Khalid dipukul di pintu masuk hadapan lobi dalam kawasan parlimen yang sepatutnya dikawal ketat oleh pasukan keselamatan namun difahamkan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia enggan mengambil sebarang tindakan.
Dalam sidang media yang diadakan di ruang media, Khalid mendakwa penyokong ahli parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang memukulnya hingga menyebabkan cedera ringan.
Saksi kejadian memberitahu insiden ini dipercayai dilakukan kerana penyokong Tajuddin tidak berpuas hati apabila Khalid menempelaknya dengan perkataan 'Sial' dalam dewan kelmarin.
0 komentar:
Catat Ulasan