APA maksud Mahathir di Kelantan kelmarin bahawa Datuk Seri Najib ini sedang memimpin ahli UMNO masuk neraka? Apa yang Mahathir ni boleh bawak orang masuk syurga ka kalau sokong dia? Dia tak sebutlah secara terus tapi faham dia macam itulah. Habis, kalau dah Najib bawak (pimpin) orang UMNO masuk neraka, dia (Mahathir) mesti opposite la, takkan yang sokong dia pun ke neraka jugak?
‘Mahafiraun’ boleh bawak orang masuk syurga, tolonglah jangan bagi orang gelak. Turunlah ke jalan hari ini, tanya berapa orang teringatkan syurga bila tengok muka Mahathir? Tobat lahum, takdak sorang pun. Kalau tak, taklah dipanggil orang Mahathir Mahafiraun, buruk-buruk Najib pun tak siapa panggil beliau firaun lagi.
Penulis cakap macam ini pun dah tak betul dah ni sebab syurga neraka ni hak Allah swt – bagi orang yang berimanlah. Tapi mudaratnya tu (setakat ilmu yang penulis tahu), tak seberapa berbanding kalau faham Najib bawak ahli UMNO masuk neraka yang dibawa Mahathir ni dibiarkan tak berjawab.
Mahathir masuk syurga neraka pun tak tahu lagi, dia nak gebang orang lain macam mana? Fikir macam itu saja cukup.
Kita bagaimanapun janganlah cepat melatah. Pada penulis, ini sebahagian dari proses kehidupan yang sedang dilalui Mahathir. Dia sedang dihujung-hujung tu, bukan sedar sangat apa yang dia sedang cakap/buat. Penulis yakin Mahathir bukan sedar sangat sebab dulu bukan main marah lagi dia bila PAS janji syurga, hari ini dia buat yang lebih kurang sama.
Bersangka baik sajalah, mungkin kesan ubat akibat jangkitan kuman di dada hari itu belum habis, itu yang mamai tak tentu arah tu.
Hakikatnya siapa bawa siapa masuk neraka bukan urusan Mahathir pun. Anak Mahathir, Mukhriz dan bonekanya, Muhyiddin, kalau tak kerana dipecat, masih lagi ahli UMNO sampai sekarang – tak keluar pulak cerita neraka apa semua ni? Bodohkah mereka ini kerana selama ini berketuakan Najib yang dikatakan Mahathir akan memimpin ahli UMNO ke neraka?
Semoga Mahathir diberikan hidayah.
MYKMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa