Pages

27 Mac 2016

#AdenanTeam: Fazruddin Diumum Calon DUN Tupong.

Pengumuman calon DUN Tupong oleh Ketua Menteri Sarawak semalam di Lundu ketika Program Armada pemuda Juhhh Kamboh Bersama Tok Nan menjadikan Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak mempunyai dua calon baru yang udah di umum iaitu Fazruddin Abdul Rahman dan saudara Gerald Rentap Jabu.Tapi Ketua Menteri akan ngumum sorang agik calon dari Pemuda katanya dan orang itu di jangka saudara Allan Gramong  menjadikannya tiga orang.

Antara wakil rakyat samada MP atau Adun yang ada dalam Pergerakan Pemuda juak adalah Yb Fadillah Yusof selaku Ketua pemuda PBB Negeri Sarawak,Yb Ripin Lamat dan Yb Aidel Lariwoo.

Tapi Program Armada Pemuda tok bukan hanya sekadar program ngumum calon tapi langkah pertama yang di mulai mereka untuk program jelajah yang bermula dari DUN Tanjong Datu hingga ke Lawas bermula dari 2hb-5hb April tok untuk meraih undi bagi memberik mandat besar kepada Ketua Menteri sekaligus memberi kemenangan besar untuk BN Negeri Sarawak.

"Kita jangan hanya menang sorak ajak tapi mesti turun padang dan mendekati pengundi.Kemenangan besar penting untuk membawa suara dan pandangan kita rakyat Sarawak ke Pusat agar pembangunan berterusan dapat dijalankan dan ini penting untuk generasi akan datang 'kata Yb Fadillah Yusof dalam ucapan nya.

Dengan semangat jitu Pergerakan Pemuda tok diharap mereka dapat mendekati belia dan menarik pengundi muda untuk mengundi BN pada pilihanraya tok kelak kerana mun di tangga waktu tok golongan pengundi muda yang baru mula mengundi berumur dari 21 tahun memang harus di ambik perhatian serius kerana mereka terdedah dengan media sosial.Bukak mata jak dah update status Facebook kata orang.Di harap juak calon - calon pemuda tok menar-menar berjiwa rakyat untuk membantu belia dan golongan muda di Negeri sarawak tok hingga ke peringkat akar umbi dan bukan hanya untuk golongan cdak ajak.Maksudnya bukan untuk golongan anak orang kaya ajak.Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa