Kisah pelaku pedofil Richard Huckle, 30 yang dihukum penjara seumur hidup di Britain selepas mengaku mencabul dan melakukan 71 serangan seks terhadap 200 kanak-kanak, semuda 6 tahun di Malaysia meresahkan masyarakat negara ini.
Namun, berlainan halnya dengan yang berlaku di Filipina apabila Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) menemui fakta lebih mengerikan berkaitan isu hamba seks anak era baru di Filipina.
Kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun yang berasal dari keluarga miskin didakwa dipaksa oleh keluarganya sendiri melakukan adegan panas dengan seseorang pengamal pedofil secara online di internet atau secara langsung.
Bercakap kepada The Star pada Rabu lepas, Ketua Unicef untuk Filipina, Lotta Sylwander berkata, “Hal tersebut digalak oleh ibu dan ayah atau kerabat terdekat (mangsa). Pengambilan gambar bahkan boleh dilakukan di rumahnya (sendiri).”
Menurut Unicef mangsa kanak-kanak ini dipaksa memenuhi nafsu si pedofil selama beberapa kali dalam sehari di depan kamera web.
Permintaan bergantung kepada kehendak pelanggan, yang berada dalam zon waktu yang berbeza-beza.
Bagi Sylwander, hal ini jelas menunjukkan bahawa isu hamba seks terhadap kanak-kanak malang ini adalah berdasarkan bukan pilihan mereka sendiri, melainkan ia satu paksaan.
“Tidak ada batasan betapa kejam dan menguntungkan urusan ini. Yang pasti ia melibatkan perniagaan bilion dolar,” ujarnya.
Sekumpulan kanak-kanak yang diselamatkan dari kegiatan hamba seks di Manila ini mengesahkan mereka dibayar sekitar 150 peso (RM13) bagi sekali sesi pengambilan gambar.
“Setiap bulan, Unicef menerima sekitar 3,500 kes jenayah siber berkaitan keganasan seksual terhadap kanak-kanak.”
Penyiasat FBI mengesan dua jenis pelaku pedofil di internet iaitu mereka yang menginginkan pertemuan bersemuka dengan mangsa.
Satu lagi pedofil yang mengumpul dan bertukar foto porno kanak-kanak dengan pedofil lainnya.
Terminologi pedofilia dapat menggambarkan erotisme orang dewasa terhadap kanak-kanak.
Istilah ini pertama kali digunakan oleh psikiatris Vienna, Richard von Krafft-Ebing, dalam tulisannya berjudul Psychopathia Sexualis 1886.
Bagi Filipina, teknologi digital mengubah skala dan bentuk pelecehan serta eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, dengan kes pelecehan seksual dirakam secara online.
“Jumlah (kes) bertambah dari 57 kes pada 2013 kepada 89 kes 2014, dan 167 kes 2015,” tambahnya.
Sylwander lantang mengecap bahawa Filipina menjadi negara nombor satu di dunia yang membekalkan sumber pornografi dan perdagangan “live streaming” pelecehan seksual terhadap kanak-kanak.
Beliau berharap pusat transaksi kewangan global akan bergerak lebih ke depan bagi mengenal pasti pelaku pedofil yang membuat transaksi pembayaran yang mencurigakan.
Unicef sangat perihatin dan gusar sekiranya isu ini merosak masa depan generasi cilik ini.
Mangsa pedofil dilaporkan berpotensi menderita trauma kerana psikologi mereka kerap memikirkan hal berkaitan seksual.
“Mereka bermasalah apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak sebaya. Proses pemulihan menjadi sangat sukar,” ujar Sylwander.
Unicef menggesa agar penyedia khidmat layanan internet dapat mempertingkat pengawasan mereka demi mencegah perdagangan seks berleluasa dalam jaringan internet.
Salah satu usaha yang mampu dilakukan adalah dengan menutup akses ke laman yang menyediakan khidmat “live streaming” ke portal berbau seks seperti itu. – Sarawakvoice.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa