KUCHING: Penganalisis politik Dato Peter Minos meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada Khamis depan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri ke-11 diadakan.
Menurutnya, pada Ahad lepas di satu majlis di Lundu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberitahu pembubaran akan dilakukan dalam masa terdekat, dan tunggu untuk beberapa hari lagi.
“Tidak ada banyak masa lagi untuk menunggu. Orang ramai telah menunggu sejak sekian lama dan begitu teruja.
“Kita perlu bertindak pada masa kemuncak dan tidak menunggu sehingga orang ramai letih dan kurang bersemangat,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.
Sebelum ini, Adenan mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tarikh penamaan dan pengundian PRN 11 pada 18 dan 30 April.
Borneo Post
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa