Pages

14 Dis 2016

Ikhlaskah MOU Pakatan Harapan Dan Parti bunga' Atau Sekadar mengaburi Mata?


Jika melihat balik apa yang berlaku di Sarawak sewaktu PRN Sarawak dulu Memorandum Persafahaman (MOU) yang ditanda tagani semalam antara parti bunga atau parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dilihat lebih kepada menipu untuk mengaburi mata .

MOU yang termeteri tanpa PAS berikutan PAS yang masih  tegas dengan pendirian mereka untuk tidak berbincang apa-apa lagi dengan mana-mana pihak di dalam Pakatan Harapan selagi parti-parti seperti PKR, PAN dan PPBM menjalinkan hubungan politik dengan DAP telah memberi kata putus umpama berkahwin bercerai talak tiga , menutup sebarang corak rundingan bersama DAP sedangkan jika kita lihat pada MOU itu DAP yang menguasai .

Jika dulu dengan perjanjian dalam Pakatan Rakyat pun PAS dan PKR bertembung di semua tempat dan kalah semuanya,  kali ini antara PKR dan DAP pulak.Apa yang mereka harapkan sedangkan harapan lain-lain.Jika calon Perdana Menteri pun mereka belum muktamadkan sedangkan itulah yang paling penting bagaiman pula yang lain.PKR nak Anwar menjadi Perdana Menteri, PPBM pula nak menaikkan Mukhriz Mahathir, DAP pula walau pernah mengeluarkan kenyataan tidak berharap untuk kerusi Perdana Menteri tapi dalam hati siapa yang tahu jika sanggup berkepit siang malam dengan Mahathir .

Sungguh menyedihkan sekali jika dilihat MOU Pakatan Harapan ini bila berada di bawah telunjuk DAP berbanding dengan gabungan Gagasan Sejahtera yang terdiri dari dua parti iaitu PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).Tidak mustahil salah satu samada DAP atau PPBM yang akan bertindak curang untuk keluar dari perjanjian bila ia melibatkan kerusi hehehehe

Namun apapun yang dirumuskan dalam 50 perkara dan dimeterai dalam  MOU antara Pakatan Harapan  yang  diketuai oleh DAP dan parti bunga ianya dilihat sengaja menipu untuk mengaburi mata kerana jelas  tiada kesepakatan dan kesetiaaan seperti Barisan Nasional

Jika dulu perjanjian itu cuma bertahan selama 3 bulan 14 hari  bila janji ditandatangani pada  9 januari 2016 dan berakhir pada 25  April 2016  untuk meletakkan satu calon di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat hingga menyaksikan pertembungan yang mengakibatkan kekalahan besar pembangkang pada PRN Sarawak, kita lihat kali ini berapa lama pula MOU ini bertahan untuk mengelakkan perebutan kerusi pada PRU14.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa