Pages

14 Apr 2016

Tuai Rumah Kembali Sokong Snowdan Lawan



Isu sabotaj di DUN Balai Ringin telah menjadi viral di laman sosial hari ini. Perkara yang menyentuh tentang Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat yang meletak ayam sabong beliau Entusa Iman sebagai calon BEBAS menentang Snowdan Lawan pada pilihanraya nanti.

Hal sedemikian mengejutkan pemimpin masyarakat dan rakyat Balai Ringin. Ramai dikalangan mereka tidak bersetuju dengan tindakan Masir yang bertindak mensabotaj calon yang telah dipilih seterusnya mensabotaj parti.

Disebalik hal yang sedemikian, ada dikalangan Tuai Rumah yang sebelum ini tegar mengikut Masir mula beralih arah. Mereka menyedari perkara yang meyalahi dasar parti akan menyababkan perpecahan dikalangan ahli akan berlaku.

Untuk mengelak perkara tersebut berlaku, Tuai Rumah yang sebelum ini mengikuti Masir mula mengorak langkah keluar daripada kumpulan Masir. Difahamkan mereka telah mengangkat sumpah menyokong penuh Snowdan Lawan sebagai calon yang bertanding di Balai Ringin.

Malah bukan setakay itu sahaja, sumber menyatakan bahawa Tuai Rumah tersebut turut bersumpah memastikan penduduk di bawah selian mereka akan menyokong dan mengundi Snowdan dengan memberi mandat yang besar pada kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa