Bujang Senang

Bujang Senang

24 Jan 2017

AMARAN TEGAS CM SARAWAK TERHADAP KERAJAAN NAJIB, PALSU


Kenyataan yg kononnya di buat oleh YAB CM Swk yg sedang di viralkan di Media Social adalah tidak benar menurut kenyataan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Saidol.

AMARAN TEGAS CM SARAWAK TERGHADAP KERAJAAN NAJIB !

KUCHING _ ABANG JOHARI:
"Menyedari kuasa saya sebagai ketua menteri kerajaan sarawak yang setaraf kuasa seseorang yang memegang jawatan perdana menteri dalam tampuk kepimpinan di kerajaan persekutuan,dan setelah meneliti,mengambil kira kepentingan suara rakyat bumi kenyalang hatta meneliti aspek kemunduran yang masih tiada perubahan sepanjang 53 tahun bergelar sebagai salah satu negara bersekutu dalam persekutuan Malaysia

"dengan rasa penuh patriotik saya ketika ini sebagai anak jati sarawak,
di sini,hari ini saya dengan rasa berat hati namun atas dasar mengutamakan kebajikan anak bangsa sarawak,saya ingin  memberi kata dua,yang mana jika sekiranya kepimpinan kerajaan pusat masih terus berdolak dalih dalam perlaksanaan serta enggan menghormati segala yang telah disepakati dan telah termeterai siap ditandatangani bersama dalam dokumen perjanjian Malaysia 1963 (MA63),
 Maka,"Saya tiada lagi pilihan lain selain mahu bubarkan parti barisan nasional di bumi sarawak dan seterusnya akan menubuhkan kerajaan negara sarawak yang baru,dari kalangan parti-parti politik tempatan sarawak sendiri,yang akan memimpin serta bersama mengemudi kerajaan Sarawak dalam kabinet saya tanpa ada lagi campur tangan kuasa kerajaan dari luar sarawak yang menguasai kepimpinan saya,malah juga kepimpinan kerajaan generasi masa datang sarawak."

Hari ni juga Abang Johari Tun Abang Haji Openg Telah membuat Kenyataan yang sama seperti yang ditegaskan oleh Al marhum Tan Sri Adenan Satem iaitu bahasa english adalah muktamad sebagai bahasa rasmi pendidikan serta urusan rasmi kerajaan Sarawak,

tambah beliau,"bahasa english adalah bahasa Universal,yang di guna pakai untuk berhubung Di seluruh dunia,dan setiap negara mempelajari nya,justeru saya mahu melihat seluruh org di sarawak bertutur dalam bahasa english selepas ini."

Dan bagi menghormati jasa pengasas serta penubuh Sarawak iaitu Sir Rajah James Brooke yang malangnya telah dicatat di dalam buku pendidikan sejarah sebagai penjajah british,beliau melaungkan,"saya akan melakukan sesuatu berhubung banyak kesalahan fakta-fakta sejarah sebenar Sarawak yang telah diputar belit yang malah saya lihat semakin menjadi-jadi dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik di Malaysia ini sehingga sanggup untuk memperbodohkan anak bangsa Sarawak dengan momokan fakta sejarah putar alam."


Ini adalah satu permainan politik pihak tertentu yg terdesak dan ketara sekali mereka tiada isu tulen terutama yg berkaitan dgn kepentingan rakyat utk diperjuangkan.

Perbuatan Memutar belit serta mencipta fitnah yg melampau spt ini akan membangkitkan buruk-sangka dan mengelirukan rakyat.

Ini semua perbuatan mereka yg hanya pertujuan utk meraih kepentingan politik tanpa memikir kesan terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Kita semua mesti membenci dan menolak mereka yg sering menyebar unsur2 politik yg keji dan melampau ini.

Propaganda Politik mesti kearah pembangunan negara dan memperkasakan perpaduan, bukan meruntuh dan memecah-belah kan masyarakat.



0 komentar: