Bujang Senang

Bujang Senang

14 Jun 2017

Azmin Ali Sudah Hilangkan Setengah Bulan Bonus Di Selangor

Penyakit U TURN Mahathir sudah berjangkit pada Azmin. Cakap "flip flop" dan berubah rubah. Cakap tidak serupa bikin.

23 Mei 2017, Azmin Ali berbangga umum bonus dua bulan setengah gaji kepada 17,703 orang kakitangan awam di Selangor. Antara sebab Azmin mahu bagi bonus sebanyak itu adalah kerana mendakwa Selangor adalah negeri terkaya dengan rizab lebih RM4 billion.

13 Jun 2017, Azmin sudah U TURN. Bonus yang mahu diberi diumumkan hanya dua bulan sahaja. Setengah bulan sudah hilang. Kenapa jadi begitu Azmin? Hilang ke mana setengah itu?

Ini bukti Azmin hanya sekadar main cakap lepas sahaja mengenai hal pemberian bonus. Akhirnya membuat keputusan yang "flip flop" mengenai jumlah sebenar bonus. Lihat video ini ;
 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1685064668469957&id=1455416204768139

Azmin baru habiskan RM63.3 juta kepada 17,703 penjawat awam. RM63.3 juta ini tidak perlu guna duit rizab pun. Duit Marris yang diberi oleh kerajaan pusat kepada Selangor pada 2016 berjumlah RM497 juta.

Jalan di Selangor banyak yang berlubang. Kalau diturap pun, kualiti tar yang digunakan rendah. Dalam seminggu sahaja berlubang balik. Duit Marris ini ada diguna untuk baiki jalan atau bina jalan baru di Selangor? Atau duit Marris ini diguna bayar bonus dua bulan gaji?

Jumlah 17,703 ini hanyalah 0.28% sahaja dari keseluruhan 6.8 juta penduduk Selangor. Berbanding dengan Kerajaan BN Pusat yang telah memberi BR1M berjumlah RM1200 kepada 1,066,359 juta orang di Selangor.

Selangor negeri paling teramai terima BR1M. Sejumlah 15.68% dari seluruh rakyat Selangor dan melibatkan peruntukan RM1.2 billion. Lebih berkali ganda lebih besar dari hanya RM63.3 juta yang diberi Azmin.

Azmin menyindir kerajaan pusat kononnya hanya beri RM500 sahaja kepada penjawat awam. Jangan berlagaklah Azmin, jumlah keseluruhan peruntukan yang Dato Seri Najib beri kepada penjawat awam lebih besar. Jumlahnya, RM1 billion berbanding hanya RM63.3 juta. 

RM500 untuk 1.6 juta kakitangan awam dan RM250 untuk 743,000 orang pesara kerajaan. Jika dicampur jumlah rakyat yang mendapat BR1M di Selangor, kakitangan awam dan 743,000 pesara ini, jumlahnya sudah 3.4 juta orang. Lebih ramai dapat manfaat dari hanya 17,703 orang sahaja.

Usahlah Azmin berlagak sangat mendakwa Selangor negeri terkaya kerana ada rizab RM4 billion. Kerajaan Sarawak ada rizab RM27 billion, lagi banyak dari Selangor. Kerajaan negeri Terengganu belanja dana raya sejumlah RM88.8 juta kepada 239,323 orang. Lebih banyak jumlahnya dan lebih ramai dapat manfaatnya.

Azmin kena teliti Laporan Ketua Audit Negara pada 2016 yang menyarankan kerajaan negeri berhemat dalam belanja. Pelaburan sudah turun RM92.89 juta di Selangor. Prestasi perlaksanaan projek rakyat pula masih di bawah 50%.

Apa pun, rakyat Selangor sudah mula terkena dengan Azmin. Janji yang Azmin buat tidak semestinya betul dan akan ditunaikan. Ini gaya kepimpinan PKR di Selangor. Bila dekat pilihanraya sahaja, ada perkara yang manis. Bila dah menang, hilanglah sampai hujung penggal. Yang pasti, setengah bulan sudah hilang sudah.

Tulisan :
Beruang Biru
BB466, Rabu
14 Jun 2017

0 komentar: