Bujang Senang

Bujang Senang

16 Nov 2016

PEMANTAUAN FENOMENA AIR PASANG BESAR DI SELURUH SARAWAK


Air pasang besar di sini mencatatkan ketinggian 6.4 meter semalam dan dijangka mencapai ketinggian 6.5 meter pada jam 6.15 petang hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meningkatkan pemantauan terhadap fenomena air pasang besar terutama di kawasan-kawasan berisiko dinaiki air di seluruh negeri.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pemantauan sehingga jam 6.30 petang semalam mendapati tiada berlaku limpahan air yang melampau.

“Kerja-kerja pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bukan sahaja di Kuching dan Samarahan, tetapi juga di Bintulu, Mukah dan Miri yang diramal akan mengalami hujan dan ribut petir sehingga esok (hari ini).

“Hari ini (semalam), tiada limpahan air yang melampau dan keadaan stabil terutama di Kuching kerana hujan tidak berpanjangan di hulu sungai yang memungkinkan pertembungan dengan air pasang besar dan boleh mengakibatkan limpahan air di kawasan hilir sungai,” katanya.

Tambahnya, pemantauan di sekitar bandar raya ini termasuk di Kampung Bako juga mendapati keadaan air semakin surut.

“Kerja-kerja pemantauan ini dimulakan dari semalam (kelmarin) hingga esok (hari ini) selari dengan fenomena air pasang besar,” katanya.

0 komentar: