Sehingga kini, Pakatan Harapan masih belum menamakan siapa calon Perdana Menterinya, selepas gabungan baru itu dibentuk pada September 2015.
Sudah 7 bulan, pembangkang masih belum ada lagi calon siapa hendak jadi PM, hanya bersetuju untuk kerusi TPM sahaja iaitu Kit Siang.
Kenapa lama sangat hendak pilih calon PM? Mahu tunggu Anwar keluar penjara atau mahu tunggu Mukhriz jadi Presiden PPBM dulu baru hendak umum?
Meskipun PKR masih memberikan harapan kepada Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, namun gabungan yang lain masih membisu.
Tiada nama yang diumumkan sekali gus mencetuskan banyak persoalan, mungkinkah masing-masing mempunyai calon sendiri.
Adakah ia Anwar, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Mukhriz Mahathir? Isu siapa calon Perdana Menteri ini sangat rumit hinggakan tiada pihak yang berani tampil untuk menamakan calon tersebut.
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tempohari, ketika berucap melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, beberapa hari lepas.
Beliau menyifatkan pembangkang di Malaysia sebagai 'ali baba' kerana tidak ada kesepakatan di antara mereka terhadap siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang.
"Dia (pembangkang) cuma setuju siapa jadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi siapa nak jadi Perdana Menteri?...(Datin Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) ke? (Datuk Seri) Anwar Ibrahim? atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)?
"Lebih pelik Timbalan Perdana Menteri akan tentukan siapa jadi Perdana Menteri, ini pakatan Ali Baba," kata Najib.
Situasi di dalam pakatan harapan sangat berbeza dengan Barisan Nasional yang tidak menghadapi masalah dalam pemilihan Perdana Menteri kerana keseluruhan parti telah sebulat suara menyokong kepimpinan Najib.
Apa yang boleh diperkatakan ialah pembangkang hanya membentuk pakatan baharu bertujuan untuk bermain politik, bukannya demi memperjuangkan hak rakyat.
Yang pasti, pembangkang kini sudah hilang arah tuju selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan PPBM dan menyertai Pakatan Harapan. Beliau kini sedang mengatur strategi dan cuba menentukan siapa calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Itu baru calon Perdana Menteri, tidak masuk lagi bab pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum nanti. Jika isu calon Perdana Menteri pun sukar untuk mendapat kesepakatan, jangan harap pengagihan kerusi akan selesai dengan mudah.
Rakyat jangan sokong pakatan ali baba yang diketuai DAP ini. Masa depan negara akan jadi tidak menentu jika rakyat terpengaruh dengan kempen politik menghasut mereka.
Tulisan :
Beruang Biru
BB314, Isnin
6 Mac 2017
0 komentar:
Catat Ulasan