Difahamkan, dua lelaki terbabit semasa kejadian sedang mengisi minyak di kenderaan masing-masing apabila sebuah lori yang terdahulunya diparkirkan bersebelahan tiba-tiba memecut ke arah mereka sekitar jam 7.30 pagi.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut yang menjadi tular menunjukkan lori berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh belakang dua buah kereta.
“Sementara itu, seorang lelaki yang berdiri berdekatan sebuah daripada kereta tersebut dan seorang lagi di sebelah motosikal juga dilanggar,” kata sumber.
Dipercayai, kedua-dua lelaki yang dilanggar hanya mengalami kecederaan ringan.
Punca kemalangan dan anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan.
0 komentar:
Catat Ulasan