Pages

13 Apr 2016

SETIAUSAHA DAP SERIKEI UMUM KELUAR PARTI


Bagaikan tak percaya bila  menerima perkhabaran iaitu Setiausaha DAP Sarikei Wong Ching King mengumumkan keluar parti hari ini berikutan hilang keyakinan terhadap pimpinan DAP Sarawak.Nampaknya DAP bukan hanya bergolak antara parti dalam pakatan pembangkang tapi juga dalaman.
Beliau yang meletakkan jawatan sebagai guru sekolah menengah bagi menyertai Dap pada 2011 berkata, beliau bertekad meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti termasuk Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.
“Saya telah menyediakan surat peletakan jawatan, yang mana dihantar kepada setiausaha agung party menerusi emel dan akan disusuli dengan surat yang dihantar melalui khidmat kurier,” jelasnya.
“Pimpinan DAP Sarawak telah merendah-rendahkan maruah saya selaku ahli parti dan gaya kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh beberapa pemimpin parti negeri telah menghancurkan perpaduan di kalangan ahli-ahli cawangan dan kompromi keyakinan awam terhadap cawangan DAP Sarikei, khususnya.”
Adalah menyedihkan ada sesetengah pemimpin DAP negeri, pemimpin cawangan Sarikei dan ahli-ahlinya gagal untuk menegakkan prinsip-prinsip asas perjuangan parti, katanya lagi.
“Saya belum membuat sebarang keputusan tentang kaedah penglibatan saya pada pilihanraya negeri kali ini selain menunaikan hak sebagai pengundi berdaftar N45 Repok. Saya akan membuat pengumuman sekiranya ada sebarang perkembangan,” tambahnya.
Ketika Sarawak di ambang Pilihanraya Negeri  yang ke 11 ,DAP SArawak mempunyai 10 wakil Dewan Undangan Negeri(DUN) pada masa ini dan di jangka bertanding di lebih 30 kerusi pada Pilihanraya negeri kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa