Pages

17 Jan 2017

Video:Penjelajah KE7B Sedia Ke Kutub Utara


Tiga penjelajah Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) selesai menjalani latihan peringkat kedua terakhir di puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu, Sabah sebelum memulakan Ekspedisi Kutub Utara 2017 pada April depan.
Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, ekspedisi itu akan disertai Ikon Sukan Lasak Negara, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35; Atlet Dualthlon dan Triathlon Negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.
"Ketiga-tiga peserta yang menjalani latihan di Gunung Kinabalu itu sudah bersedia bagi mengharungi cabaran yang bakal ditempuh dengan memastikan tahap stamina berada dalam keadaan terbaik, membiasakan diri dengan keadaan sejuk dan dikedudukan tinggi.
"Mereka mempunyai baki selama tiga bulan sebelum mempersiapkan diri untuk memulakan ekspedisi malah, dalam tempoh ini juga mereka perlu meningkatkan latihan dan rintangan untuk bersedia menghadapi situasi sebenar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, peserta terbabit akan menjalani latihan fasa akhir pada Februari ini di Korea Selatan bagi memahirkan penggunaan ski selain berdepan dengan cuaca sejuk.
Sementara itu, Muhammad Muqharbbin yang juga Presiden KE7B berkata, mereka bakal berhadapan dengan suhu melampau sehingga negatif 40 darjah Celsius iaitu di bawah paras beku.
"Kutub Utara yang terletak di tengah Lautan Artik mempunyai suhu yang lebih tinggi berbanding Kutub Selatan dan ini adalah satu cabaran terbesar yang bakal kami hadapi kerana perlu membiasakan dengan cuaca sejuk beku.
"Selain itu, Kutub Utara yang terletak di tengah lautan juga memberi cabaran kepada kami untuk meletakkan tanda lokasi Kutub Utara, berbeza dengan Kutub Selatan yang mempunyai titik Ceromonial dan titik Geografi yang ditanda.
"Bagaimanapun, kita akan mempersiapkan diri dengan menjalani latihan akhir di Korea bagi berhadapan dengan sebarang cabaran yang bakal ditempoh sepanjang eksplorasi," katanya.
HM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa