BAGAI PEDIH DITUSUK SEMBILU… Begitulah perasaan para penyokong dan “pemakan dedak” bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamed sejak lebih 22 tahun dahulu selepas mendengar “titah ucapan” kempennya.
Seperti yang sedia maklum, dalam Majlis Bersama Pemimpin Selamatkan Malaysia pada 14 Mei di Stadium Malawati, Shah Alam, Mahathir telah berterus terang agar rakyat harus membuatkan Barisan Nasional (BN) kalah.
Perkara itu katanya bermula dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlaku pada 18 Jun depan.
Seolah-olah telah menunjukkan “belang sebenar” Deklarasi Mahathir Selamatkan Malaysia, saranan Mahathir itu terbukti mengesahkan dendamnya kini bukan sahaja buat Datuk Seri Najib Razak, malah telah merebak kepada parti BN dan Umno.
Persoalan kini tertumpu kepada Timbalan Presiden Umno yang digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Adakah mereka bertiga ini bersetuju dan senada dengan Mahathir atau sebaliknya tidak sealiran dengan pandangan bekas Perdana Menteri tersebut?
Jika sebelum ini Muhyiddin melihat Perdana Menteri harus dijatuhkan kerana kununnya Najib Razak terlibat dengan unsur rasuah dan penyelewengan kuasa, sekarang ini adakah Muhyiddin berani sehaluan dengan Mahathir yang mahu BN dikalahkan?
Jika sebelum ini Shafie Apdal berpendapat Najib Razak tidak layak bergelar Presiden Umno lagi kerana terlibat dengan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion, adakah sekarang beliau berani meminta rakyat untuk tidak menyokong BN dan membantu kemenangan pembangkang?
Dan jika sebelum ini Mukhriz Mahathir dengan bangganya berikrar bahawa bapanya tidak akan sesekali menyertai dan menyokong kempen parti pembangkang, adakah mulai hari ini Mukhriz berani mengakui bahawa ikrarnya adalah sebuah penipuan?
Apabila Mahathir meminta rakyat menolak BN dan menyokong pembangkang, ia mungkin satu perkara yang tidak mustahil memandangkan dia bukan lagi ahli Umno atau BN.
Namun yang mahu dilihat adalah pandangan dari tiga “M” ini yang masing-masing masih menikmati jawatan dan kedudukan hasil daripada Umno dan BN.
Dimana suara Ahli Parlimen Pagoh yang juga Ketua Umno Bahagian itu? Dimana menghilang Ahli Parlimen Semporna merangkap Ketua Umno Bahagian tersebut? Dan dimana membisu ADUN Ayer Hitam yang merupakan Ketua Umno Bahagian Jerlun?
Kalau berani menuntut Presiden Umno meletakkan jawatan, mengapa tiga “M” ini tidak berani untuk letak jawatan dari Umno dan BN sekiranya mereka mengakui kata-kata ketua “Selamatkan Malaysia” itu? –Tv14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa