Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

25 Jun 2015

Rombakan Kabinet Selepas Raya – Ini Menteri Yang Dijangka Terbabit



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan rombakan kabinetnya selepas raya ini. Najib sudah tidak ada pilihan. Untuk mengukuhkan keyakinan rakyat kepada kepimpinannya beberapa Menteri yang dianggap sebagai ‘beban’ perlu digugurkan segera dan diganti dengan mereka yang lebih fresh dan energetik. Ini termasuk menukar portfolio beberapa menteri yang suka ‘playsafe’.
Antara yang mungkin akan digugurkan ialah Datuk Hassan Malik, Nazri Tan Seri Aziz, Tengku Adnan Mansor dan Shahidan Kassim. Beberapa orang Menteri pula akan ditukar portfolio mereka seperti Khairy Jamaludin yang dianggap prestasinya sebagai Menteri Belia dan Sukan agak kurang menyerlah. Kegagalan negara dalam berbagai bidang sukan sejak beliau menjadi Menteri menjadi puncanya. Kejayaan kontijen negara di sukan SEA di Singapura baru baru ini dilihat bukan kejayaan beliau. Khairy juga dilihat gagal dalam program pembangunan belia negara.
Shafie Afdal turut akan bertukar portfolio. Komen komen beliau mengenai isu 1MDB dan pertelagahan beliau dengan Ketua Menteri Sabah menjadikan beliau bukan lagi Menteri yang sealiran dengan Najib. Isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporation di Australia yang menjadi senjata baru kepada pembangkang, menjadikan kedudukan beliau semakin panas. Usaha beliau menjemput Najib merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilanan UMNO Bahagian Semporna Ogos nanti tidak akan menyelamatkan kedudukan beliau apatah lagi sebagai Naib Presiden.
Datuk Ahmad Maslan juga mungkin bertukar portfolio. Beliau menjadi tidak popular kerana sering membuat kenyataan yang mendahului kabinet dan Menteri yang bertanggungjawab terutamanya dalam isu GST.
Antara beberapa nama yang dijangka naik pangkat ialah Datuk Razali Ibrahim. Kalau Datuk Azizah Mohd Dun tidak naik pangkat mungkin Najib akan melantik seorang wanita muda menjadi Senator untuk menyertai kabinet beliau. Disamping itu beberapa tenaga muda baru telah disenaraikan dan berpotensi untuk dibawa masuk seperti Datuk Anuar (Sekijang), Datuk Nawawi (Langkawi), Datuk Ikmal Hisham (Kelantan) dan Datuk Irmohizam (Selangor). Turut tersenarai ialah beberapa senator seperti Datuk Salim Sharif (Negeri Sembilan) dan Datuk Asyraf Wajidi (Kelantan).
Rombakan kabinet akan menjadikan Najib lebih ‘In Command’ bagi menghadapi PRU ke 14. Ini juga akan mematikan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan beliau dari dalam. Keberanian Najib mencabar mana mana anggota kabinet supaya meletak jawatan jika tidak lagi dapat bersama dengan beliau dalam menangani isu 1MDB membawa impak besar. Suara suara sumbang sudah tidak kedengaran. Bahkan pendirian majoriti Ketua Bahagian UMNO supaya pemilihan parti 2016 ditangguhkan mematikan sebarang usaha untuk menentang kepimpinan beliau. Difahamkan survey pendirian Ketua Bahagian itu dibuat melalui kumpulan Telegram mereka.
Sejak pihak pengurusan 1MDB lebih terbuka menjawab satu demi satu dakwaan Tun Mahathir kononnya wujud kepincangan dalam 1MDB, tekanan supaya Najib meletak jawatan semakin kendur. Bahkan langkah rasionalisasi 1MDB seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan 2 dapat menangkis dakwaan bahawa 1MDB adalah syarikat pelaburan kerajaan yang gagal.
Ternyata pihak yang memburuk-burukkan 1MDB sebagai senjata untuk menjatuhkan Najib banyak menggunakan maklumat daripada Sarawak Post. Penangkapan Xavier Andre Justo bekas Eksekutif Petrosaudi oleh Pihak Polis Thailand mengukuhkan lagi kredibiliti Najib dan 1MDB.
Xavier Justo telah dipecat oleh Petrosaudi iaitu rakan kongsi 1MDB. Beliau banyak memberikan maklumat palsu kepada Sarawak Report yang beroperasi di London untuk tujuan memeras ugut bekas majikannya. Laporan Sarawak Report inilah yang menjadi sumber rujukan kepada Tony Pua dan yang lain lain untuk menyerang Najib dan Kerajaan.
Satu lagi isu ialah, apakah akan ada Menteri Besar yang akan diganti sebelum PRU ke 14? Tunggu dan lihat. – MYNEWSHUB.CC

16 Jun 2015

Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor

Ampun Tuankun beribu ampun jika warkah terbuka ini menimbulkan kermurkaan Tunku. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya campur dalam hal politik, Tunku menulis satu mesej panjang lebar kepada Rakyat Malaysia. Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini. Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor, satu akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara dalam Negara. Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial. Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua. Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis “bagaimana boleh diadalan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia sudah melebihi sempadan sepatutnya. Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program. Ia bukan hak tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat. Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis sedemikian mengenai Perdana Menteri. Dalam menjawab Nazri, Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat. Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian. Ada juga rakyat berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam majlis terbuka sedemikian. Namun, Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab, kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu. Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan kerabat, beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati tersebut secara senyap dan tertib. Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja? Apabila adab dan kesopanan ini sudajh dilanggar, akan ada yang melanggar kembali biar pun tanoa restu Perdana Menteri. Tunku murka, terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur oleh Nazri. Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana. Budaya apa yang hendak diterapkan? Ampun Tunku beribu ampun, Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum. Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini. Hakikatnya, kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku. Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran, namun menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, ia bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri. Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tunku. Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja Melayu dan Rakyat. Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba. Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Rakyat Marhaen Amin Bin Yatim

10 Jun 2015

DPM to lose job in looming Cabinet shake-up, says analyst


PETALING JAYA: A political analyst has speculated that a Cabinet reshuffle is imminent and that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin will be kicked out.

Quoting unnamed sources, Shahbudin Husin says in his latest blog entry that the idea of the reshuffle and Muhyiddin’s sacking was presented to Prime Minister Najib Abdul Razak a few weeks ago by officials of “a government psywar agency”. He does not identify the agency by name.

He says the officials told Najib that the “time for defensive action was over and it was now time to attack and shoot.”

The likelihood of the reshuffle, he adds, is strengthened by the fact that Najib was accompanied, in his recent visit to the Holy Land, by Umno vice-presidents Ahmad Zahid Hamidi and Hishammuddin Hussein and not Muhyiddin and Shafie Apdal, another Umno vice-president, but one who has, like the DPM, been critical of the Prime Minister’s handling of the 1MDB issue.

He suspects that the three used their opportunity to be together in Mecca to plot a course of action.

“Najib is said to have lost his patience with Muhyiddin and eager to show that he is indeed a Bugis warrior who will fight to the end,” Shahbudin says.

He says his sources told him Zahid will be promoted to take over Muhyiddin’s post, Hishammuddin will be made Finance Minister, and Shafie will be shifted to a ministry that is “less important” than his current Rural and Regional Development Ministry.

He adds that a few other ministers will be dropped and among those slated to replace them are BN Backbenchers Club Chairman Shahrir Samad and Ketereh MP Annuar Musa.

He does not name the ministers who will lose their jobs, saying only that they are among those who have been “playing safe” by not voicing support for Najib in his quarrel with former prime minister Mahathir Mohamad.

9 Jun 2015

#GempaSabah :Tanak Dusun Bunduliwan dan Si Aki Nabalu


Tiap kali tragedi berlaku, ramai manusia ingin menjadi Tuhan. Mereka taksub berfirman tentang kemungkaran, pembalasan, dosa dan pahala, dengan nada wahyu yang sangat yakin. Seolah-olah di dada mereka, terletaknya jiwa Tuhan yang maha mengetahui segala-galanya.

Setiap malapetaka di alam fana adalah rahsia Tuhan. Sama ada ia hikmah tersembunyi, pembalasan, peringatan, ujian atau dugaan: hanya Tuhan yang tahu motifnya. Manusia cuma perlu menerima dengan redha. Buat refleksi diri, kemudian mengambil iktibar dari segala musibah. Bukan hak manusia untuk saling menghukum sesama sendiri. Sebab itu adalah tugas asasi Tuhan, sang pencipta dan pentadbir dunia semesta ini.

Teori saya begini. Sebenarnya mereka kemaruk sangat mau jadi Tuhan sebab gagal jadi manusia. Tapi ingatlah, menjadi Tuhan bukan senang. Ia menuntut kualiti yang tidak mungkin dapat dicapai oleh insan biasa. Jadi nasihat saya begini. Kalau kamu tak reti jadi manusia, lebih baik pilih jadi binatang atau tumbuhan. Itu lebih mudah. Sebab mahu ikut perangai babi atau kacang lupakan kulit, tidak sesukar mahu meniru-niru keagungan Tuhan.

Tidak kurang juga yang mahu jadi Menteri Internet sebab tiada kelayakan jadi Menteri Kabinet. Sekadar baca spekulasi yang disebar oleh angin teknologi, tapi sudah gigih buat judgement dan polisi-polisi khalayan sendiri. Itu tidak betul, ini tidak betul. Kerajaan tak pandai buat kerja, blah, blah. Patut begitu, patut begini. Riuhnya mengalahkan murai betina yang sedang sakit bertelur songsang.

Menjadi pemimpin bukan senang. Pilihan logistik yang dibuat pada saat-saat genting begini memang subjektif sifatnya. Setiap orang ada pandangan tersendiri. Tetapi proses untuk mencapai keputusan itu tidak subjektif. Ia adalah realiti. Ada orang buat keputusan sambil ampai-ampai di rumah surfing internet 24 jam. Macam ular sawa kenyang lepas menelan seekor ibu tenuk. Ini realiti pertama.

Realiti yang satu lagi: wakil-wakil penting autoriti (TPM, CM, wakil parlimen dan ADUN Ranau, etc) turun ke kawasan kejadian. Meninjau semua tempat yang kritikal. Mendengar sendiri dari pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dengan bencana. Bukan saja melihat dengan mata sendiri kerosakan-kerosakan yang berlaku, bahkan turut merasa dari dekat perkongsian tangis dan rintihan mangsa. Semua itu beroperasi di LAPANGAN SEBENAR. Bukan dalam media sosial di komputer riba atau smart iPhone.

Persoalannya sekarang: adakah wira-wira siber yang mengularsawa tapi kepoh di media sosial, lebih tinggi martabat daripada orang-orang yang turun dengan tulang kaki ke lapangan sebenar? Ya, tidak salah beri pandangan. Kita semua ada pendapat dan berhak suarakannya. Tapi jangan lebih sudu dari kuah. Kongsikan dengan semangat mahu bantu agar situasi bertambah baik. Bukan dengan niat meremeh-remehkan usaha orang lain.

Kalau kemaruk mau jadi menteri, senang saja bah. Pakai songkok, buat poster besar-besar. Tulis nama penuh ikut IC, kemudian bertanding dalam pilihanraya. Gerenti ada peluang jadi waibi, dan siapa tahu boleh jadi menteri. Bukan tempek gambar gampang ntah apa-apa, kemudian letak pula nama sial yang tidak dikenali. Lepas itu, melalak-lalak di FB macam tupai liar yang putus ekor digilis lori balak. 

Kita tidak boleh sembuhkan luka dari tragedi dengan melontar seribu spekulasi dan menyalakan api benci. Kerana sengketa hanya menyimbah garam kepada luka yang sudah terlalu pedih. Dalam detik-detik berkabung begini, yang kita semua perlukan adalah cinta. Ya, tiada yang lain, kecuali cinta sesama kita.

Ada juga yang tekun melaga-lagakan pihak yang terlibat dalam operasi SAR (search and rescue). Menyanjung para malim gunung dan penduduk kampung, itu tidak mengapa. Memang wajar. Tetapi mengutuk dan mencemuh ahli-ahli pasukan penyelamat lain: ini jijik lagi menjijikkan. Saya agak sensitif pasal ini, sebab saya ada ahli keluarga dan kawan baik yang terlibat dalam SAR: sama ada atas kapasiti agensi berautoriti, malim gunung mahupun sukarelawan penduduk. Mereka semua berkoordinasi dengan baik, tanpa sebarang p rejudis dan prasangka. Tidak timbul isu siapa buat kerja lebih, siapa yang tidak. 

Malim gunung (majoriti) dan penduduk kampung adalah natif Dusun Bunduliwan yang terkenal dengan sifat santun dan rendah hati. Mereka tidak ketagih sanjungan. All they want to do is to help the stranded climbers and bring them to safety. Secara natural, tentulah mereka akan jadi tulang belakang penting dalam usaha-usaha mencari dan menyelamat. Sebab seluruh kehidupan, inilah dunia mereka. They know this place much better than anyone else. Bagi orang luar, gunung ini adalah Kinabalu, kemuncak tertinggi di Malaysia. Bagi natif Bunduliwan di sekitar pergunungan, ini adalah "Aki Nabalu”.

Mereka bukan saja kenal secara fizikal segenap liku dan ceruk terrain banjaran serta rimba Nabalu. Mereka juga ada ikatan spiritual yang kuat dengan tanah leluhur ini. They don’t get intimidated by the ‘angry mountain’. They don’t fear to be buried alive. Because for them: this is their “Aki Nabalu”. Tempat persinggahan dan semayam roh nenek moyang. If anything bad happens, it is an honour to face a death there.

Itulah semangat malim gunung dan penduduk natif. Jadi, individu begini (yang tidak dihantui ketakutan) yang perlu terajui inisiatif SAR di baris hadapan. Because when you don’t have fear, your hearts and minds will function more orderly. Thus, you can make a much better decision at the most critical moment. Tidak perlu mencemuh para pasukan penyelamat yang seolah-olah jadi “second fiddle” dalam operasi ini. Prinsipnya mudah. Let the best persons handle the toughest tasks. Yang lain boleh selaraskan hal-ehwal logistik di pusat bantuan. Tolong menolong.

Tahukah kamu apa yang tertulis di poin tertinggi Gunung Kinabalu? Meski kemuncak itu dinamakan Low’s Peak (kerana ia ditawan kali pertama oleh explorer Inggeris, Hugh Low): namun tugu memori yang bertakhta di sana adalah tentang Gunting Lagadan. Seorang natif dari Bundu Tuhan (tempat asal kedua ibubapa saya) yang menjadi guide (malim gunung) kepada rombongan Sir Low. Transkripsi pada tugu itu ditulis dalam Bahasa Dusun dialek Bunduliwan: “Id Kahandaman di Gunting Lagadan Huguan Mana-Nanud Id Nuluhan Kinabalu 1888-1966”. Yang bermaksud: “Tanda Peringatan Untuk Gunting Lagadan, Ketua Malim Gunung Kinabalu 1888-1966”. 

"Ketua Malim Gunung” (Huguan Mana-nanud Id Nuluhan) sebenarnya satu transilasi yang kurang tepat, sebab konteks budaya “huguan” dalam tradisi Dusun adalah lebih tinggi. Ia bermaksud “paramount leader/chief” (supreme, more important than anyone else!). Gunting Lagadan hanya simbol huguan. Tapi hakikatnya, seluruh natif Bunduliwan di pergunungan ini (Bundu Tuhan, Kiau, Komburongoh, Kundasang) adalah “huguan mana-nanud id nuluhan Kinabalu” yang sejati. That is why the inscription is sealed neatly at the highest peak of Nabalu: to remind everyone that nobody understands this majestic mountain more than we, the Nabalu Bunduliwan natives, do.

Sehari selepas gempabumi, saya pulang ke Kundasang untuk meraikan perkahwinan anak perempuan sulung abang saya di Dewan Masyarakat. Anak saudara saya bertemu jodoh dengan jejaka dari Pitas. Sungguhpun kampung halaman mereka terpisah oleh rabung gunung - yang perempuan di selatan, yang lelaki di utara, dan Kinabalu di tengah-tengah - namun jodoh mereka tetap bertaut mesra di bumi permai Kundasang.

Sebelum pulang ke KK, saya sempat ambil gambar berlatar Kinabalu yang megah menjulang. Agak sedih sedikit melihat ‘luka-luka’ pada gunung akibat runtuhan. Selalunya Aki Nabalu kelihatan gagah dengan satu nada warna dari puncak sampai ke kaki. Tapi kini ia kelihatan seperti pahlawan yang calar-balar ditusuk seribu pedang. But I know for sure, time will heal everything. We will survive this. 

Bagi orang luar, mungkin gempa itu telah menukar persepsi mereka secara drastik tentang Kundasang yang penuh pesona dan permai. For us, it doesn’t change anything. Kami masih mensyukuri kurnia Tuhan atas tanah yang makmur dan indah ini. Kawasan ini memang terletak hampir dengan epicenter gempa, yang mencetuskan getaran setiap 20-25 tahun (berdasarkan trend statistik geo)
Sebelum ini, ia pernah berlaku pada tahun 1966 dan 1991 (Note: There could be earlier events pre 1960s, but perhaps they are not properly recorded). 

Maksudnya apa? Selama 25 tahun, Tuhan menghadiahkan kami keindahan struktur semulajadi Nabalu yang menakjubkan dan hawa gunung yang segar SETIAP HARI. Dalam tempoh itu pula, kami cuma diberi gegaran selama 10-20 saat. 

Saya fikir Tuhan maha adil lagi penyayang. Tidak wajar kita kufuri nikmat bertahun-tahun hanya kerana kifarah beberapa saat. Yang nyata, kurnia positif dari-Nya jauh lebih banyak dari dugaan negatif. Marilah kita semua berterima kasih dan bersyukur. 

Takziah kepada semua keluarga mangsa, dari kalangan natif dan luar. Percayalah, tiada luka yang tidak boleh disembuhkan. Together, we all will heal. Have trust in HIM.

Dr Rem Danbul
 —  at Kundasang, Ranau Sabah