Pages

19 Jan 2017

Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Negeri Sarawak


Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menyaksikan tujuh orang menteri dan lapan belas orang menteri muda mengangkat sumpah jawatan di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Baru hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengetuai angkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan masih memegang portfolio yang sama sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri ialah Dato Sri Wong Soon Koh, Dato Sri Michael Manyin Jawong, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Fatimah Abdullah, Dato Sri Stephen Rundi Utom, Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian.

Manakala Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Lee Kim Shin dan Datuk Naroden Majais mendahului angkat sumpah sebagai menteri muda kerajaan negeri.

Diikuti oleh Datuk John Sikie Tayai, Datuk Talib Zulpilip, Datuk Julaihi Narawi, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr. Jerip Susil, Encik Liwan Lagang, Puan Rosey Yunus, Datuk Len Talif Salleh , Datuk Roland Sagah Wee Inn, Dr. Abdul Rahman Junaidi, Dr. Abdul Rahman Ismail , Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr. Annuar Rapa‘ee, Encik Malcom Mussen Lamoh dan Datu Dr. Penguang Manggil.

Kesemua mereka dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Negeri Sarawak selepas mantan Ketua Menteri Sarawak Ke-5 Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari 2017 akibat komplikasi jantung.

Abang Zohari memegang portfolio sebagai Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi.

“Setakat ini semua menteri dan menteri muda masih lagi memegang portfolio yang sama cuma tambahan dalam nama Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi dan tiada pelantikan baru bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri”ujar Abang Zohari pada sidang media selepas majlis angkat sumpah berlangsung.

“Kita akan meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Allahyarham mantan Ketua Menteri dan selagi saya menjadi Ketua Menteri kita akan mengadakan rundingan dengan kerajaan persekutuan mengenai hak negeri sarawak seperti dalam Perlembagaan Malaysia dan tidak akan membenarkan UMNO masuk ke Sarawak dan kita akan berkerja sebagai satu pasukan iaitu Barisan Nasional.” tambah Abang Zohari lagi.

Ditanya mengenai bakal calon bagi DUN N.3 Tanjong Datu , beliau menyatakan sudah pasti akan meletakkan calon yang layak dan boleh menang.

Abang Zohari 67, anak lelaki bongsu Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-enam Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada Jumaat lepas di Astana.

Turut hadir Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Kurdi Taib, Isteri Ketua Menteri, Datin Amar Dato Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani Sulaiman, menteri-menteri dan ketua jabatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa