Pages

24 Nov 2016

TERKINI..video Ahli Parlimen Shah Alam, khalid samad DIPUKUL










 
 
Khalid dipukul di pintu masuk hadapan lobi dalam kawasan parlimen yang sepatutnya dikawal ketat oleh pasukan keselamatan namun difahamkan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia enggan mengambil sebarang tindakan.

Dalam sidang media yang diadakan di ruang media, Khalid mendakwa penyokong ahli parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang memukulnya hingga menyebabkan cedera ringan.

Saksi kejadian memberitahu insiden ini dipercayai dilakukan kerana penyokong Tajuddin tidak berpuas hati apabila Khalid menempelaknya dengan perkataan 'Sial' dalam dewan kelmarin.

Menurut sumber, penyokong Tajuddin tersebut berasal dari Sungai Manik, dalam parlimen Pasir Salak.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa