Pages
▼
27 Feb 2017
UPP Menyertai Semula SUPP? Tidak mungkin, kata penganalisis
Penyatuan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan serpihannya Parti rakyat Bersatu (UPP) yang mewakili kaum Cina di Sarawak tidak lebih hanya sebagai angan-angan kosong kerana apa yang dilakukan oleh mereka hanyalah untuk mengalahkan satu-sama lain dalam percubaan mereka untuk menunjukkan kepada masyarakat Cina parti mana yang lebih baik untuk mewakili kaum Cina di Sarawak sedangkan mereka terusan hanya berkata tentang perkara negatif antara satu sama lain .
Memetik kenyataan seorang penganalisis politik Jeniri Amir, seorang profesor di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) di FMT , agenda untuk merealisasikan perkara itu adalah sesuatu yang sukar dan sesiapa yang berharap untuk penggabungan itu hanya umpama bermimpi di siang hari.
Beliau yang bertindak balas kepada kenyataan baru-baru ini oleh Richard Wee, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Bahagian Serian.
Wee, ketika berucap di majlis makan malam Tahun Baru Cina pada Ahad, berkata pihaknya mengharapkan "Harapan" yang kedua-dua pihak akan berdamai supaya wakil kaum Cina dalam kerajaan negeri Sarawak bertambah kukuh.
Jeniri berkata banyak perjumpaan telah diadakan tapi keadaan tidak berubah kerana sikap beberapa ahli kedua-dua pihak .
"Ahli-ahli mereka tidak terbuka. Mereka tidak ikhlas dan mereka tidak sanggup berkorban kuasa dan kedudukan mereka untuk kepentingan rakyat," katanya.
Beliau mengakui bahawa pemimpin kedua-dua pihak beberapa kali, menyatakan hasrat mereka untuk berunding tetapi beliau mempersoalkan sama ada mereka ambil peduli untuk memberi inspirasi yang sama kepada pengikut mereka.
"Dalam satu tempoh mereka berkata mereka mahu bersatu , tetapi apa yang berlaku di akar umbi tidak mencerminkan hasrat dan aspirasi pemimpin."
Beliau berkata anggota kedua-dua pihak sentiasa melemparkan makian antara satu sama lain dan dilihat lebih kompetitif pada masa-masa tertentu.
"Jika mereka mahu untuk bersatu kembali, maka ia adalah penting bagi kepimpinan tertinggi dan mereka yang berada di peringkat akar umbi untuk benar-benar memahami manfaat hasil pergabungan itu.
Untuk rekod ,UPP ditubuhkan pada 2014 oleh empat bekas Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh bersama Dr Jerip Susil (ADUN Bengoh), Johnichal Rayong (Engkilili) dan Ranum Mina (Opar).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa