Bagi sebuah parti yang wujud kerana terpaksa dan tidak pernah dirancang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia sememangnya sukar untuk menjual dirinya kepada rakyat Malaysia.
Pada jangkaan pengasasnya, Mahathir dan Muhyiddin mereka akan dapat “exodus” dari ahli UMNO dengan jumlah yang ramai, namun ia tidak menjadi kenyataan.
Ahli UMNO enggan dikudakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Presiden sendiri. Orang UMNO pilih parti dan bukannya individu.
PPBM sebenarnya adalah parti yang lahir akibat tersepit ketiadaan ruang atau platform bagi individu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.
Mahathir tidak menjangkakan Dato Seri Najib berani melucutkan jawatan dua orang tersebut dan menyingkirkan mereka.
Mereka bertiga telah “underestimate” keberanian Najib. Cubaan jatuhkan Najib di parlimen menerusi undi tidak percaya gagal. Cubaan jatuhkan menerusi Perhimpunan Agung UMNO pun gagal.
Serangan terhadap 1MDB gagal. Serangan terhadap BR1M dan jemaah haji 1MDB tidak mabrur pun gagal. Yang berjaya adalah penubuhan parti baru iaitu PPBM.
Semuanya demi menutup malu dan mencari platform baru. Tertubuhlah parti bunga.
Pada asalnya Mahathir tidak seghairah untuk membuka parti baru kerana jauh dalam dirinya dia hanya mahu menyelamatkan anak dia sendiri sahaja.
Mahathir percaya itu boleh dilakukan dengan berkompromi dengan DAP atau anak didiknya Azmin dari PKR untuk satu kerusi selamat buat Mukhriz.
Asalkan Mukhriz dapat jadi ahli Parlimen supaya boleh dibida anaknya itu jadi calon Perdana Menteri.
Maka kompromi untuk Mukhriz jadi Perdana Menteri boleh dilakukan dengan membeli sesiapa yang menghalang dengan menggunakan dana berbillion dalam simpanan proksinya.
Ainina pun kena cantas dan tanam kerana cuba ganggu kerusi selamat Mukhriz di Langkawi. Tengoklah bagaimana Ainina dimalukan dan dibuang dari parti bunga.
Walaupun parti bunga sudah wujud lebih 6 bulan, mereka masih malu untuk umumkan jumah keahlian mereka yang sebenar.
Ketua Armada jaguh debat mereka Syed Saddiq sudah berjanji semenjak tahun lalu lagi untuk umumkan jumlah ahli. Kenapa susah sangat hendak umum jumlah ahli?
Ini berkemungkinan kerana jumah ahlinya amat sedikit dan memalukan jika diumumkan.
Hanya berani umum jawatan Ketua Bahagian parti bunga sahaja. Itu pun ada bahagian yang tidak lengkap. Hanya ketua sahaja, di mana AJK AJK nya?
Nampak sangatlah logo parti bunga ini tidak berapa laris di peringkat akar umbi. Ramai yang tidak mahu menyokong. Yang ikut hanyalah pengikut totok sahaja bukan "followers" akar umbi.
Mengapa parti bunga yang ada satu kerusi mahu berlagak jadi kapten kapal sudah boleh difahami.
Kerana parti mereka tidak laku. Tidak dapat sambutan. Tidak ramai ahli. Jadi untuk tunjuk kata mereka kuat terpaksalah berlagak jadi kapten mengarah itu dan ini.
Parti bunga sendiri sudah merasai logo parti mereka secara sendirian tidak laku. Oleh kerana itu, mereka mahu buat satu logo secara bersama.
Maka atas sebab itulah jika semua komponen menggunakan satu lambang dan logo, maka parti yang tidak laku seperti PPBM boleh menyelitkan diri bersama sama ahli PKR dan DAP atau PAN ketika pilihanraya.
Maka dengan itu kelihatanlah gah dan ramainya mereka. Padahal mereka menumpang ahli DAP, PKR dan PAN untuk kelihatan ramai.
Dalam setiap ceramah itulah situasi sebenarnya. Jika disaring balik, berapa kerat sahaja ahli parti bunga yang ada, yang ramainya ahli DAP, PKR dan PAN.
Pakatan Harapan atau Pakatan Rakyat sebelum ini sudah beberapa pilihanraya tidak bermasalah menggunakan logo sendiri di kawasan yang mereka tandingi.
Hanya bila ada parti bunga sahaja mereka terpaksa menaikkan isu menggunakan logo dan lambang yang seragam dan sama.
Inilah padahnya, apabila pada awalnya begitu taksub dan kuat berangan, maka mereka sangka rakyat amat suka dan percaya kepada pemimpin mereka iaitu Mahathir.
Kemudian setelah berlalu satu pilihanraya negeri dan beberapa PRK, barulah geng bunga sedar. Yang bertambah hanyalah kebencian rakyat terhadap Mahathir dan simpati pada Najib.
Sokongan pada Mahathir mulai terhakis. Rakyat mulai meluat melihat serangan serangan Mahathir yang nampak keterlaluan pada Najib.
Realitinya, parti bunga hanya satu kerusi, parti kecil, tidak laku.
Hanya PPBM yang kelihatan bersungguh sungguh mahu logo dan lambang yang sama. Parti lain tidak kelam kabut pun.
DAP dan PKR rasanya lebih selesa dengan lambang mereka. Mustahil mereka akan korbankan lambang mereka semata mata untuk memuaskan hati Mahathir.
Cadangan satu logo dan lambang yang sama ini tidak akan ke mana mana. Hanya akan tinggal sebagai cadangan sahaja.
Sama seperti siapa calon PM, logo dan lambang ini juga akan buat pembangkang pecah kepala memikirkannya.
Tulisan :
Beruang Biru
BB331, Khamis
16 Mac 2017
0 komentar:
Catat Ulasan