Pages
▼
15 Ogo 2016
Beza Onn Jaafar Pengasas Tiga Parti Dengan Mahathir Pengasas Dua Parti
Personaliti berbeza datang diwaktu yang berbeza. Itulah kehebatan Allah.
Jika Mahathir menjadi Presiden UMNO yang pertama , kita mungkin belum merdeka lagi atau tidak akan dapat kemerdekaan kerana sifat suka bergaduh dan sikap ego Mahathir.
Tentu sekali sifat ini akan membuat British berurusan dengan Malaya secara lain pula.
Malah atas sebab sama lah Mahathir dijadikan Perdana Menteri dikala rakyat hanya berjumlah 18 juta orang dan perebutan barangan, tanah , kuasa hanya berkisar sekitar 18 juta orang.
Dato Sri Najib pula menjadi Perdana Menteri dikala rakyat sudah mencecah 28 juta lebih dan kini sudah 30 juta pula.
Maka perebutan kepada kuasa , tanah, barangan bersekitar kepada jumlah yang lebih besar.
Mahathir menjadi Perdana Menteri di waktu rakyat dalam keadaan bisu, tiada laluan untuk bercakap , untuk memberi komen dan menekan butang “like”.
Yang ada ketika Mahathir jadi PM adalah surat akhbar yang dikuasai oleh “pendedak” nya dan juga media eletronik yang akur kepada nya.
Najib menjadi Perdana Menteri sehingga diwaktu rakyat secara individu dan sendirian seperti Mat rempit yang tidak tahu apa apa serta mereka yang kerja jadi guard pun boleh tekan butang “like” kepada kisah kebencian dan boleh komen “mampus lagi elok” pada ruang komen.
Maka tuhan datangkan personaliti berbeza di waktu berbeza.
PM yang tidak berapa baik didatangkan diwaktu rakyat belum boleh bersuara dan tiada laluan bersuara, dan PM yang baik didatangkan diwaktu rakyat boleh bersuara dan ada laluan bersuara dimana ayam mereka di langgar kereta pun mereka boleh salahkan PM kerana mereka miliki laluan bersuara melalui media sosial.
Kembali kepada topik diatas, Datuk Onn Jaafar sebagai Pengasas UMNO , memiliki personaliti yang baik, kerana ketika ahli UMNO enggan turut bersama nya untuk sokong idea parti terbuka kepada semua kaum , dia tidak menjadikan UMNo bahan hentaman nya sepeti yang dilakukan oleh Tun Mahathir di hari ini.
Setelah Allahyarham Onn Jaafar “direject” oleh ahli UMNO beliau bawa diri dan mengasas kan parti Independence of Malaya Parti (IMP) , namun parti ini tidak diterima oleh rakyat dan seolah olah tiada sambutan kerana rakyat terutama nya orang Melayu sudah terbiasa dengan UMNO.
Atas kegagalan parti ini untuk bertapak Onn Jaafar kemudiannya menubuhkan Parti Negara pula. Dan parti ini dapat lah kecapi sedikit kejayaan dalam satu pilihanraya pada tahun 1959.
Maka dari kisah diatas kita boleh lihat betapa Pengasas UMNO dalam kerjaya politik nya mengasaskan 3 parti politik , tetapi tidak menyerang UMNO secara membabi buta dan luar batasan seperti Tun Mahathir lakukan hari ini.
Tun Mahathir pula sehingga umur 91 tahun pada hari ini telah mengasaskan 2 buah parti dan melahirkan 2 parti lain untuk menyusahkan UMNO.
Tun Mahathir secara sistematik telah mengasaskan UMNO Baru untuk menerajang keluar ahli ahli UMNO yang tidak sebulu dengan nya yang menyokong Tengku Razaliegh Hamzah.
Sesuatu yang memalukan setelah berkuasa hampir 7 tahun Tun M hanya menang dengan jumlah undi 43 sahaja menetang ahli kabinet nya,
Tun Mahathir seolah olah merancangkan kesemua musuh nya di tolak keluar , dari UMNO ketika membiarkan UMNO diharamkan, Tun Mahathir tidak pun cuba “challenge” keputusan Mahkamah.
Setelah UMNO sejati dan asli dibubarkan , maka tercipta lah UMNO milik Mahathir dengan keahlian nombor siri 0000001, bersama nya tersisih hampir separuh ahli UMNO.
Kini Tun Mahathir memasuki Guiness Book of Record sebagai pengasas parti yang paling Tua didunia.
Setelah kecewa dan tidak dapat memeras ugut Presisen UMNO untuk ikut selera dan kehendak dia dan kroni nya, maka Tun M mencipta parti Pribumi Bersatu.
Maka jadi lah Tun M sebagai pengasas dan pencipta 2 parti.
Selain mencipta 2 parti untuk diri nya, Tun juga mencipta 2 parti lain tanpa sengaja sebagai musuh UMNO yang menyusahkan ahli UMNO ia itu Semangat 46 dan juga PKR.
Kedua parti tercipta hasil ketidak bijaksanaan Tun M menanangi masalah kerana menjaga kepentingan nya.
Maka tercatitlah dalam sejarah Onn Jaafar telah melahirkan 3 parti dan Tun melahirkan 2 parti.
Cuma perbezaan ketara antara mereka berdua ada lah Allahyarham Onn Jaafar hanya tinggal RM35 sahaja dalam poket nya ketika meninggal dunia dan Tun Mahathir pula ketika masih hidup miliki para kroni dan anak beranak nya yang ada ratusan billion.
Onn Jaafar tidak menghina UMNO walaupun UMNO tidak mengkaya kan nya dan enggan turut kehendak nya, Tun Mahathir mencaci UMNO walaupun parti ini lah yang memberi dia kuasa untuk menyerah kan projek , konsensi , kekayaan dan bailout kepada anak dan kroni nya.
Tanpa UMNO tentu Tun sedang memberi ubat batuk dan panadol kepada pesakit di sebuah klinik di Alor Setaq.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Onn Jaafar , pengasas UMNO ASAL.
Tulisan :
Beruang Biru
15 Ogos 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa