Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

27 Jul 2017

Masjid Al-Aqsa, Catatan Perjalanan Penuh Debaran Datuk Akmar Hisham Mokhles


DALAM keadaan ketegangan semakin memuncak di perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas rejim Tel Aviv mengenakan sekatan ke atas akses masjid tersebut, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Akmar Hisham Mokhles bersama media Malaysia melakukan perjalanan yang penuh debaran ke masjid ketiga paling suci orang Islam itu.

Rejim Israel telah bertindak memasang pengesan logam di pintu masuk al-Aqsa yang mencetuskan bantahan penduduk Palestin, dan berkemungkinan besar akan menyukarkan misi Datuk Akmar bersama media Malaysia untuk menjejakan kaki ke Masjid Al Aqsa.

PRU14.tv memaparkan catatan perjalanan beliau berdasarkan sumber yang diperolehi dari facebook Akmar Hisham Mokhles .  

Pada 23 Julai 2017 rombongan tersebut berlepas ke Amman, Jordan. Datuk Akmar mengetuai rombongan yang terdiri daripada 27 peserta dari Malaysia untuk program Misi Kemanusiaan dan Pertukaran Budaya Media Malaysia-Jordan. Program tersebut akan berlangsung dari 23 hingga 29 Julai 2017.

Mereka dijangka tiba di Amman subuh keesokan hari dan di sana beberapa program telah diatur untuk mereka. Program ini menyaksikan peserta negara kita diwakili dari pelbagai kaum.

Mereka selamat mendarat di Amman, Jordan  diQueen Alia International Airport  seperti yang dijadualkan.

Di sempadan Jordan-Israel. Menunggu dengan sabar di atas bas sementara menanti pasport di cop. Tadi Alhamdulillah, tiada sebarang masalah ketika tiba di lapangan terbang.

Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di kota lama Jerusalem. Sekejap lagi akan cuba masuk ke Masjid Al Aqsa untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Ramai media membuat liputan mengenai keadaan di sekitar Masjid Al Aqsa. Media antarabangsa pun ramai.

Kawalan polis Israel pula agak ketat memandangkan beberapa insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Seorang pemuda Palestin yang kami ajak bersembang sebentar tadi mengatakan bahawa rakyat Palestin ingin mengadakan demonstrasi sekali lagi malam ini untuk menzahirkan rasa tidak puashati mereka kepada pihak berkuasa Israel.

Apapun, kami berdoa hajat untuk menjejakkan kaki ke Masjid Al Aqsa malam ini akan dimakbulkan Allah selain melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Malam tadi selepas solat maghrib di Masjid Al Aqsa, berlaku pertempuran antara rakyat Palestin dan askar Israel di luar perkarangan masjid. Bila insiden ini berlaku, kami terpaksa berlindung di masjid sehingga keadaan reda dan terpaksa bergerak keluar menggunakan pintu lain untuk mengelak terperangkap dalam sebarang pertempuran.

Dari dalam masjid, kami boleh mendengar dengan jelas teriakan rakyat Palestin yang membuat bantahan, bunyi siren kereta polis Israel serta bunyi tembakan. Kami diberitahu oleh penduduk tempatan, pertempuran malam tadi berlarutan sehingga 2 pagi tadi dan ada beberapa orang cedera seperti dilaporkan media di sini.

Minta maaf kami tak dapat nak kongsikan banyak gambar dan cerita buat masa ini. Cuma saya boleh maklumkan, kami semua selamat dan sekejap lagi akan bergerak semula ke Jordan.

Selama 2 hari berada di Jerusalem dan meninjau keadaan di sekitar Masjid Al Aqsa, membolehkan kami lebih memahami perjuangan rakyat Palestin. Dan video beserta doa ini menunjukkan kesungguhan mereka dalam meneruskan perjuangan.

Pagi tadi kami memasuki semula Masjid Al Aqsa selepas berlakunya pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan malam tadi. Sungguh tak disangka, pihak berkuasa Israel akhirnya tunduk kepada desakan penunjuk perasaan yang mahu mesin pengimbas atau mesin pengesan logam tidak digunakan di semua laluan masuk ke masjid. Mesin pengimbas inilah antara punca berlakunya protes selama 11 hari.

Semalam, kami semua perlu melalui mesin pengimbas ini selain semua beg diperiksa. Hari ini semua mesin telah dicabut. Walaupun demikian, polis Israel masih mengawal ketat sekeliling masjid. Malah mereka mengiringi setiap masa rombongan pelawat Yahudi yang mengunjungi masjid tersebut manakala pengunjung berbangsa lain bebas bergerak tanpa kawalan. Keadaan ini, sedikit sebanyak memudahkan petugas media Malaysia melakukan tugas mereka.

Usaha kami untuk memasuki Masjid Al Aqsa semalam. Terpaksa mencuri-curi merakam gambar di sebalik kawalan ketat polis Israel. Kawalan diketatkan selepas 2 anggota polis Israel mati ketika bertempur dengan penunjuk perasaan.

Seorang imam masjid juga cedera ditembak polis Israel ketika tindakan menyuraikan tunjuk perasaan selain ramai penduduk Palestin yang dilaporkan cedera. Media melaporkan setakat ini, 3 penduduk Palestin turut terbunuh ketika bertempur dengan polis Israel.

Sementara pertempuran di luar Masjid Al Aqsa reda, kami dipelawa oleh 2 orang kanak-kanak Palestin iaitu Khalid dan sepupunya iaitu Zahid untuk minum teh yang mereka sediakan.

Menurut Khalid, dia sudah biasa dengan suasana tunjuk perasaan ataupun suasana tegang libatkan penduduk Palestin dan polis Israel. Walaupun, berlaku pertempuran, dia dan adiknya tetap ke masjid.

Selain bersolat berjemaah, dia menyajikan teh kepada pelancong yang ke masjid tersebut untuk mendapatkan sedikit wang bagi membiayai yuran persekolahan dirinya. Untuk pelajar berusia 13 tahun sepertinya, Khalid perlu membayar kira-kira RM360 setahun yuran persekolahan, iaitu satu jumlah yang agak mahal bagi rakyat Palestin yang tinggal di Jerusalem.

Ada orang bertanya saya, kenapa kami tidak memakai jubah atau pakaian yang lebih kemas untuk beribadat di Masjid Al Aqsa. Sebenarnya, bukan kami tidak mahu berpakaian kemas dan berkopiah tetapi atas nasihat penduduk Palestin kami terpaksa memakai seperti dalam gambar di bawah.

Menurut penduduk Palestin, dalam keadaan tegang dan mudah berlaku pertempuran, adalah lebih baik memakai pakaian yang memudahkan kami melarikan diri bila perlu. Jadi kami ambil nasihat mereka dan terbukti malam tersebut memang berlaku tunjuk perasaan yang berakhir dengan pertempuran.

Lagipun, dalam kumpulan kami bukan semua berugama Islam. Ada juga yang beragama Hindu dan Buddha. Jadi apa saja keputusan yang dibuat, mesti mempertimbangkan keselamatan semua ahli kumpulan.

Ketika berjemaah solat Maghrib di Masjid Al Aqsa kami bertemu dengan Isa Mohammad Hassan, lelaki tua berusia 79 tahun. Beliau ke masjid ini setiap hari untuk menunaikan solat fardu. Kami bertanya kepadanya kenapa tidak turut serta dalam protes bersama rakyat Palestin yang lain?

Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk melihat tiada seorang pun umat Islam yang solat di masjid itu waima walaupun kerana protes terhadap Israel.

Katanya, solat berjemaah di masjid itu perlu dihidupkan setiap masa tanpa putus biar apapun alasannya dan beliau sendiri sudah berpuluh tahun bersolat 5 waktu di situ.

Dan kerana itu, beliau tidak menyertai protes apatah lagi polis Israel tidak pernah menghalangnya atau mana-mana pengunjung bersolat di situ asalkan melalui laluan pemeriksaan yang ditetapkan. Namun dari segi perjuangan menuntut hak Palestin, beliau akan tetap utuh bersama dengan seluruh rakyat Palestin katanya.

Malam tadi, hanya 21 orang yang bersolat jemaah di situ termasuk 14 anggota rombongan kami. Biasanya di masjid tersebut, antara 500 hingga 1,000 orang akan hadir menunaikan solat 5 waktu manakala solat Jumaat mencecah lebih 100,00 ribu jamaah.

– PRU14.tv

20 Jul 2017

RTM HENTI MAIN LAGU HITS DESPACITO SERTA MERTA KERANA LIRIKNYA BERUNSUR LUCAH

PUTRAJAYA - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

"Sehubungan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan televisyen RTM berkuat kuasa serta-merta," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

BERNAMA

18 Jul 2017

7 Janji Baru Pakatan Pembangkang Adalah Janji Untuk Dimungkiri

14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.

7 janji yang baru ini hanya dibentang tajuk sahaja tanpa ada penjelasan lanjut dan perincian yang jelas. Namun jika diteliti kembali satu persatu perkara ini, ada beberapa perkara yang boleh dipertikai dan diulas secara panjang lebar.

Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.

Bermakna tidak hapus terus. Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan.

Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion. Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini? Hendak buang kakitangan awam?

Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan. Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST.

Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol. Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak. Satu ketika dahulu, pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya, esok harga minyak akan turun. Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol?

Sewaktu minyak turun 5 minggu berturut turut, semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak. Bila naik 4 sen, mereka barulah "keluar gua" menyalahkan pula kerajaan. Inilah perangai sebenar pembangkang, mereka hanya pandai bangkang sahaja tetapi tidak faham pun apa yang mereka bangkang.

Dulu kata kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun. Kali ini kalau harga minyak stabil, harga barang akan jadi bagaimana pula? Tidak habis habis dengan teori hanya untuk memujuk dan menghasut rakyat semata mata. Rafizi pun tidak bercakap hal harga petrol ini lagi dalam jelajah traknya.

Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat. Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan.

Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya di Pulau Pinang, Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun, tol itu tidak juga dimansuhkan.

Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru, hapus tol, air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara.

Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang.

Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi. Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air  pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air.

Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat? Jangan percayalah kepada pembangkang. Mereka pandai mungkir janji sahaja.

Lihat sahaja kepada janji keempat iaitu untuk memulakan proses reformasi insitusi secara menyeluruh. Reformasi apa lagi yang hendak dibuat pembangkang? "Bapa Reformasi" pun sudah berbaik baik dengan "Mahafiraun". Reformasi apa lagi yang ada?

Hendak buat reformasi meletakkan kroni bagi menguasai insititusi tertentu agar semua benda boleh dilenyap dan disembunyikan?  Lihat sahaja apa nasib yang sudah berlaku pada Perwaja, Pernas, MEC, Proton dan banyak lagi.

Dulu Kit Siang dan Anwar jadikan semua ini bahan untuk mereformasikan negara. Kini orang yang dikatakan korup dan zalim itu sudah bersama mereka.

Maka Kit Siang dan Anwar tampillah beri kenyataan sebenar bila disoal oleh RCI Skandal Forex nanti.

Hapuskan ISA dulu ada dalam agenda Buku Jingga pada 2010, kini bila Mahathir bersama dalam Pakatan Harapan, mengapa agenda untuk hapuskan ISA itu tiada lagi?

Janji Pakatan Harapan yang kelima iaitu Memerangi rasuah hingga ke akar umbi adalah yang paling lawak sekali. Pakatan Harapan tidak sedar yang Ketua Umum mereka sendiri adalah bekas banduan rasuah dan dipenjarakan 6 tahun kerana kes rasuah.

“Kesudahannya, bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan.  Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau” tulis Mahathir dalam buku Doktor Umum mengenai kes rasuah Anwar Ibrahim.

Samalah juga dengan Guan Eng, masih lagi berhadapan dengan kes rasuah yang belum lagi diselesaikan di mahkamah. Malah, hanya Selangor dan Pulau Pinang yang masih enggan tandatangan ikrar basmi rasuah dengan SPRM. Kenapa enggan? Ini sama sekali tersasar daripada niat pembangkang hendak basmi rasuah ke akar umbi.

Samalah juga dengan janji keenam yang dibuat oleh Pakatan Harapan iaitu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB.
Sudah ditubuhkan PAC mengenai 1MDB, Peguam Negara sudah menyiasat ribuan dokumen, pihak polis sudah menyiasat dan SPRM juga melakuan penyiasatan. Dalam PAC ada wakil pembangkang iaitu Tony Pua dan Tan Seng Giaw.

Semua dokumen telah diberikan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC telah meminta agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. Wakil pembangkang tidak ada bukti baru untuk dibawa mengenai 1MDB, melainkan memainkan cerita persepsi yang dibuat dan direka oleh Sarawak Report, DoJ dan Malaysiakini.

Lebih baik Pakatan Harapan siasat dulu kerugian Skandal Forex yang bernilai USD $10 billion, ke mana wang itu pergi? 1MDB sudah selesaikan semua hutangnya, terbukti tiada wang dicuri dan tiada wang yang hilang. Tidak seperti wang dalam kes Skandal Forex yang masih kekal misteri sampai sekarang.

Seterusnya janji pembangkang yang ketujuh adalah untuk memulihkan Felda. Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’.

Pada 11 November 2016, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah.

Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu. Sebelum hendak pulihkan Felda, bayarlah saman fitnah terlebih dahulu. Sudah sudahlah membuat tuduhan Felda hendak bankrap dan sebagainya. Sedangkan Felda masih lagi untung dan memberi pulangan yang baik kepada semua peneroka.

Wan Azizah dan Suara Keadilan juga telah terbukti di mahkamah memfitnah Felda. Orang yang sudah terbukti di mahkamah kerana dosa fitnah tidak layak hendak bercakap dan berjanji hendak pulihkan Felda. Peneroka jangan cepat terpedaya dan tertipu dengan janji janji kosong pembangkang ini.

Pembangkang pernah sebut semasa menguasai Selangor bahawa “manifesto bukanlah janji”. Mereka sudah pun ingkar janji semasa menjadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. 51 projek rakyat gagal dilaksanakan di Pulau Pinang. Di Selangor, sekadar boleh berbangga dengan rizab tinggi sahajalah. Hendak baiki bumbung stadium pun minta bantuan kerajaan pusat.

Ini bukti pembangkang hanya pandai menabur tebu di bibir sahaja. Bila berkuasa mereka akan mungkir janji. Mereka hanya fikir kroni dan kepentingan sendiri sahaja bila berkuasa.

Jangan beri peluang pembangkang sebegini, rakyat perlu tunjuk kematangan dan kuasa pada kertas undi nanti. Ajar pembangkang yang suka mungkir janji ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB504, Selasa
18 Julai 2017

Apa Pendirian Mahathir Sekarang Tentang Kelakuan Liwat Anwar?


Pada 22 September 1998, dalam satu sidang media di Jabatan Perdana Menteri, Mahathir  tampil menceritakan tentang aktiviti liwat Anwar Ibrahim.

"Saya tidak boleh terima seorang lelaki yang merupakan seorang peliwat untuk menjadi pemimpin negara ini," kata Mahathir

Bukan setakat itu sahaja, Mahathir menjelaskan lagi bahawa ada “seorang lelaki memberitahunya Anwar bukan sahaja melakukan liwat, tetapi semasa proses itu beliau (Anwar)... saya tidak tahu apa anda menyebutnya... melakukan onani terhadap lelaki itu?" kata Mahathir.

Bukan sekali Mahathir percaya Anwar melakukan liwat, malah Mahathir konsisten selama bertahun tahun percaya Anwar terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.

Semasa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, pada 15 April 2011, di Kampung Pulo Ulu, Kuching, Mahathir dalam ceramah menyatakan seperti berikut ;

“Dia (Anwar) cuma hendak jadi Perdana Menteri sahaja, kita buatlah satu kampung bagi dia, kita angkat dia jadi Perdana Menteri tu. Pasal hendak jadi Perdana Menteri ini pun satu penyakit, macam macam pembohongan dibuat” kata Mahathir menyindir Anwar Ibrahim.

Menyambut cadangan Mahathir ini, kini eloklah sangatlah  Mahathir  dan Wan Azizah yang berada dalam satu organisasi sekarang berpakat bersama sama cari satu kampung atau pulau dan jadikan Anwar sebagai Perdana Menteri di tempat tersebut.

Sekarang ini, penyakit hendak jadi Perdana Menteri ini kena pada siapa? Siapa yang begitu gila mencipta banyak sangat pembohongan demi pembohongan semata mata hendak jadikan anak sendiri menjadi Perdana Menteri?

Sejak 2014 lagi rupaya rancangan Mahathir hendak jatuhkan Najib. Bermacam cerita dan pembohongan dilakukan semata mata hendak jatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Mahathir merancang  menaikkan orang lain sebagai Perdana Menteri sementara yang kemudiannya membuka jalan kepada anaknya untuk menjadi PM.

Dalam ceramah di Kampung Pulo Ulu Kuching itu juga, Mahathir ada menyatakan;

“Akhirnya sekali, orang semacam ini (Anwar) tidak layak menjadi Perdana Menteri, fikirkanlah orang semacam ini kita hendak duduk dekat pun takut. Maaflah saya cakap kotor sikit. Tak berani beralih belakang kat dia pun (Anwar)” kata Mahathir.

6 Julai 2017, dalam wawancara bersama The Guardian, UK, Mahathir sudah setuju menjadi Anwar sebagai Perdana Menteri. Mahathir sudah telan balik semua kata katanya dulu pada Anwar.

Hari ini orang yang Mahathir kata hendak duduk dekat pun takut itu menjadi ketua kepada Mahathir dalam carta Pakatan Harapan. Jawatan Ketua Umum Pakatan Harapan dan Pengerusi Pakatan Harapan, duduknya dekat sangat.

Mahathir sendiri sudah sanggup cari Anwar Ibrahim di mahkamah pada 5 September 2016, bersalam erat dan bertentang mata antara satu sama lain. Lima hari selepas itu, pada 10 September 2016, Mahathir sekali lagi cari Anwar Ibrahim di mahkamah.

Dalam perjumpaan kali kedua ini, Mahathir berjumpa Anwar selama 40 minit untuk berbincang mengenai pakatan pembangkang. Boleh duduk dekat dan sembang sampai 40 minit dengan orang yang dikutuknya sebagai peliwat dan hendak beralih belakang pun takut.

Mahathir patut tanya kepada Anwar, mana dia jam Omega? Lama sangat, janji hendak tunjuk sejak 6 tahun lepas, tidak tunjuk tunjuk pun. Bermakna dengan bersama dan duduk sekali dengan Anwar Ibrahim, Mahathir sebenarnya sudah menjilat kembali apa yang disebutnya dahulu terhadap Anwar.

Dosa dan perbuatan keji terbesar Anwar Ibrahim di mata Mahathir adalah melakukan liwat. Kini bila Mahathir sudah berada di bawah Anwar dalam organisasi Pakatan Harapan, apakah Mahathir masih lagi percaya dan yakin Anwar merupakan seorang peliwat?

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut mempersoalkan adakah tuduhan liwat terhadap Anwar satu ketika dahulu tidak benar apabila Mahathir secara tiba-tiba sekarang ini ingin menerima semula Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Kalau benar kesalahan itu, adalah pelik dia (Mahathir) sanggup bersekongkol dengan dengan orang yang melakukan liwat” kata Nik Amar.

Mahathir masih belum menjawab berkaitan pendiriannya tentang perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Apakah Mahathir ingat orang boleh lupa apa yang dia cakap pada Anwar Ibrahim dahulu.

Orang Melayu lain tidak mudah lupa. Mungkin penyokong Mahathir yang terdiri daripada “budak budak baru nak up” lupa kenyataan Mahathir ini.

Anwar dilantik sebagai Ketua Umum, manakala Mahathir pula dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Soalnya, adakah tuduhan Mahathir dahulu keatas Anwar tidak betul pada asalnya?

Mudah sahaja, rakyat hendak tahu pendirian Mahathir sekarang terhadap perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Jawab ya atau tidak sahaja pada soalan ini.

Apakah Anwar Ibrahim seorang peliwat?

Semua orang tanya soalan ini pada Mahathir. Tengok apa jawapan yang dia hendak berikan.

Tulisan :
Beruang Biru
BB503, Isnin
17 Julai 2017

Beza Langkah Kajang Pembangkang Dengan MRT, Langkah Kajang Sebenar Buat Rakyat


Hari ini, MRT, "Langkah Kajang" yang sebenar menjadi realiti. Langkah yang akan beri manfaat kepada 1.2 juta rakyat. MRT sejauh 51 km dari Kajang ke Sungai Buloh bakal membawa 400,000 penumpang sehari meliputi 31 stesen dan 7 stesen bawah tanah.

MRT ini beroperasi setiap 3.3 minit pada waktu puncak. Sejumlah RM2 billion dapat dijimatkan     dan ianya siap awal daripada jadual. MRT ini adalah manifestasi janji kerajaan BN yang telah ditunaikan terhadap rakyat.

Jika ikut logik Rafizi dalam video kempennya di Youtube pada PRU13 bertajuk "Pendidikan Percuma Rafizi Ramli", Rafizi mahu hentikan projek MRT yang dikatakannya bernilai RM80 billion untuk memberi pendidikan percuma sejumlah RM6 billion setahun.

RM6 billion setahun yang dijanji Rafizi masa PRU13 itu adalah termasuk elaun sara hidup RM5,000 setiap seorang mahasiswa setiap tahun, RM28 bilion hapus PTPTN, RM791 juta untuk hapus yuran universiti. Rafizi mahu hentikan projek MRT untuk tampung janji ini.

Semua ini adalah janji kosong Rafizi sahaja. Lihat sahaja dalam kempen terbaru menggunakan traknya, janji RM6 billion dan pendidikan percuma itu sudah tidak kedengaran lagi, datang pula janji baru. Dalam 7 matlamat baru Pakatan Harapan pun tiada lagi janji pendidikan percuma. Kalau dengar "gebang kosong" Rafizi ini, tidak siaplah MRT.

Terdapat beberapa perbezaan yang begitu ketara antara Langkah Kajang cetusan Naib Presiden PKR, Rafizi dan Langkah Kajang sebenar iaitu MRT hasil dari pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beza pertama ialah, Langkah Kajang pakatan pada masa itu gagal meletakkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai MB Selangor. Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin Idris Shah enggan beri perkenan kepada Wan Azizah dan meminta nama lain, PKR pada masa itu tetap berkeras dengan Sultan. Akhirnya Wan Azizah terlepas, langkah Azmin jadi realiti.

Misi utama Langkah Kajang Rafizi gagal. MRT akan melonjakkan harga aset dan hartanah di sekitar kawasan MRT. Inilah Langkah Kajang sebenar, pengundi Kajang yang ada bangunan, rumah dan hartanah juga dapat untung bila harga aset mereka naik berkali ganda.

Kedua, Langkah Kajang Wan Azizah tidak langsung menyelesaikan masalah banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk Kajang setiap kali hujan turun. Lebih parah bila kereta terperangkap dalam banjir di Kajang. Bandar itu sudah digelar "Car Jeng" sebagai panggilan lain untuk Kajang.

Sebaliknya, dengan pembinaan MRT di Kajang, rakyat lebih lega dan tidak perlu lagi bersesak untuk ke Kuala Lumpur. MRT dapat mengelak "traffic jammed" dan menghalang kereta terperangkap dalam banjir kilat yang kerap berlaku di Kajang.

Ketiga, Rafizi dan PKR pernah berjanji sebelum PRK Kajang untuk menjadikan Stadium Kajang sebagai "venue" perlawanan utama Liga Malaysia tetapi sehingga kini ia tidak menjadi pun.

Stadium Kajang masih sepi tanpa ada pun perlawanan seperti yang dijanjikan Rafizi. Namun dengan adanya Stesen MRT Bandar Kajang, Stadium Kajang yang terletak bersebelahan dengan Restoren Satay Haji Samuri akan menjadi ceria dan riuh kembali.

Kemudian, kegagalan keempat PKR ialah ADUNnya, iaitu Wan Azizah boleh dikatakan hampir tidak pernah ada di kawasan. Pejabat ADUN di Sungai Chua yang dijadikan tempat kempen masa PRK Kajang juga sudah ditutup. Sudah bertukar jadi kedai "massage".

Ini kerana kesibukan Wan Azizah berulang alik antara Kajang - Sungai Buloh dan Permatang Pauh. Dengan adanya MRT, masalah Wan Azizah ini dapat diselesaikan. Lebih jimat dan lebih cepat sampai ke Sungai Buloh berbanding menaiki kereta. Masa Wan Azizah untuk menjaga suami dan rakyat dapat diagihkan dengan lebih baik selepas ini.

Langkah Kajang hanya membazir wang rakyat semata mata. Menurut SPR, kos membuat pilihanraya kecil di Kajang pada bulan Februari 2014 adalah RM1.6 juta. ADUN PKR meletak jawatan semata mata untuk beri peluang Wan Azizah bertanding di DUN Kajang.

Akhirnya Wan Azizah tidak menjadi MB Selangor pun seperti rancangan Langkah Kajang. Apa pun tidak berubah. Berbeza dengan MRT, duit rakyat dapat dijimatkan. Ada yang penumpang menyatakan mampu jimat RM25 sehari dengan adanya MRT. Jimat duit minyak, tol dan parking.

RM25 buat seorang pengguna. Satu hari MRT mampu tampung 400,000 orang penumpang. Bermakna dalam sehari RM10 juta wang rakyat dijimatkan. Jika dalam sebulan, 20 hari bekerja, seorang rakyat boleh jimat RM500.

Keseluruhannya, manfaat untuk 400,000 penumpang dalam sebulan adalah sejumlah RM200 juta. Besar nilainya.

RM500 sebulan banyak nilainya pada satu isirumah. Bermacam perkara boleh dibuat dengan nilai itu. Bermakna pelaburan besar kerajaan BN dalam MRT memberi banyak kesan kepada rakyat. Kesannya sampai ke dalam poket rakyat.

Inilah Langkah Kajang sebenar yang menguntungkan rakyat bukannya Langkah Kajang pembangkang yang hanya janji kosong dan masuk ke laut. Kalau ikut logik Rafizi, tidak merasalah rakyat naik tren MRT ini yang  setaraf dengan tren di London dan Paris.

Tulisan :
Beruang Biru
BB502, Isnin
17 Julai 2017

13 Jul 2017

Pakatan Harapan Hanya Beri Harapan Sahaja, Janji Pilihanraya Lepas Entah Ke Mana

Dalam PRU13 yang lalu, pakatan pembangkang sudah kalah buat kali ke 13 dalam sejarah pilihanraya negara kita.

Mengapa rakyat kalahkan pembangkang? Kerana mereka hanya pandai berjanji dan memberi harapan sahaja. Janji tidak ditunai, cerita baru pula yang dijaja dan dijual menerusi trak Rafizi.

Benarlah apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap ;

“Kita boleh cakap (apa saja), dia (Rafizi) bercakap sebab dah tak tahu nak bercakap mengenai isu apa.

“Dia hanya bagi harapan sebab nama pun Pakatan Harapan. Kita, BN, kita buat, bukan bagi harapan. Kami tak beri harapan tapi kita dah buktikan,” kata Anuar Manap.

Masih ingat lagi tentang Buku Jingga? Dilancarkan pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Ke 2, Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Matlamat Buku Jingga adalah untuk melawan dasar Barisan Nasional dan Program Transformasi Ekonomi.

Bermacam janji dan harapan mahu dilaksanakan menerusi Buku Jingga yang dibuat Rafizi ini. Namun hari ini, selepas 7 tahun apakah isi kandungan Buku Jingga itu dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor?

Buku Jingga sudah jadi sampah. Kini Rafizi bawa trak sahaja untuk berjanji benda baru pula. Lebih elok kiranya trak itu diisi dengan sampah Buku Jingga dan semua cerita cerita fitnah Rafizi.

Di Pulau Pinang, manifesto "Just Change" pada 2008 tidak dilaksanakan DAP. Sejumlah 51 projek yang dijanji DAP kepada rakyat juga tinggal janji sahaja.

Begitu juga di Selangor yang kini menjadi juara masalah denggi di Malaysia, juara caj plastik 20 sen dan juara masalah air.

Azmin Ali masih membisu dan tutup mulut mengenai isu tanah Wetlands, kos pintu gerbang, isu SPLASH yang terlebih bayar RM2.7 billion, isu DEIG, isu YAWAS dan SMUE. Semua ini Azmin masih diam. Sediam aksinya di dalam tandas.

Pembangkang ketika hampir waktu pilihanraya sibuk buat janji, beri harapan dan tunjuk muka dalam "banner". Selepas dapat kuasa, penuh bergelumang dengan isu, skandal dan penyalahgunaan kuasa.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang terus memacu negara Malaysia pada landasan yang betul. Statistik terbaru menunjukkan perdagangan Malaysia berkembang 31.5% (RM153.3 billion) sehingga Mei 2017.

Sebalik tuduhan DoJ, kecaman Sarawak Report, fitnah Malaysiakini, adu domba Mahathir dan fitnah Rafizi, Barisan Nasional terus mara ke depan menunaikan janji dan memberikan khidmat kepada pengundi.

Sudah hampir 97% peratus atau 5,678 projek dan janji kerajaan Barisan Nasional semasa PRU13 sudah ditunaikan kepada rakyat. 97% projek melibatkan perbelanjaan RM328 billion.

Berbanding pembangkang, mereka buat janji sesama mereka pun tidak betul. Hari ini janji hendak buat logo, esok cakap logo sudah hendak siap dan sampai keakhirnya logo pun tidak boleh capai kata sepakat.

Sama jugalah yang sedang berlaku dalam DAP, masalah ahli mereka sendiri tetapi tuding jari pada orang lain. Takut buat mesyuarat kerana takut legasi hilang.

Biarpun orang yang berada di jawatan Pengerusi sudah mati, tetapi masih belum buat mesyuarat mencari pengganti. Sesatunya parti dalam dunia, yang enggan buat mesyuarat sesudah Pengerusinya mati.

Buku Jingga dicampak entah ke mana. Buat kos kajian terowong terlebih bayar, buat rundingan SPLASH terlebih bayar tetapi beli banglo Pinhorn sahaja yang "terkurang bayar".

Inilah dia wajah pembangkang di Malaysia. Di India, pembangkangya tidak bantah pun GST. Di United Kingdom, 20% kadar GST, pembangkang di sana tidak bantah pun sekiranya sesuatu dasar itu bawa kebaikan bersama kepada ekonomi negara.

Pembangkang Malaysia yang penasihatnya sekarang berasal dari Kerala, India yang membangkang apa sahaja perkara kebaikan yang dibuat kerajaan BN kepada rakyat.

BR1M dibantah, GST dibantah, pembinaan MRT Rafizi pernah bantah dan hantar jemaah haji pun mereka fitnah sebagai "haji Robin Hood".

Inilah pembangkang Malaysia. Langkah Kajang pembangkang yang sudah jadi langkah sumbang. Lagi 5 hari Langkah Kajang sebenar akan beroperasi. Lihatlah sendiri bagaimana kerajaan BN menunai janji. Bukan seperti pembangkang, hanya memberi harapan palsu semata mata.

Tulisan :
Beruang Biru
BB497, Rabu
12 Julai 2017

Mengapa Mahathir begitu pasti beliau akan dipenjarakan?

Dr Mahathir Mohamad mengecam dakwaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa bekas perdana menteri itu takut dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke dalam skandal pasaran pertukaran asing (forex).

"Semasa Aidilfitri, saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Najib, tetapi beliau sentiasa cuba mencari cara untuk menangkap saya. Tidak mengapa, beliau mempunyai kuasa. Tangkaplah!," kata Mahathir di rumah terbuka Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Melaka.

Pertamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Najib Tun Razak akan menangkap ramai pemimpin pembangkang dan memenjarakan mereka sebelum pilihan raya umum akan datang atau PRU14. Beberapa hari kemudian, Mahathir berkata Najib merancang untuk menangkapnya dan memenjarakannya dan akan menggunakan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke dalam skandal forex Bank Negara bernilai AS$10 bilion sebagai alasan untuk menjatuhkannya. Sekarang Mahathir mencabar Najib untuk menangkapnya.

Sebelum ini Mahathir cuba untuk memberi gambaran bahawa apa sahaja yang akan menimpanya adalah untuk alasan politik semata-mata dan kerana beliau adalah seorang pemimpin pembangkang yang mengancam Najib, Umno dan Barisan Nasional. Apa yang menyebabkan Mahathir menganggap dirinya sebagai pemimpin pembangkang dan/atau satu ancaman? Beliau bukannya Ahli Parlimen dan hanyalah Pengerusi sebuah parti yang memegang hanya satu kerusi di Parlimen dan yang mungkin tidak lagi memiliki kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang. Dan jenayah Mahathir tidak ada kaitan dengan politik tetapi jenayah merompak wang Bank Negara sebanyak AS$10 bilion.

Ini adalah permainan penipuan Mahathir untuk menggambarkan dirinya hebat dan memaklumkan kepada dunia bahawa beliau sedang berdepan dengan dipenjarakan kerana statusnya yang tinggi dalam pembangkang sedangkan beliau tidak mempunyai status dan situasi beliau kini adalah kerana beliau telah melakukan jenayah ketika beliau berkuasa. Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh menggunakan status pemimpin pembangkang tetapi tidak Mahathir. Mahathir hanya membayangkan dirinya pemimpin pembangkang walaupun pembangkang tidak pun berfikir sedemikian dan hanya menggunakannya kerana beliau menyerang Najib.

Mahathir tidak perlu bimbang sama ada Najib akan menangkapnya. Beliau sepatutnya lebih risau sama ada Pakatan Harapan akan menangkapnya jika mereka berkuasa. Adakah Mahathir fikir beliau akan terlepas jika Pakatan Harapan mengambil alih? Mahathir terlalu berbahaya untuk dibenarkan bebas, dan jika Pakatan Harapan berkuasa, dan jika beliau masih hidup pada masa itu, mereka pasti akan memenjarakannya.

Mahathir adalah pengacau dan orang yang berbahaya. Beliau telah menyerang semua Perdana Menteri (dan Timbalan Perdana Menteri) sejak Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dan bekerja untuk mengusir mereka dari kuasa. Siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan (dan jika Mukhriz tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri) adakah anda fikir Mahathir akan membiarkan sahaja Perdana Menteri itu? Mahathir akan menyerang Perdana Menteri Pakatan Harapan kerana beliau tidak melantik Mukhriz sebagai timbalannya.

Sekalipun Mukhriz dijadikan Timbalan Perdana Menteri, Mahathir masih akan menyerang Perdana Menteri dan cuba menggulingkannya sehingga Mukhriz dapat mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Jadi satu-satunya jalan yang selamat yang boleh dilakukan oleh Pakatan Harapan ialah dengan memenjarakan Mahathir. Apa-apa pun, DAP dan PKR (dan orang-orang PAS yang kini di PAN) telah menjanjikan rakyat pada 1999 bahawa perkara pertama yang mereka akan lakukan sekiranya pembangkang berkuasa ialah memenjarakan Mahathir.

Dan DAP, PKR dan PAN tidak pernah mengatakan bahawa Mahathir telah dimaafkan atas jenayahnya dan telah diberi pengampunan. Bagaimanapun, pengampunan biasanya diberikan kepada mereka yang mengembalikan apa yang telah dicuri dari negara ini dan Mahathir tidak melakukan ini. Malah, beliau menafikan bahawa beliau telah mencuri apa-apa dari negara ini dan masih menyimpan berbilion-bilion yang telah dicuri beliau.

Sebenarnya, jika Najib mahu menangkap Mahathir beliau boleh melakukannya sekarang. Dan ia akan berlaku dua tahun lalu pada tahun 2015 apabila Najib bertindak terhadap konspirator ANC (Anti-Najib Campaign) dan menghapuskan mereka.

Mahathir sebenarnya menyangka beliau akan ditahan dua tahun lalu pada Julai 2015. Jadi beliau menghantar perisik untuk mengetahui dari orang-orang Najib sama ada Perdana Menteri merancang untuk menangkapnya. Oleh itu, Mahathir bukanlah begitu berani. Beliau sebenarnya bimbang beliau akan ditangkap. Dan mereka yang rapat dengan Mahathir berkata, seluruh keluarga bimbang Mahathir mungkin dipenjarakan dan mereka mencari jalan untuk mendapatkan orang tua itu untuk mengurangkan serangannya terhadap Najib.

Tetapi, mengapa Mahathir bimbang akan ditangkap sehingga beliau perlu menghantar orang-orangnya untuk mengetahui dari Boffin Boys Perdana Menteri sama ada beliau akan ditangkap? Itu adalah kerana inilah yang akan dilakukan oleh Mahathir sekiranya anda melakukan kepadanya apa yang dilakukannya kepada Najib. Mahathir tidak akan ragu-ragu untuk menangkap anda; jadi inilah yang beliau fikir Najib akan lakukan kepadanya.

Mahathir adalah Mahathir dan Najib adalah Najib. Tetapi Mahathir mengukur Najib mengikut piawaiannya. Dan ini adalah kesilapan Mahathir. Mahathir memikirkan apa yang akan dilakukannya dan membuat semua langkahnya berdasarkan apa yang beliau fikir Najib akan lakukan sekiranya beliau adalah Najib. Tetapi Najib tidak melakukan apa yang Mahathir lakukan. Najib bertindak lain daripada Mahathir. Dan inilah sebabnya mengapa Mahathir tidak dapat mengawal keadaan.

Masalahnya, ketika Mahathir berkata Najib merancang untuk menangkapnya itu adalah kerana Mahathir akan memutuskan siapa yang patut ditangkap ketika beliau berkuasa selama 22 tahun. Walau bagaimanapun, Najib tidak berbuat sedemikian. Perdana Menteri tidak menangkap orang seperti apa yang pernah dilakukan oleh Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Peguam Negara memutuskan jika jenayah telah dilakukan dan sama ada orang itu patut dibicarakan. Polis memutuskan jika seseorang itu telah melakukan jenayah dan, oleh itu, perlu ditangkap. Badan kehakiman memutuskan sama ada terdapat bukti yang mencukupi tentang jenayah yang dilakukan dan oleh itu sama ada orang yang dibicarakan itu harus disabitkan dan dihukum penjara.

Terdapat proses yang perlu diikuti untuk menangkap, mendakwa, membicara, mensabit dan menghukum seseorang dan ini bukan tugas Perdana Menteri. Mahathir, bagaimanapun, ketika hendak menyingkirkan Anwar Ibrahim, mengadakan sidang akhbar dan, siaran langsung di TV, berkata beliau telah secara peribadi menemubual 'mangsa' Anwar satu demi satu dan tidak memerlukan mahkamah untuk meyakinkannya bahawa Anwar bersalah meliwat dan banyak jenayah seks lain.

Selepas membuat 'pengakuan' secara langsung di TV, apa lagi yang boleh IGP, AG, Ketua Hakim, dan lain-lain boleh lakukan? Jika mereka mendapati Anwar tidak bersalah maka mereka akan memberitahu dunia bahawa Mahathir telah berbohong. Jadi, untuk melindungi Mahathir, mereka terpaksa memastikan Anwar dipenjarakan kerana jenayah yang menurut Mahathir dilakukan Anwar atau jika tidak Mahathir akan kelihatan seperti orang bodoh dan pendusta.

Dan hakim diarahkan untuk memastikan Anwar dipenjarakan sehinggakan dalam penghakimannya, beliau berkata walaupun saksi itu berbohong itu tidak bermakna saksi itu tidak boleh dipercayai dan beliau mendapati Anwar bersalah kerana Anwar gagal membuktikan beliau tidak bersalah.

Pelajar undang-undang tahun pertama juga akan ketawa pada keputusan mahkamah ini. Tetapi apa lagi yang boleh mereka lakukan? Mahathir telah memberitahu seluruh dunia secara langsung di TV bahawa Anwar bersalah meliwat dan banyak jenayah seks lain dan siapa yang waras akan bercanggah dengan ini dan mengatakan bahawa Mahathir berbohong? Dan satu-satunya cara untuk membuktikan bahawa Mahathir tidak berbohong adalah dengan memenjarakan Anwar. Sudah tentu, Mahkamah Persekutuan kemudian membebaskan Anwar dengan alasan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar bersalah walaupun mahkamah percaya Anwar bersalah.

Jadi itulah bagaimana Mahathir bertindak. Mahathir memenjarakan orang. Jadi Mahathir fikir Najib juga akan melakukan perkara yang sama kepadanya. Dan itulah sebabnya Mahathir berkata Najib akan menahan ramai pemimpin pembangkang dan memenjarakan mereka sebelum pilihan raya umum akan datang, kemudian berkata Najib merancang untuk menangkapnya dan memenjarakan beliau kerana skandal forex Bank Negara bernilai AS$10 bilion, dan kini mencabar Najib untuk menangkapnya.

Mengapa Mahathir fikir beliau patut dipenjarakan untuk kerugian forex Bank Negara bernilai AS$10 bilion? Adakah beliau mengatakan bahawa Bank Negara sememangnya mengalami kerugian sebanyak AS$10 bilion, yang bernilai RM99 bilion hari ini? Tetapi bukan Parlimen dan Kabinet mengatakan bahawa kehilangan ini tidak berlaku? Dan jika kerugian AS$10 bilion itu, seperti yang dikatakan oleh Mahathir, adalah "biasa dalam menjalankan perniagaan", maka tidak ada jenayah yang telah dilakukan jadi mengapa Mahathir perlu dipenjarakan?

Ya, soalan yang sememangnya baik. Mahathir tahu bahawa mereka telah berbohong kepada negara sejak 25 tahun yang lalu. Dan sekarang RCI akan membongkar kebenaran dan siasatan itu akan menunjukkan bahawa jenayah sememangnya telah dilakukan dan bahawa sebahagian daripada ‘kerugian forex’ adalah kerugian palsu dan sebenarnya wang telah disalurkan keluar dan disembunyi sebagai kerugian forex ‘biasa'.

Itulah sebabnya mengapa Mahathir tahu beliau mungkin akan dipenjarakan. Tetapi beliau cuba menjadikannya kelihatan seperti hukuman penjara kerana alasan politik dan kerana beliau seorang pemimpin pembangkang dan bukan kerana beliau telah melakukan jenayah ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk daripada dipenjarakan, bagaimana jika kerajaan Malaysia menghantar bukti ini kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan mereka mengadakan sidang akhbar (seperti yang mereka sangat suka untuk melakukan) mengatakan bahawa mereka akan merampas harta milik Mahathir serta keluarga dan kawannya di Amerika Syarikat (kerana semua itu hasil wang yang dicuri dari Bank Negara). Mahathir juga mempunyai banyak hartanah mahal di London, sebuah ladang besar di Argentina, dan sebagainya, yang mana kerajaan Malaysia boleh membekukan, dan Mahathir dan keluarganya juga memiliki hampir 500 syarikat yang kerajaan boleh serang.

Sebenarnya ini adalah lebih teruk daripada dipenjarakan. Jika Mahathir dan keluarganya kehilangan semua kekayaan mereka, ia akan jauh lebih teruk daripada kematian. Mungkin memenjarakan Mahathir tanpa menyentuh mana-mana hartanya adalah nasib yang lebih berperikemanusiaan. Walau bagaimanapun, jika saya adalah Najib (dan sudah tentu saya bukan), saya tidak akan bersusah payah menghantar seorang lelaki yang bakal mati ke penjara. Saya akan memastikan bahawa sementara beliau masih hidup, beliau dapat melihat perniagaannya dan dinasti politiknya runtuh di hadapan matanya. Mahathir kemudian akan berharap bahawa beliau dipenjarakan atau mati lama dahulu sebelum beliau dapat melihat kerja seumur hidupnya hilang begitu sahaja.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/why-is-mahathir-so-sure-he-is-going-to-jail/

11 Jul 2017

Pembangkang Pening : Pakatan Rakyat Belum Mati, Pakatan Harapan Bila Yang Hidup?

Pakatan pembangkang di negara ini kembali bergoncang, bila ada dua pihak di dalamnya bertentangan pendapat berkenaan kewujudan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini sudah diumumkan mati dan berkubur oleh DAP.

Dua tahun yang lepas, Kit Siang berkata pada 16 Jun 2015, "Tidak perlu menunggu pengumuman Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail untuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud" kata Kit Siang. DAP sudah dua tahun anggap PR mati.

Tiba tiba hidup balik bila Azmin Ali menyatakan bahawa PR itu masih hidup di Selangor.

'Dalam konteks kerajaan negeri, Pakatan Rakyat masih wujud kerana ia mandat yang diberikan oleh rakyat, sebagai Menteri Besar Selangor, saya perlu membawa mandat itu," kata Azmin Ali. Bukan sahaja Azmin, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR, Wan Azizah  juga bersetuju PR masih wujud biarpun di pihak DAP, pakatan itu sudah mati.

Bercanggah bila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, berkata PR sudah tidak lagi wujud di Selangor pada waktu ini. Saifuddin sudah sanggup bersama DAP berbanding PKR, asalkan dilantik jadi Timbalan Ketua Menteri suatu hari nanti.

Sudah dua tahun, baru hendak bincang soal hidup mati Pakatan Rakyat. Yang DAP sudah mati di sisi ROS sejak Disember 2012 tidak pula mahu diisytiharkan mati oleh DAP? Kit Siang sudah menangis pada 2013 kerana DAP sudah boleh dikuburkan kerana tidak sah dari segi ROS.

Patutnya sudah mati, tetapi ROS masih lagi beri peluang untuk menghidupkan balik parti DAP yang telah mati. Minta buat pemilihan semula. Itu pun DAP takut hendak lakukan.

Pembangkang memang suka buat parti yang haram dan berstatus mati ini. Pakatan Harapan (PH) yang diwujudkan dengan kehadiran PAN dan kemudian PPBM pun masih belum didaftarkan secara sah dengan ROS.

PH kalau dilihat pada rekod ditubuhkan pada 22 September 2015 dengan diwakili tiga parti pada awalnya iaitu DAP, PKR dan PAN selepas mereka menyingkirkan PAS.

Kemudian dalam PH, dimasukkan pula parti oleh Mahathir, parti PPBM menjadikan semua parti di dalamnya ada empat. PH ini pun belum "dihidupkan" secara sah dari segi perlembagaan dan peraturan ROS.

Sebulan yang lepas, Teresa Kok kata hal logo PH hampir siap. Sampai hari ini masih lagi tidak siap siap. Organisasi PH pun masih belum selesai. Siapa jadi Pengerusi, Penasihat dan Ketua dalam PH masih belum ada.

Mesyuarat sudah banyak kali, tetapi habuk apa pun tiada. Menjadi habuk kerana mereka bergaduh sesama mereka. Sudah keluar bermacam macam kabinet bayangan versi DAP dan PKR, tetapi senarai sebenarnya masih belum ada.

Dari September 2015 hingga kini, Julai 2017, sudah hampir dua tahun dah Pakatan Harapan dijaja sebagai gabungan baru pembangkang. PH masih belum lagi dihidupkan secara sah oleh mereka. Calon Perdana Menteri pun mereka masih berebut sesama mereka. Sekejap orang itu, sekejap orang ini.

Oleh itu, buang masa sahajalah Rafizi pusing jelajah Malaysia guna trak. Pusing dan ceramah buat apa jika masalah asas pembangkang masih belum selesai. Hendak perintah bagaimana kalau sesama mereka masih bergaduh macam budak budak sekolah.

Azmin gaduh dengan Guan Eng, Saddiq kelahi dengan Midah, Rafizi gaduh dengan Adam Rosly, Kit Siang gaduh dengan Tan Seng Giaw, Muhyiddin gaduh dengan Mukhriz, Wan Azizah masih lagi berdendam dengan Mahathir.

Ini bukan pakatan namanya, ini perbalahan namanya. Masalah parti sendiri tidak boleh selesai, sibuk hendak bermimpi rebut Putrajaya. Parti DAP dengan masalah pemilihan CEC, manakala yang lebih besar lagi adalah gabungan besar pembangkang.

Apa nama mereka sebenarnya? Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan? Dua dua masih belum mati dan masih belum hidup. Sudah sudahlah menipu rakyat hidup hidup.

Selesaikan dulu masalah dalam parti pembangkang sebelum hendak bermimpi apa pun. Pembangkang di Malaysia ini sedang pening. Status badan mereka sendiri pun tidak tahu, hidup ke mati?

Tulisan :
Beruang Biru
BB496, Selasa
11 Jun 2017

Presiden Amerika Syarikat Tidak Percaya DoJ, Hanya Pembangkang Malaysia Ditipu DoJ.

8 Julai 2017, Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat bertemu Vladimir Putin, Presiden Russia ketika persidangan G20 di Hamburg, Jerman.

Vladimir Putin menjelaskan kepada Trump dalam pertemuan empat mata itu bahawa kerajaan Russia tidak campur tangan dalam kempen pilihanraya antara Hillary Clinton dan Donald Trump pada 2016.

Menurut Sergey Lavrov, Menteri Luar Russia, Trump turut memberitahu Putin bahawa beliau juga mendengar tuduhan itu sejak berbulan yang lepas dan tiada satu bukti pun dibawa untuk membuktikan dakwaan campurtangan Russia itu.

Trump menyatakan kepada Putin, yang beliau tidak percaya pada Federal Bureau of Investigation (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan Department of Justice (DoJ).

Pengakuan Trump ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi agensi itu. Semua agensi itu mendakwa bahawa ada campur tangan dari Russia semasa pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016.

Sama seperti apa yang DoJ dakwa dalam tuduhannya terhadap 1MDB. Sejak 20 Julai 2016, sampailah sekarang ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Tiada bukti yang dibawa, tiada sesiapa pun yang dipanggil untuk disiasat dan tidak ada pendakwaan pun di mahkamah.

Hanya pembangkang di Malaysia yang mengambil dan memetik sumber dari DoJ untuk menjadikannya sebagai isu. Sebenarnya tiada asas pun untuk dijadikan isu.

Ianya bukan isu, hanya persepsi yang dicipta dan direka DoJ semata mata. Mana dia gambar sebenar berlian yang didakwa? Mana dia bukti transaksi? Semuanya tiada.

Hakikatnya, staff DoJ sendiri dipercayai melakukan kerja secara tidak jujur dan amanah. Hal ini diakui sendiri oleh Eric Holder, Peguam Negara, Amerika Syarikat.

30 Jun 2017, Eric Holder dalam twitternya, memberi peringatan kepada semua staff DoJ dan FBI. Ujarnya, "tindakan kamu dan integriti kamu yang tidak adil akan disoal. Jaga jaga. Kerja. Maruah. Negara".

Amaran yang dibuat oleh Peguam Negara ini adalah amat keras sekali. Bermakna, integriti staff DoJ telah dipersoalkan. Eric Holder juga perlu siasat apakah ada bayaran masuk sejumlah USD$5 juta ke dalam Clinton Foundation dari Tun Daim untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib?

Apakah bayaran ini yang membuatkan staff DoJ tidak berintegriti? Kemudian staff DoJ itu membuat tuduhan untuk memburukkan Malaysia menerusi beberapa kenyataan media.

Pada September 2015, ketika awal serangan Mahathir terhadap Najib,  Matthias dan Khairuddin, dua orang kanan Mahathir pernah terbang ke Amerika Syarikat dan dipercayai dibantu oleh Andrew McCabe, Timbalan Pengarah FBI.

Dalam bulan yang sama juga, keluar cerita palsu di New York Times kononnya FBI hendak tangkap Datuk Seri Najib. Padahal bila Datuk Seri Najib ke New York pada 23 September 2015, untuk hadiri Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu tidak pula FBI menangkapnya.

Ini bukti dakwaan New York Times itu fitnah semata mata. Apakah pengadu kepada New York Times itu adalah dua orang kanan Mahathir dengan dibantu oleh McCabe?

Sama seperti kes DoJ. Siapa pengadu kepada DoJ belum lagi didedahkan identitinya. Besar kemungkinan pengadu itu ada agenda lain mahu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia.

10 Julai 2017, Trump mengesyaki James Comey, bekas pengarah FBI membocorkan dokumen penting pada media. Apakah McCabe juga bertindak sedemikian kepada media dengan matlamat menjatuhkan kerajaan Malaysia?

Campur tangan asing di Malaysia diundang oleh pembangkang yang tidak sabar sabar menunggu pilihan raya dan proses demokrasi. Mereka sanggup terbang jauh ke London berjumpa Sarawak Report. Terbang ke New York berjumpa Wall Street Journal dan New York Times.

Presiden Amerika Syarikat sendiri sudah sangsi dengan FBI dan DoJ. Peguam Negara Amerika juga sangsi. Hanya pembangkang di Malaysia yang masih sanggup jadi penjaja cerita persepsi dan tipu. Rakyat Malaysia kena nilailah sendiri, jangan tertipu dengan cerita cerita persepsi ini.

Jangan undang tangan tangan asing dalam menentukan hala tuju politik di Malaysia.

Tulisan :
Beruang Biru
BB495, Selasa
11 Julai 2017

KEKALKAN SEMANGAT PERJUANGAN DEMI KEMAJUAN BERSAMA

Semua ahli Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak diseru agar terus mengukuhkan kerjasama di kalangan ahli parti untuk membantu melonjakkan pembangunan dan kemajuan di negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg merangkap Yang DiPertua PBB Sarawak berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Gabungan Parti Bumiputera Bersatu 5 Cawangan iaitu Bekenu, Lambir Piasau, Pujut dan Senadin bertempat di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

“Tahniah diucapkan kepada semua ahli PBB di Miri yang sentiasa merapatkan barisan parti dan menjadikan PBB sebuah parti yang begitu kuat di kawasan Utara. Meskipun pucuk pimpinan parti bertukar ganti, semangat juang yang ada dalam diri setiap ahli parti mesti sentiasa kekal kuat dan perjuangan kita seharusnya dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan sendiri. Ahli parti juga memerlukan inovasi dalam pendekatan yang digunakan untuk menggerakkan pembangunan negeri Sarawak dengan lebih cepat dan pantas ”, kata beliau.

Menyentuh tentang kemajuan ekonomi digital, Abang Johari menyatakan beliau mempunyai pelan induk berkaitan pembangunan teknologi digital di kawasan bandar dan luar bandar di Miri. Tambah beliau, sejajar dengan gelaran Miri sebagai Bandaraya Peranginan, promosi produk pelancongan di Miri akan lebih tersebar luas ke serata dunia menerusi usaha kerajaan negeri menaik taraf kemudahan aplikasi teknologi digital.

Abang Johari, dalam ucapannya turut mengumumkan pemberian sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM3 juta bagi pembinaan Stadium Terbuka di daerah Subis yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mempertimbang penukaran nama daerah Subis kepada Sibuti di masa akan datang.

Terdahulu Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang selaku Pengerusi Pengelola Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PBB Miri 2017 memohon agar Abang Johari memberi peruntukan kewangan bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur sekolah-sekolah daif di kawasan Utara terutamanya di Miri. Beliau berharap agar segala inisiatif pembangunan yang digerakkan oleh Abang Johari akan terus berjalan lancar dan terus mendapat sokongan rakyat Sarawak.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar. –TAMAT-

10 Jul 2017

TANAM MIDIN PENDAPATAN CECAH RM30K SEBULAN


Lawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke Projek Tanaman Miding milik En. Wong Hua Soon di Kuala Baram pagi tadi.

Kebun seluas 10 ekar berupaya mengeluarkan 80kg miding. Dengan harga pasaran RM13/kg, beliau mendapat purata pendapatan RM30 ribu sebulan.

En. Wong juga telah mendapat bantuan berupa pembinaan rumah membuat baja kompos daripada Jabatan Pertanian Bahagian Miri.

6 KENDERAAN ANGUS, PEMANDU LORI RENTUNG DI BINTULU


Satu kebakaran berlaku melibatkan sebuah lori tangki minyak,lima kenderaan lain dan sebuah motosikal yang berlaku di lampu isyarat berhadapan dengan Bintulu Medical Centre,Bintulu pada pukul 12.10 minit tengahari tadi.

Ketua Polis Bintulu,Supritendent Zailanni Amit,mendedahkan lori tangki minyak berkenaan datang dari arah Kidurong hendak membelok ke arah Tanjung Batu tetapi terlanggar pembahagi jalan menyebabkan lori tidak stabil dan tumbang.

Jelasnya,lori yang membawa muatan minyak tersebut meletup di tempat kejadian dan api turut memusnahkan beberapa buah kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan.

Tambahnya lagi kelihatan satu mayat rentung dibawah sebuah kenderaan yang musnah terbakar bersebelahan lori tersebut.

Hasil siasatan mendapati mayat tersebut ialah pemandu lori berkenaan Martin Ak Joshua,berbangsa iban,31 tahun ,manakala seorang pembonceng motosikal mengalami cedera ringan dan pemandu kenderaan lain yang terbabit terselamat sempat menyelamatkan diri.

Supritendent Zailanni memberitahu perkara itu kepada media di Bintulu hari ini.

4 Jul 2017

Seorang Perdana Menteri Layak Menikmati Cuti, Tidak Perlu Pertikai

3 Julai 2017, portal pemfitnah nombor satu di Malaysia, iaitu Malaysiakini terus mempertikai Datuk Seri Najib menggunakan pesawat udara kerajaan untuk bercuti.

Kali ini lebih teruk, Malaysiakini "recyle balik" kenyataan Raja Kamarul Bahrin kononnya Najib bercuti tatkala petrol naik. Bila masa petrol naik? Sudah lima minggu harga petrol turun. Nampak sangat kenyataan Raja Kamarul Bahrin itu sudah lama dan diputar balik oleh Malaysiakini.

Sesiapa pun menjadi Perdana Menteri di Malaysia, maka adalah menjadi haknya mengikut akta dan pekeliling menikmati cuti dan kemudahan kemudahan yang telah disediakan.

Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri pernah bercuti selama dua bulan di luar negara pada 9 Mei 1997. Mahathir ke London, Poland, Hungary dan Russia dalam tempoh itu, bersama dengan pegawai dan pengiringnya.

12 Januari 2000, Mahathir bercuti selama dua minggu di Argentina dan kemudian ke Davos, Switzerland. 8 Ogos 2001, ke Eropah untuk lawatan peribadi selama dua minggu. 23 Jun 2002, Mahathir bercuti bersama keluarganya di Naples, Itali selama hampir sebulan.

Semua ini adalah percutian Mahathir ketika bergelar seorang Perdana Menteri. Pada waktu itu, Mahathir menikmati kemudahan kemudahan yang ada termasuklah pesawat, pegawai dan pengiring sebagai seorang Perdana Menteri.

Menurut Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen.  Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Bagi anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga Timbalan Menteri, mereka layak menikmati cuti dan kemudahan setahun sekali. Tiket dan beberapa orang anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Menteri pergi cuti atau tidak pergi, mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti. Kos paling jauh London. Pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya melayakkan negara Asean paling jauh iaitu Laos sahaja.

Apatah lagi kalau melibatkan  PM dan TPM. Mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti. PM cuti ke tidak cuti, beliau tetap seorang PM.

Kalau Pakatan Harapan memerintah apakah mereka akan pinda Akta 237 ini? Tentu sekali tidak. Pakatan Harapan menang di Selangor dan Pulau Pinang, mereka pinda Akta untuk naikkan gaji Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco dan Adun.

Zaman Mahathir dan Anwar bercuti di luar negara dulu masih belum ada Facebook, Instagram dan aplikasi Flight Radar. Jika tidak teruk mereka kena "troll" di media sosial.

Puak pembangkang lempar fitnah kata Perdana Menteri sewa sampai 41 suites di Bali. 26 Jun 2017, portal MetroTV.News mendakwa Datuk Seri Najib menyewa 41 Presidental Suite di St Regis, Bali.

Kemudian sesudah membuat fitnah, portal MetroTV.News itu menulis pula Datuk Seri Najib hanya duduk di satu bilik Presidental Suites sahaja. Bila disemak kembali, MetroTV.News ini memang mempromosikan pembangkang di Malaysia.

17 Nov 2016, portal ini menyiarkan video seruan Bersih 5 yang dibuat Mahathir. Selain selepas itu, menulis berita berita yang menyokong demonstrasi Bersih 5. Maka tidak peliklah, MetroTV ini menyiarkan fitnah terhadap percutian PM di Bali baru baru ini.

Malaysiakini, 3 Julai 2017, terus menyiarkan propaganda jahatnya untuk mempertikai pesawat yang digunakan PM semasa di Bali dan Perth. Memang itulah kerjanya portal yang mendapat pembiayaan asing dari luar.

Mereka cerita untuk membuat rakyat membenci pemimpin sesebuah negara. Itulah nilai habuan dana sejumlah USD$35,000 yang diberikan National Endowment for Democracy, NED kepada Malaysiakini pada 2016.

Hanya pembangkang di Malaysia yang mempertikai apa sahaja, biarpun perkara tersebut tidak patut pun dipertikai. Pernah dengar pembangkang di negara lain, pertikai kemudahan untuk PM mereka?

Ini bukti kematangan politik pembangkang di Malaysia berada di tahap yang rendah sekali. Yang percaya cakap pembangkang ini lebih rendah lagilah tahap pemikiran mereka.

Apa ayat yang sesuai untuk tahap pemikiran sebegitu? Sebut satu perkataan...

Tulisan :
Beruang Biru
BB486, Selasa
4 Julai 2017