Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

22 Mac 2017

Video :Sanggup Tipu Untuk Lawan PM Di Pekan




Parti Pribumi Bersatu, Dato 'Abdul Rahman Mohd Noor mengeluarkan video yang menyatakan beliau berharap untuk bertanding di Pekan menentang PM Najib.Walaupun dia berkata dia adalah seorang pesara miskin tapi yang jelas beliau kini merupakan ahli lembaga pengarah untuk Daim PECD Bhd (Peremba) sejak 2008 dan adalah jelas juga bahawa beliau adalah sekutu Mahathir dan Daim dalam jangka masa yang panjang dan umum mengatahui Mahathir dan Daim bukan orang miskin.

Selain daripada mengulangi pembohongan yang Mahathir biasa keluarkan, apa yang mengganggu mengenai video beliau adalah bahawa dia mendakwa dia berada di UK pada masa PM Najib tidak menduduki peperiksaan akhir di University of Nottingham.

Ini nampaknya menjadi tuduhan berniat jahat yang Najib tidak menerima ijazah daripada Universiti.


Walau bagaimanapun, pemeriksaan secara langsung dengan Universiti laman web sebenar Nottingham menunjukkan ini:


https://www.nottingham.ac.uk/news/pressreleases/2009/april/alumnusbecomesprimeministerofmalaysia.aspx

"Najib menamatkan pengajian dalam bidang Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham pada tahun 1974 dan telah aktif dalam politik di Malaysia lebih daripada 30 tahun."
 Profesor David Greenaway, Naib Canselor Universiti Nottingham, berkata: "Saya amat gembira bahawa lulusan Universiti Nottingham memegang kedudukan yang penting. Pihak Universiti mempunyai sejarah yang panjang bekerjasama rapat dengan Malaysia - dua bekas Kings juga graduan Nottingham, dan kami universiti British yang pertama menubuhkan kampus di negara ini.

Profesor Ian Pashby, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif The University of Nottingham Kampus Malaysia, berkata, 'Warga UNMC bangga kerana salah seorang bekas graduan telah menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia. ".

Ia adalah jelas sekali bahawa bukan sahaja PM Najib graduan dari University beliau, profesor di University of Nottingham turut berbangga dengan beliau.


Ini jelas menunjukkan bahawa Dato 'Abdul Rahman Mohd Noor dari PPBM berniat jahat dan beliau bukan seorang pesara miskin seperti yang beliau katakan.

 
Sekali lagi, tak fitnah jika bukan Pakatan. Satu lagi pembohongan yang berniat jahat dan fitnah dari Mahathir dan macainya sekali lagi terdedah.


Saya juga ingin bertanya kepada Dato 'Abdul Rahman Mohd Noor dari Universiti mana beliau graduan? Katanya, beliau menamatkan pengajian pada 1972 dari Universiti Malaysia.


University of Malaysia ? Rasa ianya bukan di Malaysia atau mana-mana sahaja di dunia. Adakah dia graduan dari universitinya  sendiri ?


terjemahan dari LSS 
 https://www.facebook.com/lim.siansee?fref=ts

21 Mac 2017

DAP Kuasa Pemutus Bentuk Logo Dan Siapa Calon PM


Semalam telah tersebar gambar gambar kononnya pertemuan orang kanan pihak pembangkang untuk buat keputusan hal  logo, bendera dan simbol Pakatan Harapan.

Mesyuarat yang dipengerusi oleh Wan Azizah itu hanyalah sembang kosong sahaja. Tiada apa apa keputusan pun yang telah
dibuat.

Kenapa tiada keputusan dibuat? Kerana Kit Siang tidak hadir untuk buat keputusan. Kit Siang sekarang adalah ketua pembangkang di parlimen, bukannya Wan Azizah.

DAP sahaja yang paling berkuasa. Tiada pihak lain berani dengan DAP dalam Pakatan Harapan.

Siapa pernah dengar geng pembangkang pertikai kes rasuah banglo anak Kit Siang? Tidak ada seorang pun yang berani buka mulut pertikai kes rasuah banglo itu. Semua diam, termasuklah Mahathir.

DAP terlalu berkuasa sehingga mereka boleh perintah parti komponen menyingkir ahli mereka sendiri jika DAP tidak menyukai mereka.

Contoh telah banyak. Hassan Ali salah seorang yang jadi mangsa. Apabila DAP tidak menyukainya PAS terpaksa membuangnya.

PKR pun sama juga, DAP boleh menyuruh Anwar Ibrahim memecat ahli PKR jika berlawan arus dengan DAP.

Pernah ada wakil PKR di Pulau Pinang menggigil lututnya apabila perbualan telefon olehnya yang mengkritik Lim Guan Eng tersebar luas sehingga ke pengetahuan Guan Eng sendiri.

Kemudian berakhir bila dia memohon maaf dan ampun sebab takut dibuang oleh Guan Eng walaupun dia datang dari parti berbeza.

Jaminan apakah yang ada pada orang Melayu jika DAP berkuasa dan pemimpin Pakatannya bacul kepada Guan Eng dan Kit Siang?

Maka nyata sekali DAP adalah dominan dalam Pakatan Harapan.

Hanya apabila Mahathir masuk dalam Pakatan Harapan sahaja Tun Mahathir cuba menjadi diktator seperti lazimnya dan sering membuat kenyataan yang belum disahkan lulus oleh DAP.

Diktator sebenar adalah Kit Siang. Dia lagi lama, 51 tahun. Mahathir 22 tahun sahaja.

Namun apa yang dilakukan oleh Mahathir dianggap tidak kemana kerana jika DAP tidak menyetujuinya, saranan Mahathir tidak akan pergi jauh.

Malah pemimpin terhebat PAS yang diagung agungkan yang sudah meninggal dunia pun sanggup gugurkan agenda hudud dan Negara Islam  kerana mahu bertahaluf siyasi dengan DAP.

Maka begitulah berkuasanya DAP sehingga orang mengaji agama tinggi pun akur dengan DAP.

Maka apabila Mahathir yang bermasalah memiliki parti yang ahlinya amat sedikit mahu menyelusup dalam Pakatan Harapan dengan berkongsi logo dan bendera jadi jelaslah tujuan itu tidak akan mendapat sokongan DAP.

DAP sudah melalui banyak pilihanraya dan memenangi banyak kerusi dengan menggunakan logo yang sama , mana mungkin DAP mahu menggunakankan logo seragam yang berkongsi dengan logo yang ada parti taraf serpihan bawahan seperti PAN dan parti bunga

DAP tahu mereka akan raih 90% undi orang Cina walaupun ada segelintir yang keluar parti, maka apa yang DAP perlukan adalah tambahan undi Melayu dari badut badut melayu yang ada dalam komponen mereka.

Jadi jika parti badut seperti PAN dan PPBM boleh bawa lagi 10% sudah memadai kepada DAP kerana selebihnya akan datang dari PKR.

Itu sebabnya walaupun DAP maki hamun PAS, akhirnya DAP tetap mahukan PAS Selangor menyertai mereka kerana PAS adalah kelompok pengundi mereka tersendiri.

Terserah kepada PAS Selangor sama ada mahu terus jadi hamba abdi yang dibodohkan atau mahu menghargai kuasa penggundi yang ada pada mereka. PAS harus “play the right card”. Mahu jadi penentu atau mahu jadi barua DAP di Selangor.

Maka atas kedudukan ini, amat mustahil orang seperti Mahathir boleh menunjukkan autoiritinya kerana tiada kuasa bidaan pada parti yang hanya ada satu kerusi.

Namun jika kesemua parti iaitu PAN , PKR dan PPBM mendapatkan jumlah undi Melayu untuk DAP, mereka tetap kecil jika jumlahnya terbahagi bahagi.

Maka antara 3 parti bertaraf hamba itu semuanya “divided” lalu terlihat setara dan tidak dominan.

Lalu akhirnya DAP sebagai "Boss" akan membuat keputusan hala tuju dan rupa bentuk kerajaan yang diketuai oleh kumpulan roket ini.

Maka usah bermimpilah Mahathir untuk mencadangkan apa apa. Mahathir hanya mahu anaknya menjadi Perdana Menteri Melayu yang akan duduk dalam acuan ‘Nizar Jamaluddin’.

Malah Perdana Menteri Melayu ini akan digunakan untuk membaraikan banyak perkara kepentingan Melayu seperti DAP gunakan Melayu untuk usul RUU ladang babi mega di Penang.

Inilah Pakatan Harapan, ia bukan harapan untuk orang Melayu Islam, tetapi harapan untuk agenda bukan Melayu dan bukan Islam.

Sampai ke sudah, logo akan jadi polemik baru yang tiada titik noktah dalam Pakatan Harapan. Hari ini mereka sudah pecah kepala fikir hal siapa calon PM, lepas ini logo pula.

Semuanya tidak akan selesai kerana kuasa pemutus dan pembuat keputusan itu ada pada DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB338, Selasa
21 Mac 2017

Aramco Akan Jadi Sasaran Terbaru Selepas ECRL, Bandar Malaysia, Forest City dan Lynas.


Kehadiran Raja Arab Saudi ke Malaysia baru-baru ini ternyata memberikan manfaat yang cukup banyak buat penduduk di negara ini bukan sahaja dari segi penambahan kuota haji malah kerjasama strategik antara Saudi Aramco dengan Petronas dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor telah dimeterai.

Nilai pelaburan Aramco itu adalah sebanyak RM31 bilion. Ia merupakan nilai pelaburan yang kedua besar selepas China. Malaysia dan China telah berjaya memeterai perjanjian pelaburan bernilai RM144 bilion, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat negara berkenaan tahun lepas.

Malangnya, setiap kali Malaysia mendapat pelaburan yang besar ini, maka pembangkang akan menjadikan ia sebagai isu kononnya kita mahu menjual kedaulatan negara. Apabila kerjasama dilaksanakan dengan China, kita dikatakan mahu jual negara pada China.

Hanya dengan Arab Saudi sahaja mereka takut untuk menyatakan, Malaysia sudah jual negara pada Arab Saudi. Ketika kita bercakap mengenai suntikan pelaburan Arab Saudi itu, pembangkang sibuk membangkitkan mengenai isu derma politik bernilai RM2.6 bilion.

Hakikatnya, itulah strategi yang dimainkan pembangkang dengan menjadikan setiap pelaburan yang diterima Malaysia, dijadikan isu, dalam usaha menjatuhkan kredibiliti Najib dan juga menjejaskan imej negara pada mata luar.

Sejarah membuktikan segalanya. Cuba lihat kepada Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura, di mana kos pelaburan dianggarkan bernilai RM60 bilion. Ia juga dijadikan isu.

Begitu juga dengan pembinaan bandar malaysia dengan kos pelaburan RM8.12 bilion, pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) (RM40 bilion) dan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang dengan nilai pelaburan RM2.7 bilion.

Lynas paling lawak sekali. Pembangkang siap buat video di Youtube cakap akan ada "zombie" dan "mutant" lahir sebab kesan radiasi Lynas. Mereka buat demo di Kuala Lumpur mengenai Lynas.

Faktanya, kini selepas 5 tahun projek Lynas dilaksanakan tiada seorang pun yang jadi zombie dan "mutant". Yang jadi wakil rakyat kerana isu itu adalah, di Kuantan dan Indera Makhkota.

Projek-projek mega ini sebenarnya menjadi kayu ukur kepada tahap kemajuan dan pembangunan, sekali gus dapat meningkatkan ekonomi dan keyakinan pelabur asing.

Penarafan ekonomi negara berada pada kedudukan A-, hanya beberapa negara sahaja berada pada kedudukan sebegitu dalam dunia. Malaysia berada pada kedudukan no. 1, destinasi paling terbaik untuk pelaburan asing menurut laporan yang dikeluarkan oleh BAV Consulting dan Wharton School of University of Pennyslyvania.

Tapi malangnya, semua pelaburan yang masuk ke negara ini dipertikaikan. Nampaknya pembangkang tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia menjadi tumpuan pelabur. Pembangkang lebih seronok menjaja Malaysia akan bankrap dan muflis.

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja berperangai semacam itu. Mahu mengambil alih negara ketika negara itu muflis dan bankrap. Seronok tengok orang hilang kerja dan tutup periuk nasi rakyat kerana kebencian politik.

Malah ada antara mereka yang sanggup ke luar negara untuk memburukkan nama negara, dengan harapan pelabur akan menarik diri.

Apa yang pasti mereka kini dalam kesipuan selepas agenda membankrapkan negara tidak menjadi.

Buktinya, Arab Saudi dan China sanggup melabur di negara ini. Nampaknya Najib telah memberikan pukulan tempang pada pembangkang.

Rafizi dah lama dah tempang sejak kebelakangan ini. Kering isu politik hingga terpaksa jadikan semua jenis pelaburan negara sebagai isu. Inilah yang dinamakan sabotaj terhadap ekonomi negara.

Tulisan :
Beruang Biru
BB336, Selasa
21 Mac 2017

16 Mac 2017

Mahathir Mahu Tiru BN, Bukan Tiru DAP, Apa Sudah Jadi?'


Sebagai pemimpin parti, biasanya mereka akan merencanakan strategi tersendiri untuk menang pada pilihan raya.

Bukannya cara meniru bulat-bulat gaya parti lain lebih-lebih lagi parti yang dulu disertainya tetapi kini dibenci, sebenci bencinya.

Itulah gaya Mahathir yang mahu Pakatan Harapan pembangkang, DAP, PKR dan PAN meniru gaya Barisan Nasional (BN) jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, pakatan pembangkang mesti mengikut cara BN jika mahu menang kerana BN ada kekuatan sebagai satu gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada ketika terdapat perbezaan pendapat.

Menurutnya, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

"Kalau mereka (BN) cantum diri mereka dalam satu gabungan dan bertindak bersama dengan satu matlamat, barulah boleh mencapai kejayaan. Inilah rahsia parti Perikatan dan kemudian BN.

"Rahsianya, mereka mempunyai 13 buah parti tetapi mereka tidak ada perpecahan di kalangan mereka dalam satu usaha untuk memenangi pilihan raya. Mungkin ada perbezaan pendapat antara MCA dengan (Yayasan) NAAM, MIC dengan PPP atau lain-lain, tetapi semua itu diketepikan," katanya.

Adakah Mahathir berasakan bahawa parti pembangkang tidak tahu akan perkara itu? Jelas sekali pembangkang sudah arif berkenaan perkara itu tetapi mereka enggan bersatu sebagai satu gabungan kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.

Berpakat hanya sekadar untuk menang sahaja. Lepas menang masing masing ada agenda masing masing.

DAP sudah tentu jadi parti teras dalam Pakatan Harapan. Parti terbesar itu tidak hanya berpuas hati dengan jawatan TPM, sebab itu Kit Siang pernah kata apa salahnya kalau bercita cita menjadi PM.

Mahathir pula ada cita citanya sendiri iaitu inginkan anaknya menjadi PM. Jangan dilupakan Anwar. Kalau Anwar keluar, Anwar juga mahu jadi PM.

Kelam kabut jadinya Pakatan Harapan ini. Sebab itulah mereka tidak mahu buat satu pakatan yang jelas secara perlembagaan dan logo.

Supaya senang bercerai dan berpisah bila mahu melaksanakan agenda peribadi masing masing.

Hancur negara kalau jadi begitu. Janji entah ke mana, yang penting bagi mereka hanyalah merampas kuasa.

Jika ada wakil mereka yang menang lebih banyak kerusi, mereka boleh berkuasa dengan menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri.

Mahathir tahu semua ini tetapi apa boleh buat, demi cita cita peribadi dan kepentingan kroni, Mahathir sanggup buat apa sahaja.

Mahathir menuduh ahli BN dan UMNO sudah tidak mempercayai pemimpin serta gabungan itu bergolak menentang Najib.

Kontradiksnya dalam kenyataan itu Mahathir menyatakan tiada perpecahan dalam BN dan ikatan sesama parti komponen adalah amat kuat.

Maknanya Mahathir tahu BN masih kuat dan bertambah kuat untuk hadapi PRU14. Oleh kerana itulah Mahathir langsung tidak berani turun ganggu masa PRK Tanjung Datu, sebab tahu BN akan menang.

Kenapa Mahathir tidak mahu tiru cara DAP? Apakah Mahathir tidak mahu iktiraf Kit Siang sebagai pemimpin parti politik paling lama di dunia? Sejak 1966 sampai sekarang, sudah tentu strategi DAP lebih baik.

Kit Siang berjaya kekal selama 51 tahun. Anaknya berjaya jadi Ketua Menteri dua penggal. Pencapaian Kit Siang itu jauh lebih baik dari Mahathir. Mengapa Mahathir tidak mahu tiru?

Meniru cara BN adalah satu strategi yang amat memalukan sama sekali. Pakatan pembangkang tidak akan boleh menjadi satu pakatan pun.

Hendak bermesyuarat satu meja pun mereka gagal apatah lagi hendak buat satu logo dan perlembagaan.

Calon Perdana Menteri pun sampai "pecah kepala" mereka fikir nama yang sesuai.

Tidak ada satu nama lagi untuk siapa calon PM Pakatan Harapan. Itu dah jadi bukti mereka tidak berpakat pun sebenarnya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB330, Khamis
16 Mac 2017

Parti Bunga Mahu Logo Baru Kerana Lambang Bunga Tak Laku


Bagi  sebuah parti yang wujud kerana terpaksa dan tidak pernah dirancang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sememangnya sukar untuk menjual dirinya kepada rakyat Malaysia.

Pada jangkaan pengasasnya, Mahathir dan Muhyiddin mereka akan dapat “exodus” dari ahli UMNO dengan jumlah yang ramai, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Ahli UMNO enggan dikudakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Presiden sendiri. Orang UMNO pilih parti dan bukannya individu.

PPBM sebenarnya adalah parti yang lahir akibat tersepit ketiadaan ruang atau platform bagi individu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

Mahathir tidak menjangkakan Dato Seri Najib berani melucutkan jawatan dua orang tersebut dan menyingkirkan mereka.

Mereka bertiga telah “underestimate” keberanian Najib. Cubaan jatuhkan Najib  di parlimen menerusi undi tidak percaya gagal. Cubaan jatuhkan menerusi Perhimpunan Agung UMNO pun gagal.

Serangan terhadap 1MDB gagal. Serangan terhadap BR1M dan jemaah haji 1MDB tidak mabrur pun gagal. Yang berjaya adalah penubuhan parti baru iaitu PPBM.

Semuanya demi menutup malu dan mencari platform baru. Tertubuhlah parti bunga.

Pada asalnya Mahathir tidak seghairah untuk membuka parti baru kerana jauh dalam dirinya dia hanya mahu menyelamatkan anak dia sendiri sahaja.

Mahathir percaya itu boleh dilakukan dengan berkompromi dengan DAP atau anak didiknya Azmin dari PKR untuk satu kerusi selamat buat Mukhriz.

Asalkan Mukhriz dapat jadi ahli Parlimen supaya boleh dibida anaknya itu jadi calon Perdana Menteri.

Maka kompromi untuk Mukhriz jadi Perdana Menteri boleh dilakukan dengan membeli sesiapa yang menghalang dengan menggunakan dana berbillion dalam simpanan proksinya.

Ainina pun kena cantas dan tanam kerana cuba ganggu kerusi selamat Mukhriz di Langkawi. Tengoklah bagaimana Ainina dimalukan dan dibuang dari parti bunga.

Walaupun parti bunga sudah wujud lebih 6 bulan, mereka masih malu untuk umumkan jumah keahlian mereka yang sebenar.

Ketua Armada jaguh debat mereka Syed Saddiq sudah berjanji semenjak tahun lalu lagi untuk umumkan jumlah ahli. Kenapa susah sangat hendak umum jumlah ahli?

Ini berkemungkinan kerana jumah ahlinya amat sedikit dan memalukan jika diumumkan.

Hanya berani umum jawatan Ketua Bahagian parti bunga sahaja. Itu pun ada bahagian yang tidak lengkap. Hanya ketua sahaja, di mana AJK AJK nya?

Nampak sangatlah logo parti bunga ini tidak berapa laris di peringkat akar umbi. Ramai yang tidak mahu menyokong. Yang ikut hanyalah pengikut totok sahaja bukan "followers" akar umbi.

Mengapa parti bunga yang ada satu kerusi mahu berlagak jadi kapten kapal sudah boleh difahami.

Kerana parti mereka tidak laku. Tidak dapat sambutan. Tidak ramai ahli. Jadi untuk tunjuk kata mereka kuat terpaksalah berlagak jadi kapten mengarah itu dan ini.

Parti bunga sendiri sudah merasai logo parti mereka secara sendirian tidak laku. Oleh kerana itu, mereka mahu buat satu logo secara bersama.

Maka atas sebab itulah jika semua komponen menggunakan satu lambang dan logo, maka parti yang tidak laku seperti PPBM boleh menyelitkan diri bersama sama ahli PKR dan DAP atau PAN ketika pilihanraya.

Maka dengan itu kelihatanlah gah dan ramainya mereka. Padahal mereka menumpang ahli DAP, PKR dan PAN untuk kelihatan ramai.

Dalam setiap ceramah itulah situasi sebenarnya. Jika disaring balik, berapa kerat sahaja ahli parti bunga yang ada, yang ramainya ahli DAP, PKR dan PAN.

Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat sebelum ini sudah beberapa pilihanraya tidak bermasalah menggunakan logo sendiri di kawasan yang mereka tandingi.

Hanya bila ada parti bunga sahaja mereka terpaksa menaikkan isu menggunakan  logo dan lambang yang seragam dan sama.

Inilah padahnya, apabila pada awalnya begitu taksub dan kuat berangan, maka mereka sangka rakyat amat suka dan percaya kepada pemimpin mereka iaitu Mahathir.

Kemudian setelah berlalu satu pilihanraya negeri dan beberapa PRK, barulah geng bunga sedar. Yang bertambah hanyalah kebencian rakyat terhadap Mahathir dan simpati pada Najib.

Sokongan pada Mahathir mulai terhakis. Rakyat mulai meluat melihat serangan serangan Mahathir yang nampak keterlaluan pada Najib.

Realitinya, parti bunga hanya satu kerusi, parti kecil, tidak laku.

Hanya PPBM yang kelihatan bersungguh sungguh mahu logo dan lambang yang sama. Parti lain tidak kelam kabut pun.

DAP dan PKR rasanya lebih selesa dengan lambang mereka. Mustahil mereka akan korbankan lambang mereka semata mata untuk memuaskan hati Mahathir.

Cadangan satu logo dan lambang yang sama ini tidak akan ke mana mana. Hanya akan tinggal sebagai cadangan sahaja.

Sama seperti siapa calon PM, logo dan lambang ini juga akan buat pembangkang pecah kepala memikirkannya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB331, Khamis
16 Mac 2017

15 Mac 2017

Muhyiddin Tolak RUU 355 Kerana Takut Kepada DAP


Malam 13 Mac lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata secara prinsipnya Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menyokong pindaan RUU 355.

Menurut Tuan Ibrahim, sokongan dari Muhyiddin itu adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan dalam mesyuarat antara PAS dengan pemimpin utama PPBM tersebut.

Namun, apabila ramai yang mempersoalkan bahawa adakah PPBM sudah mula mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan RUU 355, maka Muhyiddin tampil dalam suatu sidang media partinya menafikan perkara tersebut pula.

Apakah ini bermaksud Tuan Ibrahim berbohong atau Muhyiddin yang berbohong? Siapa yang bercakap benar sebenarnya?

Kata Muhyiddin, ia sekadar 'andaian' dan tidak bermaksud bahawa parti pimpinannya itu akan menyokong pindaan RUU 355 berkenaan di Dewan Rakyat.

Sikap 'flip flop' Muhyiddin ini agak meragukan. Mana tidaknya, semasa bertemu kepimpinan PAS, Muhyiddin menyatakan harapan untuk sokong RUU 355. Tetapi setelah diketahui pihak media, dia bernada lain pula.

Tidak mustahil ini berlaku kerana Muhyiddin sudah mula takut kepada DAP. Umum mengetahui, DAP merupakan taiko terbesar dalam Pakatan Harapan yang mampu mencatur segalanya bagi pihak pembangkang.

Apa sahaja yang DAP suka, parti lain wajar untuk menyokong. Namun, apa sahaja yang DAP benci, parti pembangkang lain haruslah tidak menyentuhnya.

Begitu juga dengan pindaan RUU 355. DAP merupakan sebuah parti sekular yang membantah pindaan tersebut. Apabila tiba-tiba Tuan Ibrahim nyatakan kepada media bahawa Muhyiddin pada dasarnya mahu menyokong RUU 355, maka tak mustahil ini membuatkan DAP sudah 'murka'.

Agar memastikan dirinya terus selamat di dalam pakatan pembangkang, maka tak mustahil Muhyiddin dengan penuh keterpaksaan menafikan pendedahan Tuan Ibrahim tersebut.

Maka, siapa yang menguasai siapa sekarang ini Muhyiddin sudah benar-benar takut kepada DAP. Takut sangat sampai terpaksa berbohong menafikan perjumpaan dengan Tuan Ibrahim.

Tulisan :
Beruang Biru
BB329, Rabu
15 Mac 2017

Parti Satu Kerusi Tidak Layak Jadi Kapten Pembangkang


Mahathir ketika ini mungkin sedang berasa dirinya masih dalam mimpi indah 22 tahun di tampuk kuasa.

Mahathir mungkin ingat dia masih lagi "kapten" agaknya sampai lupa hakikatnya partinya, PPBM kini hanya ada satu kerusi sahaja dalam Dewan Rakyat.

Semalam, 14 Mac 2017, Mahathir yang juga Pengerusi PPBM sudah menuntut dan membuat syarat iaitu mahukan logo dan simbol baru pembangkang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Parti bunga buat ketetapan itu seolah olah lagak seorang kapten dalam kapal pembangkang.

Hakikatnya, dalam Pakatan Harapan, DAP ada 37 kerusi, PKR ada 28 kerusi, PAN yang dipimpin oleh Mohamad Sabu ada enam kerusi dan PPBM hanya ada satu iaitu Muhyiddin Yassin di Pagoh.

Semalam, selepas mengumumkan secara rasmi PPBM masuk ke dalam Pakatan Harapan, Mahathir "beri arahan"
mahukan semua parti di dalam pakatan itu menggunakan satu logo baru dan satu simbol baru sama seperti Barisan Nasional (BN).

Jika Mahathir sedar letak duduk dirinya dalam PPBM, beliau sudah pasti akan memanggil semua pemimpin parti dalam pakatan berkenaan dan duduk berbincang semeja berkenaan hal mahu mewujudkan satu logo dan satu simbol bersama-sama sebelum mencapai keputusan.

Ini tidak, hanya berani membuat pengumuman dan menyuarakan tuntutan dalam sidang media partinya sendiri.

Perangai Mahathir ini sudah diberikan amaran oleh banyak pemimpin pembangkang khususnya Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara supaya berhati-hati dengan manusia bernama Mahathir.

Isu mewujudkan satu logo dan simbol dalam pilihan raya sudah berkali-kali dibangkitkan sejak pembangkang bersama-sama dalam Barisan Alternatif (BA) lagi satu masa dulu tetapi mereka tidak boleh sepakat dan mencapai kata persetujuan.

Sejak 1999, pakatan pembangkang yang dikenali Barisan Alternatif tiada logo, perlembagaan dan simbol.

Sama juga dengan Pakatan Rakyat selepas itu. Kini datang pula penjenamaan baru iaitu Pakatan Harapan. Tinggal harapan sahajalah, kapal pun sudah hendak karam.

Jika ada, seorang pemimpin dari parti gabungan perlu dilantik mengetuai parti berkenaan secara rasmi. Ini perlu bila gabungan itu sudah didaftarkan secara rasmi dan pemimpin itu ada kuasa tertentu.

Yang majoriti akan dipilih sebagai ketua iaitu DAP bukan yang ada satu kerusi menjadi kapten dalam pembangkang. Adalah di luar tabii memilih parti satu kerusi jadi ketua, Anwar pasti marah dari dalam penjara.

Kalau tidak didaftarkan, jika ada parti tidak berpuas hati, mereka boleh meninggalkan pakatan begitu sahaja tanpa perlu melalui prosedur tertentu.

Sama macam apa yang berlaku dalam DAP sekarang. Dari segi undang undang pertubuhan DAP adalah parti haram kerana gagal kemukakan minit mesyuarat agung mereka pada pendaftar pertubuhan sejak 2013 lagi.

Sebab itu ramai sudah keluar dari DAP kerana sudah tiada apa peraturan dan perlembagaan yang perlu diikuti oleh ahli DAP. Peraturan itu tiada dalan buku perlembagaan DAP, tetapi hanya ada dalam kepala Lim Kit Siang seorang sahaja.

Tuntutan Mahathir ini jelas menyerlahkan agenda peribadi beliau yang sebenarnya mahu mengambil alih teraju dalam pembangkang kononnya dengan reputasi sebagai bekas Perdana Menteri untuk merealisasikan misi melantik anaknya Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri, kelak.

Dengan hanya satu kerusi, PPBM hanya melukut di tepi gantang sahajalah. Meminta simpati dengan DAP. Ketua sebenar dalam pembangkang adalah DAP bukannya Mahathir.

Tulisan :
Beruang Biru
BB328, Rabu
15 Mac 2017

14 Mac 2017

Malaysia Is The Cheapest For Petrol Prices, Rafizi Want Our Petrol To Be Cheeper Than???






In parliament , Rafizi said that PM Najib is the "champion of champions" when it comes to spending of Malaysia's petroleum income.He said Najib spent RM376 billion of the country's petroleum income between 2009 and 2016, or an average of RM54 billion per year.

Pak Lah spent RM204 billion of petroleum income, or RM41 billion per year from 2003 till 2009 (although Pak Lah only really took over in 2004).

He then said Mahathir who was PM for 22 years, spent RM163 billion, or RM8 billion a year,"

Okay. Rafizi admitted that this did not take into account inflation or currency changes - which would easily have quadrupled Mahathir's spending. Just exchange rate alone would mean it would double.

Secondly, Rafizi also did not factor in cost of production - which also had increased as the cheap oil to produce near the coast or inland is no more and we have to venture into much more expensive off-shore or deepwater rigs.

Thirdly, Rafizi also never called Najib the "champion of champion" when it came to giving subsidies as the chart below based on Treasury figures having spent easily 10 times more than Mahathir did in subsidies mostly due to much higher cost of oil, currency effect as well as multiple fold increase in population.

Much of these additional oil income that PM Najib got were spent back on the people due to the much higher subsidies bill.

Fourthly, Rafizi ALSO did not mention that Mahathir had taxed petrol for 22 years at 58.62 sen per liter as oil prices was cheap then. This alone was tens of billions of additional income for Mahathir to build his twin towers and other mega-projects.

So, Rafizi again serves to mislead without giving the full story and giving one quarter bullshit stories to mislead and incite hate.

Rafizi ended by again asking govt to subsidize petrol again despite the whole world moving towards no longer giving such blanket subsidies and even the biggest oil producers and exporters are removing their subsidies and doing targeted aid like what Malaysia is doing.

Finally, Rafizi still does not want to answer this:

Malaysia is the 16 cheapest in the world for petrol prices, which country - which are mostly big oil producers - does Rafizi want our petrol to be cheaper than?

These are the countries:
Venezuela, Saudi Arabia, Turkmenistan, Egypt*, Algeria, Kuwait*, Iran, Ecuador, Bahrain, Kazakhstan, Nigeria, Qatar, Sierra Leone, Oman, and Bolivia.

Perhaps Rafizi still wants Malaysia to follow Venezuela?

13 Mac 2017

MALAYSIA NEGARA TERBAIK UNTUK MELABUR 2017


Unit BAV gergasi media Young and Rubicam telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang terbaik untuk melabur dalam untuk tahun 2017 daripada 80 buah negara yang mereka senaraikan - mendahului Singapura.

Mereka berkata Malaysia adalah pendahulu yang jelas dalam senarai kedudukan ini, dengan mengumpul sekurang-kurangnya 30 mata lebih daripada mana-mana negara lain pada skala 100 mata. Negara ini adalah salah satu penerima tertinggi pelaburan langsung asing, dan kerajaannya yang pro-perniagaan menawarkan pelbagai insentif kepada pelabur.

Mereka juga meletakkan Malaysia sebagai negara ke-3 terbaik untuk memulakan perniagaan dalam.

Sementara itu, World Economic Forum telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-8 terbaik daripada 135 negara dari segi kecekapan dalam perbelanjaan Kerajaan untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada rakyat.

Qatar berada pada nombor 1 diikuti oleh UAE dan Singapura. Kita mendahului Finland, Sweden, Switzerland, Arab Saudi dan Norway pada tangga ke-8.

Kita jauh dari menjadi sebuah negara yang gagal seperti yang Lim Kit Siang dan Mahathir sering gelarkan.

Malah, dalam Failed State Index 2016 oleh dana NGO untuk keamanan antarabangsa (The Fund for Peace - Fragile States Index 2016), kita menduduki tempat ke-115 daripada 177 buah negara - bermakna 114 negara-negara yang lain adalah lebih gagal daripada negara kita.

Negara yang berada pada kedudukan nombor satu sebagai negara yang paling gagal adalah Somalia manakala Norway adalah negara paling kurang gagal di tangga ke-177. Thailand adalah lebih gagal daripada kita di tangga ke-74.

Tetapi di bawah ‘Failed state index Uncle Lim KS’ yang diiktiraf di Malaysia sahaja itu, Malaysia telah menduduki tempat yang paling gagal daripada 177 negara - kedudukan yang telah kita pegang selam 51 tahun berturut-turut sejak tahun 1966.

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 13 Mac 2017

---
http://reports.weforum.org/global-competitiveness-index/competitiveness-rankings/#series=EOSQ043

https://www.usnews.com/news/best-countries/best-invest-in

http://fsi.fundforpeace.org/

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1949001288651989&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Najib tidak perlu risau dalam pilihan raya: Wood


Ekuiti strategi CLSA 'yang dihormati', Christopher Wood percaya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak selamat untuk mengadakan pilihan raya umum kerana prestasi terbaru ekonomi.

Wood berkata ekonomi Malaysia sedang menjadi semakin baik selepas ribut 1MDB berlalu dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan kuasanya.

Sama ada ribut 1MDB sudah benar-benar berlalu atau ia masih menjadi duri dalam kerjaya politik Najib bagaimana pun hanya akan diketahui selepas keputusan pilihan raya.

Tetapi Wood begitu yakin dengan Najib dan skandal 1MDB yang sedang berlalu sehinggakan beliau berkata, "dengan China membeli aset utama 1MDB tahun lepas, hutang yang berpunca daripada dana kekayaan pseudo-kerajaan telah diselesaikan."

Ini masih belum dapat dilihat, kata pemerhati kepada The Independent.

Namun Wood masih kekal bertegas dalam ulasannya: "Ini telah membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memperkukuhkan kuasa politiknya.

"Malah, kedudukan politiknya kelihatan lebih kukuh daripada setahun yang lalu walaupun bekas Perdana Menteri Malaysia dan batu api UMNO, Mahathir Mohamad menyertai pakatan pembangkang Pakatan Harapan pada bulan Disember."

Beliau berkata walaupun ia adalah benar bahawa tahap sokongan Najib masih jauh dari tahap cemerlang, beliau tidak perlu tergesa-gesa kerana pilihan raya umum tidak perlu diadakan sehinggalah Ogos 2018.

Namun, pemerhati pro-Barisan Nasional (BN) yang menceritakan kepada The Independent di Kuala Lumpur berkata Najib mungkin tersilap dengan melambatkan pilihan raya umum yang difikirkan akann diadakan awal tahun ini.

Mereka berkata keadaan semasa sangat memihak kepada Najib sehinggakan sebarang kelewatan dalam memanfaatkan perpecahan di kalangan pembangkang dan sokongan dari parti Islam boleh berakhir dengan kegagalan dalam jangka masa panjang.

Tulisan asal oleh:
Cardoba Ali, The Independent, 12 Mac 2017

Link asal artikel:
http://www.theindependent.sg/no-worries-for-najib-to-go-to-polls-wood/

#TN50: HANYA PUTRAJAYA DAPAT MEMBAWA PERUBAHAN BESAR KEPADA BELIA SARAWAK




Hanya Putrajaya akan membawa perubahan yang besar kepada Sarawak dalam tempoh 30 tahun akan datang untuk belia di Sarawak tapi kerajaan persekutuan harus  menjadi rakan kongsi yang jujur tanpa menggunakan agama dan bangsa untuk politik kerana ini akan hanya mengundang perpecahan.Tanpa melihat kepada agama dan bangsa kita akan dapat melihat generasi muda di Malaysia seperti di Sarawak mereka telah benar-benar bersatu .

Memetik kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Program Transformasi Negara 2050 (TN50) yang diadakan di DeTAR Putra Hall, Universiti Malaysia Sarawak , generasi muda harus mempunyai nilai yang betul dari segi intelektual dan sihat dari segi fizikal .Golongan muda harus mempunyai keperihatinan terhadap persekitaran selain dari memenuhi tanggungjawab sivik mereka sebagai contoh kebanyakan rakyat Malaysia tidak membersihkan meja selepas makan di kedai-kedai makanan segera tapi kebanyakan di luar negara mereka lebih berfikiran sivik untuk membersihkan.

Anak muda Malaysia juga perlu lebih bebas dan bertanggungjawab untuk memulakan perubahan dan
bukan hanya  menunggu kerajaan untuk memulakan perubahan.Generasi muda Malaysia boleh berbuat demikian melalui gerakan kelab belia  atau kelab agar generasi muda Malaysia lebih berdikari , bertanggungjawab dan berani memulakan perubahan dengan menubuhkan kelab belia dan organisasi untuk jalan kepada perubahan.
 
Generasi muda di Sarawak masih bimbang mengenai kekurangan infrastruktur dari segi jalan raya dan teknologi komunikasi maklumat (ICT).


 "Untuk TN50 mereka telah mempunyai laman web rasmi TN50 www.mytn50.com. Walaupun untuk dialog itu masa tidak mencukupi  untuk mendapatkan aspirasi  semua belia Sarawak tapi mereka masih boleh menyalurkan aspirasi mereka ke laman web tersebut agar impian mereka di dengar," tambah beliau.
 
Sebelum dialog di Sarawak, sesi yang sama telah berlaku di Sabah, Terengganu, Johor dan Perak. TN50 dialog yang akan datang dijangka akan diadakan di Kedah.

9 Mac 2017

PAS Anggap Rakyat Malaysia Jadi Tawanan Korea Satu Sandiwara, Kebodohan Apakah Ini?


Bagi parti seperti PAS semua perkara mungkin sandiwara sahaja pada mereka.

Satu ketika dulu kisah Al Maunah sekitar tahun 2000 juga dikatakan sandiwara UMNO , ada ranger tentera yang terkorban pada peristiwa itu mungkin pelakon yang sanggup mati untuk lakonan sandiwara agaknya.

Kemudian antara yang terbabit, tiga yang dihukum mati pun dikatakan sandiwara. Kononnya sanggup mati untuk kerajaan UMNO.

Begitulah ketakutan PAS. Apakah Hadi Awang mengetahui dan bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Iskandar Samd ini?

Menuduh isu keselamatan dan kedaulatan negara sebagai satu kisah drama Korea adalah satu tuduhan yang berat dan serius.

Dalam satu kenyataan di Malaysiakini pada 8 Mac 2017, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad meramalkan dengan imaginasinya bahawa akibat suka sangat menonton filem dan drama Korea maka rakyat Malaysia kini dihidangkan dengan drama dari Korea katanya.

Iskandar meramalkan secara "pre-empt prediction" bahawa negara China akan menjadi orang tengah lalu nanti wakil dari UMNO akan pergi ke Pyongyang untuk membawa pulang rakyat Malaysia.

Lalu kerajaan akan dipuji maka rakyat akan mengundi BN. Ini dikatakannya dalam nada sinis .

Ini juga boleh diandaikan bahawa Iskandar dan PAS amat takut dengan kerja baik BN. Iskandar bercakap begitu dengan arahan Azmin atau Hadi Awang?

Nampak seperi Azmin yang arahkan Iskandar untuk serang BN dalam isu keselamatan ini. Iskandar juga tidak mahu cari pasal hilang sebagai calon PRU14 nanti. Maka terbitlah cerita drama tahanan ini.

Dalam hal ini, jelas sekali Iskandar bertindak bodoh dalam isu Korea Utara ini. Iskandar tidak belajar dari Tian Chua yang pernah menuduh krisis di Lahad Datu sebagai satu konspirasi terancang UMNO.

Akhirnya Tian Chua mengaku tidak bertanggungjawab atas artikel yang diterbitkan Suara Keadilan pada 7 Mac 2013.

Mungkin lepas ini, Iskandar Samad akan guna taktik sama. Salahkan Malaysiakini putar belit kenyataannya.

Kenyataan Iskandar ini juga sama seperti hasutan yang pernah dibuat Tian Chua. Wajar dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 4 (1), Akta Hasutan 1948.

Di saat keluarga 11 rakyat Malaysia bersedih dan berduka, Iskandar menuduh mereka sebagai berlakon drama Korea.

Di saat seluruh negara mengecam tindakan Korea Utara itu, Iskandar memperli bahawa itu semua hanya sandiwara.

Isu "national security" bukanlah satu sandiwara. Tidak ada  pegawai diplomatik mana mana negara yang mahu berlakon cerita hidup dan mati.

Seperti kes kes lain sebelum ini, apabila yang menuduh sesuatu itu sandiwara , puak penuduh tidak pernah dapat membuktikan atau memperincikan di bab mana ianya satu sandiwara.

Bagaimana boleh runding dengan banyak pihak untuk bersandiwara? Ini isu negara bukan isu politik, barangkali Iskandar sebenarnya yang banyak sangat tengok drama Korea.

Dato Seri Najib telah selesaikan banyak perkara yang bukan datang atas kehendaknya. Satu demi satu ujian. Namun Dato Seri Najib lepas satu demi satu ujian.

Dari Lahad Datu, MH370 , MH17 , dan 1MDB yang tidak pernah dilihat buktinya. Ini yang pembangkang takut. Najib dijangka berjaya selesaikan isu Korea Utara ini dengan caranya sendiri. Sebab itulah awal awal lagi, Iskandar menuduh isu ini sebagai sandiwara.

Siapa yang suruh? Sudah pasti Azmin dan bukannya Hadi. Yang sebenarnya sedang sandiwara adalah Azmin dan PAS di Selangor.

Mereka ini sebenarnya yang sedang berlakon drama Korea. Isu YAWAS, Splash, rumah urut, Paya Wetlands dan isu pintu gerbang tidak dijawab Azmin. PAS Selangor curang dengan Hadi kerana berskandal secara mutaah dengan PKR di Selangor.

Lebih menarik drama Korea yang berlaku di Selangor bila PAS Pusat tolak berhubung dengan DAP, tetapi PAS Selangor masih intim dengan DAP dan PAN.

Inilah drama Korea Utara yang sedang berlaku di Selangor. Hubungan dan skandal misteri PAS Selangor dengan Azmin, PKR, DAP, PPBM dan PAN.

Hadi Awang sudah kena main dengan PAS Selangor. Isu 11 rakyat Malaysia ditahan di Korea Utara bukan drama. Itu kisah sebenar.

Rakyat Malaysia jangan diperdaya oleh skrip bodoh Iskandar Samad. Nilaikan, mana satu sandiwara, mana satu isu yang perlu kita bersama.

Tulisan :
Beruang Biru
BB321, Khamis
9 Mac 2017

Two among 11 stranded Malaysians leave North Korea


                                                 The Malaysian Embassy in Pyongyang.

Two UN employees who were among 11 Malaysian nationals stranded in North Korea following a travel ban have left the country, a Malaysian government source said on Thursday.  

The two people work for the World Food Programme (WFP).  

North Korea on Tuesday barred Malaysians from leaving the country, sparking tit-for-tat action by Malaysia, as tensions escalated over police investigations into the murder of Kim Jong-nam, the estranged half-brother of North Korean leader Kim Jong-un.  - Reuters

MANGSA DIBAHAM BUAYA DIJUMPAI


Mayat Besimilah Rajali yang maut disambar buaya di Sungai Undey, Pusa telah ditemui pasukan mencari dan menyelamat pukul 10.20-pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Betong, DSP Fahdil Antum Abdullah, mayat ditemui di tepi sungai, tidak jauh dari tempat kejadian.

Terdapat kesan gigitan pada tengkuk dan lengan kanan mangsa.

Mayat telah di bawa ke Hospital Betong untuk pemeriksaan.

Dalam kejadian pukul 4-petang kelmarin, mangsa, 45-tahun yang berasal dari Kampung Hilir Tambak, Pusa sedang mengikat batang rumbia di Sungai Undey bersama tiga lagi rakan.

Ketika sedang mengikat batang rumbia mangsa secara tiba-tiba disambar buaya.

Kejadian itu turut disaksikan sendiri oleh rakan-rakan mangsa/.

Kenapa Kita Perlu Bersatu Pertahankan Negara Dari Ancaman Korea Utara...


Tindakan Korea Utara tidak membenarkan 11 warga Malaysia keluar dari republik itu adalah satu perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sudah tiba di lapangan terbang untuk pulang, kemudian mereka dihalang oleh rejim Kim Jong Un untuk berlepas pulang. Anak anak kecil ahli keluarga juga antara yang turut ditahan.

Timbal balik daripadanya, Malaysia telah mengarahkan agar mana-mana rakyat Korea Utara di negara ini, juga tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia.

Sejurus itu, suasana panik dan persepsi mula menular di media sosial kununnya akan berlaku siri peperangan antara kedua-dua buah negara. Pelbagai teori mula keluar sehinggakan ada yang sanggup memperkecilkan negara sendiri.

Yang dahulunya jadi pakar banjir, pakar mengulas bola, pakar MH370 dan MH17, kini sudah menjadi pakar peperangan pula.

Namun, timbul persoalan kenapa kita perlu bersatu untuk mempertahankan negara sendiri? Selain daripada ia sebuah suruhan agama yang dibuktikan melalui pandangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah bahawa :

"Mempertahankan negara adalah wajib ke atas setiap muslim"

Kewajipan untuk kita bersatu pertahankan negara juga disebabkan oleh kekejaman pemimpin Korea Utara itu sendiri. Bayangkanlah pemimpinnya sanggup menembak mati Timbalan Perdana Menteri sendiri atas alasan antiparti dan antirevolusi.

Malah, dua pegawai yang bersama-sama TPM yang dibunuh itu turut dihantar ke pedalaman untuk proses 'pendidikan semula'.

Kekejaman itu bukan kali pertama. Pada Disember 2013, pemimpin Korea Utara pernah membunuh bapa saudara sendiri bernama Kim Jang Song-Thaek yang merupakan Duta Korea Utara ke Malaysia kerana dipercayai belot.

Telahan lagi, pelbagai lagi kes terpencil yang membuktikan bagaimana Korea Utara dipimpin oleh mereka yang agak kejam.

Sebagai sebuah negara yang berorientasikan konsep Wasatiyyah dan bermuafakatan sejagat, cara Korea Utara ini dilihat tidak bertepatan dengan amalan kita. Maka, di saat kita sedang berhadapan dengan ancaman dari negara republik tersebut, amatlah perlu bagi Malaysia menerima sokongan bersatu padu dari rakyat sendiri untuk mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah ini.

Mac 2013, dalam peristiwa di Lahad Datu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memberi semangat melawan pengganas Sulu.

Mac 2014, Malaysia diuji dengan kehilangan pesawat MH370. Seluruh rakyat bersatu berdoa dan memberi semangat dalam operasi MH370.

Mac 2017, Malaysia diuji lagi. Kali ini dengan karenah Korea Utara yang menahan 11 rakyat Malaysia. Inilah masanya rakyat Malaysia bersatu hati sekali lagi demi negara tercinta ini.

Ayuh bersama sama kita kecam tindakan tidak rasional Korea Utara ini. Ayuh sama sama kita berdoa malam Jumaat ini dengan bacaan Yassin agar 11 rakyat Malaysia ini diselamatkan.

Ayuh sama sama kita berdoa esok dalam solat Jumaat agar 11 rakyat Malaysia ini dibebaskan segera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Tulisan :
Beruang Biru
BB320, Khamis
9 Mac 2017

Video : Skandal Dyana , Zairil Clubbing?




Baru semalam ahli politik pembangkang Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari menafikan bahawa dia adalah orang yang dilihat dalam video viral menampilkan seorang  lelaki muda menari berpelukan  di kelab malam dengan menyifatkan video itu sebagai tidak masuk akal tapi video yang viral hari ini semakin jelas wajah pasangan yang menari dan berpelukan dengan ghairah di dalam sebuah kelab malam itu.

"Ia bukan saya, ia benar-benar tidak masuk akal. Ada cerita mengenai saya setiap hari. Ia tidak pernah berakhir," kata Ahli Parlimen itu.


Hari ini, satu lagi video mirip Dyana Sofea  yang mengoda lelaki mirip Zairil dengan penuh ghairah pula mula tersebar.

Sebelum ini isu skandal  Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari yang merupakan pemimpin DAP berbangsa Melayu memang hangat dalam arena politik tanahair bermula dengan tersebarnya gambar intim pasangan itu bercumbu mesra di satu lokasi yang tidak diketahui. Salah satu gambar itu menunjukkan mereka berdua bercium mulut di dalam sebuah kereta.

Sehingga kini kedua-duanya belum membuat sebarang kenyataan berhubung penyebaran gambar skandal tersebut.



Rakyat Sarawak Tidak Perlu Gentar Dengan Kehadiran Pekerja Korea Utara




Sarawak tidak harus berasa gementar dengan kehadiran warga Korea Utara di negeri ini kerana polis sentiasa memantau mereka untuk memastikan mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan kerana maklumat tepat mengenai mereka di ketahui oleh pihak polis. Setakat ini 140 daripada 176 pekerja Korea Utara yang bekerja di Sarawak melebihi tempoh permit yang ditetapkan .

Memetik kenyataan Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak Datuk Mazlan Mansor ,majoriti daripada mereka bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan di Lawas, Kuching dan Samarahan, dan juga beberapa pembinaan jambatan mengikut kepakaran mereka.

"Sesetengah daripada mereka telah berada di sini untuk jangka masa yang panjang dan tidak pernah menimbulkan apa-apa jenis ancaman, jadi rakyat Sarawak tidak perlu merasa bimbang tentang kehadiran mereka. Selain itu, kita tahu di mana semua dan sentiasa memantau mereka, "katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan negeri Keluarga Polis (Perkep) di sini semalam.


Beliau berkata ,polis akan terus untuk mengumpul risikan ke atas Korea Utara di sini untuk memastikan tiada seorang pun daripada mereka yang terlibat dalam unsur-unsur yang boleh mengancam keselamatan.


Beliau juga berkata, polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan Malaysia Airports Berhad untuk memastikan semua pintu masuk dan keluar di negeri ini dikawal ketat berikutan keputusan untuk menghalang rakyat Korea Utara daripada memasuki atau meninggalkan negara ini.


"Pintu keluar-masuk kami sentiasa dikawal ketat, dan kami akan terus berbuat demikian dan bekerjasama dengan semua agensi yang berkaitan mengikut arahan tersebut."

8 Mac 2017

KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH EMPANGAN HIDRO BAKUN DARI KERAJAAN PUSAT

Kerajaan Negeri telah berjaya mencapai persetujuan untuk memiliki keseluruhan pegangan ekuiti Sarawak Hidro Sdn. Bhd. daripada Menteri Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk membolehkan Kerajaan Negeri melalui Sarawak Energy Berhad memiliki sepenuhnya tenaga elektrik daripada Empangan Hidro Bakun. 

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg mengumumkan perkara tersebut dalam Sidang Media yang diadakan di pejabat beliau, tengah hari tadi.

“Perjanjian telah termeterai bahawa pemilikan dan operasi Empangan Hidro Bakun yang merupakan Empangan Janakuasa Elektrik yang terbesar di negara ini, akan sepenuhnya dikembalikan kepada kerajaan negeri melalui pengambilalihan saham dalam Sarawak Hidro Sdn Bhd,” jelas Abang Jo.

Sarawak Hidro Sdn. Bhd. adalah milik Kerajaan Pusat melalui Menteri Kewangan Malaysia dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan ditubuhkan untuk membangunkan dan menguruskan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bakun.

Menurut Abang Jo lagi, Empangan Hidro Bakun membekalkan sebanyak 2,400 mega watt elektrik dan telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014.
“Ini merupakan pemberian terbesar Putrajaya dan saya berterima kasih kepada Perdana Menteri.”

“Pengambil-alihan Empangan Hidro Bakun merupakan sebahagian dari keseluruhan rancangan strategik untuk membangunkan dan menyatukan negeri dengan memiliki sumber tenaga yang banyak dan kita boleh mengawal tenaga yang ada untuk kepentingan masyarakat dan keadaan sektor ekonomi negeri ini untuk jangka masa yang panjang,” ujar Abang Jo lagi.

Melalui projek ini, Sarawak Energy juga menambah baik kapasiti Sarawak untuk mengekalkan keselamatan kuasa dan kebolehpercayaan dan kecekapan dalam operasi melalui integrasi yang lebih baik daripada Empangan Hidro Bakun dan Empangan Hidro Murum.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Sharbini Suhaili.

Thank You PM, BAKUN HEP returned to Sarawak


The Chief Minister today announced that the state government is acquiring the Bakun hydro dam from the federal government at a capital cost of RM2.5 billion.

"Agreement has been reached in principle that the ownership and operation of the Bakun HEP, the country's largest hydropower electric plant shall be fully returned to Sarawak through the acquisition of shares of Sarawak Hidro Sdn Bhd.

"This is a major concession by Putra Jaya and I would like to thank the Prime Minister for this. The acquisition of Bakun HEP represents part of our overall strategic plan to develop and consolidate the state's abundant energy sources which makes the state in full control of energy for the benefit of our people and our economy in the long run," CM Abg Joe said in a press conference at his office this morning.

Ayuh Bersolidariti Selamatkan 11 Rakyat Malaysia Di Korea Utara


Sebelas rakyat Malaysia kini ditahan di Korea Utara susulan tindakan yang tidak munasabah yang diambil oleh Korea Utara ekoran kes pembunuhan abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong Nam.

Apa yang perlu kita lakukan pada saat ini ialah bersolidariti dan bersatu demi mereka.

Kita pernah melakukan perkara sama ketika Lahad Datu diceroboh pada 1 Mac 2013 dan perkara sama kita lakukan dalam tragedi yang menimpa pesawat MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Beberapa bulan selepas itu, pada 7 Julai 2014, pesawat MH17 pula ditembak di Ukraine. Sekali lagi kita bersatu dengan mengenepikan segala perbezaan pandangan.

Kini, ketika 11 rakyat Malaysia ditahan, maka ayuhlah bangun dan bersatu demi mereka.

Tidak perlu kita mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menghadapi isu ini, kerana apa yang penting ialah keselamatan rakyat Malaysia itu.

Mereka memerlukan sokongan kita.

Tidak perlu membandingkan tindakan yang diambil oleh kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dalam situasi seperti ini, sesiapapun pasti akan mengambil tindakan yang sama.

Juga kita tidak perlu memburukkan keadaan dengan mencaci dan memaki hamun kerajaan. Tidak kisahlah kalau mereka tidak menyokong kerajaan tetapi dalam kes ini, tunjukkanlah solidariti untuk 11 rakyat Malaysia itu.

Kita sedang berdepan dengan negara yang ditadbir oleh diktator, yang sanggup membunuh pegawai bawahannya sendiri hanya semata-mata kerana beliau tertidur ketika mesyuarat sedang dijalankan.

Diktator itu juga tidak takut kepada sesiapapun malah menutup telinga tatkala Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenakan sekatan ekonomi ke atasnya kerana menjalankan pembangunan nuklear.

Diktator tersebut juga tidak mempedulikan negara lain apabila ia melancarkan beberapa siri ujian peluru berpandunya.

Jadi dalam perkara ini, lebih baik kita perlu bersatu hati untuk memberitahu Korea Utara bahawa kedaulatan Malaysia perlu dihormati dan mereka juga perlu membebaskan 11 rakyat kita di sana.

Tulisan:
Beruang Biru
BB319, Rabu
8 Mac 2017

PENJELASAN ISU SSM-BR1M "Ada sijil SSM Tak Dapat Bantuan" TIDAK BENAR


Saya ingin ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memanjangkan isu berkaitan pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di dalam FB saya ini.

Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah seseorang yang telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak layak mohon BR1M?

Sebelum saya menjawab persoalan ini, ingin saya maklumkan terlebih dahulu, SSM tidak terlibat dengan sebarang pengagihan BR1M termasuk syarat atau prosedur bagaimana BR1M diagihkan.

Jawapan di atas sebenarnya perlu dirujuk dengan LHDN sekiranya syarat itu ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Walau bagaimanapun saya akan cuba sedaya upaya memberi penjelasan untuk menjawab persoalan di atas. Jawapannya ialah tidak semestinya.

Kenapa? Kerana pengagihan BR1M ini adalah berdasarkan pendapatan isi rumah.

Secara dasarnya, BR1M diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM4 ribu, RM3 ribu ke bawah dan RM2 ribu ke bawah (Bujang).

Jelas di sini, kenyataan berbunyi "ada je sijil pendaftaran perniagaan SSM tidak layak mohon atau dapat BR1M" adalah TIDAK BENAR.

Kalau kita ikut syarat di atas, sesiapa saja yang berpendapatan melebihi seperti yang ditetapkan, memang tidak layak mohon BR1M. Tidak kisahlah sama ada anda penjawat awam, bekerja di syarikat swasta, bekerja sendiri termasuk ada sijil pendaftaran perniagaan atau pemilik syarikat Sdn.Bhd,  sekiranya pendapatan anda MELEBIHI seperti yang telah ditetapkan anda TIDAK LAYAK mohon atau dapat BR1M.

Jadi tidak timbul isu ada sijil Pendaftaran Perniagaan SSM tidak layak mohon BR1M. Terbukti ada orang telah mendaftarkan perniagaan dengan SSM tetapi dapat BR1M.

Untuk mengelakkan kekeliruan, saya rasa tuan puan, saudara saudari yang merasakan layak mendapat BR1M, perlu membuat pengisytiharan dengan pihak LHDN tentang pendapatan yang diperolehi.

Selagi anda tidak membuat pengisytiharan pendapatan, selagi itu LHDN tidak mengetahui pendapatan anda yg mana menyukarkan mereka utk mengagihkan BR1M.

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa di pihak SSM, sesiapa yang mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, tidak ada keperluan untuk menghantar laporan kewangan atau laporan pendapatan kepada SSM.

Ini kerana matlamat SSM mendaftarkan perniagaan terutamanya di kalangan peniaga kecil-kecilan adalah utk membantu mereka.  Bagaimana perkara ini boleh bantu mereka?

Kalau mereka mendaftar perniagaan, ini bererti perniagaan yg mereka jalankan adalah sah di sisi undang undang dan dari sudut ini, orang ramai yg berurusan dengan mereka akan menjadi lebih yakin. Bila orang yakin, secara logiknya perniagaan mereka akan maju, kerana orang ramai akan beli produk dan perkhidmatan mereka.

Banyak lagi kelebihan mendaftar perniagaan ni, antaranya lagi, kalau perlukan modal utk kembangkan perniagaan, kalau perlu buat pinjaman dengan mana mana institusi kewangan, dengan adanya sijil pendaftaran perniagaan SSM urusan akan jadi lebih mudah.

Perkara ini jelas bahawa, dengan mendaftar perniagaan anda dengan SSM tidak semestinya tidak layak memohon BR1M. Bagi saya, kalau pendapatan perniagaan anda tidak melebihi daripada syarat yg ditetapkan anda layak mohon BR1M.

Kalau anda tidak lagi menjalankan perniagaan dan tidak mempunyai pendapatan perkara ini boleh dimaklumkan kepada LHDN.

Saya cadangkan utk mengelakkan kekeliruan, tuan puan, saudara saudari perlu menghubungi mana-mana pegawai LHDN. Perkara ini juga telah dimaklumkan di laman sesawang LHDN.

Di pihak SSM pula, sememangnya kami tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan pendapatan anda sekiranya anda telah mendaftarkan perniagaan anda di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Mengenai hal ini tiada apa-apa maklumat yg kami salurkan kepada LHDN kecuali anda memaklumkannya sendiri.

Di Sabah dan Sarawak, peniaga kecil-kecilan tidak berdaftar dengan SSM. Di sana mereka wajib berdaftar dengan LHDN atau pihak berkuasa tempatan. Sebarang maklumat berkaitan perniagaan usahawan di sana, memang LHDN boleh dapat direct.

Menjawab tentang skim 1 Pelajar 1 Pendaftaran Perniagaan yang diperkenalkan oleh SSM bermula 1 Januari 2017 yang mana memberikan pendaftaran percuma kepada golongan pelajar IPT juga bukan bertujuan utk tujuan pengagihan BR1M.

Ia adalah inisiatif SSM yang boleh dikatakan sebagai CSR SSM utk menggalakkan golongan berkenaan berkecimpung dalam bidang perniagaan dan lebih penting menjadikan perniagaan mereka sah di sisi undang-undang. Dari segi manfaat mendaftar pernigaan, telah saya terangkan di atas tadi.

Saya harap penjelasan saya di sini dapat menjawab isu SSM yang dikaitkan dengan pengagihan BR1M.

Sekali lagi, saya ingin nasihatkan bagi sesiapa yg masih kabur mengenai permohonan BR1M ini boleh mendapatkan penjelasan daripada LHDN atau melayari laman sesawang mereka.

Saya percaya LHDN mempunyai cara terbaik utk memberi penjelasan mengenai hal ini dan mengagihkan BR1M. Saya juga percaya terdapat timbang-tara dan proses seperti proses rayuan utk tujuan memohon BR1M.

Terima kasih kerana membaca.

SHAHREN YUSRI
M.K Pengarah Strategi Korporat dan Komunikasi SSM

7 Mac 2017

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2017, Kepada Yang Gagal Memohon


Secara keseluruhan, seramai hampir 6,320,769 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2017 yang merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isirumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isirumah yang berpendapatan bulanan diantara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 billion.

Merujuk kepada kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pemohon boleh membuat permohonan rayuan dengan mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada LHDN semasa tempoh rayuan bagi mengesahkan maklumat pendapatan pemohon. Dimaklumkan juga, pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM.

Bagi mereka yang gagal dalam permohonan BR1M 2017, surat dan email pemakluman akan dihantar kepada pemohon yang akan menjelaskan sebab kegagalan dan juga kaedah rayuan. Permohonan rayuan boleh dibuat secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) yang terdekat sehingga 31 Mei 2017 dengan mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan terkini seperti yang dinyatakan didalam surat/email.

Selain itu, penerima sediada yang ingin mengemaskini maklumat terkini seperti maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC yang terdekat dalam tempoh rayuan.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88- 2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my

Kementerian Kewangan 7 Mac 2017

Sarawak Lihat Semula Kedudukan Lebih 170 Pekerja Korea Utara



Kerajaan negeri Sarawak sedang melihat semula kedudukan kira-kira 170 pekerja warga Korea Utara di Sarawak, ekoran keadaan hubungan diplomatik terkini antara kedua-dua negara.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan pekerja tersebut terlibat dalam sektor perlombongan batu arang dan beberapa projek tertentu di Lawas.

“Saya akan berhubung dengan pihak Kementerian Luar bagi meminta nasihat mengenai perkara ini.
“Isu ini sensitif dan biar kita menunggu hasil perbincangan dengan Kementerian Luar dan juga Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Forum Landskap Hutan di sini hari ini.

Laporan Secara Langsung Dari Kedutaan Korea Utara Di KL ,Ketegangan Diplomatik Malaysia dan Korea Utara


Ketegangan Diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia bermula hari ini bila Korea Utara mengumumkan menghalang rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara daripada meninggalkan negara itu buat sementara waktu yang disifatkan oleh Perdana Menteri dalam kenyataannya yang dikeluarkan tengahari ini di akaun facebook beliau sebagai tebusan dan ianya perbuatan yang hina dan melanggar undang-undang serta norma diplomatik.


Sumber Wisma Putra mengesahkan 11 rakyat Malaysia sedang terperangkap di Korea Utara, di mana sembilan daripadanya adalah di Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang dan dua lagi adalah sebahagian daripada Program Makanan Dunia.Menurut kenyataan Korea Utara, rakyat Malaysia akan dikeluarkan sehingga isu Jong Nam Kim diselesaikan.

Terdahulu, Duta Korea Utara Kang Chol meninggalkan Malaysia semalam selepas beliau dipecat oleh kerajaan Malaysia. Berikutan dengan pemergiannya, Korea Utara membalas dendam dengan mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad, sebagai persona non grata dan telah menuntut dia meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.


Bertindak balas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, juga menyatakan bahawa Korea Utara dilarang daripada meninggalkan Malaysia. Walau bagaimanapun, larangan ini hanya untuk kakitangan kedutaan dan bukan untuk rakyat Korea Utara yang lain.





"Ini adalah tindak balas Kementerian Dalam Negeri apabila Korea Utara melakukan perkara yang sama. Kami akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, "kata Zahid.


Ikut laporan secara langsung dari kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur di bawah:

12:00: Sebuah kenderaan milik kedutaan Korea Utara telah dibenarkan melalui kepungan polis dan terus meninggalkan bangunan kedutaan di Jalan Batai, Bukit Damansara.
 

1:00 pm: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nur Jazlan dilihat meninggalkan kedutaan Korea Utara di Damansara Heights selepas menghabiskan lebih setengah jam di dalam. Nur Jazlan telah tiba di kedutaan hanya selepas tengah hari ini.

1:20: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga telah mengeluarkan kenyataan menggesa Korea Utara untuk melepaskan semua rakyat Malaysia yang beliau kongsi pada catatan di Facebooknya.

1:43 pm: Kaunselor Korea Utara Kim Yu-lagu muncul di hadapan NK Embassy. Beliau dilihat melibatkan diri dalam perbualan dengan anggota polis yang hadir.




Anggota polis juga dilihat mengepung jalan di mana kedutaan ditempatkan, dengan lebih daripada sembilan kenderaan yang tiba sebelum tengah hari dan mencegah dua kenderaan kedutaan daripada meninggalkan kawasan itu.