29 Jun 2017, Mahathir mula meracau dari London. Mula mengarang cerita dan membuat kesimpulan awal tentang keputusan RCI Skandal Forex yang telah pun dipersetujui oleh kabinet untuk ditubuhkan pada 21 Jun 2017.
Mahathir mula karang cerita kononnya ramai akan ditangkap seperti Ops Lalang yang dibuatnya pada 1997 menjelang PRU14. Mahathir sebenarnya buat "pre emptive strike" terhadap sebarang siasatan RCI Forex yang melibatkan dirinya. Ini menampakkan ketakutan Mahathir hadapi RCI.
Kenapa perlu takut jika tidak bersalah? Ini bukan kali pertama Mahathir kelihatan takut dan cemas. Malah ketika Kit Siang mahu dipanggil untuk disoal siasat oleh Pasukan Petugas Khas Skandal Forex pada 4 Mei 2017, Mahathir sebelum itu menulis panjang lebar di blognya memuji Lim Kit Siang dan DAP.
Bukan Mahathir sahaja, semua macainya di Facebook dan Twitter dikerah memuji Kit Siang dan DAP. Semata mata kerana takut Kit Siang buka pekung sebenar, Mahathir terpaksa buat gerakan memuji dan memuja Kit Siang di media sosial.
Bagi memujuk hati Kit Siang kononnya. Nasib baiklah Kit Siang tidak digelar sebagai wali seperti mana tindakan ahli PPBM yang bernama Azam Abdullah. Menulis dalam facebooknya "siapa lontar fitnah pada Tun M adalah pengkhianat pada bangsa Melayu..Tun M wali Melayu" tulis Azam Abdullah.
Sampai begitu taksub pada Mahathir hingga menggelar wali. Orang sebeginilah yang mahu ditipu dan dibodohkan oleh Mahathir dan pembangkang. Cerita cerita karut seperti menyewa 41 suites di Bali, cerita radar tentera kononnya hilang dan terbaru cerita kononnya ramai akan ditangkap menjelang PRU14 oleh Mahathir.
Pembangkang tidak akan buat cerita dan propaganda bodoh ini jika tidak ada orang yang percaya dan terpedaya dengan cerita mereka. Sebab ada orang taksub dan kurang waras percaya, maka cerita cerita bodoh itu menjadi laku.
Kesian sungguh melihat mereka ini terpedaya. Sebab itu bila ada ahli PPBM yang mula persoal Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz, ianya bukannya dipaksa oleh sesiapa. Ianya kerana ahli ahli PPBM itu sudah tidak mahu ditipu, dibodohkan dan diperdaya lagi.
RCI Skandal Forex ini bakal menjadi igauan buruk buat Mahathir. Karpal Singh semasa berucap pada kempen PRU13 pernah berkata mahu penjarakan Mahathir mengenai isu kekayaan luar biasa anak Mahathir dan kehilangan wang Forex ini. Lihat video ini ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1690757974567293&id=1455416204768139
Bermakna ramai ahli ahli DAP mengetahui hal ini. Oleh kerana kini, DAP mahu pergunakan Mahathir untuk dapatkan undi Melayu bagi merampas Putrajaya, maka mereka "menutup mulut" mengenai isu ini.
Namun dalam benak hati Kit Siang, Guan Eng dan ramai lagi ahli DAP, mereka masih lagi berdendam dengan Mahathir. Oleh sebab itu, DAP masih tidak mahu Mahathir menjadi ketua dan calon PM bagi Pakatan Harapan. Biarpun hanya bergelar "PM Sementara".
DAP tahu Mahathir akan buat ISA semula jika dia berkuasa. Entah entah lebih dari 100 orang akan dihumban jika Mahathir berkuasa balik. Lebih dahsyat dari Ops Lalang 1997.
Mahathir sebenarnya takut ahli ahli DAP yang akan berubah hati bila RCI ini ditubuhkan. Apa akan jadi kalau ramai ahli ahli DAP percaya Mahathir bersalah hilangkan wang USD$10 billion Bank Negara?
Bukan setakat ahli DAP, geng PKR yang masih ada semangat reformasi pun barangkali setuju Mahathir bersalah.
Lintang pukanglah jadinya Pakatan Harapan, kalau Mahathir sudah ke dalam. Yang pasti tersenyum adalah Wan Azizah dan keluarga. Ini yang buat Mahathir takut. Cita citanya untuk meneruskan legasi kroni dan anak sendiri boleh terjejas.
Oleh itu, bagi menahan asakan awal ini, Mahathir kena reka cerita dan kesimpulan awal agar rakyat dapat difanatikkan dan diseru membenci kerajaan. Padahal apa yang dibuat RCI sebenarnya hanyalah untuk mencari kebenaran dan kepastian.
Sama macam apa yang dibuat PAC dalam isu 1MDB. Bukan main lagi puak Mahathir cerita FBI hendak tangkap Datuk Seri Najib di Amerika Syarikat. Ada nampak muka Datuk Seri Najib takut? Tidak pun. FBI tidak tangkap pun. Itu hanya cerita karut Khairuddin dan Matthias sahaja.
Kini bila berhadapan dengan RCI Forex, Mahathir sewajarnya bersedia untuk disoal dan disiasat. Kenapa perlu membuat kesimpulan awal seolah olah sudah bersalah dan akan ditangkap?
Belum pun dibicarakan Mahathir sudah buat kesimpulan dia bersalah. Strategi "pre emptive" Mahathir ini akhirnya akan memakan diri. Rakyat kini sudah tahu siapa sebenarnya yang jadi gelama ikan duri.
Tulisan :
Beruang Biru
BB484, Jumaat
30 Jun 2017
0 komentar:
Catat Ulasan