Pages
▼
19 Sep 2016
Anda Tahu Betapa Terdesaknya Mahathir Apabila Dia Menjilat Kembali Ludahnya
Walaupun ramai yang sangat marah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu yang pada tahun 1998 telah menangkap dan memenjarakan timbalannya, Anwar Ibrahim, Presiden PAS ketika itu, Ustaz Fadzil Noor, mengambil pendirian yang bertentangan. Ustaz Fadzil tidak mahu Mahathir mati, seperti mana yang ramai penyokong Anwar mahukan. Sebaliknya, Ustaz Fadzil berdoa agar Mahathir dikurniakan usia yang panjang supaya dia boleh hidup cukup lama untuk melihat kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukannya kepada Malaysia dan menerima karma akibat semua dosa-dosanya.
'Dosa' Anwar adalah bahawa dia cuba untuk menggulingkan Mahathir dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Tetapi itu bukanlah satu jenayah dan seseorang tidak boleh dipenjarakan kerana perkara itu. Jadi Mahathir sebaliknya menyebabkan Anwar ditangkap dan dipenjarakan kerana jenayah rasuah dan liwat, walaupun ramai mendakwa bahawa Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar atas perintah Perdana Menteri. Sudah pastinya Gani telah diberi penghargaan atas perbuatan jahatnya itu dengan dilantik sebagai Peguam Negara yang baru tidak lama selepas itu.
Ustaz Fadzil dihormati oleh banyak pihak, bukan sahaja oleh ahli-ahli atau penyokong PAS. Malah, keluarga diraja, terutamanya dari negeri Kedah, menghormati Ustaz Fadzil - yang dilihat sebagai seorang Muslim yang paling sederhana yang mana bukan Melayu juga tidak mempunyai masalah untuk menyokongnya. Kematiannya 14 tahun yang lalu pada tahun 2002 adalah satu kehilangan kepada seluruh negara. Dan kerana Ustaz Fadzil, orang bukan Islam mula menerima PAS. Saya berada di sana pada hari Ustaz Fadzil meninggal dunia dan ramai orang bukan Melayu juga berada di luar hospital untuk memberi penghormatan terakhir.
Bagaimanapun, pada tahun 2000, Ustaz Fadzil berdoa supaya Mahathir diberi umur yang panjang supaya dia boleh hidup untuk melihat hari di mana karma dosanya mengejarnya. Mahathir hanya perlu meninggal selepas dia sedar bahawa segala-galanya yang berlaku kepadanya pada penghujung hidupnya adalah bayaran balik untuk dosa-dosa yang dia telah lakukan lebih 47 tahun sejak 1969. Dan salah satu daripada dosa pertama yang Mahathir lakukan ialah menentang Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, yang mempunyai kaitan dengan Keluarga DiRaja Kedah, bermakna juga mempunyai kaitan dengan Seri Paduka Baginda Sultan Kedah dan Agong Malaysia sekarang ini yang merupakan anak saudara Tunku.
Adakah ia tidak ironik bahawa Mahathir melakukan dosa iaitu durhaka terhadap Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 dan 47 tahun kemudian dia merangkak untuk memohon menghadap Agong, anak saudara Tunku, untuk memohon pertolongan baginda dalam menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak? Adakah Mahathir tidak melihat karma kerana tindakannya? Mahathir durhaka terhadap Tunku dan kemudian dia durhaka terhadap semua Raja hampir 20 tahun kemudian, dan kini dia merangkak kembali kepada Raja-Raja yang sama yang telah dia durhakai untuk meminta pertolongan.
Doa Ustaz Fadzil sangat kuat. Dan tiada seorang pun orang Islam sama ada dari PAS atau Umno akan tidak menyetujui perkara ini (walaupun orang Melayu PAN hanya akan bersetuju dengan apa sahaja yang DAP katakan mereka boleh setujui). Ustaz Fadzil tidak mendoakan agar Mahathir mati awal walaupun dengan apa yang telah orang tua itu lakukan. Sebaliknya, Ustaz Fadzil berdoa agar Mahathir dikurniakan umur yang panjang supaya dia boleh hidup cukup lama untuk melihat dosanya kembali menghantuinya dan menyebabkannya menderita dan menyesal dan sedar bahawa apa yang dia lalui sekarang adalah karma bagi dosa-dosa yang telah dia lakukan.
Sekiranya ramai daripada anda tidak sedar, Mahathir menghadap Agong di Istana Sultan Kedah iaitu Istana Anak Bukit di Alor Star. Ini bermakna Agong bertemu dengan Mahathir sebagai Sultan Kedah dan bukannya sebagai Agong. Agong bertemu dengan tetamu VIP di Istana Negara. Pertemun di istana Sultan adalah dianggap pertemuan tidak rasmi atau tidak formal manakala pertemuan rasmi, terutamanya dengan orang kenamaan, akan diadakan di Istana Negara.
Sama juga dengan Selangor. Istana rasmi adalah di Klang manakala istana 'lain' di Shah Alam. Untuk mesyuarat 'keluarga', kita akan menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Shah Alam tetapi majlis rasmi akan diadakan di Klang. Kita boleh berpakaian kasual apabila kita pergi ke istana Shah Alam tetapi untuk majlis di Klang kita mesti berpakaian lengkap seperti mana ahli keluarga diraja sepatutnya.
Saya tertanya-tanya sama ada Mahathir menyedari bahawa pertemuannya dengan baginda di Alor Star dan bukannya di Istana Negara adalah mesej yang jelas untuk orang yang mengetahui tentang protokol. Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak memahami implikasi ini tetapi apa yang boleh kita harapkan daripada mereka yang jahil tentang protokol, adat dan tradisi Melayu dan DiRaja?
Dan ini adalah salah satu rungutan Mahathir. Dia merungut bahawa orang Melayu terlalu feudal dan itulah sebabnya orang Melayu mundur dan tidak berjaya dan maju seperti orang Cina. Mahathir berkata orang Cina lebih pragmatik dan itulah sebabnya Singapura sangat berjaya - kerana ia adalah satu Republik dan tidak mempunyai Sultan yang akan mengacau.
Jika dia mempunyai kuasa mutlak, Mahathir akan menghapuskan Monarki dan akan menjadikan Malaysia sebuah Republik 30 tahun yang lalu sewaktu kemuncak kuasanya. Dan semua Raja-Raja tahu akan perkara ini. Tetapi Mahathir tidak dapat berbuat demikian kerana orang Melayu tidak akan membenarkannya dan jika dia cuba juga, Umno dan Barisan Nasional akan berakhir pada 1980-an.
Dan ini adalah mengapa Mahathir begitu marah dengan orang Melayu 30 tahun yang lalu. Dia mahu menghapuskan Raja-Raja tetapi tidak boleh. Satu-satunya perkara yang dia mampu lakukan ialah untuk meminda Perlembagaan supaya persetujuan dan tandatangan Agong tidak lagi diperlukan untuk rang undang-undang menjadi undang-undang. Dan kini, kerana perkara itu, karma telah kembali menghantui Mahathir, dan disebabkan itulah mengapa dia berada di mahkamah baru-baru ini pada 5 September 2016.
Jadi sekarang Mahathir bukan sahaja terpaksa merangkak untuk menghadap Agong selepas memburukkan Monarki. Mahathir juga terpaksa merangkak untuk memberi penghormatan kepada Anwar Ibrahim selepas memburukkan Anwar. Dalam bulan yang sama, Mahathir terpaksa tunduk dan memohon maaf sebanyak dua kali. Anwar dan Monarki adalah musuh yang paling tidak disukai Mahathir dan kini dia terpaksa merangkak kepada mereka.
Itu, sebagai apa yang Allahyarham Ustaz Fadzil berkata, adalah takdir yang lebih teruk daripada kematian. Akhirnya, pada penghujung hidupnya, Mahathir terpaksa menjilat kembali ludahnya di depan mata 31.5 juta rakyat Malaysia. Jika Allah mahu melayan Mahathir dengan lebih baik, Dia akan mengambil nyawa Mahathir lima tahun sebelum ini. Hakikat bahawa Allah membenarkan Mahathir untuk hidup selama ini hanya untuk merasai penghinaan yang terpaksa dia terima di penghujung hidupnya adalah satu bentuk hukuman daripada Allah. Muslim percaya bahawa jika dosa seseorang adalah cukup besar, Allah akan memberi balasan di bumi sebelum anda menghadapi hukuman di akhirat.
Tunku Abdul Rahman meninggal dunia tanpa mengampuni Mahathir. Dan bagi umat Islam, ini adalah sesuatu yang sangat serius. Tunku adalah dari Keluarga Diraja Kedah dan Mahathir memerlukan pertolongan daripada Agong, yang juga berasal dari Kedah. Adakah anda fikir Agong mengambil endah tentang Mahathir? Bukankah Istana Kedah yang menuntut peletakan jawatan anaknya, Mukhriz, sebagai Menteri Besar Kedah? Jadi siapakah yang Mahathir cuba tipu apabila dia menghadap Agong untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan?
Dan adakah anda fikir bahawa selepas memberi penghormatan kepada Anwar pada 5 September 2016, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya akan memaafkan Mahathir dan menerimanya dengan tangan terbuka? Mereka mahu Mahathir secara terbuka memohon maaf di hadapan 31.5 juta rakyat Malaysia dan mengakui bahawa Anwar tidak bersalah terhadap semua tuduhan rasuah dan liwat dan bahawa dia adalah mangsa tuduhan palsu dan bukti yang direka-reka.
Keluarga dan penyokong Anwar tidak akan menerima selain daripada itu walaupun Anwar sendiri bersedia untuk berkompromi. Dan mengenali Mahathir, dia lebih rela mendapat satu lagi serangan jantung dan mati daripada melakukan perkara itu. Dan ini adalah apa yang Tun Dr Siti Hasmah Ali bimbangkan. Mahathir kelihatan tertekan selepas perlu merendahkan dirinya dengan memberi penghormatan kepada Anwar dan selepas menghadap Agong yang mana tidak berjalan dengan lancar. Siti Hasmah bimbang Mahathir mungkin dimasukkan ke IJN untuk mungkin kali yang kesepuluh dan kali ini dia mungkin tidak akan pulang ke rumah.
Orang bukan Melayu mungkin sudah lupa dan juga memaafkan Mahathir di atas apa yang telah dilakukannya tetapi kebanyakan orang Melayu belum memaafkannya. Mungkin orang bukan Melayu terlupa bahawa Mahathirlah yang mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam Mahathirlah yang memberitahu PAS untuk memperkenalkan hudud selepas pilihan raya umum 1999. Mahathir yang telah mengangkat status Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah undang-undang biasa.
Dan hari ini seluruh sistem berada dalam keadaan kucar-kacir.
Mahathirlah yang merosakkan sistem pendidikan Malaysia. Mahathirlah yang enggan menamatkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) pada tahun 1990 dan bertukar menjadi ‘Never Ending Policy’ yang akan berterusan sehingga ke akhir zaman.
Ini adalah tiga isu utama yang amat mengecewakan orang bukan Melayu. Dan Mahathirlah dalang disebalik semua tuduhan itu. Namun begitu, orang bukan Melayu hari ini mengagungkan Mahathir dan menjadikannya sebagai Mandela Malaysia dan Gandhi. Jika kita mengatakan bahawa orang bukan Melayu bodoh, mereka marah. Tetapi kalau kita tidak berkata sebegitu, apa lagi yang boleh kita katakan? Namun begitu, orang bukan Melayu bandar fikir mereka lebih pandai daripada orang Melayu luar bandar.
Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 18 September 2016.
Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/you-know-mahathir-is-desperate-when-he-licks-back-his-spit/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa