mencipta persepsi lagi....

Pandangan ikhlas
Bekas Penyokong Reformasi 1998

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa