Slogan BERSIH dikaitkan dengan pilihanraya hanyalah umpan untuk memancing rakyat dan mengaburi mata polis.
BERSIH digunakan untuk menjatuhkan DS Najib Razak dengan cara menghasut rakyat baik yang menghadiri demontrasi BERSIH ataupun yang tidak hadir agar menjatuhkan DS Najin Razak dari jawatan PM Malaysia.
Buktinya, pendemontrasi telah berteriak tujuan mereka untuk menjatuhkan DS Najib Razak kerana tidak tahan dengan situasi negara.
Teriakan yang boleh dilihat secara langsung dari FB.
Teriakan mereka sebagai menyahut seruan Mahathir yang direkod dalam video seruan beliau supaya rakuay turun menyertai BERSIH sebagai usaha menjatuhkan DS Najib Razak.
Teriakan mereka yang menunjukkan BERSIH telah melanggar undang undang dengan membawa maksud wujudnya elemen jenayah sabotaj atau menggugat demokrasi berparlimen.
Teriakan mereka menunjukkan bahawa mereka sedang mencabar pihak berkuasa dan menunjukkan mereka tidak lagi menghormati pihak berkuasa.
Teriakan mereka juga menunjukkan bahawa segala amaran POLIS sudah tidak dihiraukan oleh mereka. apa yang mereka tahu, DS Najib Razak perlu dijatuhkan sebagai menyahut seruan Mahathir.
Teriakan mereka juga melambangkan bahawa teori Dr Gene Sharp sudah tersemat kukuh dalam diri pendemontrasi dengan sasaran pendemontrasi mahu menjatuhkan pemimpin negara serta kerajaan.
Sampai bila pihak POLIS perlu berlembut dengan mereka. Semakin dibiarkan, semakin rosak rakyat kerana terpengaruh dengan pendemontrasi.
Turki wajar dijadikan contoh ketegasan pihak berkuasa terhadap pengkhianat.
Polis New York juga wajar dijadikan contoh dengan menangkap lebih 150 orang pendemontrasi yang membantah kemangan Trump.
POLIS Malaysia?. Adakah apabila negara huru hara baru pihak berkuasa hendak bertegas dengan kumpulan pendemontrasi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa