Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, ekspedisi
itu akan disertai Ikon Sukan Lasak Negara, Muhammad Muqharbbin
Mokhtarrudin, 35; Atlet Dualthlon dan Triathlon Negara, Shahrom
Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.
"Ketiga-tiga peserta yang menjalani latihan di Gunung Kinabalu itu sudah
bersedia bagi mengharungi cabaran yang bakal ditempuh dengan memastikan
tahap stamina berada dalam keadaan terbaik, membiasakan diri dengan
keadaan sejuk dan dikedudukan tinggi.
"Mereka mempunyai baki selama tiga bulan sebelum mempersiapkan diri
untuk memulakan ekspedisi malah, dalam tempoh ini juga mereka perlu
meningkatkan latihan dan rintangan untuk bersedia menghadapi situasi
sebenar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, peserta terbabit akan menjalani latihan fasa akhir pada
Februari ini di Korea Selatan bagi memahirkan penggunaan ski selain
berdepan dengan cuaca sejuk.
Sementara itu, Muhammad Muqharbbin yang juga Presiden KE7B berkata,
mereka bakal berhadapan dengan suhu melampau sehingga negatif 40 darjah
Celsius iaitu di bawah paras beku.
"Kutub Utara yang terletak di tengah Lautan Artik mempunyai suhu yang
lebih tinggi berbanding Kutub Selatan dan ini adalah satu cabaran
terbesar yang bakal kami hadapi kerana perlu membiasakan dengan cuaca
sejuk beku.
"Selain itu, Kutub Utara yang terletak di tengah lautan juga memberi
cabaran kepada kami untuk meletakkan tanda lokasi Kutub Utara, berbeza
dengan Kutub Selatan yang mempunyai titik Ceromonial dan titik Geografi
yang ditanda.
HM
0 komentar:
Catat Ulasan