Bujang Senang

Bujang Senang

9 Nov 2016

MALAYSIA BAKAL CATAT PENINGKATAN KDNK LEBIH BAIK

Malaysia dijangka kembali mencatatkan peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini pada kadar 4.1 peratus, sekali gus menamatkan trend penurunan pertumbuhan ekonomi negara sejak lima suku berturut-turut sebelum ini.

Berdasarkan undian dalam kalangan ahli ekonomi oleh agensi berita Reuters, jangkaan 4.1 peratus itu dilihat sebagai pemulihan berbanding suku kedua tahun ini apabila Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan ekonomi empat peratus.

Undian yang membabitkan 14 pakar ekonomi itu, mendapati pertumbuhan ekonomi yang mampu dicatatkan Malaysia adalah antara 3.8 peratus hingga 4.4 peratus. Malaysia mula mencatatkan pertumbuhan yang menurun sejak suku ketiga 2015, dan rekod tertinggi yang dicapai sebelum ini ialah pada 2010 pada kadar 10.1 peratus.

Penganalisis bagaimanapun menjangka, kemampuan Malaysia untuk kembali mencatatkan KDNK yang lebih tinggi tidak cukup untuk membawa negara ini keluar daripada persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.

Industri minyak dan gas Malaysia telah terjejas akibat kejatuhan harga minyak dunia, sementara eksport komoditi seperi minyak sawit merosot akibat pembelian yang rendah. Malah, eksport negara bagi September 2016 telah merosot tiga peratus berbanding September 2015.

0 komentar: