Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal. Di ulang, ‘SATU’ laporan polis sahaja bagi kesemua ‘penipuan’.
Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana “hilang bila dibasuh” dan BUKANNYA penipuan kerana “mengundi dua kali”.
Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula. Persoalannya, kenapa hanya 30?
Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR?
Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui?
BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89. Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.
Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi. Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?
Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai? Kenapa mesti membiarkan Dato’ Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina?
Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan.
Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.
Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.
Perlu diingatkan bahawa ‘tema’ himpunan bantahan Anwar ialah ‘blackout’ iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.
Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan ‘blackout’, malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya. Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.
Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema ‘ink-out’ bukan ‘blackout’. Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan ‘blackout’ sedangkan yang diperjuangkan ialah ‘ink-out’.
Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan ‘kegelapan’ bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal.
Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan ‘blackout’.
Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.
Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi? Atau di manakah kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi berlaku?
Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU? Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang?
Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan “you ulang, I saman.”
Pages
▼
1 Jun 2013
28 Mei 2013
Ustaz Hadi Di Cerca Sam Ketot
Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.
Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami ‘tahalluf siyasi’ (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis. “Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut. “Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013. AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.
"Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan.
Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.
Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami ‘tahalluf siyasi’ (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis. “Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut. “Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.
Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013. AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.
"Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan.
Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.
29 Apr 2013
28 Apr 2013
Anwar Cuba Cetus Sentimen Perkauman Raih Undi Masyarakat India
Pakatan Rakyat (PR) seringkali menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) memainkan sentimen perkauman untuk meraih undi, sedangkan hakikatnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan sentimen perkauman kepada masyarakat India supaya mereka membenci kerajaan dan menyokong cita-citanya untuk ke Putrajaya dan menjadi perdana menteri.
Ia dilihat jelas ketika kempen jelajah Anwar di Melaka dan Johor dengan menggunakan sentimen isu Datuk Zulkifli Nordin kepada masyarakat India dan cuba mengaitkan Umno dengan tindakan tersebut.
Sedangkan hakikatnya kenyataan-kenyataan dibuat Zulkifli itu adalah semasa beliau masih bersama PAS dan bukannya menjadi ahli Parlimen Bebas. Tindakan Anwar itu membuktikan PR yang terdiri daripada pakatan DAP, PAS, dan PKR sebenarnya menggunakan sentimen agama untuk memecah-belahkan negara ini. Anwar berharap dengan menggunakan sentimen itu, kerajaan pimpinannya akan berjaya untuk menentang BN dengan cara kotor, namun tanpa sedar beliau sebenarnya sedang memusnahkan ikatan sosial antara penduduk berbilang kaum di negara ini semata-mata mengejar cita-citanya menjadi perdana menteri.
Jika kita lihat kembali, apa sudah jadi dengan inside Kampung Buah Pala? ke mana masyarakat India di sana? Di mana janji pembangkang untuk membela mereka? Semuanya sudah terjawab dengan jelas PR bukanlah pihak yang benar untuk diberi mandat memerintah negara kerana mereka hanya berjuang menegakkan Anwar sebagai perdana menteri, tetapi bukannya berjuang untuk rakyat dan demi rakyat seperti mana dilaksanakan BN sejak 50 tahun lalu.
Menggunakan sentimen “demokrasi” PR bergerak untuk mendapat sokongan rakyat, namun sambil menyelam mereka minum air, apabila ikatan muhibah antara kaum cuba dirobohkan oleh DAP, PAS, dan PKR melalui ikatan pakatan pembangkang.
Daripada itu, jelas kita melihat, selepas beliau sedar akan kegagalannya untuk membantu Hindraf, Anwar mula menggunakan helah kerana pemimpin Hindraf telah berjumpa dengan Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak. Jelas Anwar pentingkan diri sendiri.
Telah lama Hindraf bersama perjuangannya, namun pandang sebelah mata pun tidak. Kini bila Hindraf bertemu Najib, Anwar sudah mula goyang. Sebab itu beliau menggunakan sentimen perkauman untuk menarik undi masyarakat India. Selain itu, dengan program transformasi dan pelunasan janji kerajaan kepada masyarakat India juga membuatkan Anwar tidak tidur malam apabila memikirkan perkara itu.
Masyarakat India pada Anwar mungkin boleh dijual beli dengan janji-janji palsunya, tetapi Najib jelas mengotakan janji menyelesaikan isu masyarakat India yang telah dipinggirkan Anwar.
26 Apr 2013
Anwar Pernah Perlekeh Hindu
Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.
Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya. Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.
Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu.
Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang.
Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama. Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?
Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, “ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak.”
Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai “pariah” namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.
Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada.
Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis “Undi Keling Siapa Mahu?” yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?
Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.
Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala.
Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.
Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR.
Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.
23 Apr 2013
FAKTA : Kenapa Lim Guan Eng Dianggap Diktator Dalam DAP SENDIRI!!!
21 Apr 2013
#PRU13:- Calon Yang Terpilih Harus Bekerja Untuk Rakyat
Tinggal lagi dua hari bagi negeri-negeri menghadapi penaman calon bagi PRU ke 13 nanti. Rakyat sudah pastinya teruja dengan hari tersebut yang mana menjadi satu entiti kepada setiap kali pilihanraya. Sebelum penamaan calon pada Sabtu ini, kemungkinan banyak perkara akan berlaku seperti perubahan nama calon.
Namun apa yang pasti masing-masing sudah bersedia dan teruja untuk dipilih rakyat bagi menabur bakti ditempat masing-masing. Keadaan ini seharusnya diterapkan dari awal lagi bagi memberi keyakinan kepada penduduk tempat mereka dicalonkan. Tidak kira dari parti mana pun,mereka seharusnya bekerja untuk rakyat.
Dilihat calon-calon Barisan Nasional tidak terkecuali dalam penyediaan untuk menjalankan amanah mereka. Keyakinan yang ditunjukkan serta latar belakang yang hebat adalah bonus kepada calon-calon ini. Kerana itu mereka terpilih dan nama mereka menjadi pilihan oleh pucuk pimpinan parti.
Bagi mereka yang tidak dicalonkan, difahamkan bantuan tetap dihulurkan kepada calon. Ini adalah bagi memberi kemenangan kepada Barisan nasional sebagai sebuah parti yang gah sejak bertahun dahulu. Mereka yang tidak dicalonkan menerima keputusan pucuk pimpinan parti dan akan berada dibelakang calon bagi memberi sokongan moral demi kemenangan Barisan Nasional.
Kepada mereka yang dicalonkan, sekarang adalah masa bagi mereka membuktikan perpaduan dan kesetiaan kepada pasrti menerusi amalam kerja dan cara tindakan terutamanya yang dicalonkan adalah pemimpin muda. Jangan pentingkan jawatan kerana apabila calon yang pentingkan jawatan tidak akan kekal lama. Niat adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan keberkesanannya dalam membawa kebaikan kepada rakyat.
Pilihanraya ini kita memerlukan kesetiaan kepada parti untuk menubuhkan kerajaan yang baik dan berwawasan. Calon harus mengambil iktibar dengan pengalaman lalu yang buruk dan perbaiki untuk kebaikan rakyat kerana calon adalah hamba kepada rakyat. Rintihan san sungutan rakyat harus didengari tanpa melenting dan tanpa melakukan penyelesaian.
Sekiranya calon dipilih dan menajdi wakil rakyat tetapi gagal menyelesaikan masalah, akan timbul kemarahan malah akan dituding kepada pucuk pimpinan khususnya Perdana Menteri. Lakukan pendekatan baru dalam mendekati dan memenangi hati rakyat kerana rakyat yang memberi kemenangan kepada calon.
Walau apa dan sesiapa pun yang menjadi calon Barisan Nasional, suka untuk penulis ingatkan, pesanan dari Ayahanda Tun Dr mahathir ‘pilihlah untuk parti tapi bukan calon’. Selamat mengundi, pilihlah yang terbaik demi negara kita.
20 Apr 2013
18 Apr 2013
#PRU13 : Transformasi Barisan Nasional Dicemburui Pembangkang
Barisan Nasional sudah memilih calon-calon yang layak bertanding pada PRU13 nanti. Watikah perlantikan sudahpun diserahkan kepada calon yang terpilih menerusi Pengerusi Barisan Nasional negeri masing-masing.
Transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk memperolehi kemenangan yang besar buat Barisan Nasional kali ini menampilkan 33 peratus muka baru sebagai calon di Parlimen manakala 49 peratus di DUN. Sudah pasti calon-calon yang terpilih ini mempunyai kewibawaan dan aura tersendiri sehinggakan menarik perhatian Perdana Menteri.
Namun begitu, transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini telah dijadikan isu yang besar oleh pecacai Pakatan Pembangkang. Dicanangkan oleh mereka kononnya penyokong Barisan Nasional menolak ramai calon baru yang dipilih ini.
Kononnya menurut mereka Barisan Nasional akan kalah teruk memandangkan ramai pengundi akan memprotes calon yang tidak mereka gemari dengan memberi undi rosak.
Sampai begitu sekali usaha mereka untuk menggoyahkan semangat perpaduan dalam Barisan Nasional. Mungkin mereka tidak perasan, ataupun sengaja buat-buat tidak perasan yang di kalangan mereka juga ada yang sudah hilang rentak perjuangan apabila calon kegemaran mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan.
Contohnya Yusmadi yang tidak tercalon di Balik Pulau di mana tempatnya digantikan oleh orang lain yang dipilih oleh Anwar. Ramai penyokong Yusmadi yang membantah keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan, bahkan mereka mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan kemarahan mereka.
Apatah lagi ramai di antara penyokong Pakatan Pembangkang yang keluar parti apabila calon kegemaran mereka tidak terpilih dan seterusnya berhijrah ke Barisan Nasional.
Menjadi perkara biasa jika seseorang calon itu tidak terpilih walaupun ia mempunyai ramai penyokong. Sudah tentu ada sesuatu yang dilihat oleh pucuk pimpinan pada seseorang calon itu. Mungkin beliau tidak memberikan khidmat selaras dikehendaki oleh pucuk pimpinan. Atau barangkali beliau tidak mempunyai duit yang lebih untuk melobi pucuk pimpinan seperti yang berlaku terhadap Yusmadi.
Apa sekalipun, pilihan yang dibuat oleh Perdana Menteri perlu diberi sokongan padu. Lupakan siapa calonnya, yang penting kemenangan harus berpihak kepada Barisan Nasional supaya dapat membentuk kerajaan sekali lagi dan seterusnya dapat melaksanakan lebih banyak transformasi untuk kebaikan semua.
Manifesto Pakatan Rakyat- Janji Lama Yang Diubahsuai
Manifesto Gabungan Pakatan Rakyat Perak yang dilancarkan hari ini dilihat lebih kepada janji-janji lama yang diubahsuai kepada perkara baru yang telah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN negeri.
Manifesto itu yang dilancarkan di Hotel Riverfront, Ipoh oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga dilihat sekadar janji kosong pembangkang untuk menyedapkan hati rakyat.
Hadir samaPengerusi PKR Perak, Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.
Antara perkara yang dijanjikan dalam manifesto itu ialah menyediakan skim pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga RM5,000, pertanian dan industri kecil di kalangan rakyat desa, ibu tunggal, miskin bandar serta orang kurang upaya, pemasangan CCTV ditempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku jenayah.
Mengupayakan belia dan wanita antaranya, bantuan sara hidup bagi balu bawah 50 tahun yang tidak bekerja dan tiada pencen suami bagi 4 bulan pertama selepas kematian suami, mewujudkan tabung khas RM3 juta setahun untuk program melahirkan ramai belia tani khusus dalam produk makanan.
Meningkatkan bantuan pelajar ijazah pertama yang memasuki IPTA sehingga RM2,000 kepada anak Perak yang layak, menyediakan caruman Perkeso untuk pegawai masjid, guru KAFA dan Tadika Islam yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan komitmen gaji minima RM1100 kepada kakitangan kerajaan negeri dan GLC.
Dalam perkara mensejahterakan rakyat, Pakatan Rakyat juga menjanjikan pemberian air percuma 20 meter padu bagi keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1,000 sebulan, komitmen membina rumah mampu milik dengan menyediakan 30,000 unit lot kediaman baharu untuk 5 tahun (2014-2018) dengan membuka kampung tersusun baharu dan mengazetkan tanah untuk komuniti orang asal dan pemberian hak milik kekal kepada keluarga yang layak.
Mereka turut menjanjikan bantuan RM1,000 bagi pengurusan jenazah kepada waris warga keluarga yang layak dan waris kakitangan kerajaan negeri dan GLC.
Pakatan Rakat Perak turut mengulangi janji lama untuk mengadakan pemilihan ketua kampung tradisional dan peruntukan RM250,000 setahun kepada setiap kawasan DUN bagi projek kecil dan program kebajikan rakyat.
Menifesto itu turut menjanjikan peruntukan khas RM2 juta anugerah integriti dan program-pgoram latihan untuk kakitangan kerajaan negeri sebagai usaha untuk membanteras rasuah, menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor awam secara adil kepada semua kaum dan jantina berdasarkan keperluan dan kelayakan, menyediakan tanah yang mencukupi dan sesuai mengikut lokaliti untuk SJK(C) dan SJK(C).
Perkara lain yang dijanjikan ialah menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan orang asal dengan peruntukan RM5 juta setahun, mengisytiharkan kawasan Kerian dan Padang Rengas sebagai Bandar Warisan Ilmu Islam dengan peruntukan tetap bagi membina dan menyelenggara beberapa pondok pengajian Islam moden.
Kebanyakan kandungan manifesto itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri BN sejak mengambil alih kepimpinan daripada pembangkang empat tahun lalu.
17 Apr 2013
BN TAMPIL BARISAN TERKUAT.
Tiada siapa yang dapat memuaskan hati semua orang, itulah hakikat kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia yang waras dan matang. Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang calon pilihanraya, di mana ia melibatkan hati rakyat keseluruhan, golongan majoriti, minoriti serta ahli-ahli politik sendiri. Hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 dan sedikit masa lagi kita mungkin akan berpeluang membezakan antara ahli politik yang waras dan matang dengan yang tidak. Ini kerana, mana mungkin kesemua yang terlibat berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri tidak kira walaubagaimana bijak, baik, ikhlas atau bersih pun calon yang terpilih itu. Kadangkala, ketidakpuasan hati itu bukan kerana mempunyai masalah dengan calon, tetapi hanya kerana mempunyai kepentingan diri untuk meletakkan orang lain atau mungkin juga, diri sendiri. Namun, kewarasan dan kematangan seharusnya membantu kita menerima keputusan seadanya bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan. Dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menerima hakikat dan enggan bergerak ke hadapan, dengan sendirinya membuktikan bahawa orang sebegini sememangnya tidak layak untuk dicalonkan. Sebagai rakyat, kita berpeluang memilih yang terbaik dan menolak yang tidak waras dan tidak matang itu. Nampaknya, Dato’ Seri Najib telah mencuba sedaya upaya untuk menampilkan yang terbaik dengan mengambil kira suara akar umbi dan rakyat keseluruhan. Jika kita asyik merungut dengan sikap segelintir pemimpin kecil BN yang mengada-ngada, sombong, korup dan bodoh, tetapi di masa yang sama kita juga tidak sanggup mengundi pembangkang yang jauh lebih jahat, korup dan bodoh lagi, maka inilah masanya kita memberi sepenuh sokongan kepada pilihan Dato’ Seri Najib. Kita juga sering merungut mengenai bagaimana personaliti yang berpotensi dicantas dan ditolak sejak di peringkat bawahan, malah daripada peringkat penyerahan borang keahlian lagi. Mereka yang berpelajaran tinggi disekat kerana bimbang mengatasi Ketua Cawangan dan Bahagian. Mereka yang kuat bekerja, rajin, amanah dan ikhlas diketepikan kerana bimbang akan terserlah ‘bintangnya’ sehingga menampakkan betapa bertentangannya sikap tersebut dengan penggalas jawatan yang sedia ada. Sehinggakan akhirnya, semua jawatan politik di isi oleh mereka yang kebanyakannya sudah tidak relevan lagi. Akibatnya, yang tidak tahu dan tidak mahu bekerja terus berada di atas sehingga menimbulkan rasa benci dan muak rakyat terhadap UMNO/BN. Justeru, keputusan Dato’ Seri Najib untuk meletakkan 45% muka baru bagi kerusi DUN dan 33% bagi Parlimen, membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar serius dalam membawa transformasi ke dalam Barisan Nasional. Selain itu, sejumlah 91% yang tercalon mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma ke atas. Jelas, Dato’ Seri Najib sedar bahawa untuk survival parti, BN perlu mengutamakan suara rakyat dari suara segelintir mereka yang tidak berpuas hati. Objektif BN ialah berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin-pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan mereka. Dan objektif yang sama wajib dipegang oleh semua calon-calon yang terpilih kali ini. Buktikan yang anda adalah pilihan yang tepat. Bagi mereka yang tidak terpilih, bukan bermakna semuanya tidak bagus, tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tergolong dalam golongan yang tidak matang dan tidak waras tadi. Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada pilihan yang tidak begitu tepat, namun terimalah itu sebagai takdir yang pasti ada hikmahnya. Lagipun, jika benar anda seorang yang matang, waras dan masih relevan, maka buktikanlah ia dengan cara meneruskan perjuangan walaupun tidak dicalonkan. Jika itu juga sukar untuk dilakukan, maka bersaralah dengan cara terhormat, sebagai seorang manusia yang berpendirian. Sekiranya benar anda seorang yang berkebolehan seperti yang anda war-warkan, maka yakinlah rezeki ada di mana-mana dan bukannya hanya melalui politik. Sedarlah bahawa politik hari ini bukan lagi seperti 15 tahun dahulu di mana sedikit kelemahan tidak akan membawa padah yang besar. Hari ini politik menjangkaui sempadan kawasan dan negara. Jika tersalah langkah, negara, bangsa dan agama menjadi taruhan. Oleh itu, ini bukan masanya untuk kita memikirkan tentang diri sendiri dan beremosi, tetapi lihatlah transformasi ini sebagai langkah pertama ke arah sebuah bangsa yang berilmu, matang, berprinsip dan bermaruah.
Manifesto BN : Wanita Di Iktiraf Sebagai Tunggak Dalam Pentadbiran Negara
Kebolehan dan keupayaan wanita untuk menjadi tonggak pentadbiran negara telah disifatkan sebagai setanding dengan lelaki. Menurut Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, ini terbukti dengan pengiktirafan sewajarnya diberi kepada wanita dibawah manifesto Barisan Nasional yang diumumkan pada Sabtu yang lalu.
Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu diberi perhatian istimewa kerana hari ni telah terbukti bahawa wanita lebih cenderung untuk bersaing dan mereka berpendidikan serta bersedia memikul tanggungjawab sebagai pembuat dasar di peringkat kebangsaan.
Wanita perlukan pengiktirafan ini dan juga peluang untuk mereka berdiri sendiri. Selain itu, wanita sekarang juga mampu untuk membantu keluarga seiring dengan kaum lelaki yang selama ini hanya mereka dipertanggungjawabkan untuk meringankan beban keluarga.
Wanita mampu untuk membantu kaum lelaki dan kudrat yang mereka ada mampu untuk menjana pendapatan yang lebih dengan keyakinan mereka agar pergi lebih jauh. Peranan wanita perlu diperkukuhkan kerana mereka bebas dan mampu mencipta cerita-cerita kejayaan sama seperti kaum lelaki.
Manifesto yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun razak pada Sabtu yang lalu dianggap menyeluruh,termasuk rancangan yang telah dibariskan dengan tujuan untuk menigkatkan taraf hidup wanita.
Manifesto Barisan Nasional untuk pilihanraya umum ke-13 yang dijanjikan juga antara lainnya adalah untuk menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan insentif kerja dari rumah untuk kaum wanita. Selain itu juga ianya untuk meningkatkan bilangan wanita yang terlibat sebagai pembuat dasar negara.
Manifesto yang bertemakan harapan dan janji ini juga menggalakkan kesaksamaan jantina untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia. Manifesto ini juga akan mengatasi kes gangguan seksual terhadap wanita di rumah dan di tempat kerja. Selain dari itu, ia juga menggalakkan pembukaan Nursery Anak 1Malaysia di semua pejabat-pejabat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta. Ini supaya wanita dapat bekerja dengan lebih efektif tanpa rasa kebimbangan yang melampau akibat memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain yang jauh dari tempat kerja.
#PRU13 : Dividen Belum Dapat Tapi Peserta Ladang Rakyat Dah Diwajibkan Menderma Untuk Dana PAS!
Menyebarkan surat di Kelantan untuk mengajak orang ramai terutamanya peserta Ladang Rakyat melakukan solat hajat bagi memohon kemenangan dalam PRU13 nanti adalah satu tindakan yang bagus. Walaubagaimanapun, yang menjadikan ianya tidak bagus adalah tindakan yang mewajibkan mereka menderma dalam jumlah yang telah ditetapkan untuk dana PRU DUN Demit.
Jumlah sebanyak RM100 itu mungkin kelihatan sedikit bagi mereka yang berkemampuan tetapi bagi peserta Ladang Rakyat itu sendiri, adakah PAS yakin ianya tidak menjadi satu bebanan bagi mereka?
Nampaknya dividen yang bakal diterima oleh peserta Ladang Rakyat nanti terpaksa digunakan untuk menderma kepada PAS yang kononnya bakal digunakan untuk membantu jentera pilihanraya DUN Demit. Guna untuk jentera pilihanraya tidak mengapa lagi, jangan pula nanti digunakan untuk menyewa hotel dan membayar khidmat ‘call girl’ ataupun tukang urut pula.
Penulis sempat meneliti keratan surat yang telah diedarkan kepada para peserta Ladang Rakyat tersebut. Terdapat persoalan yang timbul di dalam fikiran penulis ketika membaca ayat ‘dan sumbangan ini adalah penilaian kepada setiap orang peserta untuk masa-masa akan datang’.
Adakah ayat tersebut bermaksud jika terdapat peserta yang tidak menderma, dividen beliau akan kurang daripada peserta yang sudi menderma? Bagaimana pula jika peserta tersebut sememangnya tidak berkemampuan untuk menderma? Adakah ianya akan menjejaskan pendapatan mereka nanti?
Wang RM100 tersebut wajib dibawa ketika hari pendaftaran pembahagian cek dividen mengikut yang tertera di dalam surat yang telah diedarkan. Belum dapat cek dividen, peserta sudah diwajibkan membawa wang tersebut. Bagaimana jika mereka tiada mempunyai wang sebanyak itu pada hari tersebut? Adakah mereka tidak akan diberi cek dividen?
Ladang Rakyat tidak mendatangkan keuntungan kepada peserta yang terlibat, pembangunan tidak diberi selayaknya kepada mereka tetapi untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS, peserta pula yang diwajibkan menderma. Adakah rakyat masih mahukan calon parti yang memerah duit rakyat untuk menjadi pemimpin mereka?
Seharusnya pemimpin yang memberikan dana kepada rakyat untuk kesejahteraan mereka tetapi pemimpin PAS adalah sebaliknya. Beruntung menjadi pemimpin PAS, boleh sewenangnya menggunakan agama untuk mengumpul kekayaan. Bawalah tin milo ke mana-mana ceramah, mintalah seberapa banyak derma dengan menggunakan nama Islam, sudah pasti rakyat akan menghulurkan wang ringgit kepada mereka.
Bangkitlah rakyat Kelantan. Tolak PAS yang tidak memberikan pembangunan kepada rakyat sebaliknya hanya memerah duit rakyat dengan derma-derma dan dana-dana atas nama Islam. Pilihlah parti yang boleh memberikan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat Kelantan.
#PRU13: BN Yakin Tawan Selangor.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato SEri Anwar Ibrahim sepatutnya menyelesaikan permasalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang meneraju empat buah negeri ini. Bukannya bermimpi dan menggunakan ceramah-ceramah fitnah bagi mengambil alih Putrajaya. Anwar dilihat seolah-olah lupa bahawa Pakatan Rakyat sedang mengalami pelbagai masalah.
Semakin hampir PRU13, semakin banyak pekung terbuka, timbul dari sikap pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Dengan sikap gelojoh ingin menawan Putrajaya, Anwar lupa pengikut-pengikutnya semakin ramai berpecah-belah dan sudah beralih arah.
Bagaimana Anwar boleh yakin bahawa pembangkang boleh mengambil-alih Putrajaya dari kerajaan sedangkan mempunyai masalah meletakkan calon-calon mereka untuk menjadi wakil rakyat seterusnya sebagai menteri. Sejak pembubaran Parlimen kita masih kabur lagi sama ada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bertanding atau tidak untuk PRU13 nanti.
Sekiranya bertanding,bagaimanakah pula dengan Azmin Ali yang kita tahu bahawa sejak dahulu tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Khalid Ibrahim? Azmin sendiri akan bertanding di Parlimen Gombak dan perebutan kerusi menteri Besar Selangor telah disedari sejak Pakatan memerintah Selangor.
Pembangkang sedang menghadapi beberapa masalah yang agak serius dalam struktur organisasi mereka jadi mereka perlu tahu bahawa ia adalah masa untuk mereka fikirkan kebaikan dan keburukan mereka untuk mengambil-alih Putrajaya atau bertindak menyelesaikan masalah dalaman yang mereka hadapi. Jangan disebabkan kerakusan Ketua Umum itu,hubungan pemimpin bawahan menjadi kucar-kacir.
Kita percaya akan berlaku peralihan kuasa di negeri Selangor dan yakin Barisan Nasional akan mengambil semula negeri itu. Melihat kepada kerjasama serta sikap berdedikasi dan penyelidikan yang telah dilakukan di Selangor, Barisan Nasional yakin akan mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat.
Bagi persediaan PRU13 ini, Barisan nasional memberi tumpuan kepada penglibatan jentera dalam mengadakan kempen secara langsung dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah. Barisan Nasional Selangor juga telah menubuhkan pusat perkhidmatan dengan operator telefon bagi menjawab pelbagai pertanyaan serta aduan yang mana setiap aduan akan diambil perhatian.
Semoga Barisan Nasional akan dapat menawan Selangor kembali kerana banyak janji yang telah dibuat oleh Pakatan rakyat tidak tertunai. Rakyat sudah berubah dan akan kembalikan negeri Selangor kepada Barisan Nasional.
Manifesto PR Johor Gagal Sebelum Dilaksanakan
Manifesto Pakatan Rakyat Johor yang dilancarkan kelmarin oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama pemimpin tertinggi PR menyaksikan beberapa perkara dijanjikan untuk rakyat Johor. Terdapat 15 perkara pokok dalam manifesto berkenaan yang kebanyakan besarnya diadaptasi daripada manifesto Selangor yang sehingga hari ini masih lagi tidak tertunai.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah janji PR untuk menghadkan jawatan Menteri Besar selama dua penggal, yang mana mencacatkan manifesto berkenaan dan boleh dianggap “gagal sebelum dilaksanakan”.
Hal ini kerana, fakta nyata di hadapan mata rakyat Johor adalah Nik Aziz, yang telah menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990 sehingga kini masih lagi menjadi menteri besar sekaligus menyatakan kebenaran bahawa mustahil PR akan melaksanakan janji-janji manifesto mereka.
Contoh nyata itu sekaligus menjawab persoalan rakyat, bolehkah PR dipercayai? sudah tentu sekali mustahil! Nik Aziz telah menjadi menteri besar Kelantan sejak 20 tahun lalu. Ini bermakna telah 5 penggal beliau berkhidmat.
Walaupun jika dilihat dari segi fizikalnya, Nik Aziz sudah sepatutnya mencontohi Tun Dr mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan perdana menteri, dan bersara.
Berbalik kepada soal manifesto PR di Johor, ironinya, ia dilancarkan Nik Aziz sendiri … lucu, seorang yang telah mentadbir Kelantan sejak sekian lama sebagai menteri besar, melancarkan manifesto PR yang mengandungi janji menteri besar PR hanya akan berkhidmat selama dua penggal.
Pelik, amatlah pelik dan nyata tidak masuk akal. Boleh dipercayai? sikit pun tak boleh. Manifesto yang gagal. Itu baru disentuh satu perkara dalam manifesto negeri yang ingin ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Bagaimana kita mahu mempercayai tawaran manifesto Pusat PR? Lagi banyak contoh kegagalan yang dapat dilihat dan mewujudkan keraguan.
Bukan setakat manifesto Pusat tidak menyatakan tindakan PR untuk menambah sumber pendapatan negara sebaliknya menghabiskan wang negara, manifesto negeri juga gagal menunjukkan perkara sama.
PR hanya tahu berbelanja tanpa mengambil kira sustainabality kerajaan. Semua perkara janji nak beri percuma, penghujungnya jual negara kepada orang asing untuk dijadikan pendapatan negara.
16 Apr 2013
#PRU13:- Senarai Calon BN Sabah
P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)
P168 Kota Marudu - Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)
P169 Kota Belud - Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)
P170 Tuaran - Madius Tangau (penampilan semula)
P171 Sepanggar - Datuk Jumat Idris (baharu)
P172 Kota Kinabalu - Chin Tek Ming
P173 Putatan - Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)
P174 Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)
P175 Papar - Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)
P176 Kimanis - Datuk Anifah Aman (penyandang)
P177 Beaufort - Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)
P179 Ranau - Ewon Ebin (pertukaran kawasan)
P178 Sipiting - Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)
P180 Keningau - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
P181 Tenom - belum diumumkan (kuota UMNO)
P182 Pensiangan - belum diumumkan (kuota PBRS)
P183 Beluran - Datuk Ronald Kiandee (penyandang)
P184 Libaran - Datuk Juslie Ajirol (penyandang)
P185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (penyandang)
P186 Sandakan - belum diumum (kuota LDP)
P187 Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)
P188 Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)
P189 Semporna - Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)
P190 Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)
P191 Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)
DEWAN UNDANGAN NEGERI:
N1 Banggi - Abdul Mijul Unaini (penyandang)
N2 Tanjong Kapor - belum diumum (kuota LDP)
N3 Pitas - Bolkiah Ismail (penyandang)
N4 Matunggong - Sarapin Magana (penyandang)
N5 Tandek - Lasiah Baranting@Anita (penyandang)
N6 Tempasuk - Musbah Jamli (penyandang)
N7 Kadamaian - Herbert Timbon Lagadan (penyandang)
N8 Usukan - Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)
N9 Tamparuli - Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)
N10 Sulaman - Datuk Hajiji Noor (penyandang)
N11 Kiulu - Datuk Lovis Rampas (penyandang)
N12 Karambunai - Jainab Ahmad (penyandang)
N13 Inanam - Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)
N14 Likas - belum diumum (kuota LDP)
N15 Api-api - Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)
N16 Luyang - Agnes Sim (baharu)
N17 Tanjong Aru - Edward Yong Oui Fah (penyandang)
N18 Petagas - Datuk Yahya Hussin (penyandang)
N19 Kapayan - Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)
N20 Moyog - Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)
N21 Kawang - Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang)
N22 Pantai Manis - Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)
N23 Bongawan - Mohamad Alamin (baharu)
N24 Membakut - Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)
N25 Klias - Isnin Aliasnih (baharu)
N26 Kuala Penyu - Limus Jury (baharu)
N27 Lumadan - Kamarlin Ombi (penyandang)
N28 Sindumin - Ahmad Bujang (penyandang)
N29 Kundasang - Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)
N30 Karanaan - Datuk Masidi Manjun (penyandang)
N31 Paginatan - Siringan Gubat (pertukaran kawasan)
N32 Tambunan - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
N33 Bingkor - Kennedy Jie John@Kenn (baharu)
N34 Liawan - Datuk Sairin Karno (penyandang)
N35 Melalap - Datuk Radin Malleh (penyandang)
N36 Kemabong - Datuk Rubin Balang (penyandang)
N37 Sook - belum diumumkan (kuota PBRS)
N38 Nabawan - Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)
N39 Sugut - Datuk James Ratib (baharu)
N40 Labuk - Datuk Micheal Asang (penyandang)
N41 Gum-gum - Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)
N42 Sungai SIbuga - Datuk Seri Musa Aman (penyandang)
N43 Sekong - Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)
N44 Karamunting - belum diumum (kuota LDP)
N45 Elopura - Au Kam Wah (penyandang)
N46 Tanjong Papat - Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)
N47 Kuamut - Masiung Banah (penyandang)
N48 Sukau - Saddi Abdul Rahman (penyandang)
N49 Tungku - Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)
N50 Lahad Datu - Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)
N51 Kunak - Nilwan Kaban (penyandang)
N52 Sulabayan - Datuk Jaujan Sambakong (baharu)
N53 Senallang - Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)
N54 Bugaya - Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)
N55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)
N56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)
N57 Sri Tanjong - Fung Len Fui (baharu)
N58 Merotai - belum diumum (kuota LDP)
N59 Tanjung Batu - Datuk Hamisah Samat (penyandang)
N60 Sebatik - Abd Muis Picho (penyandang)- UTUSAN ONLINE
#PRU13:- UPDATED!! Senarai Calon BN Sarawak.
Berikut adalah senarai yang dikeluarkan jam 5 petang di ibu pejabata PBB.
P.192 Mas Gading - Nogeh Anak Ngombek -SPDP(muka baru)
P.193 Santubong - Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar -PBB
P.194 Petra Jaya - Datuk Haji Fadillah Yusof -PBB
P.195 Bandar Kuching - Tan Kai -SUPP(muka baru)
P.196 Stampin - Datuk Yong Khoon Seng -SUPP
P.197 Kota Samarahan - Rabiah bt Wang -PBB(muka baru)
P.198 Mambong - Datuk Dr James Dawos Mamit -PBB
P.199 Serian - Datuk Richard Riot Jaem -SUPP
P.200 Batang Sadong - Nancy Binti Hj Shukri -PBB
P.201 Batang Lupar - Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim -PBB
P.202 Sri Aman -Masir Anak Kujat - PRS
P.203 Lubok Antu - William @Nyallau Anak Badak - PRS
P.204 Betong - Dauglas Unggah Embas -PBB
P.205 Saratok - William Mawan Ikom - SPDP(muka baru)
P.206 Tanjung Manis - Datuk Norah Abd Rahman -PBB
P.207 Igan - Datuk Wahab Haji Dollah -PBB
P.208 Sarikei - Ding Kuong Hing -SUPP
P.209 Julau - Joseph Salang Anak Gandum -PRS
P.210 Kanowit - Ago Anak Dagang - PRS
P.211 Lanang - Datuk Tiong Thai King -SUPP
P.212 Sibu - Vincent Lau Lee Ming -SUPP
P.213 Mukah - Datuk Seri Dr Muhd Leo Michael Toyad -PBB
P.214 Selangau - Joseph Entulu Anak Blaun -PRS
P.215 Kapit - Datuk Alexander Nanta Linggi -PBB
P.216 Hulu Rajang - Ugak Anak Kumbong -PRS (muka baru)
P.217 Bintulu - Datuk Seri Tiong King Sing -SPDP
P.218 Sibuti - Tuan Haji Ahmad Lai Bujang -PBB
P.219 Miri - Datuk Sebastian Ting -SUPP(muka baru)
P.220 Baram - Anyi Ngau - SPDP(muka baru)
P.221 Limbang - Hasbi Habibollah - PBB
P.222 Lawas - Henry Sum Agong- PBB
P.192 Mas Gading - Nogeh Anak Ngombek -SPDP(muka baru)
P.193 Santubong - Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar -PBB
P.194 Petra Jaya - Datuk Haji Fadillah Yusof -PBB
P.195 Bandar Kuching - Tan Kai -SUPP(muka baru)
P.196 Stampin - Datuk Yong Khoon Seng -SUPP
P.197 Kota Samarahan - Rabiah bt Wang -PBB(muka baru)
P.198 Mambong - Datuk Dr James Dawos Mamit -PBB
P.199 Serian - Datuk Richard Riot Jaem -SUPP
P.200 Batang Sadong - Nancy Binti Hj Shukri -PBB
P.201 Batang Lupar - Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim -PBB
P.202 Sri Aman -Masir Anak Kujat - PRS
P.203 Lubok Antu - William @Nyallau Anak Badak - PRS
P.204 Betong - Dauglas Unggah Embas -PBB
P.205 Saratok - William Mawan Ikom - SPDP(muka baru)
P.206 Tanjung Manis - Datuk Norah Abd Rahman -PBB
P.207 Igan - Datuk Wahab Haji Dollah -PBB
P.208 Sarikei - Ding Kuong Hing -SUPP
P.209 Julau - Joseph Salang Anak Gandum -PRS
P.210 Kanowit - Ago Anak Dagang - PRS
P.211 Lanang - Datuk Tiong Thai King -SUPP
P.212 Sibu - Vincent Lau Lee Ming -SUPP
P.213 Mukah - Datuk Seri Dr Muhd Leo Michael Toyad -PBB
P.214 Selangau - Joseph Entulu Anak Blaun -PRS
P.215 Kapit - Datuk Alexander Nanta Linggi -PBB
P.216 Hulu Rajang - Ugak Anak Kumbong -PRS (muka baru)
P.217 Bintulu - Datuk Seri Tiong King Sing -SPDP
P.218 Sibuti - Tuan Haji Ahmad Lai Bujang -PBB
P.219 Miri - Datuk Sebastian Ting -SUPP(muka baru)
P.220 Baram - Anyi Ngau - SPDP(muka baru)
P.221 Limbang - Hasbi Habibollah - PBB
P.222 Lawas - Henry Sum Agong- PBB