Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

30 Jun 2017

DAP Pengkhianat Negara Bila Undang Campurtangan Tentera Asing Di Malaysia

Tindakan Guan Eng bercakap bahawa Amerika Syarikat boleh guna tentera, bukannya saman untuk jatuhkan kerajaan membuktikan Ketua Menteri DAP itu seorang pengkhianat dan penderhaka kepada negara.

“Saman sivil itu difailkan di AS, bukan di Malaysia. Jangan cuba kelirukan rakyat. Jika AS mahu mengawal Malaysia, ia mempunyai kuasa ketenteraan untuk berbuat begitu,” kata Lim Guan Eng dalam satu sidang media pada 29 Jun 2017.

Kenyataan Guan Eng yang disiarkan dalam Malaysian Insight ini menyerlahkan sikap tidak patriotik dan sayang tanah air yang ada pada anak Kit Siang itu. DAP adalah parti yang penuh dengan sikap pentingkan kroni dan peribadi, bukannya demi negara dan rakyat.

Guan Eng kena sedar, yang merompak dan menyeleweng duit rakyat di Pulau Pinang adalah diri dia sendiri. Pulau Pinang sudah menjadi negeri yang gagal di bawah pentadbiran Guan Eng.

Sampai ke hari ini, sudah hampir sebulan. Guan Eng masih belum menjawab persoalan persoalan yang ditanya oleh Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional pada 3 Jun 2017.

Lain yang ditanya. Lain yang dijawab. Situasi putar belit Guan Eng ini juga berlaku ketika awal skandal banglo dulu.

Guan Eng tidak jawab kenapa dan bagaimana boleh beli banglo mewah itu di bawah harga pasaran. Guan Eng jawab rumah tiada kolam renang, ajak minum kopi dan ajak wartawan datang rumahnya.

Jawapan sebegitu tidak menyelamatkan Guan Eng. Malah mendedahkan sikap putar belit Guan Eng.

Semasa mula mula menjadi Ketua Menteri DAP di Penang dulu, Guan Eng bila ditanya kenapa tidak mahu duduk di rumah yang sudah disediakan kerajaan.

Guan Eng jawab ada musang, tikus dan macam macam lagi. Akhirnya, Guan Eng kantoi juga. Bukan itu jawapannya. Sebenarnya Guan Eng sudah mahu beli banglo di Jalan Pinhorn.

Bila ditanya mengapa banjir di Penang tidak boleh diselesaikan dalam masa 9 bulan seperti yang dijanjikan? Guan Eng bagi jawapan kerajaan pusat tidak beri duit. Namun bila sudah dapat RM150 juta. Banjir tidak selesai juga.

Sebulan yang lepas, Guan Eng ditanya tentang status 51 projek yang gagal dilaksanakan di Penang. Guan Eng gunakan pihak lain untuk jawab, BN juga yang dipersalahkan.

Kali ini, Guan Eng kena jawab 5 soalan sahaja dari Pasukan Komunikasi Strategik BN. Jawapan yang diminta pun mudah. Ya atau tidak sahaja. Mengapa susah sangat hendak jawab.

Guan Eng jawab Pulau Pinang hanya mencatatkan pendapatan sebanyak RM657.6 juta dari jualan tanah bagi tempoh 2008 hingga 2015. Ini jawapan yang kontradik, ini kerana
penjualan tanah kerajaan negeri di Bayan Mutiara dengan harga RM1.07 bilion pada 2011.

RM484 juta di Batu Kawan dijual kepada Aspen Vision pada 2014. 16 Disember 2016, YAB Lim turut dilaporkan mengesahkan Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) berjaya menjual tanah berharga RM1.94 bilion bagi tempoh 2008 hingga 2015.

Jumlah semua ini adalah RM3.49 billion, Guan Eng bagi jawapan RM657.6 juta sahaja. Nampak sangat kontradiknya. Samalah juga bila ditanya mengapa tanah dijual tanpa tender di Jalan Peel, Guan Eng menyalahkan MOF pula dalam kes itu.

Jawapan banglo Pinhorn, jawapan kenapa tidak duduk di rumah kerajaan, jawapan masalah banjir, jawapan 51 projek, jawapan tanah Jalan Peel, jawapan jumlah hasil tanah dan syarikat perunding terowong ini mencerminkan gaya putar belit Guan Eng.

DAP juga masih belum menjawab bagaimana pendapatan syarikat terowong cuma RM51.8 juta tetapi untung RM61.5 juta. Pelik, mana datang lagi RM9.7 juta itu? Duit apa?

Malulah sama, maklumat sekarang di hujung jari rakyat. Semua orang boleh nilai jawapan jawapan dari Guan Eng itu. Semuanya hanya putar belit sahaja. Jawapan tidak dijawab tetapi sibuk undang campurtangan asing untuk jatuhkan kerajaan Malaysia.

DAP dan Guan Eng memang pengkhinat kepada negara. Pulau Pinang habis digadai dan digondol. Rakyat Pulau Pinang harus bersuara desak Guan Eng letak jawatan dulu.

Kes dan skandal rasuahnya masih belum selesai. Guan Eng tidak layak bercakap soal DoJ dan hal hal lain. Jawab dulu hal di Pulau Pinang, sebelum hendak undang campurtangan asing di negara ini.

Guan Eng jangan menyibuk menjadi pengkhianat mengalih isu DoJ untuk menutup skandalnya sendiri di Pulau Pinang. Perbuatan menggadai dan mengondol tanah adalah perbuatan khianat terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Oh ya, ramai terlupa. Setahun yang lepas, 29 Jun 2016, Guan Eng ditahan kerana skandal banglo. Pasti Guan Eng tengah risau kini. Menunggu saat dibicarakan. Oleh kerana tidak mahu rakyat ingat kes itu, maka Guan Eng menyibuk hal DoJ.

Rakyat kena hukum Ketua Menteri DAP yang bersikap pengkhianat ini dalam PRU14. Jangan bagi peluang lagi pada DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB483, Jumaat
30 Jun 2017

Mahathir Buat Cerita "Pre Emptive", Takut Dibicara RCI Skandal Forex

29 Jun 2017, Mahathir mula meracau dari London. Mula mengarang cerita dan membuat kesimpulan awal tentang keputusan RCI Skandal Forex yang telah pun dipersetujui oleh kabinet untuk ditubuhkan pada 21 Jun 2017.

Mahathir mula karang cerita kononnya ramai akan ditangkap seperti Ops Lalang yang dibuatnya pada 1997 menjelang PRU14. Mahathir sebenarnya buat "pre emptive strike" terhadap sebarang siasatan RCI Forex yang melibatkan dirinya. Ini menampakkan ketakutan Mahathir hadapi RCI.

Kenapa perlu takut jika tidak bersalah? Ini bukan kali pertama Mahathir kelihatan takut dan cemas. Malah ketika Kit Siang mahu dipanggil untuk disoal siasat oleh Pasukan Petugas Khas Skandal Forex pada 4 Mei 2017, Mahathir sebelum itu menulis panjang lebar di blognya memuji Lim Kit Siang dan DAP.

Bukan Mahathir sahaja, semua macainya di Facebook dan Twitter dikerah memuji Kit Siang dan DAP. Semata mata kerana takut Kit Siang buka pekung sebenar, Mahathir terpaksa buat gerakan memuji dan memuja Kit Siang di media sosial.

Bagi memujuk hati Kit Siang kononnya. Nasib baiklah Kit Siang tidak digelar sebagai wali seperti mana tindakan ahli PPBM yang bernama Azam Abdullah. Menulis dalam facebooknya "siapa lontar fitnah pada Tun M adalah pengkhianat pada bangsa Melayu..Tun M wali Melayu" tulis Azam Abdullah.

Sampai begitu taksub pada Mahathir hingga menggelar wali. Orang sebeginilah yang mahu ditipu dan dibodohkan oleh Mahathir dan pembangkang. Cerita cerita karut seperti menyewa 41 suites di Bali, cerita radar tentera kononnya hilang dan terbaru cerita kononnya ramai akan ditangkap menjelang PRU14 oleh Mahathir.

Pembangkang tidak akan buat cerita dan propaganda bodoh ini jika tidak ada orang yang percaya dan terpedaya dengan cerita mereka. Sebab ada orang taksub dan kurang waras percaya, maka cerita cerita bodoh itu menjadi laku.

Kesian sungguh melihat mereka ini terpedaya. Sebab itu bila ada ahli PPBM yang mula persoal Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, ianya bukannya dipaksa oleh sesiapa. Ianya kerana ahli ahli PPBM itu sudah tidak mahu ditipu, dibodohkan dan diperdaya lagi.

RCI Skandal Forex ini bakal menjadi igauan buruk buat Mahathir. Karpal Singh semasa berucap pada kempen PRU13 pernah berkata mahu penjarakan Mahathir mengenai isu kekayaan luar biasa anak Mahathir dan kehilangan wang Forex ini. Lihat video ini ;

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1690757974567293&id=1455416204768139

Bermakna ramai ahli ahli DAP mengetahui hal ini. Oleh kerana kini, DAP mahu pergunakan Mahathir untuk dapatkan undi Melayu bagi merampas Putrajaya, maka mereka "menutup mulut" mengenai isu ini.

Namun dalam benak hati Kit Siang, Guan Eng dan ramai lagi ahli DAP, mereka masih lagi berdendam dengan Mahathir. Oleh sebab itu, DAP masih tidak mahu Mahathir menjadi ketua dan calon PM bagi Pakatan Harapan. Biarpun hanya bergelar "PM Sementara".

DAP tahu Mahathir akan buat ISA semula jika dia berkuasa. Entah entah lebih dari 100 orang akan dihumban jika Mahathir berkuasa balik. Lebih dahsyat dari Ops Lalang 1997.

Mahathir sebenarnya takut ahli ahli DAP yang akan berubah hati bila RCI ini ditubuhkan. Apa akan jadi kalau ramai ahli ahli DAP percaya Mahathir bersalah hilangkan wang USD$10 billion Bank Negara?

Bukan setakat ahli DAP, geng PKR yang masih ada semangat reformasi pun barangkali setuju Mahathir bersalah.

Lintang pukanglah jadinya Pakatan Harapan, kalau Mahathir sudah ke dalam. Yang pasti tersenyum adalah Wan Azizah dan keluarga. Ini yang buat Mahathir takut. Cita citanya untuk meneruskan legasi kroni dan anak sendiri boleh terjejas.

Oleh itu, bagi menahan asakan awal ini, Mahathir kena reka cerita dan kesimpulan awal agar rakyat dapat difanatikkan dan diseru membenci kerajaan. Padahal apa yang dibuat RCI sebenarnya hanyalah untuk mencari kebenaran dan kepastian.

Sama macam apa yang dibuat PAC dalam isu 1MDB. Bukan main lagi puak Mahathir cerita FBI hendak tangkap Datuk Seri Najib di Amerika Syarikat. Ada nampak muka Datuk Seri Najib takut? Tidak pun. FBI tidak tangkap pun. Itu hanya cerita karut Khairuddin dan Matthias sahaja.

Kini bila berhadapan dengan RCI Forex, Mahathir sewajarnya bersedia untuk disoal dan disiasat. Kenapa perlu membuat kesimpulan awal seolah olah sudah bersalah dan akan ditangkap?

Belum pun dibicarakan Mahathir sudah buat kesimpulan dia bersalah. Strategi "pre emptive" Mahathir ini akhirnya akan memakan diri. Rakyat kini sudah tahu siapa sebenarnya yang jadi gelama ikan duri.

Tulisan :
Beruang Biru
BB484, Jumaat
30 Jun 2017

29 Jun 2017

Duit Raya Kerajaan BN Kepada Rakyat Sempena Sambutan Aidilfitri

Dalam situasi pembangkang membuat cerita Malaysia negara yang hendak bankrap, muflis dan gagal, pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang menerajui Putrajaya tetap memberikan duit raya kepada rakyat.

2 Jun 2017, Kerajaan BN beri bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam. RM250 kepada hampir 775,000 pesara kerajaan. Membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

3 Jun 2017,  Datuk Seri Najib umumkan   pengagihan dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berjumlah RM106.81 juta. Seramai 33,864 pekebun kecil di seluruh negara dapat  'duit raya'.

5 Jun 2017, pembayaran BR1M peringkat kedua sempena hari raya dikreditkan terus ke dalam akaun 7 juta penerima BR1M. Setiap orang dianggar mendapat RM300. Melibatkan perbelanjaan sejumlah RM2.1 billion.

10 Jun 2017, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan RM500 sebagai Insentif Raya Felda dan RM280 Dividen FGV bagi semua peneroka tanah rancangan Felda. Nilai keseluruhan jumlah yang diluluskan adalah RM73.75 juta.

12 Jun 2017, sejumlah 59,951 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima 'duit raya' antara RM2,000 hingga RM8,000 seorang bila diumumkan agihan dividen sejumlah RM84.18 juta.

Semua perbelanjaan ini melibatkan kos sejumlah RM3,364,740 billion dan manfaatkan sejumlah 9.6 juta orang. Ini baru hanya lima duit raya yang dinyatakan. Ada lagi duit raya yang diberikan kepada rakyat oleh kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional di negeri dan pusat.

Jalan raya penuh, sesak dengan berjuta orang yang pulang beraya. Pasaraya penuh bila rakyat membeli baju raya. Duit RM3.3 billion ini dijana kembali dalam pasaran ekonomi negara.

Penjual air tebu bazar Ramadhan dapat rezekinya. Penjual baju raya dapat rezekinya. Pembuat kueh raya dapat duit rayanya. Semua orang dapat manfaat, sehinggalah ke sampul anak anak kecil di pagi raya. Ada yang dapat RM5, RM10 dan RM20.

Duit raya yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu rakyat. Tidak semua rakyat mampu beraya di London. Mereka berterima kasih kembali kepada kerajaan di Putrajaya yang membantu mereka menyambut Aidilfitri.

Seri Perdana memang meriah sejak bulan Ramadhan lagi. Pelbagai lapisan rakyat datang beriftar bersama Perdana Menteri dan berterawih bersama sama selepas itu. Ribuan yang datang setiap hari. Oleh itu, tidak perlulah hairan kenapa ada puluhan ribu orang pengunjung pada hari raya pertama di Seri Perdana.

Mereka datang untuk berterima kasih pada Perdana Menteri. Duit raya sejumlah RM3.3 billion ini bukti negara Malaysia masih makmur dan berada pada landasan ekonomi yang betul.

Mereka yang menuduh bankrap itu pun tidak beri sampul raya kepada ahli ahli parti bunga. Hanya dikerah memfitnah, menghasut dan mencerca pemimpin di Aidilfitri. Sudah sudahlah buat cerita fitnah di Syawal ini.

Semua ini menyenangkan kerja DAP untuk memecah belahkan orang Melayu ketika Aidilfitri. PPBM, PAN dan PKR hanyalah alat DAP sahaja. Duit raya tidak dapat, hanya jadi pemecah belah masyarakat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB482, Khamis
29 Jun 2017

Mahathir Anak Beranak Beraya Di Luar Negeri, Tinggallah Ahli PPBM Terus Ditipu Berkali Kali

Sekeping gambar cukup menceritakan segalanya. Boleh menjawab persoalan yang ditanya oleh Muhammad Hafiz Bin Azhar pada 11 Jun 2017 berkaitan kekayaan anak anak Mahathir. Muhammad Hafiz tidak mahu ditipu lagi oleh Mahathir, anak anak dan kroninya.

Mahathir bersenang lenang di atas, ahli ahli PPBM di bawah dikerah untuk pecah belahkan orang Melayu. Disuruh membenci Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah. Semasa hari raya dikerah jaja cerita berlian RM116 juta dan kutuk Majlis Hari Raya yang diadakan di Seri Perdana.

Tindakan panglima perang Mahathir, Zam Maidin mengajak rakyat kecam Majlis Hari Raya di Seri Perdana adalah kurang ajar sekali. Zam Maidin patut tanya "awat Mahathir lari pi raya di London, buatlah rumah terbuka di Malaysia". Dari sibuk pertikai kehadiran majlis raya PM, baik "pikiaq" cara hendak bagi orang datang kedai Zam Maidin di Putrajaya. Kedai sendiri pun hendak melingkup, ada hati hendak pertikai majlis orang.

Ahli ahli PPBM mengapa tidak tanya kenapa Mahathir "lari pi raya di obersea"? Kata hendak jadi "PM Sementara", buatlah "open house" di Malaysia. Bolehlah ahli ahli PPBM dapat sama sampul raya.

Kalau ahli ahli parti bunga tanya pun, Mahathir mana "mau jawab". Mahathir mana pernah menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya. Dia seronok suruh orang jawab apa yang dia tanya, tetapi bila orang tanya dia balik, mana pernah dia menjawab. Muhammad Hafiz bertanya begitu untuk mendapat jawapan dan kepastian.

Dalam Instagram cucu Mahathir, kelihatan semua anak beranak Mahathir beraya di London bersama anak anaknya yang bergelar jutawan semuanya. Mokhzani adalah orang Melayu kedua terkaya di Malaysia.

Menurut Forbes 2017, kekayaan Mokhzani adalah USD$420 juta atau RM1.8 billion. Mirzan juga kaya, ini yang pernah disebut Rafizi mengenai Mirzan ;

“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi dalam satu ceramah politiknya pada PRU13.

Haris Che Mat, bekas pegawai khas Mukhriz pernah mengajak Mukhriz berdebat isu ini pada 1 April 2017. Namun ditolak oleh Mukhriz. 20 Jun 2017, Mohamad Taufik Abas, bekas Exco Armada PPM membuat laporan SPRM melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Mukhriz  Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Projek itu bernilai RM214.2 juta diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom.

Ketiga tiganya kaya raya. Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz. Itu belum lagi kekayaan kroni kroni Mahathir yang kebanyakkan berada dalam senarai 50 teratas Forbes Malaysia. Sebab itulah cucu dia tayang gambar mereka beraya di London.

Yang terus menerus kena jadi macai adalah ahli PPBM dan pentaksub Mahathir di bawah sahaja. Jika anak anak Mahathir dan kroni Mahathir sudah kaya sebegitu, bolehlah beri sampul raya kepada ahli ahli PPBM. Menurut sebuah blog pembangkang, ahli PPBM terkini berjumlah 80,000 orang.

Jika seorang dapat seorang RM100, baru belanja RM800,000 sahaja. Tidak sampai sejuta pun. Tidak luak lagi kekayaan anak anak sendiri dan kroni Mahathir. Namun apakan daya, ada ahli yang sanggup terus menerus ditipu dan taksub pada individu bernama Mahathir.

Apa sahaja Mahathir cakap dan buat, semua betul. 19 April 1997, Mahathir kata  "Kenyataan Nik Aziz itu mencermin pandangan yang sempit dan ketaksuban yang melampau. Bila kita terlampau taksub dengan kumpulan kita, kita langsung tidak boleh berfikir lagi,".

Hari ini siapa yang terlalu taksub pada Mahathir sampai tidak boleh berfikir lagi perkara yang benar? Ahli ahli PPBM lah orang orang yang taksub dan kena tipu itu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB481, Khamis
29 Jun 2017

22 Jun 2017

Syed Saddiq Menyerang Rosmah Selepas Kena Marah Dengan Tun Daim

Empat hari lepas, Raja Petra dedahkan Syed Saddiq sudah mengetahui awal lagi serangan DoJ pada 15 Jun 2017 akan berlaku. Ini kerana Syed Saddiq sudah menceritakan awal lagi mengenai hal serangan itu pada tiga orang Exco Armada PPBM.

Syed Saddiq beritahu Tun Daim sudah belanjakan RM50 juta untuk kempen jatuhkan Najib menerusi media antarabangsa dan DoJ termasuklah membayar USD$5 juta kepada Clinton Foundation.

Dua hari lepas, bila cerita mengenai Daim itu bocor, Syed Saddiq terpaksa buat satu sidang media untuk tebus dosa dan malu. Syed Saddiq gunakan cerita berlian RM116 juta sebagai bahan menyerang Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengajak semua rakyat bercerita tentang cerita berlian RM116 juta. Biarpun tidak ada gambar sebenar berlian itu, tiada transaksi sebenar dan bukan pun dalam senarai barang yang dirampas DoJ, tetapi Syed Saddiq tetap juga ingin meneruskan cerita fitnah itu.

Sebenarnya Syed Saddiq terpaksa buat   “damage control”. Syed Saddiq terpaksa mengalihkan semula perhatian kepada subjek “Rosmah” dan juga “berlian” kerana telah tersilap mendedahkan Tun Daim sebagai pembayar kepada DOJ.

Hendak jadi Rafizi pula Syed Saddiq ini. Rafizi pun sudah takut main isu berlian ini. Lepas ini jangan pula cakap "saya hanya buat lawak sahaja" bila disoal di muka pengadilan.

Tun Daim yang selama ini membiayai gerakan Syed Saddiq hingga mahu menghantarnya ke Oxford untuk belajar, sudah marah dan naik angin.

Menurut sumber dalam PPBM, Tun Daim marah benar pada Syed Saddiq bila dapat tahu penulisan Raja Petra mengenai RM50 juta dan USD$5 billion yang dibayar kepada media asing, Yayasan Clinton dan DoJ untuk menyerang Najib dan Rosmah.

Dalam satu mesyuarat tertutup, Syed Saddiq dihentam teruk. Syed Saddiq kena maki dan dipersalahkan kerana membuat tindakan bodoh menelanjangkan Tun Daim sebagai dalang di belakang isu DoJ. Perkataan "stupid" dan "bloody fool"  itu antara kata kata yang dimaki pada Ketua Armada PPBM itu.

Raja Petra menggangap tindakan Syed Saddiq membuat laporan polis berhubung pendedahannya itu umpama menggali lubang kubur sendiri. Akhirnya polis akan mencari identiti sebenar siapa tiga exco yang memdedahkan cerita itu.

Syed Saddiq akan lebih malu jika tiga exco itu mengesahkan bahawa cerita itu adalah betul dan benar. Silap silap tiga orang exco itu sudah merakam perbualan dan percakapan Syed Saddiq itu dalam bentuk audio atau video. Lagilah kantoi Syed Saddiq.

Walaupun Raja Petra tidak dedahkan, ramai orang tahu dalang sebenar di sebalik serangan jahat DoJ itu. Mahathir juga pernah hantar wakil jumpa DoJ sebelum ini. Matthias dan Khairuddin Abu Hassan adalah wakil itu.

Baca pendedahan di pautan ini; Siapa yang berpakat dengan FBI dan kemudian buat cerita karut FBI hendak tangkap Najib.
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1688225951487162&substory_index=0&id=1455416204768139

Cuti hari raya ini hendak dijadikan medan cerita fitnah berlian RM116 juta oleh Syed Saddiq. Hari raya ini umat Islam mahu bermaafan dan berkongsi khabar tentang keluarga dan sahabat handai.

Namun bagi orang yang terdesak seperti Syed Saddiq, cuti raya pun mahu dijadikan kempen politik. Cincin RM24 juta yang dijaja Rafizi terbukti sudah satu cerita fitnah semata mata. Begitu juga cerita berlian RM116 juta ini.

Mana rupa bentuk sebenar berlian itu? Apa transaksinya? Bila Datin Rosmah pakai dan guna berlian RM116 juta itu? Ada gambarkah? Semuanya tiada. Cerita ini hanyalah fitnah semata mata.

Jangan jaja cerita fitnah. Syed Saddiq, Mahathir dan Muhyiddin sudah "desperate". Terpaksa lakukan fitnah dalam bulan puasa sebegini semata mata untuk jatuhkan Najib. Tidak boleh serang suami, isteri pula jadi sasaran.

Hodoh sungguh perangai pembangkang di Malaysia. Eloklah dengar nasihat Nik Abduh, kembalilah ke tikar sejadah di akhir Ramadhan ini. Kebenaran akan mengatasi rancangan fitnah jahat pembangkang ini. Allah SWT akan bersama orang orang benar dan berbakti pada rakyat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB478, Khamis
22 Jun 2017

Skandal Kewangan Terbesar Negara Bukannya 1MDB, Tetapi Skandal Forex

Ramai yang bising kononnya negara kita akan bankrap dalam masa terdekat ini selepas skandal 1MDB dicetuskan oleh pihak pembangkang. Lebih dari lima kali Mahathir, Daim dan Kit Siang cakap Malaysia negara gagal dan akan bankrap.

Menggunakan media sosial, kempen anti Najib yang dibuat Mahathir dan pembangkang menabur fitnah dan kebencian agar rakyat dapat meletakkan semua salah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mereka yang masih dalam lingkungan umur belia dan baru setahun jagung mengenali Mahathir, maka mereka inilah yang akan jadi sasaran untuk dipengaruhi. Akhirnya, lihatlah apa yang berlaku pada tiga orang Exco PPBM. Baru mereka kenal siapa Mahathir yang sebenar selepas itu.

Mahathir memulakan kempen kebencian itu dengan rekaan cerita dan tuduhan RM42 bilion lesap, diikuti pula dengan tuduhan kedua iaitu RM27 bilion hilang yang kedua-duanya didakwa dari akaun 1MDB. Sekejap RM42 billion, sekejap kata RM27 billion, angka pun bertukar tukar. Nampak sangat ianya tuduhan tanpa bukti yang kukuh.

Tiada sebarang bukti transaksi dari akaun bank ke akaun bank sehingga ke saat ini. Yang ada hanyalah rekaan carta graf palsu. Yang ada hanyalah ulangan cerita persepsi buruk yang cuba dimomokkan agar rakyat melihat 1MDB sebagai sebuah skandal kewangan terbesar negara. Bukannya 1MDB, yang lebih besar berlaku pada zaman Mahathir.

Ada kawan baik Mahathir yang menyara sekolah anak anaknya, menjadi jutawan no. 1 di Malaysia selepas satu projek diberikan kepadanya.

Sebenarnya isu 1MDB sudah pun diselesaikan. Pihak SPRM, PAC, PDRM dan Peguam Negara telah menyiasat dokumen yang ada. Pihak pembangkang, Tan Seng Giaw telah akui tiada bukti kaitkan Perdana Menteri dengan 1MDB. Menteri Luar Arab Saudi sahkan RM2.6 billion bukanlah duit 1MDB, tetapi duit sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Jawapan sudah diberi, penyiasatan yang telus dengan melibatkan pihak ketiga dan badan bebas sudah dilakukan. Tony Pua pun berpuashati dengan 80% daripada laporan PAC. Hingga kini, hampir semua program rasionalisasi 1MDB sudah diselesaikan.

1MDB bukan lagi isu, yang jadi isu sekarang adalah Skandal Forex di zaman Mahathir. "Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”,  empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir mengalami jumlah kerugian bernilai RM100 bilion,” kata Kit Siang pada 3 Jun 2012.

Mengapa kini Kit Siang diam dan tidak mahu bercakap soal ini semua?

Isu kehilangan RM100 billion ini besar. Skandal Forex sahaja dianggar hilang RM40 billion. Belum pernah disiasat dengan telus oleh mana mana pihak. Cerita sebenar belum diketahui rakyat. Kenapa Perwaja, Maminco dan projek MEC Gambang boleh lingkup?

Apatah lagi, menurut bekas Timbalan Gabenor Bank Negara ketika itu, Dr Rosli Yaakop, beberapa orang bertanggungjawab penuh dalam skandal ini. Mereka adalah Mahathir, Daim Zainuddin dan Nor Mohamad Yaakop yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi, di bawah Mahathir.

Justeru, tindakan kabinet pada 21 Jun 2017, untuk bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) yang mencadangkan perlunya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk siasatan lebih lanjut mengenai skandal kewangan Mahathir ini sebagai suatu langkah tepat dan wajar.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO), hasil laporan PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan jemaah menteri dan Parlimen.

Kit Siang tulis buku mengenai skandal Forex ini, namun bila dipanggil hanya bercakap setengah jam sahaja. Kit Siang cuba sembunyikan cerita?

Inilah sebenarnya skandal kewangan terbesar negara walaupun ia telah berlaku selama 24 tahun yang lalu. Walaupun Mahathir telah bergelar pemimpin pembangkang, dia tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana skandal kewangan yang telah dilakukan berpuluh tahun dahulu telah merugikan rakyat dan negara.

Tiga Exco PPBM pun hendak tahu kisah ini. Seluruh rakyat Malaysia mahu menilai apa sebenarnya yang berlaku. Zaman itu masih belum ada Facebook, telefon pintar dan pendrive. Ada sesuatu yang hilang dan perlu dibongkar semula untuk diadili oleh rakyat jelata.

Tulisan :
Beruang Biru
BB477, Khamis
22 Jun 2017

21 Jun 2017

Diamond is not in DoJ’s List For Asset Forfeiture, only a perceptual play

The list of jewelries posted by the Malaysiakini portal allegedly bought by Low Taek Jho as a gift to Prime Minister's wife Datin Seri Rosmah Mansor is found not on US Department of Justice (DoJ) list of assets to be seized in their civil suit.

The 22-carat pink diamond necklace worth RM116 million when reviewed was not written on all 251 pages of the DoJ statement on June 14, 2017.

There are another 27 other 18 carat jewelries claimed by DoJ to be purchased using funds taken from 1Malaysia Development Berhad (1MDB) company amounting to RM2.6 billion.

Understand this clearly. If the RM116 million diamond was not mentioned by DoJ, why Malaysiakini as a third party so adamantly wanting to slander and attack Datin Seri Rosmah? DoJ did not even mentioned Datin Seri Rosmah. This means that the opposition in Malaysia through Malaysiakini goes far beyond this issue.

The international media also cited this incorrect story and perception from Malaysiakini. Reuters, CNN, Al Jazeera and Bloomberg have been fooled by Malaysiakini. The agenda to smear Malaysia is in motion.

Could the USD5 billion fund channeled through the Clinton Foundation by Daim Zainuddin as exposed by Raja Petra have bought the journalistic ethics of the foreign media.

The foreign media are too cheap. In order to succeed in the campaign to bring down the Prime Minister chosen through a democratic system, they are willing to be deceived by Malaysiakini's incorrect information.

It should also be understood that the RM2.6 billion money accused of being misled from 1MDB is untrue. On April 14, 2016, Adel Al Jubeir, Saudi Arabia's Foreign Minister has confirmed a RM2.6 billion contribution from the country.

That means the RM2.6 billion was not from 1MDB. During King Salman's visit to Malaysia, why did Mahathir not ask directly whether the RM2.6 billion was misled by Jho Low to buy the diamond?

Prior to that, on January 26, 2016, Tan Sri Apandi Ali, the Attorney General stated that the contribution of RM2.6 billion was a contribution from the royal family of Saudi Arabia. In August 2013, a sum of RM2.03 billion was returned to Saudi Arabia as the funds were not used.

Therefore, Malaysiakini's logic that the RM2.6 billion was stolen from 1MDB was wrong. The perception that the RM2.6 billion is used to buy diamond is also incorrect. Reuters, CNN, Aljazeera and Bloomberg have been deceived by a false story from Malaysiakini.

Minister in the Prime Minister's Office, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan in a statement on June 18 suspected that there was a bad political agenda against Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the government.

"Malaysia has the right to know who the complainant is and the US Department of Justice should disclose their identity so that Malaysia can confirm the relevance of the complainant to the opposition party agenda to overthrow the democratically elected Prime Minister and government in Malaysia," said Abdul Rahman Dahlan.

This repeated action by DoJ after the first time on July 20, 2016, was made to create a mere perception. There is no basis, no evidence, no witnesses and it has not been brought to court for a fair and transparent trial.

Why must DoJ link the individual if DoJ did not intend to seize the 28 jewelries on the list.

"You (DoJ) made fun and you potrayed as if Datin Seri Rosmah and the diamond were doing something wrong, but in the document submitted, you did not even include the diamond as a asset to be seized," said Rahman Dahlan.

Yesterday, the former PPBM Srikandi chief, Ainina said the image of the diamond distributed by Malaysiakini was false. Picture and story of RM24 million ring by Rafizi were also fake. The title by Utusan Malaysia "Beli sendiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah" is also proven to be false.

Hence, what Syed Saddiq wants the people to do which is to tell stories about this RM116 million diamond when going back home for Raya will be an act of spreading lies and sedition. He is inviting people to spread false stories.

In this holy month of Ramadhan, ‘parti bunga’ calls on the people to commit sin. Ramadhan is already approaching its end, and people are busy seeking more rewards and Lailatulqadar, ‘parti bunga’ are busy adding sin through slandering diamond stories.

The name of the complainant is not disclosed. DoJ did not named Najib but instead uses the Malaysian Official 1 (MO1) title in this matter. If it’s true that all the details and evidence are complete, immediately name the person involved or the identity of MO1. Do not speculate like now.

They created this story, illustrate, create documents, then create a bad perception to defame people, to divide the society and to incite hate among the people to the government.

Slandering is more dangerous than murder because it can cause society to lose love and to trigger hostility. The Word of Allah SWT in Surah Al Baqarah, verse 217 "And slander is greater than the sin of murder".

As a person who obeys the teachings of religion, we should not be easily deceived by the no. 1 slandering portal Malaysiakini and the calls to slander about the RM116 million diamond made by ‘parti bunga’. Continue to pray in the last nights of Ramadhan. Stay away from defamatory stories, speculations and perceptions.

Written by:
Beruang Biru
BB476, Wednesday
June 21, 2017

Mahathir membelanjakan AS$5 juta untuk mencetuskan pengumuman 20 Julai 2016 DoJ

Sabtu lalu, 17 Jun 2017, The Third Force mendedahkan penglibatan Dr. Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin untuk menyalurkan AS$5 juta melalui saluran yang berakhir pada Clinton Foundation (https://www.thethirdforce.net/the-doj-announcement-is-mahathirs-death-knell-but-he-doesnt-know-it-yet/). Dalam artikel itu, saya menyatakan bahawa seperlima dari jumlah itu memasuki tabung orang yang dikaitkan dengan Loretta Lynch, bekas Peguam Negara (AG) Amerika Syarikat (AS).

Beberapa jam kemudian, Raja Petra Kamarudin (RPK) mengulangi bahawa Sivarasa Rasiah telah merangka satu kenyataan untuk Jabatan Kehakiman AS (DoJ) bersama dengan seorang pembantu Mahathir, peguam Matthias Chang (http://www.malaysia-today.net/mahathir-is-playing-his-last-card-in-a-futile-attempt-to-oust-najib/). Sumber saya telah mengesahkan bahawa bukan sahaja Matthias membantu merancang pengumuman baru-baru ini, beliaulah yang memfailkan aduan dengan DoJ, yang membawa kepada pengumuman itu.

Sekarang, ternyata bahawa pendedahan ini mungkin sahaja telah merosakkan rancangan Mahathir. Malah, saya diberitahu bahawa bekas perdana menteri itu sangat tidak berpuas hati bahawa saya telah menyenaraikan nama orang yang berkomplot untuk mencetuskan pengumuman Khamis lepas (https://www.thethirdforce.net/list-of-americans-and-malaysians-involved-in-doj-announcement/). Saya dimaklumkan, Mahathir sangat marah bahawa artikel itu telah membazirkan usahanya dan berjuta-juta wang yang beliau habiskan – yang mana adalah benar.

Maksud saya, bayangkan perancangan yang dibuat selama berbulan-bulan dan berjuta-juta yang Mahathir belanjakan untuk mencetuskan pengumuman DoJ. Dan sebelum pun beliau boleh meraikannya dengan anggota pasukannya, berita tersebar bahawa seluruh konspirasi telah didedahkan oleh The Third Force dan Malaysia Today. Jika anda adalah Mahathir, bagaimanakah perasaan anda?

Seperti menghantukkan kepala anda ke dinding, bukan?

https://www.thethirdforce.net/mahathir-spent-usd5-million-to-trigger-the-20th-of-july-2016-doj-announcement/

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/mahathir-spent-usd5-million-to-trigger-the-20th-of-july-2016-doj-announcement/

20 Jun 2017

Malaysiakini Perlu Buktikan Rosmah Terima Hadiah Sebentuk Berlian Bernilai RM116 juta Sebagai Hadiah

Portal pro pembangkang Malaysiakini dilihat cuba memberi gambaran persepsi jahat bahawa  Datin Seri Rosmah Mansor kononnya menerima hadiah sebentuk berlian 22-karat yang dikatakan berharga AS$27.3 juta (RM116 juta) sebagai hadiah dari Low Taek Jho.

18 Jun 2017, jam 6.02 petang, Malaysiakini membuat tuduhan itu dengan mendakwa Jho Low membeli berlian itu dari dana 1MDB yang kononnya dicuri. Malaysiakini masih belum dapat membuktikan tuduhan ini. Dakwaan tidak berasas ini akan jadi seperti cerita fitnah cincin RM24 juta.

9 Disember 2014, Rafizi menuduh Rosmah membeli cincin RM24 juta dalam Keadilan Daily. "Saya akan pertahankan kenyataan saya itu" kata Rafizi. Namun pada 5 Jun 2015, bila diminta pertahankan diri dalam mahkamah, Rafizi kata "saya hanya buat lawak sahaja pasal cincin itu".

Lepas buat fitnah, kemudian cakap sengaja buat lawak sahaja. Tindakan Rafizi dan pembangkang ini jelas sekali tidak bertanggungjawab dan jahat.

Dalam sebuah wawancara pada 5 April 2013, Pengarah Barangan Kemas Jacob & Co, Philip Nassimi berkata, cincin 30.11 karat itu sebenarnya dibawa masuk ke Malaysia untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.

Video turut dimuat naik di youtube bagi menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Rosmah membeli cincin bernilai RM24 juta. Barangan yang dinilaikan pada harga US$8 juta itu dihantar pada 15 April 2011 ke Kuala Lumpur, Malaysia dengan tujuan untuk pemeriksaan sahaja dan barangan yang sama kemudiannya dibawa semula ke Amerika Syarikat pada 16 Mei 2011.

Dokumen dari pihak Kastam Amerika dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri membuktikan bahawa barangan itu dibawa masuk semula ke Amerika dan tidak dijual.

Mahathir pun cakap dalam Malaysiakini pada 19 Jun 2017 mengenai cincin ini, katanya ;

"Di Malaysia dari dulu kita dengar cerita berlian RM25 juta itu. Sampai sekarang ini semua orang percaya" kata Mahathir. Sebenarnya, Mahathir sudah kena tipu dengan Rafizi pasal cincin RM25 juta ini.

Hal cincin ini sudah dibawa ke mahkamah dan Rafizi sudah akui hanya "buat lawak". Oleh itu, Mahathir hendak bukti apa lagi? Sejak masuk pembangkang ini, dengan Rafizi pun Mahathir boleh kena tipu. Lekeh sungguh Mahathir.

Kini Malaysiakini bersama pemimpin pembangkang yang lain terutamanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berganding bahu memainkan fitnah jahat terhadap Datin Seri Rosmah ini dengan bantuan  kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Dalam kenyataan DoJ setebal 251 halaman itu, tidak ada satu perkataan pun menyebut nama Rosmah ataupun Najib. Namun Malaysiakini bertungkus lumus berusaha sedaya upaya memandu cerita agar ianya memberi gambaran bahawa Rosmah terlibat dalam isu tersebut.

Gambar berlian yang disiar dalam artikel fitnah Malaysiakini itu pun adalah gambar berlian yang diambil dalam carian Google, bukannya gambar sebenar.

Jika ada resit, transaksi dan gambar berlian sebenar bawalah sebagai bukti. DoJ hanya keluar kenyataan media sahaja, sudah setahun berlalu apa yang didakwa DoJ itu tidak bawa pun untuk pengadilan di mahkamah. Hanya tinggal sebagai tuduhan dan belum dibuktikan dengan saksi dan bukti yang cukup.

DoJ hanya mengaitkan secara tidak langsung istilah MO1 dengan individu-individu yang berurusniaga dengan syarikat 1MDB. DoJ tidak berani menyaman Najib atau Rosmah kerana mereka sendiri tahu kedua-duanya tidak terlibat. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan selamat dengan mencipta istilah MO1. Presiden Trump sendiri banyak bertentangan dengan DoJ seperti dalam isu hubungan sulit dengan Rusia dan isu kempen Presiden 2016 .

Tiada wang dari 1MDB yang diselewengkan. Ahli Parlimen DAP, Dr. Tan Seng Giaw yang turut berada dalam PAC mempersoalkan mengapa media pembangkang membuat provokasi agar Perdana Menteri disiasat sedangkan tidak ada bukti-bukti yang Perdana Menteri terlibat.

Pelbagai agensi telah menjalankan siasatan terhadap 1MDB, ini termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang sendiri. Dalam laporan jawatankuasa tersebut tidak tertulis sebarang penglibatan mana-mana individu yang disebut dalam saman DOJ tersebut.

Kenapa masa itu Tony Pua tidak berikan bukti mengenai berlian RM116 juta ini untuk disiasat? Sekarang bila pembangkang kering isu menyerang Dato Seri Najib, datanglah pula cerita baru tentang berlian RM116 juta.

Jika ada bukti, maka DoJ patut hubungi pihak Peguam Negara, PDRM, SPRM dan PAC untuk melakukan siasatan terperinci secara adil dan saksama. Jika tidak, apa yang Malaysiakini tulis mengenai berlian ini hanyalah persepsi jahat semata mata, tanpa ada sebarang bukti kukuh. Hanya mereka cipta carta alir dan grafik rekaan sahaja.

Sudah setahun, cerita DoJ diulang semula oleh pembangkang. Kalau benarlah Jho Low itu sudah bersalah, dah lama FBI dan CIA tangkap dia di Amerika Syarikat. Sudah lama kena dakwa di mahkamah Amerika Syarikat. Namun kenapa Jho Low bebas keluar masuk Amerika Syarikat sekarang?

Kerana apa yang DoJ dakwa itu hanya kenyataan sahaja, bukannya saman dan belum pun dibawa ke mahkamah. Oleh itu, yang sibuk sangat Mahathir dan Malaysiakini hendak menghukum kenapa?

Guan Eng yang sudah masuk mahkamah kerana kes rasuah tidak pula dihukum sebagai pesalah selagi kes belum habis dibicarakan. Malaysiakini kena buktikan berlian RM116 juta itu adalah hadiah terlebih dahulu. Jika tidak apa yang Malaysikini tuduh itu hanyalah sekadar "satu lawak" Rafizi sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB475, Selasa
20 Jun 2017

19 Jun 2017

10 Hujah Kenapa Dakwaan DoJ Hanya Konspirasi


Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat telah menyenaraikan maklumat kononnya penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia bukannya sesuatu yang baru, diulang tayang perkara sama sejak 20 Julain2016. Hanya kenyataan dan tuduhan sahaja dibuat. Tidak ada saman yang dibuat.

Menyerlahkan ianya hanyalah satu konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut adalah 10 hujah kenapa dakwaan DOJ itu hanyalah satu konspirasi.

1 - Apa yang didakwa oleh DOJ hanyalah dakwaan semata-mata. Ia ditulis sebagai kenyataan akhbar dan ucapan sahaja berdasarkan aduan awam. Selagi dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan sehingga mahkamah membuat penghakiman, ia tidak membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat dalam aduan ini adalah benar.

Jika ada bukti bagi setiap dakwaan, sudah tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan. Aset dirampas mengikut Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat. Sampai sekarang, tiada siapa pun didakwa.

2 - Jabatan Peguam Negara, Malaysia sehingga kini tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu "berlaku pada ulang tahun saman pertama. Dalam kata mudah, ia merupakan tindakan ulangan sahaja.

3 - 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang.

Selepas semakan, pihak berkenaan mendapati tiada jenayah dilakukan. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

4 - Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur tidak disebut dalam tindakan sivil berkenaan. Malah DoJ langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Hanya mencipta terma MO1 sahaja untuk cetuskan persepsi semata mata.

5 - Tiada bukti Datin Seri Rosmah pernah menerima berlian berharga US$27 juta. Kononnya butiran berlian itu menarik perhatian ramai namun mana buktinya ia adalah untuk Rosmah? Nama beliau tidak disebut pun dalam tindakan sivil berkenaan.

Ini sama seperti dakwaan Rafizi dahulu, yang akhirnya hanya berkata tuduhan itu hanyalah lawak sahaja.

Disebabkan fitnah itu, Datin Seri Rosmah telah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.

6 - Walaupun terdapat rujukan mengenai MO1 tetapi DoJ tidak menamakan siapa MO1. Ini kerana aduan yang dibuat tidak mempunyai maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan kesalahan jenayah seperti yang disebut dalam laporan itu. Mengapa tidak namakan terus Datuk Seri Najib? Ini bukti dakwaan DoJ itu tiada asas dan hanya konspirasi sahaja.

7 - 1MDB berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama bersama Petro Saudi. 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB.

8 - Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan DoJ memfailkan sekali lagi saman sivil itu tanpa meminta kerjasama kerajaan Malaysia adalah terpesong dan menimbulkan keraguan.

Saman sivil terbaharu itu, kata Tunku Aziz tidak boleh dipercayai dan boleh dianggap satu konspirasi.

9- Pendedahan tidak berasas DoJ ke atas pemimpin negara ini hanya mahu menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara termasuk membangkitkan semula kes salah laku dalam 1MDB yang telah selesai.
Kalau ada pihak termasuk DoJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara.

10 - Genap setahun selepas pendedahan kali pertama oleh DoJ, kini tindakan sivil terbaru dikemukakan. Tindakan ini seperti yang dilakukan setahun lalu tetapi rakyat Malaysia tidak `ghairah' membicarakannya dan berita mengenainya hanya berlegar di kalangan pembangkang dan media mereka sahaja.

Dan sejak pengumuman pertama tindakan sivil itu tahun lepas, dalam tempoh setahun itu, Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediannya untuk mempertimbang memegang semula jawatan Perdana Menteri. Tidakkah anda nampak kaitannya?

Pihak pembangkang terutamanya DAP jawab dan saman dulu Dr Zuhdi yang jelas dan terang dakwa DAP dapat RM1.2 billion dari Israel.

Kenyataan DoJ ini sudah setahun, saksi pun belum dipanggil untuk siasat dna sahkan kebenaran. Dibawa ke mahkamah pun belum. Hanya kenyataan sahaja. Lepas kes RM9.5 juta tidak jalan, datang pula DoJ "recycle story" lama.

Tulisan :
Beruang Biru
BB472, Isnin
19 Jun 2017

15 Jun 2017

Tourism tax issue resolved – DPM


PUTRAJAYA: The heated exchange over the Tourism Tax between federal Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Abdul Aziz and Tourism, Arts, Culture, Youth and Sports Minister Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah is now over and done with, says Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

According to Zahid, the issue has been discussed and settled between both parties during the Cabinet Meeting on Wednesday.

“In the meeting, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak decided the issue has been solved and all parties should no longer make statements regarding the issue,” he said. – Bernama

Perdana Menteri Ke-7 Tetap Milik BN

#BNTetapPMKe7   #PMKe7TetapMilikBN

Sia-sia saja Pakatan Harapan (PH) bertelagah sesama sendiri untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri sekiranya mereka menang PRU14. Ini kerana, potensi untuk PH menang dalam PRU14 adalah tipis.

Buktinya, baru-baru ini Bekas Pesuruhajaya Tinggi Singapura ke Malaysia mendakwa prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah lebih baik berbanding sewaktu PRU13 lalu.

Menyentuh soal ekonomi dan prestasi Malaysia dibawah pemerintahan BN, Selena Ling menjelaskan ekonomi Malaysia dibawah pemerintahan Najib berjaya mencapai setiap sasarannya.

Katanya, Malaysia telah berjaya mencatat kadar pertumbuhan tinggi, nilai inflasi rendah dan pelaburan langsung asing yang stabil. Ini menjadi faktor terpenting kepercayaan rakyat terhadap 'track record' BN memerintah negara untuk penggal-penggal berikutnya.

Keadaan ini turut menunjukkan bahawa, majoriti rakyat tidak mudah berganjak untuk memilih BN sebagai pemerintah, termasuklah bagi PRU berikutnya. Ramalan pelbagai pakar jelas memberitahu bahawa pemimpin BN tetap akan menjadi Perdana Menteri ke 7 suatu hari nanti.

Ini bukan kali pertama ramalan sebegitu dibuat bahawa BN akan terus menang pada PRU14. Financial Times pada 4 Januari 2017 juga menyatakan "Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihanraya umum akan datang".

The Economist Intelligence Unit pada awal Januari 2017 juga menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN untuk menang pada PRU14.

14 Ogos 2016, South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Najib umpama "bank yang terlalu besar" dan sukar untuk gagal. Biarpun dilanda badai serangan Mahathir dari segenap penjuru, Najib masih tetap utuh berdiri.

Pada 17 April 2017, Prof Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan keputusan PRU14 akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia yang akan membuatkan pengundi Cina memilih BN untuk kestabilan ekonomi.

Pada 24 Mac 2017, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Datuk Seri Najib akan kekal sebagai PM.

Malah kajian Invoke oleh Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden memilih Datuk Seri Najib sebagai PM. Peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang yang lain.

Pembangkang hari ini gagal selesaikan lagi isu siapa calon PM. Sudah beberapa kali mesyuarat, bermula dari mesyuarat yang dipengerusikan Mat Sabu hinggalah 9 Jun lepas, masih lagi buntu siapa calon PM.

Mahathir mahu jadi PM sementara. Wan Azizah mahu jadi PM sementara. Mukhriz dan Anwar dijadikan calon PM yang kekal oleh PPBM dan PKR. Namun kuasa pemutus di tangan DAP, silap silap Mat Sabu pulak jadi calon mereka.

Harus diingat, Pakatan Harapan hari ini yang dikuasai oleh DAP dan PKR hanyalah membentuk 36.1% sahaja undi rakyat. Dalam PRU13, DAP mendapat 15.71% undi dan PKR mendapat 20.39% undi. Pakatan Harapan sudah hilang 14.78% undi dari PAS.

PAN hanya bawa kekuatan 6 kerusi sahaja . Tidak membawa seluruh kekuatan 14.78% seperti dalam PRU13. PPBM lagilah tiada kekuatan, jumlah ahli pun enggan diumumkan. Inilah punca PH akan tumbang pada PRU14.

Memang benarlah, tidak payah susah susah pecah kepala buat logo dan pilih siapa calon PM bagi Pakatan Harapan kerana PM Malaysia yang ke 7 akan tetap jadi milik Barisan Nasional.

#BNTetapPMKe7   #PMKe7TetapMilikBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB468, Khamis
15 Jun 207

14 Jun 2017

Azmin Ali Sudah Hilangkan Setengah Bulan Bonus Di Selangor

Penyakit U TURN Mahathir sudah berjangkit pada Azmin. Cakap "flip flop" dan berubah rubah. Cakap tidak serupa bikin.

23 Mei 2017, Azmin Ali berbangga umum bonus dua bulan setengah gaji kepada 17,703 orang kakitangan awam di Selangor. Antara sebab Azmin mahu bagi bonus sebanyak itu adalah kerana mendakwa Selangor adalah negeri terkaya dengan rizab lebih RM4 billion.

13 Jun 2017, Azmin sudah U TURN. Bonus yang mahu diberi diumumkan hanya dua bulan sahaja. Setengah bulan sudah hilang. Kenapa jadi begitu Azmin? Hilang ke mana setengah itu?

Ini bukti Azmin hanya sekadar main cakap lepas sahaja mengenai hal pemberian bonus. Akhirnya membuat keputusan yang "flip flop" mengenai jumlah sebenar bonus. Lihat video ini ;
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685064668469957&id=1455416204768139

Azmin baru habiskan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam. RM63.3 juta ini tidak perlu guna duit rizab pun. Duit Marris yang diberi oleh kerajaan pusat kepada Selangor pada 2016 berjumlah RM497 juta.

Jalan di Selangor banyak yang berlubang. Kalau diturap pun, kualiti tar yang digunakan rendah. Dalam seminggu sahaja berlubang balik. Duit Marris ini ada diguna untuk baiki jalan atau bina jalan baru di Selangor? Atau duit Marris ini diguna bayar bonus dua bulan gaji?

Jumlah 17,703 ini hanyalah 0.28% sahaja dari keseluruhan 6.8 juta penduduk Selangor. Berbanding dengan Kerajaan BN Pusat yang telah memberi BR1M berjumlah RM1200 kepada 1,066,359 juta orang di Selangor.

Selangor negeri paling teramai terima BR1M. Sejumlah 15.68% dari seluruh rakyat Selangor dan melibatkan peruntukan RM1.2 billion. Lebih berkali ganda lebih besar dari hanya RM63.3 juta yang diberi Azmin.

Azmin menyindir kerajaan pusat kononnya hanya beri RM500 sahaja kepada penjawat awam. Jangan berlagaklah Azmin, jumlah keseluruhan peruntukan yang Dato Seri Najib beri kepada penjawat awam lebih besar. Jumlahnya, RM1 billion berbanding hanya RM63.3 juta. 

RM500 untuk 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 untuk 743,000 orang pesara kerajaan. Jika dicampur jumlah rakyat yang mendapat BR1M di Selangor, kakitangan awam dan 743,000 pesara ini, jumlahnya sudah 3.4 juta orang. Lebih ramai dapat manfaat dari hanya 17,703 orang sahaja.

Usahlah Azmin berlagak sangat mendakwa Selangor negeri terkaya kerana ada rizab RM4 billion. Kerajaan Sarawak ada rizab RM27 billion, lagi banyak dari Selangor. Kerajaan negeri Terengganu belanja dana raya sejumlah RM88.8 juta kepada 239,323 orang. Lebih banyak jumlahnya dan lebih ramai dapat manfaatnya.

Azmin kena teliti Laporan Ketua Audit Negara pada 2016 yang menyarankan kerajaan negeri berhemat dalam belanja. Pelaburan sudah turun RM92.89 juta di Selangor. Prestasi perlaksanaan projek rakyat pula masih di bawah 50%.

Apa pun, rakyat Selangor sudah mula terkena dengan Azmin. Janji yang Azmin buat tidak semestinya betul dan akan ditunaikan. Ini gaya kepimpinan PKR di Selangor. Bila dekat pilihanraya sahaja, ada perkara yang manis. Bila dah menang, hilanglah sampai hujung penggal. Yang pasti, setengah bulan sudah hilang sudah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB466, Rabu
14 Jun 2017

Video:Papagomo Hina Urang Sarawak, Beberapa Laporan Polis Dibuat Kerana 'Bertindak Melampau'



Penglibatan blogger PapaGomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33 tahun dalam polemik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendapat kecaman bukan sahaja rakyat Sarawak, malah Sabah dan Semenanjung. PapaGomo yang menggunakan akaun facebook Sir Azri dikatakan “bertindak melampau”, mengada-ada cerita, menghasut, memfitnah, malah memutar belit fakta tanpa usul periksa.

Ahli Majlis Tertinggi Saberkas, pertubuhan belia terbesar di negeri ini, Abang Abdul Aziz Abang Draup menyifatkan blogger itu sebagai “batu api” yang biadap, kurang ajar dan pencacai, yang gila akan publisiti murahan.

“Melibatkan diri dengan menghentam Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak tanpa fakta yang jelas, membayangkan karektor sebenar lelaki gila glamor ini.
“Malah live facebooknya cukup jijik, termasuk merendah-rendah martabat orang Sarawak.
“Cukup mudah melabelkan wanita Sarawak hanya layak menjadi skandalnya — yang motif tuturnya adalah merendahkan martabat kaum wanita Sarawak.
Kata Aziz, tuduhan terhadap Tan Sri Bustari Yusuf juga agak melampau dan bersifat hipokrit.
“Beza di antara Tan Sri Bustari dan Nazri ialah Tan Sri Bustari merupakan pemilik empayar perniagaan yang besar.
“Manakala Nazri adalah seorang ahli politik, manakala kekayaannya melampaunya boleh dijadikan persoalan.Oleh itu kata Aziz, tindakan PapaGomo seolah-olah meludah ke langit dan menelanjangi “bos”nya sendiri.
Katanya, beliau juga berasa hairan kenapa dalam polemik yang seharusnya profesional, Nazri memilih untuk meletakkan PapaGomo di barisan hadapan, selain anak dan isterinya.
“Bertikam lidah, malah berlaku samseng terhadap menteri Sarawak ala Nazri yang lancang ini, bermakna mencari pasal dengan seluruh rakyat Sarawak.
“Perkara inilah dan orang seperti inilah yang mendorong kepada ketegangan integrasi nasional dan mencacatkan slogan Negaraku Malaysia yang sedang dijulang kini.
Sementara itu, bagi exco Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, Dr Nadrawina Isnin, PapaGomo telah menghiris perasaan rakyat Sarawak apabila membangkitkan Sarawak keluar dari Malaysia.
“Dia berkata, Sarawak akan menerima musibat apabila keluar Malaysia. Malah membayangkan bahawa banyak negara sedang menunggu untuk menuntut negeri ini.

Kenyataan ini kata Nadrawina, jelas memberi gambaran akan kedangkalan dan kecetekan ilmu blogger ini, yang tidak faham apa yang dituturnya.
“Sarawak tidak pernah dituntut oleh mana-mana negara, seperti Sabah dan utara Semenanjung.
“Malah politik Sarawak cukup stabil, sehingga jika berkerajaan sendiri pun, ia mampu dengan sumber yang ada.
Katanya, kelebihan Sarawak berbanding negeri lain ialah sumbernya yang banyak dan pelbagai selain rakyatnya yang dapat hidup harmoni meski pelbagai latar bangsa dan agama.
“Saya menasihatkan PapaGomo yang biadap ini membuka buku sebelum membuat kenyataan, apatah lagi yang berkaitan dengan politik dan sejarah.
Seperkara lagi katanya, adalah silap apabila mengatakan peranan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak tidak penting dalam menentukan kedudukan masa depan Barisan Nasional (BN) di Semenanjung.
“Perlu diingatkan kepada Nazri dan blogger tunggangannya, kerana kekuatan kedua-dua negeri inilah maka BN terselamat daripada tsunami politik Semenanjung pada pilihan raya yang lalu, dan kerana solidariti Sarawak inilah yang membolehkan negeri ini menuntut hak dan kepentingan yang pelbagai.
Di Sarawak, perpaduan rakyat berbilang kaum dan etnik adalah kuat dan utuh. Ia sudah lama tersemat di dalam sanubari setiap rakyat negeri ini.
“Justeru itu, usahlah hanya kerana seorang manusia seperti PapaGomo ini, kita jadi ketidaktentuan.
“Mari kita kukuhkan lagi barisan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak dan jangan biarkan individu busuk seperti itu memecahbelahkan perpaduan utuh ini.
Pada semalam juga, akibat keceloparan Azri yang membuat komentar berbaur perkauman, termasuk menyatakan kepimpinan Sarawak hari ini berada di tampuk kerana kekuatan Melayu di Semenanjung, satu laporan polis dibuat di Kota Samarahan semalam dan yang terbaru dari Kuching, Sibu dan Meradong.
Laporan dilakukan kerana status berkenaan berbaur hasutan dan bertujuan memecah belah rakyat Malaysia dan pemimpin negeri.
Sementara itu, Abdul Karim ketika diminta mengulas komentar blogger tersebut berkata, dia (Pap Gomo) tidak sepatutnya dan tidak layak untuk terlibat dalam polemik ini.
“Mungkin sekadar mencari publisiti dan ‘like”, kerana turun naiknya dalam dunia bloggers.
“Sekejap bagus sekejap tak bagus dan menggunakan kaedah ini untuk cari makan.
“Nasihat saya kepada dia, lebih baik tidur  sahajalah!
“Dan kepada rakyat Sarawak, usah layan blogger seperti ini. Usah baca atau pergi ke laman facebooknya, kerana dia hanya menggunakan kesempatan ini untuk kembali popular.” – 
 Sarawakvoice

11 Jun 2017

(Swimming) M'sia's Welson Sim beats Olympic champion to win gold in Monaco


KUALA LUMPUR: Swimmer Welson Sim rewrote his national record in the men's 400m freestyle event for Malaysia's second-ever title in the Mare Nostrum tour in Monaco on Sunday.

The 20-year-old did it in style by edging reigning Olympic champion Mack Horton of Australia for the gold medal.

Welson erased his previous record of 3:50.33 set in March last year by clocking 3:49.48 for the gold medal.

Horton posted 3:50.13 for the silver while China's Qiu Ziao took third on 3:51.18.

Phee Jinq En won Malaysia's first ever gold in the tour achieved in the women's 50m breaststroke also in Monaco last year.

7 Jun 2017

Terengganu Negeri Terkaya Di Malaysia Bukannya Selangor Dan Pulau Pinang


Tahukah anda kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM 88.8 juta untuk bantuan Dana Raya kepada 239,323 orang penerima tahun ini?

Usah banding Selangor dengan kerajaan pusat, dengan negeri Terengganu pun, kerajaan negeri PKR Azmin Ali sudah kalah.

Azmin Ali beri bonus dua bulan gaji setengah kepada hanya 17,700 orang kakitangan di Selangor sahaja. Melibatkan kos RM58 juta. Jumlah yang dibelanjakan kerajaan negeri Terengganu lebih besar dan lebih ramai dapat manfaatnya berbanding Selangor.

Perkara ini boleh meletakkan Terengganu sebagai negeri yang terkaya di Malaysia bukannya Selangor dan Pulau Pinang.

Terengganu mengumumkan peruntukan Dana Raya sebanyak RM88.8 juta yang terdiri daripada warga emas seramai 33,305 orang sebanyak RM9.9 juta.

Isi rumah berpendapatan rendah seramai 154,730 orang menerima sebanyak RM61.2 juta. Orang kurang upaya seramai 14,405 orang menerima sebanyak RM4.3 juta. Ibu tunggal atau duda seramai 37,283 orang menerima sebanyak RM13.4 juta.

Di Selangor, PKR pernah berjanji dalam manifestonya pada 2008 untuk beri RM100 elaun bulanan kepada semua ibu tunggal di Selangor. Manifesto itu tidak ditunaikan pun.

Hebat kerajaan negeri Terengganu lagi bila mampu beri RM400 sebagai duit raya kepada semua ibu tunggal di negeri Terengganu. Nasib baiklah ada kerajaan pusat beri bantuan BR1M kepada ibu tunggal di Selangor.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan 3 bulan gaji.

Bayaran bonus itu katanya akan dibuat pada 15 Jun yang akan datang katanya dan akan melibatkan kira-kira hampir 5,000 orang penjawat awam di negeri ini. Itu pun belum tentu dapat.

Dana Raya yang dibuat di negeri Terengganu lebih sistematik berbanding Selangor yang ada Skim Mesra Usia Emas dan YAWAS. Namun entah kemana dana yang berjuta juta disalurkan. Teresa Kok yang jadi ahli parlimen di Wilayah Persekutuan pun dapat duit YAWAS.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah  tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.

Mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon. Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan  perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

Pemberian bonus dua bulan setengah gaji di Selangor dan tiga bulan gaji di Pulau Pinang merupakan gula-gula politik sahaja bagi memenangi plihanraya akan datang.

Namun nampaknya Azmin dan Guan Eng gagal menandingi kehebatan kerajaan Terengganu yang telah bertahun-tahun memberikan bantuan Dana Raya kepada rakyat tanpa menunggu tarikh Pilihan Raya Umum.

Memang banyak perbezaan di antara kerajaan BN yang ikhlas berkhidmat demi kebajikan rakyat dengan kerajaan PKR dan DAP yang berkepentingan politik semata-mata.

Tulisan :
Beruang Biru
BB460, Rabu
7 Jun 2017

Berebut jenazah anak akibat perkahwinan berlainan agama

Kejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.

Mana tidaknya, dek kerana si ayah Islam dan emak Kristian, jenazah aktres berkenaan Yana Zein menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.

Memetik laporan media tempatan, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.

Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.

Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.

Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.

Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama.

Duit Raya Daripada Kerajaan BN Bantu Rakyat Hadapi Aidilfitri


Diberi salah, tak diberi pun salah. Itulah perangai setengah pihak. Ia mengenai pemberian bantuan khas kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, 743,000 pesara kerajaan juga akan menikmati bantuan khas sebanyak RM250.

Malangnya selepas pengumuman itu dibuat, ada pula yang telah membandingkan pemberian berkenaan dengan bonus yang diterima oleh penjawat awam di Selangor iaitu sebanyak 2.5 bulan. Harus diingat, kerajaan BN  beri bantuan ini secara konsisten setiap tahun.

Guan Eng yang katanya janji tiga bulan gaji, menurut sebuah portal pembangkang, masih tidak tahu hendak gadai tanah di mana lagi tahun ini untuk beri bonus. Entah entah tidak dapat langsung di Penang.

Sebenarnya adalah tidak adil untuk membuat perbandingan berkenaan kerana di Selangor hanya 17,700 orang penjawat awam sahaja, itu pun dengan perbelanjaan RM58 juta sahaja.

Duit Marris yang diberi kerajaan pusat untuk Selangor pada tahun 2016 lebih besar iaitu RM497 juta. Ada nampak jalan jalan baru di Selangor? Jalan masih berlubang, sesak teruk. Jadi kerajaan Azmin di Selangor benar benar gunakah duit Marris ini untuk jalanraya? Atau ambil duit Marris ini beri bonus dua bulan setengah gaji?

Berbeza dengan kerajaan pusat di mana terdapat 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara. Bayangkan, dengan bantuan sebanyak RM500 sahaja sudah melibatkan perbelanjaan RM1 bilion, bagaimana pula jika kerajaan pusat memberikan bonus sebanyak 2.5 bulan.

Jumlah kakitangan awam Selangor hanya 0.28 peratus daripada keseluruhan 6.3 juta penduduk Selangor. Hanya jumlah kecil itu sahaja yang akan menikmati bonus berkenaan, bagaimana pula dengan penduduk yang lain?

Mujurlah daripada jumlah berkenaan, kira-kira 1 juta penduduk Selangor merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jadi dapatlah mereka menarik nafas lega kerana bayaran BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai bulan ini.

Sama ada bantuan khas kerajaan kepada penjawat awam atau bayaran BR1M bernilai RM500 ini dianggap kecil bagi sebahagian orang, namun ia amat bererti kepada penoreh getah, petani dan pekebun kecil.

Semalam Dato Seri Najib akan beri lagi dekoder percuma kepada penerima BR1M. 4.2 juta dekoder percuma berharga RM199 setiap satu melibatkan belanja RM838 juta.

Jadi bagi yang mendapat wang berkenaan, tidak perlu memperkecilkan bantuan yang diberikan dengan membandingkan dengan penjawat awam di Selangor kerana manfaat sebenar bonus adalah untuk Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri.

Gaji Menteri Besar, Azmin Ali adalah sebanyak RM29,250 menjadikan beliau  penerima terbesar pemberian bonus ini, iaitu sebanyak RM73,125, diikuti oleh Exco Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM50,625 (gaji RM20,250).

Selain itu, defisit perbelanjaan kerajaan negeri Selangor terus meningkat RM450 juta pada tahun 2015, RM600 juta pada tahun lepas dan RM900 juta pada tahun ini.

Sedangkan defisit fiskal Kerajaan Pusat semakin berkurangan sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu 6.7% pada tahun 2009, 5.4% (2010), 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014), 3.2% (2015), 3.1% (2016) dan 3.0% pada tahun ini.

Apa pun pemberian bantuan kewangan ini menunjukkan bahawa jika kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan cekap dan dana tidak mencukupi, sudah tentu ia tidak dapat dilakukan tetapi Najib telah membuktikan sebaliknya.

Terimalah bantuan kewangan yang diberikan ini dengan penuh rasa syukur, bukan mengeluh dan membandingkan dengan yang lain.

Kalau PH perintah silap silap sejuta kakitangan awam kena buang di Putrajaya. Hendak rasa kena buang?, cubalah tengok. Apa yang kerajaan BN beri ini sekurang kurangnya dapatlah membantu untuk belanja duit raya. Berterima kasihlah.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ ».

"Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

 "Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia."

(Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan Al Albani di dalam Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah 1/702)

Tulisan :
Beruang Biru
BB459, Rabu
7 Jun 2017

Mahathir Memang Pakar "U Turn", Puji China Pula Bila Berada Di Jepun


Mahathir memang pakar "U Turn". Banyak perkara Mahathir sudah buat "pusingan u". Dulu kata Anwar peliwat dan layak dipenjara, kini pakai "badge free Anwar" dan "sign" kempen bebaskan Anwar.

Dulu kata Kit Siang rasis, kini sudah puji Kit Siang melangit dan ke mana mana sahaja berkepit sahaja dengan Kit Siang.

Satu ketika kata BR1M rasuah, kemudian pusing kata mahu laksanakan BR1M jika dapat kuasai Putrajaya. Mahathir sudah "mamai dah".

Semalam, di Jepun Mahathir memuji negara China pula sedangkan di Malaysia, Mahathir menuduh Malaysia menjual kedaulatan kepada China dalam banyak projek pelaburan negara tersebut di negara ini, termasuklah Bandar Malaysia, pembelian saham Proton oleh Geely, projek ECRL, lawatan Dato Seri Najib ke China dan Forest City 

Guan Eng pinjam duit dan berhutang entah berapa juta dengan bank dari China, Mahathir tidak pula kecam kata hendak jual Penang pada China. Diam sahaja, sebab takut dengan DAP.

Mahathir menyatakan pujian kepada China pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-23 di Jepun yang dianjurkan oleh Nikkei Inc.

Lihat video di pautan ini :
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1547897295254171&id=206671872710060

Menurut Mahathir, persidangan berkenaan perlu menjemput negara China, iaitu kuasa ekonomi paling besar di Asia untuk menyertainya.

Mahathir kata, tanpa negara Amerika dalam kumpulan itu, negara lain boleh memikirkan cara baru untuk bekerjasama di antara satu sama lain dengan lebih adil.

"Negara Asia perlu mengambil peluang untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada Amerika Syarikat (AS) dari segi politik dan perdagangan, Malaysia merupakan satu daripada tiga negara anggora dalam ASEAN yang ada dalam Perjanjian Trans-Pasifik yang kini terdiri daripada 11 negara anggota selepas AS menarik diri.

"Perjanjian itu perlu dikaji semula kerana kandungan keseluruhan asal sebelum ini kebanyakannya digubal oleh AS. Persaingan akan menjadi lebih adil, oleh itu, kita perlu mengundang China bersama-sama," katanya.

Mahathir terus memuji China dengan mengatakan jika meminggirkan China ia bermaksud mereka tidak mengendahkan peranan yang dimainkan oleh China di rantau berkenaan. Pusing sungguh Mahathir ini.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa masuk pelaburan asing dari China, Mahathir menuduh Najib menjual kedaulatan negara kepada negara China. Di Jepun, bukan main lagi Mahathir bagi nasihat agar jangan pinggirkan negara China.

Penjualan sebahagian pegangan DRB-Hicom dalam Proton kepada syarikat Geely dari China juga dituduh Mahathir sebagai menjual aset negara kepada orang asing.

49.9 peratus pegangan DRB-Hicom dijual kepada Geely adalah kerjasama strategik Proton, tetapi dituduh Mahathir sebagai jual kedaulatan negara.

Mahathir memang mudah lupa. Pada 13 Jun 2014, Mahathir bersama Tan Sri Syed Mokhtar terbang ke China berjumpa untuk membuat rundingan antara Geely dan Proton. Berita ini dilaporkan oleh portal Jepun iaitu Nikkei Asian Review.

Baca pautan ini :  http://asia.nikkei.com/Business/Companies/Mahathir-seeks-to-turn-Malaysia-s-Proton-around-with-Geely-s-help?page=1

Kini selepas, Geely benar benar membeli saham Proton pada 2017, Mahathir kata Proton kena jual pada China. Apa sudah jadi? Mahathir sudah lupakah siapa yang sebenarnya memulakan rundingan dengan Geely pada 2014?

Bulan lepas ketika Mahathir ke Oman pada 9 Mei 2017, Mahathir juga membuat "pusingan u" di luar negara. Ketika berucap di The Third Duqm Society and Economy Forum di Oman, Mahathir menggesa Oman membuka pintu yang lebih luas pada pelaburan asing.

"With Malaysia’s limited experience in manufacturing, we decided not to be too patriotic and instead opened doors to foreign companies. Foreign companies came with their technology, as well as capital, which has helped develop the skills of citizens,” kata Mahathir.

Boleh pula Mahathir kata jangan terlalu patriotik sangat dan buka pintu pada syarikat asing yang ada teknologi dan modal besar.

Hanya bila berada di Oman dan Jepun, Mahathir memuji pelaburan asing masuk. Namun bila berada di Malaysia, lain pula nada Mahathir. Inilah "pusingan u" Mahathir.

Samalah macam hendak jadi PM semula. Dulu sungguh sungguh menagis kata "tak mau dah" sebab "dah lama dah". Namun sekarang ini sungguh sungguh hendak jawatan itu balik.

Mahathir sudah terdesak sangat. Sanggup buat apa sahaja demi kroni dan anak sendiri. Buat "pusingan u" pun tidak mengapa janji matlamatnya tercapai.

"The ends justify the means".

Tulisan :
Beruang Biru
BB458, Rabu
7 Jun 2017

6 Jun 2017

Pengacara program TV3 didakwa di mahkamah hina ayah Watson Nyambek

Bekas pengacara program sukan TV3 didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana mengeluarkan kenyataan menghina mendiang ayah bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, lapor The Star.

Azizul Ammar, 30, dan penerbit program Sukan Tak Sentral, Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azizul didakwa menyebut perkataan “Nyambek” iaitu nama akhir Watson secara mengejek dalam program komedi disiarkan TV3 itu.

Majistret Saiful Sayoti membebaskan kedua-duanya dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Beliau juga mengarahkan mereka untuk hadir di mahkamah pada 4 Julai untuk pra-perbicaraan.

Watson sebelum ini enggan menerima permohonan maaf daripada Azizul dan syarikat penerbitan Primework Studios.

“Saya susah menerima permohonan maaf tersebut kerana mereka menghina dan menyamakan bapa saya dengan seekor haiwan dan saya berasa amat kecewa dan marah,” katanya.

Peguam Negara Dibayar RM1,000 Bukannya RM9.5 Juta Seperti Difitnah Sarawak Report


Tidak logik kata mereka. Pihak pembangkang hari ini berhempas pulas memainkan isu kononnya RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Tuduhan itu dibuat dari luar negara. Oleh portal yang sebelum ini sudah beberapa kali kantoi menyiarkan cerita fitnah. Bekas penulis Sarawak Report, Lester Melanyi pernah mendedahkan 90% daripada artikel Sarawak Report adalah artikel yang dimanipulasi dan diubah suai.

Mengapa buat tuduhan dari luar negara? Bawalah ke mahkamah jika ada bukti kukuh. Tidak berani sebab perkara itu adalah rekaan semata mata. Sudah lebih dua tahun Anwar dihukum penjara, baru timbul pula cerita baru. Tuduhan RM9.5 juta ini adalah persepsi semata mata.

Cerita RM9.5 juta ini tidak boleh menidakkan keputusan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 14 Disember 2016 yang mengekalkan keputusan panel terdahulu pada 7 Mac 2014 untuk penjarakan Anwar.

Keputusan panel itu juga menurut Tan Sri Zulkefli adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri.

Logik dibayar RM1,000 sahaja? Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah membuat persetujuan bagi membayar RM1,000 kepadanya selaku Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II yang membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Perkara ini tidak didedahkan kepada umum atas dasar kerahsiaan dan ianya dijawab di parlimen setelah mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee.

Pada 11  Mac 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah menjawab pertanyaan Er Teck Hwa, Ahli Parlimen DAP-Bakri. Jumlah bayaran adalah RM1,000. Adakah pembayaran RM1,000 ini merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, ia bukanlah satu kesalahan asalkan terdapat terma-terma tugas yang ditetapkan Jabatan Peguam Negara kepada Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya dan dipersetujui sebagai syarat ada pembayaran di situ.

Berita Harian 14 Oktober 2014 melaporkan Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (ketika itu) secara "fiat" (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ramai yang tidak tahu bahawa ada berbagai kaedah pelantikan pegawai kerajaan dilakukan termasuklah pelantikan secara  Contract of Service ( COS) dan Contract For Service ( CFS). 

Berdasarkan kesesuaian Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam Negara pada ketika itu, jika sekalipun terma dirahsiakan ( atas sebab etika & kerahsiaan), ramai yang menafsir dengan penuh yakin bahawa beliau dilantik secara Contract For Service ( CFS).

Sila rujuk http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1219&Itemid=328〈=ms

Ini kerana Contract For Service  atau CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu. Dengan kata mudahnya, ia lebih terbuka.

Ini bermakna terma pelantikan, tugasan, gaji dan segala kelayakan oleh Muhammad Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya itu telah ditentukan. Hanya Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee saja yang tahu. Apapun cara pelantikan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara kepada Muhammad Shafee, ia tetap menjelaskan Ketua Pendakwa Raya yang dilantik merupakan seorang pegawai kerajaan pada ketika itu.

Justeru, jelaslah kepada kita bahawa dakwaan dangkal oleh Sarawak Report mengenai jumlah bayaran khidmat guaman RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee adalah palsu sama sekali.

Dakwaan Sarawak Report itu ternyata fitnah dan tidak benar bila mengaitkan kononnya pembayaran tersebut diambil dari wang 1MDB. Apatah lagi dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah pun ditutup 30 Ogos 2013.

Sarawak Report mendakwa kononnya pembayaran kepada Tan Sri Shafee dari akaun Datuk Seri Najib ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Hendak bayar bagaimana jika akaun itu telah ditutup pada  30 Ogos 2013? Sebab itu cerita karut ini direka dari luar negara oleh portal yang dibiayai oleh Open Society Institute, tajaan George Soros.

Logik Tan Sri Shafee dibayar RM1,000 atas kapasitinya sebagai Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara.

Pendakwa tidak dibayar kerana dalam kes jenayah pendakwa adalah mewakili kerajaan. Mereka adalah pegawai kerajaan bergaji atau peguam yang dilantik khas oleh kerajaan.

Kalau kes sivil kedua dua pihak ada peguam tetapi tidak dipanggil pendakwa atau peguam tertuduh. Ianya dipanggil peguam planitif dan defendan.

Kes liwat Anwar ini adalah kes jenayah.
Sarawak Report tidak usahlah buat cerita karut semata mata hendak bebaskan Anwar. Patutlah pakai Sarawak Report sebab Rafizi sudah kantoi banyak kali menipu.

Rakyat Malaysia bukan mudah lupa. Mereka tahu sejarah fitnah Sarawak Report. Sudah sudahlah buat cerita fitnah di bulan Ramadhan ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB456, Selasa
6 Jun 2017