Bagi parti seperti PAS semua perkara mungkin sandiwara sahaja pada mereka.
Satu ketika dulu kisah Al Maunah sekitar tahun 2000 juga dikatakan sandiwara UMNO , ada ranger tentera yang terkorban pada peristiwa itu mungkin pelakon yang sanggup mati untuk lakonan sandiwara agaknya.
Kemudian antara yang terbabit, tiga yang dihukum mati pun dikatakan sandiwara. Kononnya sanggup mati untuk kerajaan UMNO.
Begitulah ketakutan PAS. Apakah Hadi Awang mengetahui dan bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Iskandar Samd ini?
Menuduh isu keselamatan dan kedaulatan negara sebagai satu kisah drama Korea adalah satu tuduhan yang berat dan serius.
Dalam satu kenyataan di Malaysiakini pada 8 Mac 2017, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad meramalkan dengan imaginasinya bahawa akibat suka sangat menonton filem dan drama Korea maka rakyat Malaysia kini dihidangkan dengan drama dari Korea katanya.
Iskandar meramalkan secara "pre-empt prediction" bahawa negara China akan menjadi orang tengah lalu nanti wakil dari UMNO akan pergi ke Pyongyang untuk membawa pulang rakyat Malaysia.
Lalu kerajaan akan dipuji maka rakyat akan mengundi BN. Ini dikatakannya dalam nada sinis .
Ini juga boleh diandaikan bahawa Iskandar dan PAS amat takut dengan kerja baik BN. Iskandar bercakap begitu dengan arahan Azmin atau Hadi Awang?
Nampak seperi Azmin yang arahkan Iskandar untuk serang BN dalam isu keselamatan ini. Iskandar juga tidak mahu cari pasal hilang sebagai calon PRU14 nanti. Maka terbitlah cerita drama tahanan ini.
Dalam hal ini, jelas sekali Iskandar bertindak bodoh dalam isu Korea Utara ini. Iskandar tidak belajar dari Tian Chua yang pernah menuduh krisis di Lahad Datu sebagai satu konspirasi terancang UMNO.
Akhirnya Tian Chua mengaku tidak bertanggungjawab atas artikel yang diterbitkan Suara Keadilan pada 7 Mac 2013.
Mungkin lepas ini, Iskandar Samad akan guna taktik sama. Salahkan Malaysiakini putar belit kenyataannya.
Kenyataan Iskandar ini juga sama seperti hasutan yang pernah dibuat Tian Chua. Wajar dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 4 (1), Akta Hasutan 1948.
Di saat keluarga 11 rakyat Malaysia bersedih dan berduka, Iskandar menuduh mereka sebagai berlakon drama Korea.
Di saat seluruh negara mengecam tindakan Korea Utara itu, Iskandar memperli bahawa itu semua hanya sandiwara.
Isu "national security" bukanlah satu sandiwara. Tidak ada pegawai diplomatik mana mana negara yang mahu berlakon cerita hidup dan mati.
Seperti kes kes lain sebelum ini, apabila yang menuduh sesuatu itu sandiwara , puak penuduh tidak pernah dapat membuktikan atau memperincikan di bab mana ianya satu sandiwara.
Bagaimana boleh runding dengan banyak pihak untuk bersandiwara? Ini isu negara bukan isu politik, barangkali Iskandar sebenarnya yang banyak sangat tengok drama Korea.
Dato Seri Najib telah selesaikan banyak perkara yang bukan datang atas kehendaknya. Satu demi satu ujian. Namun Dato Seri Najib lepas satu demi satu ujian.
Dari Lahad Datu, MH370 , MH17 , dan 1MDB yang tidak pernah dilihat buktinya. Ini yang pembangkang takut. Najib dijangka berjaya selesaikan isu Korea Utara ini dengan caranya sendiri. Sebab itulah awal awal lagi, Iskandar menuduh isu ini sebagai sandiwara.
Siapa yang suruh? Sudah pasti Azmin dan bukannya Hadi. Yang sebenarnya sedang sandiwara adalah Azmin dan PAS di Selangor.
Mereka ini sebenarnya yang sedang berlakon drama Korea. Isu YAWAS, Splash, rumah urut, Paya Wetlands dan isu pintu gerbang tidak dijawab Azmin. PAS Selangor curang dengan Hadi kerana berskandal secara mutaah dengan PKR di Selangor.
Lebih menarik drama Korea yang berlaku di Selangor bila PAS Pusat tolak berhubung dengan DAP, tetapi PAS Selangor masih intim dengan DAP dan PAN.
Inilah drama Korea Utara yang sedang berlaku di Selangor. Hubungan dan skandal misteri PAS Selangor dengan Azmin, PKR, DAP, PPBM dan PAN.
Hadi Awang sudah kena main dengan PAS Selangor. Isu 11 rakyat Malaysia ditahan di Korea Utara bukan drama. Itu kisah sebenar.
Rakyat Malaysia jangan diperdaya oleh skrip bodoh Iskandar Samad. Nilaikan, mana satu sandiwara, mana satu isu yang perlu kita bersama.
Tulisan :
Beruang Biru
BB321, Khamis
9 Mac 2017
0 komentar:
Catat Ulasan