Pages

19 Sep 2016

RICHARD RIOT AJAK ANAK-ANAK BIDAYUH KE PROGRAM LAN BERAMBEH 2016


Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem mahu menjadikan ‘Lan Berambeh 2016’ yang akan diadakan pada 15 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebagai yang terbaik.
Beliau yang juga pengerusi penganjur acara berkenaan pada tahun ini berkata seramai 7,000 anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia disasarkan menghadiri acara berkenaan.
Lan Berambeh adalah acara yang mengumpulkan anak-anak Sarawak yang belajar, bekerja dan tinggal di Semenanjung Malaysia.
“Saya berharap Lan Berambeh 2016 akan turut melibatkan anak-anak Bidayuh,” katanya pada Majlis Makan Malam St John Taee pada Sabtu lepas yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Menurut Riot, antara anak Bidayuh yang dijangka hadir dalam acara tersebut ialah ratu terjun negara yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Pandelela Rinong dan Miss Malaysia World 2014 Dewi Liana Seriestha yang memenangi anugerah subsidiari Ratu Bakat pada Miss World 2014 di London tahun lepas.
“Pandelela dan Dewi adalah antara yang membawa nama Bidayuh di persada dunia.
“Bagi anak-anak Bidayuh yang berada di Semenanjung Malaysia, marilah kita bersama-sama hadir ke PWTC dan berbangga bahawa kita juga mampu menjadi yang terbaik di dunia,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa