Pages

16 Ogo 2021

Ku Li bakal PM? Najib ketuai Majlis Pemulihan Negara?

Sebelum ini, calon Perdana Menteri seterusnya berkisar di antara Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ahli politik veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri yang juga dari parti UMNO.

Walaupun Anwar telah dinamakan sebagai calon tunggal PM dari blok Pakatan Harapan, tetapi beliau masih tidak cukup majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Ismail Sabri, Naib Presiden UMNO pula dikatakan cuba mengumpul akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen bagi membuktikan majoriti, tetapi gagal meraih sokongan kepimpinan partinya sendiri

Tengku Razaleigh Hamzah, lebih dikenali sebagai Ku Li adalah pemimpin yang kedua paling senior di Dewan Rakyat selepas Tun Dr Mahathir Mohammad, dan dilihat sebagai pilihan neutral yang dapat menyatukan semua parti bagi tempoh interim. Difahamkan Ku Li akan dilantik sebagai PM dan mengemudi jentera kerajaan dengan komposisi kabinet yang terhad.

Najib pula dikatakan menjadi pilihan istana untuk memimpin Majlis Pemulihan Negara  kerana beliau dilihat mampu memacu pemulihan negara dari impak pandemik Covid-19 berdasarkan pengalaman serta perancangan strategik beliau. Najib selama ini menjadi pengkritik vokal yang mempersoalkan pelbagai kecelaruan dan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional. Pelbagai cadangan pemulihan negara yang diutarakan beliau diketepikan, dan ada yang dilaksanakan dengan modifikasi oleh kerajaan setelah menerima tekanan dari rakyat.

Kita nantikan pengumuman Yang Di Pertuan Agong di dalam masa terdekat yang diharap dapat menyelesaikan krisis politik negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa