Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

29 Sep 2012

BUDGET PEMBANGKANG CUMA JANJI KOSONG


Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri. Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.

Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara. Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN. Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara. Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013. Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen. Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya. Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat. Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang. Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan. Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma. Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar. Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula. Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen. Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi. Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.

Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian. Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat. Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri? Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar! Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu. Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.

Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya. Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif.  Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti.

19 Sep 2012

Deklarasi Kuching Pakatan Rakyat


Deklarasi Kuching PR: Sebuah Janji ala Manifesto yang Bukan Janji?  Sempena Hari Malaysia dan sambutan Ulangtahun Penipuan Terbesar Anwar Ibrahim iaitu untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September, Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk meluaskan lagi penipuan dengan menabur janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak melalui satu deklarasi yang dinamakan Deklarasi Kuching.  Deklarasi tersebut ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching. Ia juga turut ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, Adam Ahid, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan juga Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.  Menurut PR, deklarasi tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak serta pembangunan kedua-dua negeri selain sebagai menandakan komitmen Pakatan Rakyat untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.  Tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut adalah:  1. Kerjasama Bersekutu  2. Perwakilan Yang Adil  3. Kewarganegaraan  4. Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat  5. Kecekapan Dan Kemandirian Sarawak Dan Sabah  6. Keadilan Dalam Isu Minyak  7. Pembangunan Sekata  Tidak cukup dengan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dalam ucapannya di Tuaran yang ditujukan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, telah bertindak mengkritik kerajaan pusat kerana ‘meminggirkan’ kedua-dua negeri tersebut sehingga menyebabkan kemiskinan masih lagi berleluasa sedangkan mempunyai sumber alam yang tinggi.  Rakyat Sabah dan Sarawak pasti terhibur mendengar janji-janji PR ini tetapi kita pasti majoriti mereka cukup bijak untuk menilai sesebuah janji berdasarkan rekod si penabur janji. PR boleh berjanji apa saja, bulan bintang, gunung matahari tetapi apakah jaminan bahawa parti ini mampu menunaikan segala janji?  Kita tidak perlu pergi jauh untuk menilai kemampuan PR menunai janji kerana tarikh 16 September itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan segala-galanya mengenai parti tersebut.  16 September bukan sahaja menjadi bukti PR adalah parti penipu kerana Anwar tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, tetapi juga menjadi bukti bahawa ia adalah parti yang tidak punya integriti kerana ingin mengambil alih negara melalui jalan belakang, membelakangkan pilihan rakyat, yakni dengan kaedah merasuah atau membeli pemimpin.  Selain itu, sebelum terbawa-bawa dengan hiburan yang dibawa oleh pemimpin PR di pentas ceramah, rakyat Sabah Sarawak wajar belajar dari rakyat Pulau Pinang yang kini sedang terngadah dahi masing-masing setelah terhantuk kuat dengan janji-janji PR untuk membela mereka. Apa yang nyata kini di Pulau Pinang ialah kerajaan DAP hanya membela golongan yang telah sedia kaya, serta menindas yang lain.  Kampung dirobohkan, tanah dirampas dan perniagaan ditutup atas nama ‘undang-undang’ dan peraturan tanpa mengambil kira kesusahan rakyat yang terlibat. Iaitu satu perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan BN.  Seperti Pulau Pinang, negeri Selangor yang berada di bawah PKR juga menyaksikan harga tanah menjulang tinggi dan pembinaan rumah-rumah kos tinggi dan terlalu tinggi sahaja, semenjak PR mengambil alih. Jelas, satu-satunya golongan rakyat yang mendapat faedah dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan PR ialah golongan berpendapatan tinggi dan amat tinggi, terutamanya di kalangan ahli-ahli perniagaan yang berjaya.  Semuanya gara-gara ingin menunjukkan peningkatan dalam rekod pendapatan negeri, tanpa mengambil kira akibatnya kepada rakyat dari golongan sederhana, rendah dan miskin. Justeru, bagaimana rakyat Sabah Sarawak mampu mempercayai yang PR akan membela nasib mereka yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bukannya yang telah sedia berjaya?  Keprihatinan yang diluahkan oleh Hadi Awang di dalam ucapannya kepada rakyat Sabah Sarawak juga tidak wajar diambil serius. Ini kerana, negeri yang berada di bawah pemerintahan PAS selama lebih 20 tahun iaitu Kelantan, masih, dan selamanya merupakan negeri paling mundur dengan catatan kemiskinan paling tinggi di Malaysia.  Oleh itu, rasanya adalah lebih afdal jika rakyat Sabah dan Sarawak menyeru Hadi Awang agar membuktikan keprihatinannya kepada rakyat Kelantan dahulu, sebelum menabur janji kepada rakyat negeri lain.  Umum telah sedia maklum bahawa PR memang gemar bermain kata-kata.  Contohnya, ‘menolak dan menentang hudud adalah tidak sama’. Atau ‘bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP tidak membawa kepada tindakan yang sama’. Serta yang terbaru dan paling penting untuk diberi perhatian ialah ‘manifesto PR bukan janji’.  Berdasarkan permainan kata-kata ini, apakah kemungkinan yang PR tidak akan berkata bahawa ‘Deklarasi Kuching bukan janji’ sekiranya mereka berjaya memenangi Sabah / Sarawak dalam PRU nanti. Tidak mustahil, seperti juga manifesto mereka, PR hanya menyenaraikan dan mengumumkan perkara-perkara di dalam deklarasi tersebut untuk suka-suka sahaja bagi meraih undi rakyat, tanpa niat pun untuk menunaikannya.  Oleh itu, dengan penipuan, ketidakadilan serta ketidakcekapan PR yang jelas dan nyata dapat dilihat di negeri-negeri yang diperintah mereka, tentulah tidak salah untuk kita berpesan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa ‘Bila ianya PR, ia tidak boleh dipercayai.

17 Sep 2012

16 September Diperingati Setiap Tahun


Ketika berucap sempena Hari Malaysia di Bintulu Sarawak semalam (16hb. September 2012), YAB Perdana Menteri berkata, hubungan serta persefahaman yang baik dengan Kerajaan Pusat telah menjadi asas kepada Sabah dan Sarawak mencapai kemajuan yang membanggakan sejak kemerdekaan."Persetujuan oleh pemimpin terdahulu di kedua-dua negeri itu untuk menyertai 11 negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963 telah menjadi asas kepada kejayaan hari ini"."Saya fikir tidak ada seorang pun rakyat di Sarawak dan Sabah hari ini yang akan mengatakan mereka telah membuat kesilapan besar menyertai Malaysia," kata Najib di hadapan ribuan rakyat di tapak lama Lapangan Terbang Bintulu di sini.Menurut beliau lagi, para pemimpin negara generasi awal kemerdekaan telah berjaya menepati janji mereka untuk memastikan Malaysia akan terus kekal dan berdaulat, diikuti pemimpin selepasnya yang mengisi ruang kemerdekaan yang telah menepati janji mereka supaya pembangunan berlaku di seluruh pelosok negara."Bagi pemimpin hari ini, janji kita adalah bahawa menjelang fajar 2020, bumi Malaysia ini akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju," katanya. 

16 Sep 2012

Sibu Kerusi Kuat BN - Najib


SIBU -  Negara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tahun.Pandangan ini diberikan ketika negara menyambut Hari Malaysia dan spekulasi meningkat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.Dipetik Bernama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Malaysia tidak seharusnya ditadbir oleh kalangan yang kurang berpengalaman kerana ini hanya membawa ke arah kehancuran.     "Tiada pendatang baru dalam politik yang boleh melakukan keajaiban dan kemudiannya berkata mereka boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi," katanya pada majlis pecah tanah universiti terbaru Sarawak iaitu Kolej Universiti Teknologi Sarawak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini hari ini.     "Barisan Nasional... mereka mempunyai pemimpin dan anggota berkualiti yang boleh membawa transformasi kepada negara ini.     "Najib, beliau sangat maklum tentang keperluan dan aspirasi negeri ini, memandangkan beliau seorang pengunjung yang kerap, sama ada ke pusat bandar atau luar bandar, sejak menerajui kepimpinan kerajaan persekutuan tiga tahun lepas," kata Taib.     Justeru, beliau berkata, masyarakat Sarawak sekali lagi perlu berdiri teguh di belakang kerajaan pimpinan Najib, untuk membolehkan negeri ini, yang semakin menghampiri pemodenan, mencapai aspirasi ini dengan jayanya.     Sementara itu, berucap pada majlis Hari Raya anjuran Dewan Undangan Negeri kawasan Nangka di Masjid An-Nur, yang turut dihdiri perdana menteri, Taib berkata:     "Rakyat berdepan perjuangan yang besar untuk mempertahankan kerajaan BN yang mempunyai komitmen dan sejarah dalam membawa kemajuan serta pembangunan di negeri ini."     Beliau berkata perjuangan itu menjadi semakin rumit saban hari, namun kerajaan BN mampu menanganinya, tambahan pula kepimpinannya telahpun membuktikan keupayaan dan kebolehan untuk menjadi semakin baik.     "Ayuh kita beri mandat yang paling besar kepada Najib untuk memimpin kerajaan sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.     "Mari kita bersatu padu mengundi kerajaan dan kepimpinan beliau serta menolak golongan yang hanya mahu membuat pelbagai janji," katanya.

13 Sep 2012

Aksi Buka Seluar - Siapa?


Andai Sin Yee Buka Seluar….  PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari. Apa agaknya akan terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat yang sama?  Tentu semakin meriah dan ‘bersemangat’ jadinya himpunan Janji Demokrasi pada malam itu. Reformasi yang dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar. Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.  Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato’ Seri Najib, tanpa membukanya. Jika tidak, tentu jenuh puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak turut sama.  Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah ‘keberatan’ untuk turut mengecam tindakan tersebut. Kebanyakan mereka mengambil sikap ‘malu alah’ dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar. Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak lawan.  Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara. Mungkin juga akan timbul ayat baru yang mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya.  Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya kepada pihak berkuasa.  Ini adalah sama seperti yang berlaku dalam kes ‘mencarut’ apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan buku Shit, tulisan Shahnon Ahmad yang penuh dengan kata-kata mencarut di tahap tertinggi terhadap pemimpin negara. Alasan Nik Aziz ketika itu ialah ‘Allah juga mencarut’, dan diberikan contoh iaitu ungkapan ‘celakalah mereka’ di dalam Al-Quran.  Kita tidak hairan jika alasan ini diberikan oleh Nik Aziz kerana kita pasti, beliau gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia apabila tidak dapat membezakan ‘mencarut’ dengan perkataan keras untuk menekankan kemurkaan Allah S.W.T terhadap umat yang engkar di dalam Al-Quran.  Nasib baik kali ini Nik Aziz tidak turut membela tindakan Ammar tetapi mengecamnya. Nasib baik sekali lagi Sin Yee tidak berbuat yang sama, kalau tidak belum tentu lagi apa pendirian Nik Aziz mengenainya. Mana tahu mungkin beliau akan memberi alasan yang Sin Yee adalah bukan Islam maka tindakan sebegitu tidak harus dipertikai semata-mata untuk menjaga hati DAP?  Lagipun, bukankah DAP yang bertungkus lumus membela Sin Yee dan telah nampak jelas yang mereka sedang berusaha untuk mempolitikkan kebiadaban Sin Yee sebagaimana mereka mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock? Sin Yee kini cuba dijadikan ‘hero’ hanya kerana tangannya digari ketika ditangkap.  Apakah Nik Aziz akan turut meng’hero’kan Sin Yee?

Blogger Pakatan Gelar Perdana Menteri "Firaun"


Pakatan Rakyat Panggil Najib Firaun  Membaca tulisan terbaru dari blog pro pembangkang, suarapakatanrakyat.com bertajuk "Buat Apa Minta Maaf Maaf Pada Firaun Seperti Najib?", pastinya membuatkan hati kita membuak marah dengan tulisannya yang agak melampau dan berbaur fitnah.  Blog tersebut bukan sahaja telah mempertikaikan kesediaan ibu bapa kepada Mohamad Ammar Ab Rahman dan Ong Sing Yee untuk memohon maaf dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di atas kesilapan yang dilakukan anak-anak mereka.  Malah tanpa berselindung turut memperlekehkan tindakan ibu bapa terbabit sebagai satu kelemahan yang ketara dan tidak patut dilakukan apatah lagi memohon maaf dengan DS Najib yang digelarnya sebagai firaun kedua selepas Tun Dr Mahathir.  Padahal apa sahaja agama mahupun bangsa atas dunia ini tidak ada satupun yang memandang remeh kesediaan seseorang insan memohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku, sebaliknya menyanjung tinggi kesedaran yang datang dari hati yang tulus ikhlas.  Gelaran firaun yang dilemparkan terhadap DS Najib pula ternyata agak melampau dan terbukti memperlihatkan sikapnya yang kurang ajar serta tidak beradab.  Melihat pada gambar replika kepala firaun dengan logo UMNO seperti terpampang di blog tersebut pula bukan setakat menyebabkan amarah kita membuak-buak tetapi juga mengimbas kembali ingatan kita kepada gerakan reformasi yang terkenal dengan kempen melampaui batas dan kurang ajar satu ketika dulu.  Ternyata doktrin kebencian dan sikap kurang ajar yang disemai oleh pemimpin pembangkang semasa zaman gelap reformasi tahun 1990-an dulu nampaknya masih lagi kuat melekat dikalangan sebahagian besar penyokong totoknya.  Bertahun-tahun dulu di zaman kegelapan reformasi tersebut, panggilan mahafiraun, mahazalim dan sebagainya cukup popular meniti dari bibir ke bibir penyokong pembangkang yang bergabung tenaga di belakang Anwar Ibrahim.  Tidak cukup dengan gelaran-gelaran itu, diguna pula kreativiti mereka dengan memuat naik gambar superimposed Dr Mahathir yang sengaja diperlihatkan seperti firaun.  Apa yang berlaku dulu kini seperti cuba dilaksanakan kembali menunjukkan hakikat yang PR sudah ketandusan idea dalam mendepani cabaran PRU 13 yang semakin hampir disebalik tanda-tanda nyata kekuatan mereka sudah kian merudum.  Memfitnah DS Najib dengan gelaran firaun dan kononnya zalim mungkin berjaya menambah kebencian penyokong pembangkang terhadap kepimpinan DS Najib yang menerajui Kerajaan Barisan Nasional, namun realitinya majoriti rakyat tidak dapat menerima kempen politik yang melampaui batas seperti itu.  Jika dulu rakyat telah menghukum pakatan pembangkang dengan menghadiahkan kemenangan kepada BN gara-gara keceluparan dan sikap kurang ajar penyokong Anwar sewaktu di zaman Dr Mahathir sebagai PM, pastinya PRU 13 kelak penangan yang lebih teruk bakal melumpuhkan terus PR dari persada politik negara

Bila Anwar Sudah Meroyan


Akhirnya Anwar Gila Juga…  Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa. Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato’ Seri Najib yang ‘terpaksa’ turun dari takhta, katanya.  Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee. Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.  Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk ‘berkongsi’ dengan rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata. Justeru itu, segala keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja perbincangan.  Namun, apa yang membuatkan kita lebih ‘cuak’ dengan Anwar ialah apabila beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya. Kata beliau, “"Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"  Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan kenyataan di atas. Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar gila. Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti. Keputusan pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang?  Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan ‘pre-emptive’ Anwar untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan menjatuhkan kredibiliti SPR. Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang diperkatakannya bukanlah strategi ‘pre-emptive’ tetapi fantasinya.  Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang. Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta memerintahkan Dato’ Seri Najib agar turun dan berundur.  Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero, Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja yang beliau mahukan. Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya.  Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah semakin merapu. Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.  Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal ketidakwarasannya.  Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti. Apakah kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan diumumkan dan tidak memihak kepadanya? Atau apakah beliau akan benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat?

1 Sep 2012

YAKIN BOLEH MENANG KERUSI BANDAR KUCHING


 1 Night with P195/P196 BFF Best Friends ForeverPresiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP), Datuk Seri Peter Chin yakin Barisan Nasional(BN) boleh memenangi semula kerusi Parlimen Bandar Kuching dengan sokongan padu komponen BN pada pilihanraya umum yang akan datang.Chin yang juga Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air berkata SUPP juga mahu mempertahankan kawasan Perlimen Stampin dengan kerjasama erat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP), dan Parti Rakyat Sarawak(PRS)."Kita dalam BN semestinya turun ke medan perjuangan dengan satu slogan,satu matlamat dan satu pasukan untuk menang.Saya amat terharu dengan sokongan daripada komponen BN kepada SUPP untuk kembali merampas Bandar Kuching dan mempertahankan Stampin,inilah semangat dalam BN," katanya ketika berucap pada Majlis 1 Night with P195/P196.Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom yang turut hadir pada majlis berkenaaan berkata perpaduan dalam parti adalah asas yang paling penting.

Sikap Melampau Puak Pakatan Dikala Sambutan Kemerdekaan Dan Idul Fitri


Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka.  Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.  Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.  Menggunakan nama ‘Janji Demokrasi’ mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.  Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi ‘membuang’ ke atas gambar Perdana Menteri.  Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.  Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.  Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.  Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.  Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.  Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.  Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.  Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.  Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.  Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.  Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.  Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.  Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.  Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.  Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.  Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.