Semua parti politik di Sarawak perlu membenarkan calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu susulan kematian penyandangnya Tan Sri Adenan Satem.
Setiausaha Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Bit Surang berkata, keputusan sedemikian akan menjadi penghormatan bermakna buat Allahyarham Adenan Satem.
“Jika penduduk Sarawak dari parti yang berbeza benar-benar berkabung terhadap pemergian Datuk Patinggi Adenan Satem, buktikan dengan membenarkan calon Barisan untuk PRK Tanjung Datu menang tanpa bertanding,” kata beliau menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Adenan Satem yang merupakan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia pada usia 72 tahun Rabu lalu ekoran serangan sakit jantung.
Allahyarham digantikan oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam pada Jumaat.
0 komentar:
Catat Ulasan