Pages

13 Jun 2016

SOKONG BN, JANGAN HANYA BERTERIAK MELONCAT- DR SIM


Masyarakat Cina mencatatkan kejayaan di Sarawak pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu bila SUPP memenangi tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya, termasuk merampas kembali lima kerusi majoriti Cina di bandar yang dimenangi DAP pada 2011. Kini Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Sim Kui Hian cuba memujuk pengundi Cina di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya berada bersama-sama kerajaan daripada berada di luar dengan mengambil contoh pengalaman masyarakat Cina di Sarawak selepas menolak BN pada 2011.
Pengundi Cina sekitar 24 peratus atau 7,856 dipujuk untuk terus menyokong calon Barisan Nasional, Datin Mastura Mohd Yazid. Manakala di Sungai Besar pula, jumlah pengundi Cina pula adalah sekitar 30 peratus daripada 42,000 pengundi.
Beliau menekankan pentingnya masyarakat Cina menyokong BN bagi memudahkan kebajikan mereka diberikan perhatian.
“Jika Cina di Semenanjung tidak bantu diri sendiri, siapakah yang dapat tolong masyarakat Cina?” hujah beliau di satu majlis dalam usaha untuk memastikan kemenangan calon BN.
Dr Sim berkata: “Masyarakat Cina di Sarawak telah sedar pada pilihan raya lalu. Mengapa? Mengapa masyarakat Cina harus berada di luar lingkungan, hanya melihat, berteriak dan meloncat?”
Bagi Dr Sim, bagaimana kuat pun teriakan di luar tidak akan mendatangkan hasil.
Dr Sim yang dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan baru-baru ini, berkata masa depan Cina akan terbela jika menyokong BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa