Diberi salah, tak diberi pun salah. Itulah perangai setengah pihak. Ia mengenai pemberian bantuan khas kepada penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, 743,000 pesara kerajaan juga akan menikmati bantuan khas sebanyak RM250.
Malangnya selepas pengumuman itu dibuat, ada pula yang telah membandingkan pemberian berkenaan dengan bonus yang diterima oleh penjawat awam di Selangor iaitu sebanyak 2.5 bulan. Harus diingat, kerajaan BN beri bantuan ini secara konsisten setiap tahun.
Guan Eng yang katanya janji tiga bulan gaji, menurut sebuah portal pembangkang, masih tidak tahu hendak gadai tanah di mana lagi tahun ini untuk beri bonus. Entah entah tidak dapat langsung di Penang.
Sebenarnya adalah tidak adil untuk membuat perbandingan berkenaan kerana di Selangor hanya 17,700 orang penjawat awam sahaja, itu pun dengan perbelanjaan RM58 juta sahaja.
Duit Marris yang diberi kerajaan pusat untuk Selangor pada tahun 2016 lebih besar iaitu RM497 juta. Ada nampak jalan jalan baru di Selangor? Jalan masih berlubang, sesak teruk. Jadi kerajaan Azmin di Selangor benar benar gunakah duit Marris ini untuk jalanraya? Atau ambil duit Marris ini beri bonus dua bulan setengah gaji?
Berbeza dengan kerajaan pusat di mana terdapat 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara. Bayangkan, dengan bantuan sebanyak RM500 sahaja sudah melibatkan perbelanjaan RM1 bilion, bagaimana pula jika kerajaan pusat memberikan bonus sebanyak 2.5 bulan.
Jumlah kakitangan awam Selangor hanya 0.28 peratus daripada keseluruhan 6.3 juta penduduk Selangor. Hanya jumlah kecil itu sahaja yang akan menikmati bonus berkenaan, bagaimana pula dengan penduduk yang lain?
Mujurlah daripada jumlah berkenaan, kira-kira 1 juta penduduk Selangor merupakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jadi dapatlah mereka menarik nafas lega kerana bayaran BR1M akan dibayar secara berperingkat mulai bulan ini.
Sama ada bantuan khas kerajaan kepada penjawat awam atau bayaran BR1M bernilai RM500 ini dianggap kecil bagi sebahagian orang, namun ia amat bererti kepada penoreh getah, petani dan pekebun kecil.
Semalam Dato Seri Najib akan beri lagi dekoder percuma kepada penerima BR1M. 4.2 juta dekoder percuma berharga RM199 setiap satu melibatkan belanja RM838 juta.
Jadi bagi yang mendapat wang berkenaan, tidak perlu memperkecilkan bantuan yang diberikan dengan membandingkan dengan penjawat awam di Selangor kerana manfaat sebenar bonus adalah untuk Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri.
Gaji Menteri Besar, Azmin Ali adalah sebanyak RM29,250 menjadikan beliau penerima terbesar pemberian bonus ini, iaitu sebanyak RM73,125, diikuti oleh Exco Kerajaan Negeri, iaitu sebanyak RM50,625 (gaji RM20,250).
Selain itu, defisit perbelanjaan kerajaan negeri Selangor terus meningkat RM450 juta pada tahun 2015, RM600 juta pada tahun lepas dan RM900 juta pada tahun ini.
Sedangkan defisit fiskal Kerajaan Pusat semakin berkurangan sejak Najib mengambil alih pentadbiran, iaitu 6.7% pada tahun 2009, 5.4% (2010), 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013), 3.5% (2014), 3.2% (2015), 3.1% (2016) dan 3.0% pada tahun ini.
Apa pun pemberian bantuan kewangan ini menunjukkan bahawa jika kerajaan tidak menguruskan ekonomi dengan cekap dan dana tidak mencukupi, sudah tentu ia tidak dapat dilakukan tetapi Najib telah membuktikan sebaliknya.
Terimalah bantuan kewangan yang diberikan ini dengan penuh rasa syukur, bukan mengeluh dan membandingkan dengan yang lain.
Kalau PH perintah silap silap sejuta kakitangan awam kena buang di Putrajaya. Hendak rasa kena buang?, cubalah tengok. Apa yang kerajaan BN beri ini sekurang kurangnya dapatlah membantu untuk belanja duit raya. Berterima kasihlah.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ ».
"Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur kepada manusia."
(Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan Al Albani di dalam Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah 1/702)
Tulisan :
Beruang Biru
BB459, Rabu
7 Jun 2017
0 komentar:
Catat Ulasan