Foto:Borneo Dihatiku
WE ARE THE WORLD....TAHNIAH ORANG SG ASAP BELAGA SARAWAK.Tiada ungkapan yang dapat diberikan kepada masyarakat orang Ulu di kawasan Balaga,Baram dan Murum kerana membawa nama Sarawak ke peringkat dunia dengan memecah rekod menghasilkan anyaman tikar yang terpanjang di dunia.
SEJARAH TERCIPTA...bila proses pengukuran dan pentauliahan Rekod Dunia Guiness akan dilansungkan di di Dewan Masyarakat Skim Penempatan Semula Bakun di Sungai Asap, Belaga oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim hari ini
Foto:Borneo Dihatiku
Semangat yang berkobar-kobar dan semangat bersatupadu yang tinggi telah menjayakan usaha yang telah dimulai sejak Februari lalu dengan penyertaan lebih 400 masyarakat orang ulu dan penglibatan 24 rumah panjang orang ulu yang terdiri daripada orang Kenyan, Kayan, Penan dan Lahanan membuktikan untuk membuktikan sesuatu kita tidak perlu kaya, maju dan berpelajaran tinggi tapi sedikit kerjasama dan suntikan semangat semuanya boleh dilakukan.
Foto: Borneo Dihatiku
Projek yang dikendalikan oleh Persatuan Peng Doh Balaga ini membuktikan segalanya hingga dapat memecah rekod yang di pegang oleh Komuniti dari Sweeden yang sebelum ini menghasilkan 749 meter.Mendapat tajaan Sarawak Energy Berhad, Yayasan Kebudayaan Dayak dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sebuah dokumentari khas juga akan turut diterbitkan dengan tajuk Mat Weavers Tale (Kisah Penganyam Tikar) bagi merakamkan sejarah penting dalam komuniti Orang Ulu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa