Pages

24 Mac 2016

TERIMA KASIH KETUA MENTERI, KEMBALI TANAH NCR.


'Terima kasih Kepala Menteri ', itu yang diucapkan oleh Penduduk Baram hari ini kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem dengan keputusan kerajaan negeri memulangkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sebelum ini diwartakan untuk pembinaan projek empangan hidroelektrik di Baram.
“Ekoran pembatalan itu, penduduk Baram sangat gembira. Hak-hak mereka ke atas NCR kini sah. Kira-kira 40,000 hektar tanah diperuntukkan bagi cadangan membina Empangan Hidro-elektrik Baram dan kawasan takungannya, melibatkan tanah pertanian, tanah perkuburan dan hutan simpan kampung-kampung,” kata Peter Kalang selaku jurucakap penduduk yang juga merupakan Pengerusi SAVE Rivers
Beliau menambah, pembatalan itu dimaklumkan secara bertulis bertarikh 15 Mac 2016 oleh Pejabat Undang-Undang Negeri di Pejabat Peguam Ne-geri Sarawak menerusi peguam mewakili penduduk di situ, Harrison Ngau.

“Saya berharap untuk me-miliki tanah saya semula secara sah. Itulah sebabnya saya melakukan sekatan jalan selama ini, saya akan terus tinggal di sekatan ini dan menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan', kata seorang lagi penduduk di sittu iaitu Jok Eng dari Long Keseh yang telah melancarkan sekatan jalan di situ sejak dua tahun lalu.
“Beberapa bahagian tapak yang dicadangkan untuk empangan hidro ini adalah milik saya dan ahli keluarga,” kata-nya.
Sementara itu, Nungang Anyie dari Long Liam berkata: “Saya sangat gembira tetapi pada masa sama berharap ini tidak sekadar gimik pilihan raya dan kerajaan ikhlas melakukannya.Saya berharap  keputusan ini adalah muktamad tapi jika mereka memulakan lagi projek itu kami akan kembali menentang', ujarnya lagi.
“Bagi menunjukkan kerajaan benar-benar ikhlas, saya juga memohon Sarawak Energy Berhad menarik balik saman mereka terhadap 23 daripada kami kerana mengusir pekerja mereka dari tapak empangan pada 2013,” tambah Nungang.

Bagaimanapun penduduk di situ masih menunggu pengumuman rasmi mengenai pembatalan projek itu dari kerajaan negeri .Mereka juga berharap agar Kerajaan Negeri Sarawak dapat  menambah baik infrastruktur di Ulu Baram supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa