Bujang Senang

Bujang Senang

8 Mac 2017

PENJELASAN ISU SSM-BR1M "Ada sijil SSM Tak Dapat Bantuan" TIDAK BENAR


Saya ingin ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memanjangkan isu berkaitan pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di dalam FB saya ini.

Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah seseorang yang telah mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak layak mohon BR1M?

Sebelum saya menjawab persoalan ini, ingin saya maklumkan terlebih dahulu, SSM tidak terlibat dengan sebarang pengagihan BR1M termasuk syarat atau prosedur bagaimana BR1M diagihkan.

Jawapan di atas sebenarnya perlu dirujuk dengan LHDN sekiranya syarat itu ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Walau bagaimanapun saya akan cuba sedaya upaya memberi penjelasan untuk menjawab persoalan di atas. Jawapannya ialah tidak semestinya.

Kenapa? Kerana pengagihan BR1M ini adalah berdasarkan pendapatan isi rumah.

Secara dasarnya, BR1M diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM4 ribu, RM3 ribu ke bawah dan RM2 ribu ke bawah (Bujang).

Jelas di sini, kenyataan berbunyi "ada je sijil pendaftaran perniagaan SSM tidak layak mohon atau dapat BR1M" adalah TIDAK BENAR.

Kalau kita ikut syarat di atas, sesiapa saja yang berpendapatan melebihi seperti yang ditetapkan, memang tidak layak mohon BR1M. Tidak kisahlah sama ada anda penjawat awam, bekerja di syarikat swasta, bekerja sendiri termasuk ada sijil pendaftaran perniagaan atau pemilik syarikat Sdn.Bhd,  sekiranya pendapatan anda MELEBIHI seperti yang telah ditetapkan anda TIDAK LAYAK mohon atau dapat BR1M.

Jadi tidak timbul isu ada sijil Pendaftaran Perniagaan SSM tidak layak mohon BR1M. Terbukti ada orang telah mendaftarkan perniagaan dengan SSM tetapi dapat BR1M.

Untuk mengelakkan kekeliruan, saya rasa tuan puan, saudara saudari yang merasakan layak mendapat BR1M, perlu membuat pengisytiharan dengan pihak LHDN tentang pendapatan yang diperolehi.

Selagi anda tidak membuat pengisytiharan pendapatan, selagi itu LHDN tidak mengetahui pendapatan anda yg mana menyukarkan mereka utk mengagihkan BR1M.

Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa di pihak SSM, sesiapa yang mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, tidak ada keperluan untuk menghantar laporan kewangan atau laporan pendapatan kepada SSM.

Ini kerana matlamat SSM mendaftarkan perniagaan terutamanya di kalangan peniaga kecil-kecilan adalah utk membantu mereka.  Bagaimana perkara ini boleh bantu mereka?

Kalau mereka mendaftar perniagaan, ini bererti perniagaan yg mereka jalankan adalah sah di sisi undang undang dan dari sudut ini, orang ramai yg berurusan dengan mereka akan menjadi lebih yakin. Bila orang yakin, secara logiknya perniagaan mereka akan maju, kerana orang ramai akan beli produk dan perkhidmatan mereka.

Banyak lagi kelebihan mendaftar perniagaan ni, antaranya lagi, kalau perlukan modal utk kembangkan perniagaan, kalau perlu buat pinjaman dengan mana mana institusi kewangan, dengan adanya sijil pendaftaran perniagaan SSM urusan akan jadi lebih mudah.

Perkara ini jelas bahawa, dengan mendaftar perniagaan anda dengan SSM tidak semestinya tidak layak memohon BR1M. Bagi saya, kalau pendapatan perniagaan anda tidak melebihi daripada syarat yg ditetapkan anda layak mohon BR1M.

Kalau anda tidak lagi menjalankan perniagaan dan tidak mempunyai pendapatan perkara ini boleh dimaklumkan kepada LHDN.

Saya cadangkan utk mengelakkan kekeliruan, tuan puan, saudara saudari perlu menghubungi mana-mana pegawai LHDN. Perkara ini juga telah dimaklumkan di laman sesawang LHDN.

Di pihak SSM pula, sememangnya kami tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan pendapatan anda sekiranya anda telah mendaftarkan perniagaan anda di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Mengenai hal ini tiada apa-apa maklumat yg kami salurkan kepada LHDN kecuali anda memaklumkannya sendiri.

Di Sabah dan Sarawak, peniaga kecil-kecilan tidak berdaftar dengan SSM. Di sana mereka wajib berdaftar dengan LHDN atau pihak berkuasa tempatan. Sebarang maklumat berkaitan perniagaan usahawan di sana, memang LHDN boleh dapat direct.

Menjawab tentang skim 1 Pelajar 1 Pendaftaran Perniagaan yang diperkenalkan oleh SSM bermula 1 Januari 2017 yang mana memberikan pendaftaran percuma kepada golongan pelajar IPT juga bukan bertujuan utk tujuan pengagihan BR1M.

Ia adalah inisiatif SSM yang boleh dikatakan sebagai CSR SSM utk menggalakkan golongan berkenaan berkecimpung dalam bidang perniagaan dan lebih penting menjadikan perniagaan mereka sah di sisi undang-undang. Dari segi manfaat mendaftar pernigaan, telah saya terangkan di atas tadi.

Saya harap penjelasan saya di sini dapat menjawab isu SSM yang dikaitkan dengan pengagihan BR1M.

Sekali lagi, saya ingin nasihatkan bagi sesiapa yg masih kabur mengenai permohonan BR1M ini boleh mendapatkan penjelasan daripada LHDN atau melayari laman sesawang mereka.

Saya percaya LHDN mempunyai cara terbaik utk memberi penjelasan mengenai hal ini dan mengagihkan BR1M. Saya juga percaya terdapat timbang-tara dan proses seperti proses rayuan utk tujuan memohon BR1M.

Terima kasih kerana membaca.

SHAHREN YUSRI
M.K Pengarah Strategi Korporat dan Komunikasi SSM

0 komentar: